Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

Buk! Telefon pintar yang dipegang terlepas daripada pegangan. Tengku Elaila mendengus kasar. Dia menunduk untuk mencapai telefon pintarnya semula. Skrin telefon yang gelap itu disapu seakan membuang segala sisa kotoran. Telefon pintar itu cuba dihidupkan, namun hampa apabila tidak dapat dinyalakan.

Rambut perangnya yang terjuntai, diselitkan di belakang telinga kembali. Wajah yang melanggar bahunya itu dipandang dengan penuh api kemarahan.

"Kau ni kalau sekali tak cari masalah dengan aku memang tak sah, kan?!" marah Tengku Elaila. Kepala di dongakan sedikit supaya dapat bertentang mata dengan Tengku Zaiden yang masih tegak berdiri tanpa rasa bersalah.

Riak wajah lelaki itu langsung tiada rasa bersalah. Tangan kanan pula masih tersimpan kemas di dalam poket seluar.

"Poyo!" marah Tengku Elaila lagi. Dia menjeling Tengku Zaiden yang masih mendiamkan diri.

Tengku Elaila melanggar sedikit bahu kiri Tengku Zaiden sebagai petunjuk bahawa dia berada di dalam keadaan yang beremosi.

Mata mencari kelibat bapanya yang kemungkinan berada di dalam kelompak The Ghost members yang duduk bersantai di sekeliling kolam renang.

Rumah agam yang sememangnya khas dibina untuk Tengku Rizqie, Tengku Hedwin, Tengku Arvaz dan Raja Darel berkumpul bersama ahli keluarga mereka setiap kali perjumpaan bersama-sama. Dahulu mereka hanya membuat giliran untuk berkumpul di salah satu rumah sahabat mereka. Namun, sejak mereka sudah mempunyai ramai 'askar', mereka membuat keputusan untuk membina satu buah rumah khas untuk berkumpul. Hanya sesekali sahaja mereka akan berkumpul di salah satu rumah sahabat mereka.

Wajah Tengku Rizqie yang sedang berborak dengan Tengku Hedwin di tepi kolam renang penuh dikornea mata Tengku Elaila. Dia memuncungkan bibirnya ke depan lalu mendekati bapanya.

Tengku Rizqie yang sedar akan kehadiran anak sulungnya dipandang.

"Daddy..." adu Tengku Elaila.

Tengku Rizqie tersenyum nipis. Sudah imun dengan perangai anak-anaknya. Walaupun umur Tengku Elaila sudah mencecah 23 tahun, namun anaknya tidak kekok untuk bermanja dengannya ataupun isterinya.

"Kenapa ni, sayang?" soal Tengku Rizqie lembut.

Tengku Elaila melabuhkan punggung bersebelahan bapanya. Kaki direndamkan di dalam air kolam itu. Tangan kanan menghulurkan telefon pintarnya.

Tengku Rizqie mencapai dan cuba untuk membukanya. Namun, tidak berjaya.

"Rosak?" teka Tengku Rizqie.

Tengku Elaila mengangkat kedua bahunya tanda tidak pasti. Dia menceritakan kejadian yang berlalu beberapa minit yang lepas. Sempat dia menghalang Tengku Hedwin, selaku bapa Tengku Zaiden untuk meminta maaf.

"Tak apa. Nanti daddy beli yang baru. Tak pun, Rhea beli la sendiri. Ada duit, kan?" cadang Tengku Rizqie. Anaknya sudah mula bekerja di salah sebuah anak syarikat Adyson Company.

Tengku Elaila menggeleng. "Tak sama. Telefon ni daddy belikan untuk Rhea masa birthday 3 tahun lepas," kata Tengku Elaila. Walaupun dia mampu membeli yang baru, namun, cara untuk memiliki telefon ini amat berbeza.

"Nanti daddy hadiahkan yang baru, okay?"

Tengku Elaila menggeleng lagi. "Daddy tak boleh baiki yang ini aje ke? Rhea nak pakai yang ini lagi," pujuk Tengku Elaila. Iphone X berwarna hitam miliknya dipegang erat seakan berat untuk melepaskannya.

"Boleh, sayang. Nanti daddy baiki, ya?"

Laju kepala Tengku Elaila mengangguk. Dia memeluk tubuh bapanya sebelum berlalu pergi.

...

Pagi yang indah perlu dimulakan dengan senyuman. Wangian yang melekat ditubuh menjadi semangat untuk seorang gadis memulakan hari yang baru. Namun, tidak bagi Tengku Elaila Rhea binti Tengku Rizqie Adrial.

Baru sahaja Tengku Elaila melangkah keluar dari bilik tidurnya, matanya dipertemukan dengan lelaki yang membuatnya terasa rimas.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Tengku Elaila mendatar.

"Nak guna lif," jawab Tengku Zaiden tidak berperasaan.

Rumah agam itu mempunyai 4 bahagian utama. Sebelah kanan mempunyai 1 bahagian yang dipecahkan menjadi 2 kawasan. Satu kawasan khas untuk diduduki oleh Tengku Arvaz dan keluarga lelaki itu dan satu kawasan lagi milik Raja Darel berserta anak-anak mereka. Manakala, bahagian kiri juga begitu. Satu kawasan paling kiri dimiliki oleh Tengku Hedwin dan satu kawasan lagi milik Tengku Rizqie. Namun, keempat-empat bahagian dicantumkan menjadi satu untuk menggunakan lif yang hanya berada di tengah-tengah. Hal ini untuk mengeratkan silaturahim walaupun bilik tidur mereka dipisahkan untuk menjaga aurat dan maruah masing-masing.

Tengku Elaila mendengus geram. Dia juga malas mahu menggunakan tangga. Lif yang disediakan lebih cantik dan mewah.

Tengku Zaiden berjalan melintasi Tengku Elaila yang masih berkira-kira. Butang lif ditekan.

Tengku Elaila turut memboloskan diri ke dalam perut lif. Nak atau tidak dia terpaksa juga berada sekali bersama Tengku Zaiden.

Lif turun ke arah bawah seperti yang ditekan pada butang. Lif yang lalu menerusi tingkat 1 membuatkan Tengku Elaila teruja kerana terdapat akuarium ikan yang dibuat disekeliling kaca lif itu. Hanya dibuat khas untuk dilihat dari aras tingkat 1. Ianya juga boleh dilihat melalui aras tingkat 1 tanpa memasuki lif, namun suasananya amat berbeza.

Akuarium ikan yang semakin lama semakin hilang dari pandangan membuatkan senyuman dibibir Tengku Elaila turut pudar.

"Akuarium pun excited," perli Tengku Zaiden mendatar. Matanya tidak lepas memandang kelakuan gadis itu.

Tengku Elaila hanya menjeling. Malas mahu merosakkan emosi paginya dengan berdebat.

...

Suasana yang senyap tiba-tiba bertukar meriah dengan tepukan gemuruh. Tengku Elaila mendengus geram. Tengku Zaiden pula hanya berlagak biasa. Mereka sudah imun dengan setiap anak-anak yang lahir dalam The Ghost.

Raja Danial Arzen ialah anak sulung kepada Raja Darel dan Azy. Lelaki yang sebaya umur dengan Tengku Elaila dan juga Tengku Zaiden. Masing-masing sudah kenal dengan perangai setiap orang.

Tengku Elaila melabuhkan punggung di antara adik kembarnya, Tengku Ezekiel Raxel dan Tengku Eleanora Reize yang sudah berumur 11 tahun.

"Kakak, Reiz nak tu, boleh?" pinta Tengku Eleanora polos.

Tengku Elaila melihat arah yang ditunjukkan Tengku Eleanora. Pancakes yang berada berhampiran Raja Danial itu dipandang.

"Dani, letak dekat sini satu," pinta Tengku Elaila seraya menghulurkan pinggan milik Tengku Eleanora.

Raja Danial berfikir sejenak. "Aduh!" adu Raja Danial. Dia memegang pergelangan tangan kanannya. "Berat la, Reiz..." kata Raja Danial bergurau.

Tengku Eleanora sudah mencebik. Malas mahu melayan lelaki itu.

Raja Danial ketawa kecil. Suka mengusik anak-anak kecil The Ghost. "Abang Dani minta Abang Zaiden ambil kan, ya?" cadang Raja Danial.

Raja Danial menolak siku Tengku Zaiden yang masih menjadi pemerhati sedari tadi.

Tengku Zaiden meletakkan sekeping pancakes ke atas pinggan yang masih dipegang Tengku Elaila.

"Awhhh! Sweetnya Abang Zaiden dengan Kak Rhea," kata Raja Danial. Dia sememangnya sengaja mahu mengenakan Tengku Zaiden dan Tengku Elaila.

Tengku Elaila menjeling kedua-dua lelaki itu. Pinggan diletakkan semula di hadapan Tengku Eleanora.

Seramai 33 orang sedang menjamu selera di meja makan panjang rumah itu. Meja yang ditempah khas oleh empat bapa mereka untuk memastikan mereka semua dapat duduk makan bersama-sama.

"Selepas makan, masing-masing sila berkumpul di bilik atas," arah Tengku Rizqie.

Semua hanya mengiyakan tanpa membantah. Bilik atas yang disediakan khas untuk mereka semua berkumpul bagi memaklumkan beberapa perkara penting dalam keadaan yang serius.

p/s: complete ebook ada dalam telegram😚

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro