Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

20: Ancaman

100 votes + 25 comments

"A-aku suka kau" kata Taehyung.

Lantas mata Eunyoo beralih pada wajah jejaka itu, lidahnya kelu. Masa bagaikan terhenti buat seketika.

Taehyung mengerutkan dahinya, terasa menyesal pula sebab luahkan terlalu awal kepada gadis itu.

Perlahan-lahan Taehyung melepaskan jari-jemari Eunyoo dari tangannya. Kim Taehyung mula meluncur ke arah pintu keluar daripada kawasan ais itu dengan penuh perasaan hampa.

"Yah, Kim Taehyung" Eunyoo memanggil gadis itu.

Perlahan-lahan Taehyung berpaling kebelakang. Sejujurnya dia takut untuk mendengar apa yang keluar dari mulut gadis itu.

"Aku pun suka kau" kata Eunyoo sambil berusaha untuk mengimbangi badan diatas ais itu.

Dengan pantas Taehyung meluncur kearah gadis itu, mahu sahaja dia mendukung gadis itu.

"Jadi, kita boleh adakan majlis perkhawinan?" Taehyung menyoal dengan penuh teruja.

Tebeliak mata Go Eunyoo dengan kata-kata lelaki itu.

"Wo! releks Taehyung" kata Eunyoo sambil tergelak kecil.

"Aku kena beli cincin ke? kena lamar kau di restoran mewah?" Taehyung menyoal gadis itu berdasarkan cerita-cerita yang ditonton olehnya.

Eunyoo menyentuh wajah jejaka itu untuk meredakannya daripada berkata benda yang merepek itu.

"Tarik nafas, lepastu lepas" kata Eunyoo sambil mengukirkan senyuman.

Taehyung terlalu teruja, inilah kali pertama dia meluahkan perasaan kepada seorang gadis.

"Jadi, lepas ni kita nak buat apa?" Taehyung menyoal.

"kau ke aku yang ajak keluar malam ni?" balas Eunyoo sambil tergelak kecil disebabkan perangai Taehyung itu.

☆☆☆☆


"Jadi, lelaki tu anak dia?" Taehyung menyoal sambil tangannya meraup lembut rambutnya.

Sungguh dia terkejut bahawa lelaki yang mengugut dia dan Eunyoo di mahkamah tempoh hari merupakan anak lelaki kepada pembunuh encik Joo itu. Patutlah dia berdendam dengan Taehyung dan Eunyoo.

"Iya, tuan" kata polis yang bekerja dibawah Taehyung.

"Mana dia sekarang?" soal Taehyung.

"Semasa kami mencari dia untuk bawa dia soal siasat, dia larikan diri" kata polis muda itu.

Taehyung dapat rasakan yang anak lelaki pembunuh itu sedang merancang sesuatu yang jahat.

Dan targetnya ialah Taehyung dan Eunyoo.

"Cari lelaki tu sampai dapat, arahkan semua unit untuk jejak dia. Kita mesti dapatkan keterangan darinya" Taehyung memberikan arahan dengan tegas.

Go Eunyoo POV💚

"Encik tak boleh buat macam ni!" teriak Eunyoo yang sudah hilang sabar dengan perangai pak cik ini.

"Keluarga saya orang susah, jadi saya terpaksa bunuh dia untuk dapatkan duit insurans" kata pak cik itu.

Mahu sahaja Eunyoo menarik rambut beruban milik pak cik itu. Kenapa dia terlalu kejam.

"Jadi, pak cik gunakan duit itu untuk melancong ke luar negara?" Eunyoo seakan-akan memerli pak cik tua itu.

Dia telah pergi ke Jepun dan telah pulang ke negara ini semula pagi tadi.

"Saya pergi ke luar negara untuk merawat isteri saya yang sakit jantung, saya terpaksa guna duit insurans itu" kata pak cik itu lalu melemparkan fail hospital untuk menunjukkan bukti.

"bukannya, saya mahu lari!" tegas pak cik itu.

"Bunuh anak kandung pak cik sendiri, mana sifat seorang ayah? mana nilai kemanusiaan, Pak cik?" balas Eunyoo lagi.

Pak cik itu memandang kearah Eunyoo, perlahan-lahan dia mendekati gadis muda itu.

"Saya mampu untuk bunuh anak saya sendiri, awak fikir saya tak mampu untuk bunuh awak yang langsung saya tak kenal ni?" kata Pak cik itu.

Perlahan-lahan Eunyoo menapak kebelakang.

TBC

Siapa masih ada disiniii?? Maaf lama tak munculkan diri T-T

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro