Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15 : Mencari

120 votes + 20 comments

Jungkook memandang kearah Taehyung dan Eunyoo yang sedang berbincang tentang urusan kerja itu.

Lelaki itu hanya mampu menongkat dagu dan mengeluh kecil. Sekali-sekala mahu juga dia mengambil tahu apa yang berlaku.

Alangkah teruknya nasibnya apabila bidang pekerjaannya tidak ada kena mengena langsung dengan Eunyoo.

"Jungkook-ah, kau nak balik pukul berapa?" Eunyoo menyoal jejaka itu.

"Aku ok je" balas Jungkook sambil tersenyum paksa.

"Aku dengan Taehyung dah nak pergi ni. Kalau kau balik sendiri, boleh?" Eunyoo menyoal lagi.

Lambat-lambat Jungkook mengangguk sambil memandang kearah Taehyung. Argh, cemburunya!

"Oh, ok, kalau macam tu, aku balik dulu lah" ujar Jungkook.

☆☆☆☆

Taehyung memandu laju menuju ke pejabat Park Jimin.

"Kau rasa apa berita penting yang dia maksudkan?" Eunyoo menyoal.

Taehyung hanya mengangkat bahu tanda tidak dapat mengagak apa yang Park Jimin ingin laporkan.

"Eunyoo-shi, ada update untuk bedah siasat mayat tu?" Taehyung menyoal gadis itu.

"Itulah masalahnya sekarang ni, ahli keluarga Joo Bok Sil tak bagi persetujuan lagi. Katanya mereka nak ada surat perintah dari mahkamah. Masalahnya, untuk bedah siasat sesi pertama, tak perlu surat dari mahkamah. Diorang tu yang tak faham prosedur" kata Eunyoo.

"Tapi, kita ada hak sepenuhnya kan untuk buat bedah siasat" balas Taehyung.

Eunyoo mengangguk laju.

"Buat je, biarkan mereka" ujar Taehyung.

Lantas Eunyoo mendail Namjoon untuk memberitahu tentang mereka perlu melakukan bedah siasat segera.

☆☆☆☆

"Tengok ni" kata Jimin sambil menunjukkan skrin komputer.

Taehyung dan Eunyoo memerhatikan skrin tersebut.

"Ada pemindahan wang yang dilakukan sekitar sejam yang lalu. Semua wang yang dimasukkan dalam akaun Puan Joo  telah
dipindahkan dalam akaun abangnya" kata Jimin.

"Abang dia?" Eunyoo menyoal.

"maksudnya, abang ipar kepada Encik Joo Bok Sil?" Taehyung menyoal.

Jimin mengangguk laju.

"Tolong print kan maklumat ni dan serahkan kepada pendakwa raya. Ni boleh dijadikan sebagai bukti" kata Taehyung.

☆☆☆☆

Eunyoo memasuki makmal forensik itu dengan lengkap berpakaian kot makmal.

"ada jumpa apa-apa?" Eunyoo menyoal.

"Weh, tengok ni!" Namjoon memanggilnya.

Lantas Eunyoo menuju kearah lelaki itu.

"Dalam darah mayat Encik Joo, ada cecair VX" kata Namjoon setelah dia melihat sampel darah Encik Joo dibawah mikroskop itu.

"Maksudnya, dia bukan mati sebab kemalangan, tapi sebab diracun" kata Eunyoo.

Namjoon dan Eunyoo saling berpandangan.

VX - Satu bahan yang mampu untuk melumpuhkan saraf badan manusia dan akan mati dalam masa yang singkat. [Cecair ini pernah digunakan untuk membunuh Kim Jong Nam di KLIA dulu]

☆☆☆☆

Kim Taehyung POV💚

Taehyung melihat tempat kejadian yang dikelilingi oleh anggota polis itu.

"Nampaknya, ada cap jari orang lain pada stereng kereta" kata Taehyung sambil mengecilkan matanya tanda mensyaki sesuatu.

"Tuan, kami mendapati yang brek kereta tak rosak. Pemandu hilang kawalan dan membuatkan dia terbabas. Tapi, puncanya bukan daripada kerosakan kereta" pegawai bawahannya itu melaporkan kepada Taehyung.

Taehyung berfikir sejenak.

"Cuba tengok bahagian tempat duduk belakang kereta, cari kalau ada cap jari. Kita kena pastikan yang ada atau tidak orang yang mencekik Encik Joo dari belakang" kata Taehyung.

☆☆☆☆

Ding dong..

Eunyoo membuka pintu rumahnya, siapa pula yang datang malam-malam buta begini?

"Err, kau tengah buat kerja ke?" Taehyung menyoal sebaik sahaja Eunyoo membuka pintu.

Eunyoo mengangguk perlahan.

"Kalau aku buat kerja dekat rumah kau boleh? lagipun kita handle kes yang sama" kata Taehyung.

Eunyoo memandang kearah beg yang dibawa oleh Taehyung itu yang dipenuhi dengan kertas-kertas kerja.

"Masuklah" Eunyoo pelawa.

TBC

Jadi, chapter ni agak bosan dan ke laut. T-T dah ah, aku nak fed up ni.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro