25: Ending
Yang pertama, Park Jisung ni from NCT. Dia bias aku T-T dan dia terlalu comel untuk jadi penjahat. Tapi kau kena faham. Aku dah tak ada idea nak letak siapa T-T
yang benar,
Reen yang Armyzens
▪︎▪︎▪︎▪︎
Jungkook mengambil tempat duduk di sofa yang terletak di dalam kedai gunting rambut miliknya itu.
"Bos, lepas ni kita kena pergi tempat shooting, nak kena siapkan rambut artis" pesan pekerjanya.
Jungkook hanya mengangguk lalu merebahkan badannya ke sofa.
"Pergilah makan tengah hari dulu" kata Jungkook sambil mengibaskan tangannya untuk menyuruh pekerjanya pergi.
Pekerjanya menunduk hormat lalu keluar dari kedai gunting rambut itu.
Sejujurnya, Jeon Jungkook tiada mood nak makan hari ini. Masih tersisa rasa kecewa dalam dirinya.
Jungkook mengeluh buat kali yang tidak terkira berapa kali.
Jungkook mencapai telefon bimbitnya lalu menekan punat on terpampar gambar selfie dia dan Eunyoo. Ianya menyakitkan.
Jungkook membuka password lalu pergi ke gallery. Dia delete semua gambar yang diambil bersama.
Setelah selesai dia menutup kembali telefonnya lalu berdiri dan menuju ke pintu keluar.
"Awak, kedai dah tutup ya?" soal seorang gadis yang sedang memimpin tangan seorang kanak-kanak lelaki.
Baru sahaja Jungkook ingin mengunci pintu kedai, niatnya terbatal.
"Lepas makan tengah hari ni, kedai dibuka semua" balas Jungkook.
"Boleh tak saya nak minta potongkan rambut adik saya, sekarang" kata gadis itu dengan nada separa merayu.
"Kenapa nak cepat sangat?" soal Jungkook, pelik pula dia.
"Ada gula-gula getah melekat dekat rambut dia" balas gadis itu.
"Masuklah" Jungkook membuka kembali pintu kedai itu.
"Terima kasih, nama saya Kim Suyeon" kata gadis itu.
"Jungkook, Jeon Jungkook" balas Jungkook sambil tersenyum.
☆☆☆☆
Taehyung menarik tangan Eunyoo sambil mara berjalan masuk kedalam kedai baju.
"Tae, perlahanlah sikit nanti tersadung" kata Eunyoo kepada teman lelakinya.
Tiba-tiba langkah Taehyung berhenti secara mengejut lalu dia berpaling menghadap Eunyoo
"Nak aku dukung ke?" soal Taehyung.
"Eh! tak naklah!" balas Eunyoo sambil membetulkan penutup matanya.
Taehyung sudah menarik Eunyoo supaya mendekatinya tunggu sahaja masa untuk mengangkatnya.
"Tae, saya rasa nak pergi tandas" sengaja Eunyoo mencipta alasan.
Kim Taehyung membalas dengan muncung kecil, eish, tak sukalah macam ni.
"Pergilah cepat" kata Taehyung.
Eunyoo berlari menuju kearah tandas wanita.
"Jangan salah masuk tandas lelaki pula!" jerit Taehyung.
Eunyoo tidak membalas sebaliknya dia menundukkan kepalanya kebawah. Boyfriend siapa tu? dia tidak mengenalinya.
Taehyung sengih apabila melihat reaksi malu yang ditayangkan oleh Eunyoo itu. Setelah kelibat Eunyoo tidak kelihatan, Taehyung menyandarkan badannya pada dinding pusat membeli belah itu.
Matanya menangkap lelaki yang ditemuinya dimahkamah hari tu. Anak kepada penjahat. Park Jisung.
Jisung sedang tergesa-gesa berlari kearah tangga kecemasan.
Taehyung memandang seketika kearah pintu tandas. Tidak salahkan kalau dia pergi meninjau sebentar?
"Eunyoo, tunggu aku" kata Taehyung perlahan lalu berlari mengikut jejak Jisung.
☆☆☆☆
Sampai ditingkat teratas di bangunan pusat membeli belah. Taehyung melihat Jisung sedang memasang bom di sudut hujung.
"Yah!" teriak Taehyung sambil berlari kearah Jisung yang sedang setting bom tersebut.
Lantas Taehyung merampas bom itu dari tangan Jisung.
Apa yang pelik, Jisung tidak merampas semula bom tersebut dari Taehyung. Dia hanya tersenyum.
"Kau tahu? kau tu bodoh" kata Jisung lalu tertawa.
Taehyung melihat bom itu, terdapat beberapa biji guli dan lubang didalamnya
"Kalau guli-guli tu, masuk dalam lubang tu. Tahniah, kau telah berjaya letupkan satu pusat membeli belah ni" kata Jisung dengan sinis.
Taehyung sudah mati kata.
Masa pada bom tersebut mula bergerak.
"Itu sebab kau penjarakan ayah aku, kau layak menerimanya" kata Jisung.
"Kau sedar tak yang ayah kau tu dah bunuh orang?!" balas Taehyung dengan nada kasar.
Jisung hanya mengabaikan kata-kata Taehyung.
"Kau dah gila!" teriak Taehyung lagi.
Taehyung tidak mampu bergerak. Nanti bom itu akan meletup. Kalau tidak, mahu sahaja dia menumbuk wajah Jisung.
"Kau dah selesai, sekarang giliran teman wanita kau pula" kata Jisung lalu berjalan untuk turun ketingkat bawah.
"Jangan kau berani sentuh dia!" jerit Taehyung.
Jisung berpaling kearah Taehyung buat seketika dan dia memberikan senyuman yang mengerikan.
"Tak, jangan risau, dia akan mati dibom bersama-sama dengan kau. Bukankah itu satu pengakhiran cinta yang menarik?" balas Jisung lalu berjalan meninggalkan Taehyung.
☆☆☆☆
Rambut Eunyoo ditarik kasar dengan keadaan tangannya terikat.
"Duduk sebelah dia!" arah Jisung.
Eunyoo hanya menurut tanpa membantah. Dia duduk di atas lantai bersebelahan dengan Taehyung yang sedang mengimbangkan bom supaya guli tidak masuk kedalam lubang, jika tidak. Semuanya musnah.
Lantas Jisung mengikat kaki milik Eunyoo.
Jisung mengintai sedikit bom yang berada ditangan Taehyung itu. Tinggal lagi 15 minit sebelum ia meletup.
Jika guli masuk dalam lubang ia akan meletup dan selepas 15 minit ia tetap akan meletup.
Buatlah macam mana, mereka akan mati.
"Selamat tinggal" kata Jisung lalu berlari untuk turun kebawah. Sudah tentu dia ingin menyelamatkan diri daripada terkena letupan tu.
Keadaan mula menyepi, tidak tahu mahu kata apa. 15 minit sahaja masa yang tinggal.
"Tae, ni semua salah aku! kalau aku tak guna penutup mata, mesti aku dah tahu yang dia nak bunuh kita. Mesti kita dah dapat elak daripada benda ni berlaku" kata Eunyoo.
Rasa bersalah mula terbit membuak-buak dalam dirinya.
"Hei, Eun. Bukan salah kau pun" balas Taehyung.
Eunyoo tidak membalas apa-apa.
"Dengar sini, kalau kau tak selamatkan aku masa jatuh lubang yang dalam hari tu. Aku sepatutnya dah mati" kata Taehyung.
Jika difikirkan, sepatutnya dia dah mati.
"Tae, berhenti cakap benda yang mengarut" balas Eunyoo tanpa memandang kearah Taehyung.
Penutup mata Eunyoo sudah tercabut dan hilang entah kemana semasa Jisung menariknya untuk naik ke tingkat teratas tadi.
"Eun, aku nak kau pandang aku, sekurang-kurangnya kita mati bersama" kata Taehyung demi menyedapkan hati.
Tinggal lagi 10 minit.
Eunyoo memandang tepat kearah mata milik Taehyung.
Dan dia dapat melihat sesuatu.
"Taehyung! kau ada pisau lipat kan dalam poket?" soal Eunyoo.
Taehyung mengangguk perlahan.
Eunyoo berusaha untuk mengambil pisau tersebut dari poket seluar Taehyung.
Eunyoo dan Taehyung memandang kearah wayar yang terdapat di bom itu.
Ada wayar warna biru, merah dan kuning.
"Apa yang aku nampak, kita potong wayar kuning, dan bom ni meletup" kata Eunyoo.
Masa berbaki 8 minit.
"Jadi jangan potong wayar kuning" kata Taehyung.
Tinggal warna merah dan biru sebagai pilihan. Satu sahaja yang selamat, kalau salah potong, bom tetap meletup.
"Kau suka warna apa?" soal Taehyung. Dah tiada pilihan, potong sahajalah!
"Merah" balas Eunyoo.
"Potong yang warna biru. Jangan rosakkan warna kesukaan kau" kata Taehyung.
"Tae, kalau kita mati. Aku nak kau tahu, yang aku sayang kau" kata Eunyoo.
"Aku pun nak kau tahu, yang aku sayang kau. Terima kasih sebab sudi jadi teman wanita aku walaupun sebenarnya aku nak kau jadi isteri aku" balas Taehyung.
Eunyoo memotong wayar biru.
Digit-digit nombor masih bergerak walaupun wayar sudah dipotong , tinggal lagi tiga saat. Adakah wayar biru itu bukan pilihan yang betul?
Beep! Beep! Beep! Beep! Beep!
-TAMAT-
Baiklah, aku tahu ramai nak pukul aku ni sebab ending cam hanat😂
Releks gais, kita ada epilogue!
Ending tergantung ni memang fav aku pfft.
Baiklah, sekarang, aku ada permintaan.
100 votes + 50 comments sebelum pukul 8 malam esok (28/11/2019)
Dan aku akan bagi Epilogue dengan happy ending.
Dipersilakan spam huehue❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro