Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1: Starbucks

Kim Taehyung berjalan dengan tenang sambil menghirup sedikit kopi dari cawan kertas yang dibelinya tadi di Starbucks.

Jejaka itu memandang disebelah kirinya apabila melihat ada orang ramai berkumpul di sana.

Dia mempercepatkan langkahnya menuju ke sana bagi melihat apa yang sedang berlaku.

"Sila beri laluan, saya inspektor Kim Taehyung" katanya menunjukkan yang dia antara pegawai yang penting di ibu pejabat polis.

Orang ramai yang berkumpul tadi mula memberi ruang untuk Taehyung melihat apa yang sedang berlaku.

Kim Taehyung mendekati tempat kejadian, terdapat seorang kanak-kanak yang sedang berdiri sambil menangis disebabkan kucingnya tidak mahu turun dari pokok.

Taehyung mengeluh kecil. Apalah kucing itu lakukan diatas sana? bukannya ada apa pun.

Taehyung meletakkan cawan Starbucks miliknya diatas tanah. Dia meminta semua orang ramai untuk berundur.

Kim Taehyung mula memanjat pokok tersebut bagi membawa kucing itu turun kebawah.

"Jangan!" teriak seseorang.

Terbatal terus niat Kim Taehyung yang ingin memanjat pokok itu.

"ah, wae?" soal Kim Taehyung. Matanya melilau ke kiri dan kanan bagi mencari orang yang melarangnya tadi.

"Kucing tu akan turun sendiri" ujar seorang gadis itu.

Mata Taehyung tidak lepas memandang anak mata gadis yang bercakap itu. Anak mata gadis itu, sungguh unik.

Sebelah kanan matanya berwarna hazel dan sebelah kiri berwarna biru laut.

Segera Taehyung menggeleng kepalanya supaya kembali ke alam realiti.

"macam mana kau tahu yang kucing tu akan turun dalam masa yang singkat?" Taehyung menyoal gadis itu.

"atas tu ada sarang tebuan" gadis itu menjawab.

mata Taehyung melilau ke atas bagi mencari sarang tebuan yang dimaksudkan oleh gadis itu.

"Tak ada pun" balas Taehyung setelah dia meninjau.

"ada, disebalik daun tu" balas gadis itu.

"satu" gadis itu mula mengira.

"dua" sambungnya.

"tiga" kiraan terakhir oleh gadis itu.

Tiba-tiba ada seekor kucing yang jatuh dari atas pokok nasib baik sempat ditangkap oleh Taehyung.

Di atas pokok itu mula kelihatan sekumpulan tebuan berterbangan keluar dari sarangnya.

Taehyung tergamam buat sementara lalu dia memandang wajah gadis itu.

Gadis yang mempunyai sepasang mata yang unik itu mengeluarkan sehelai penutup mata dari poketnya lalu dia menutup mata kirinya yang kebiruan itu. Manakala mata kanannya dibiar nampak.

Hal itu cukup membuatkan Kim Taehyung tertanya-tanya.

"terima kasih abang" kata kanak-kanak lelaki itu lalu mengambil kucingnya daripada tangan Taehyung.

Taehyung kaku berdiri di situ.

Dia teringat kembali yang gadis itu mengira masa untuk kucing itu turun kebawah.

Bagaimanakah?

"eh kejap, kopi aku!" pantas Taehyung berlari pantas bagi mendapatkan kopinya yang dia letakkan di atas tanah tadi.

"argh" dia mengeluh apabila melihat kopi itu sudah tumpah dari cawan.

"dahlah Starbucks tu mahal!" Kim Taehyung mengeluh.

TBC

30 votes 10 comments

wei.. aku tahu cite ni agak.. pelik

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro