Penjelasan
Melihat teman - teman mereka masih ribut, BoBoiBoy melirik ke arah Ali
"Macam mana diorang boleh tahu lokasi kita?!" Tanya BoBoiBoy panik
"Manalah aku tahu! Tiba - tiba jer diorang datang kan?" Jawab Ali ikut heran
BoBoiBoy menghela nafas panjang dan berteriak "Woi!!"
Mendengar bentakan BoBoiBoy membuat semua diam dan menengok ke arah BoBoiBoy
"Sudahlah tu! Jangan gaduh!.. aku dan Ali akan terangkan semua.." ucap BoBoiBoy merangkul bahu Ali
BoBoiBoy menengok ke arah Alicia "kau Alicia, betul?"
Alicia mengangkat alisnya terkejut "macam mana kau-"
"Shh. Aku tak habis bercakap lagi"
Lalu BoBoiBoy menengok ke arah teman - temannya "Gopal, Fang, Yaya, Ying.. perkenalkan, Ali dan Alicia, member Ejen muda MATA"
Kokotaim terkejut ketika mendengar BoBoiBoy mengatakan dirinya berteman dengan musuh "Eh?! Ejen?! Maknanya kau-"
BoBoiBoy mengangguk "Betul, aku berkawan dengan Ejen MATA.. bukan itu sahaja, Ali ialah lawan aku kat pertandingan nanti"
"Kau berkawan dengan lawan kau sendiri!? Macam ayah kau je" kata Gopal
"Ehm.. sebenarnya, lawan Admiral Amato ialah mama saya dulu.. Ejen Aliya" jawab Ali menggaruk kepalanya
Lagi - lagi kokotaim terkejut
"KAU ANAK EJEN ALIYA!?"
"Eh? Korang kenal mamah aku ke?" Tanya Ali heran
"Ayah aku sempat ceritakan masa mamah kau dan ayah aku berkawan dulu" jawab BoBoiBoy
"Kejab! Aku masih nak proses.. jadi Korang berdua ni sepatutnya menjadi lawan untuk pertandingan. Tapi korang akhirnya berkawan?!" Tanya Alicia yang kelihatannya paling shock diantara para kokotaim
"ha'ah, kenapa? Kau tak suka?" Tanya Ali dengan sedikit ketus
"bukannya aku tak suka! Tapi ini maknanya kau telah membelot MATA untuk kali kedua! Kalau MATA sampai tahu macam mana Ali?!"
Ali terdiam dan menatap BoBoiBoy sedih, Alicia benar.. berteman dengan musuh dan mencuri formulir dari kedua organisasi menandakan bahwa dia telah berkhianat kepada MATA, lagi..
"Tapi.. aku pasti kau tak kan membelot tanpa alasan, tengok kamu berdua ni.. aku rasa macam ada yang Korang rancangkan" jawab Alicia lagi
"Bijak betul dia ni" bisik Gopal pada Fang
Ali menatap BoBoiBoy seperti meminta suatu izin, BoBoiBoy yang faham pun menganggukinya pelan
Ali menghela nafas sejenak "Baiklah, aku rasa inilah saatnya aku dengan BoBoiBoy untuk mengaku segalanya"
Akhirnya BoBoiBoy dan Ali menceritakan semuanya kepada Alicia dan para kokotaim, berawal dari bagaimana mereka bertemu hingga saat mencuri formulir
"Jadi macam tu lah.. dua penceroboh tu, ialah kitorang.. maaf semua" ucap Ali mengakhiri cerita
BoBoiBoy menghela nafas gugup dan melihat ke arah Alicia dan para kokotaim
"kami nak cari tahu punca penyebab permusuhan antara TAPOPS dan MATA, kami tahu cara yang kami pilih ialah bukan jalan yang terbaik.. tapi kami dah tak de pilihan lain.."
Fang memegang kedua bahu BoBoiBoy dan membuatnya menatap dirinya
"BoBoiBoy.. aku tahu yang kau maksudkan ialah untuk kebaikan dan perdamaian, tapi dengan mencuri, menceroboh masuk dan menipu.. itu semua sama sahaja dengan kau membelot TAPOPS"
"Kalau pihak TAPOPS sampai tahu, image dan status kau akan menurun. Sama macam ayah kau"
BoBoiBoy tersentak dan menunduk "aku tahu.. tapi aku tak kesah! Ayah aku dengan mak Ali mungkin gagal.. dan misi ni nampak mustahil, tapi sekurang - kurangnya kita dah mencuba membawa kebenaran.!"
Ali mengangguk setuju dan meneruskan "Betul cakap BoBoiBoy, kita patut berusaha! Kalau tak.. lagi ramai korban dalam pertandingan ni nanti! Kalau bukan kita yang mencuba.. siapa lagi??"
Fang berfikir sejenak lalu tersenyum
"kami faham maksud korang.. nak menyatukan dua organisasi hebat berpotensi bukannya senang.. tapi, bila MATA dan TAPOPS boleh berdamai.. mesti akan ada banyak peluang baik untuk masa hadapan"
"Betul cakap Fang, memang bukan senang nak mendamaikan dua organisasi yang dah lama menjadi musuh.. itu sebabnya, kitorang pun nak tolong sekali! Kan korang??" Ucap Yaya dengan antusias
Gopal, Fang dan Ying mengangguk mantap menandakan mereka sangat setuju
"Korang nak ikut sekali?! tapi.. bila kita kena tangkap, Korang pun akan terjejas!"
"Kami tak kesah BoBoiBoy, sebagai kawan kita patut saling tolong menolong.. biarlah apa yang akan berlaku.. kami hanya nak kau tahu, kau tidak keseorangan" ucap Yaya
Kemudian, Alicia berkata dengan senyuman diwajahnya
"Walaupun aku takut tentang apa yang akan berlaku nanti, aku pun akan membantu korang setakat yang aku boleh"
Mendengar jawaban Alicia membuat mata Ali seketika berair untuk sesaat dan senyuman terukir pada wajahnya "terima kasih Alicia..."
Alicia hanya mengangkat kedua bahunya sambil tersenyum
"Jadiii.. kau pun membelot jugak la ni kan?? Hahaha" kata Ali terkekeh
Alicia ikut tertawa "heh.. sekali - sekala, boleh laa"
Ali dan Alicia menengok ke arah geng kokotaim yang hanya tersenyum gemas melihat mereka berdua
"Oh ye, baik kita perkenalkan diri lagi sekali. Hai akak dan abang semua, saya Ali.. salah satu ejen muda kat MATA berteras Tekno.." kata Ali sopan
Alicia pun ikut memperkenalkan diri "saya pula Alicia.. ejen muda MATA berteras Neuro. Salam kenal akak - akak dan abang - abang semua"
BoBoiBoy tersenyum pada Alicia dan memperkenalkan dirinya dan teman - temannya "aku BoBoiBoy, ini Fang, Gopal, Yaya dan Ying"
"Hai Alicia, salam berkenalan" kata Yaya ramah
Ying pun menghampiri Alicia dan berjongkok di hadapannya "oohh kau Neuro! Teras MATA yang paling berpengetahuan"
Alicia tersenyum malu dan mengangguk pelan sebagai jawaban
"Kau tahu pasal teras - teras MATA?" Tanya BoBoiBoy
Ying terkekeh "Alaa. Research sikit jer"
Fang menoleh ke arah Ali "kau.. memang betul anak ejen Aliya?"
Ali mengangguk dan Gopal terkagum "waahh! Inilah anak dari ejen perempuan yang hebat sangat tu! Admiral Amato mesti suka sangat nak jumpa dengan kau"
BoBoiBoy merangkul Ali dan tersenyum "Bila kondisi sesuai, aku akan perkenalkan dia kepada ayah aku"
Ali membalas senyuman BoBoiBoy itu dan BoBoiBoy melanjutkan "perkawanan mereka sangatlah istimewa Ali, sama macam perkawanan kita"
"Dan kalau pun mak aku dengan ayah kau bukan kawan baik dulu, kita akan tetap berkawan kan?" Ucap Ali menggaruk kepalanya
BoBoiBoy terkekeh dan mengusak - usak rambut Ali "Mestilah.."
"Okei! Jadi... Apa rancangan korang? Bagi tahulah!" Kata Ying dengan antusias
Ali menengok ke arah Alicia dan mendekatinya "boleh, tapi.. sebelum kita mula, aku ada satu permintaan khusus untuk Alicia"
Alicia menatap Ali dengan kebingungan menunggu Ali mengungkapkan sesuatu yang ingin disampaikan olehnya
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro