Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

Tengku Rizqie memberi ucapan aluan terlebih dahulu. Masing-masing menumpukan perhatian sepenuhnya pada setiap bait kata lelaki itu. "Seperti yang semua sedia maklum, 3/3 merupakan hari di mana anak syarikat The Ghost di Mexico akan membuat hari ulang tahun pertubuhan," kata Tengku Rizqie.

Setiap anak syarikat Tengku Rizqie, Tengku Hedwin, Tengku Arvaz dan Raja Darel, masing-masing berada di bawah jagaan The Ghost.

"Setiap tahun mereka akan mengadakan sambutan bagi meraikan anak syarikat itu," sambung Tengku Rizqie lagi. "Mereka juga akan membuat pelancaran frachise yang baru."

Masing-masing tiada niat ingin mencelah mahupun membangkang. Tengku Hedwin, Tengku Arvaz dan Raja Darel pula hanya berdiri tegak di sisi Tengku Rizqie yang sedang mengetuai mereka.

"Kami semua dah berbincang dan membuat keputusan," kata Tengku Rizqie lagi.

"Tahun ini kami takkan pergi ke Mexico atas sebab mahu meraikan anak syarikat kami di Malaysia. Setiap tahun kami hanya meraikan anak syarikat di Mexico. Tidak adil bagi anak syarikat di Malaysia jika kami berterusan begitu," terang Tengku Rizqie.

Tengku Rizqie berdiam seketika.

"Ada soalan?" soal Tengku Arvaz bagi pihak mereka berempat.

Isteri-isteri hanya menggeleng kerana mereka sudah sedia maklum terlebih dahulu tentang hal ini.

Satu tangan yang diangkat ke atas menyebabkan banyak mata tertumpu pada susuk tubuh itu. Tengku Hedwin membenarkan Tengku Eiran Rian, selaku adik kembar Tengku Elaila untuk terus bertanya soalan.

"Yes, Rian?" soal Tengku Hedwin.

"Siapa yang akan wakilkan daddys and mummys?" soal Tengku Eiran polos.

Tengku Rizqie memandang ke sisinya bersama senyuman tersirat. Sahabatnya turut membalas senyuman itu.

"Setiap keluar wajib menghantar 2 orang sebagai pengganti daddys and mummys," kata Tengku Rizqie.

"Kami dah pilih," celah Raja Darel.

Anak-anak mereka seakan cuak apabila mendengar kata-kata bapa mereka. Tiada peluang mahu mengelak kerana sudah ditentukan.

"Anak pertama dan juga anak kedua setiap keluarga," kata Tengku Rizqie lagi. "Setiap dari kamu akan menjadi wakil kepada daddys and mummys," sambungnya lagi.

Kini, giliran Raja Danial mengangkat tangannya untuk bertanya soalan. "Tapi daddy Rizq, Dani dengan Dylan dua-dua lelaki. Mana boleh ganti daddy dengan mummy," kata Raja Danial polos.

"Aku tahu! Salah sorang pakai la dress," cadang Tengku Ayan Araz selaku anak sulung Tengku Arvaz.

Raja Dylan yang paling hampir dengan Tengku Ayan menyebabkan rambut lelaki itu ditarik olehnya. Tengku Ayan mengaduh kesakitan. Namun, tidak pula dia memarahinya kerana sudah imun.

Ibu bapa mereka pula hanya membiarkan tanpa ada niat mahu membela sesiapa.

...

Tengku Hedwin menghulurkan tiket yang sudah dibeli kepada dua orang anaknya, Tengku Zahria Azara dan Tengku Zaiden Azir.

Masing-masing mencapainya tanpa banyak bertanya. "Pergi elok-elok. Jangan buat perangai," pesan Camella Audra, ibu kandung mereka.

Tengku Zahria dan Tengku Zaiden hanya mengiyakan. Tiket tempat duduk dilihat. "Kenapa tempat kita orang tak bersebelahan?" soal Tengku Zaiden hairan.

"Kenapa kena bersebelahan?" soal Tengku Hedwin semula.

Tengku Zahria mencubit lengan adiknya. "Jangan meminta, boleh? Daddy dah bagi business class pun dikira bagus. Kau ingat nak cop tempat tu tak bayar ke?" kata Tengku Zahria mendatar untuk menegur adik lelakinya.

Tengku Zaiden tersengih.

Tengku Zahria menyalam ibu bapanya terlebih dahulu untuk berangkat meninggalkan Malaysia.

"Ingat, jangan gaduh-gaduh dengan yang lain," pesan Camella lagi.

Dua beradik itu hanya mengangguk. Masing-masing memboloskan diri ke dalam kereta mewah yang akan dipandu oleh anak buah The Ghost.

p/s: complete ebook ada dalam telegram🙂‍↔️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro