Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

23: Shoot

100 votes + 25 comments

Eunyoo memandang kearah wajah sahabatnya itu. Matanya sembab jelas sekali semalam lelaki itu menangis dengan banyak.

"Jungkook-ah" Eunyoo memanggil lelaki itu yang sedang mengunyah makanan tengah hari itu.

Jungkook mengalihkan pandangannya kearah Eunyoo.

"Kau menangis ke semalam?" Eunyoo menyoal.

"Haah" balas Jungkook.

"Kenapa?" soal Eunyoo lagi.

Ligat otak Jungkook mencari idea. Tak akan lah dia nak jawab yang sebenarnya dia menangis sebab Eunyoo sudah berpunya.

"S-semalam aku tengok movie sedih. Tak berhenti aku menangis, tu yang mata sembab tu" jawab Jungkook. Sudah tentu dia menipu.

Dengan pantas dia mengalihkan pandangannya daripada bertembung dengan mata biru milik Eunyoo. Kalau tidak, kantoi lah nanti yang dia menipu!

Go Eunyoo hanya mengangguk tanda memahami apa yang dikatakan Jungkook itu.

"Aku, sebenarnya ada masalah ni" kata Eunyoo.

"Masalah apa?" soal Jungkook.

"Taehyung dan aku, tak tahu nak gelarkan diri antara kami berdua. Tak akanlah nak teruskan guna aku-kau" ujar Eunyoo.

"Kenapa tak boleh guna aku-kau? berdosa ke?" soal Jungkook lagi.

"Bukanlah sampai macam tu, cuma, kenalah ada nama yang comel sedikit" balas Eunyoo.

"Macam mana kalau Eun dan Tae?" Jungkook memberikan cadangannya.

"Iya!" Eunyoo bersetuju dengan cadangan Jungkook itu.

Jungkook hanya menongkat dagu sambil memandang kearah Eunyoo. Satu senyuman terbit dari bibir Jungkook. Senyuman move on.

☆☆☆☆

Sebaik sahaja waktu bekerja tamat, Eunyoo terus bergegas menuju ke balai polis tempat Taehyung bertugas.

"Taehyung!" jerit Eunyoo sambil memeluk Taehyung dari arah belakang itu yang sedang duduk dikerusi kerjanya.

Biasanya Taehyung yang menunggunya ketika waktu balik. Tetapi hari ini kerja Eunyoo habis awal jadi dia pula yang ingin menunggu Taehyung.

"Eun!" Taehyung agak terkejut dengan kehadiran teman wanitanya itu.

"Jomlah balik" Eunyoo menarik lengan Taehyung supaya berdiri.

"Eun, aku kena siapkan kerja ni, apa kata kalau kau balik dulu" balas Taehyung sambil mengusap lembut pipi milik Eunyoo itu.

Lantas Eunyoo menarik kerusi disebelah Taehyung itu dan duduk diatasnya.

"Tak apalah, aku tunggu sampai kau siap" ujar Eunyoo sambil mengukirkan senyuman kepada Taehyung.

"Eun, pergilah balik, dah lewat ni" pujuk Taehyung.

"Tak nak!" Eunyoo tetap berkeras.

Taehyung hanya mengikut sahaja kehendak gadis itu dan dia menyambung membuat kerja semula.

☆☆☆☆

"Eunyoo, kerja aku dah siap. Jom balik" kata Taehyung sambil mengemas meja kerjanya.

Eunyoo mengangkat kepalanya dari meja. Ya, dia terlelap tadi.

"Jom" sahut Eunyoo.

Baru sahaja mereka berdua ingin berjalan menuju kearah pintu keluar.

Bang!

Bunyi tembakkan di luar balai polis itu.

"T-Taehyung"

TBC

Cerita ni semakin pelik, dan aku nak minta maaf untuk kekurangan cerita ni.

Siapa yang tak faham Kes Pembunuhan Encik Joo tu, ni butiran dia

❤❤❤

Promote!!

gunheemang

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro