
SINOPSIS
Aku berjalan berseorangan sambil menutup rapat mataku, memandangkan hujan sungguh lebat pada malam ini. Buat seketika badanku terasa basah kuyup kerana hujan, tetapi aku tetap tidak peduli tentang itu.
Aku membuka mataku dan lalu melihat sekeliling, hanya aku sahaja yang berada di tempat ini. Aku tersenyum kelat.
Kilat mula berkedip di langit yang gelap. Air mataku tidak lagi kelihatan kerana ia hilang dibawa oleh hujan lebat. Aku sentiasa berharap bahawa hujan lebat ini boleh membawa segala luka yang masih terpahat dihatiku, seperti Jimin membawa dirinya dengan mudah meninggalkan aku seorang diri.
Sebenarnya aku tidak mahu mengingati semua ini, tetapi kenangan yang menyakitkan ini masih segar di ingatanku apabila hujan tiba. Aku selalu menangis bersendirian apabila hujan tiba.
"Aku berharap hujan turun sepanjang hari, Kerana orang tidak akan melihat keadaan aku sebegini. "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro