Episod1 Flashback Dimula Bahagian2
Riuh betul suasana pada waktu itu, suara-suara girang memecah kesunyian, masing-masing mereka kelihatan sangat terujah. Mereka semua memang sudah tidak sabar hendak pulang ke rumah berjumpa dengan keluarga tercinta.
Setelah berhempas-pulas menimbah ilmu pada waktu persekolahan, kini akhirnya gerbang cuti pun telah terbuka, giliran waktu persekolahan pula dijeda selama dua minggu.
Sebaik sahaja waktu pulang untuk seluruh para pelajar asrama SMK Sentosa telah pun menjelma, berpusu-pusu pelajar asrama mula membanjiri perkarangan sekolah, ada yang balik dijemput dan ada juga yang balik sendiri.
Di sebalik kerumunan manusia yang lalu-lalang, kelihatannya seorang pelajar perempuan bertudung labuh sedang berjalan seorang diri. Kepalanya sejak tadi tidak berhenti bergerak, sekejap dia toleh ke kanan, sekejap dia toleh ke kiri. Seolah-olah ada sesuatu yang hendak dia cari. Sedang dia asyik memerhati, langkah kakinya dihayun dengan penuh berhati-hati.
Setelah puas menjelajah setiap sudut perkarangan sekolah yang sesak itu, akhirnya dia mengambil keputusan untuk duduk sebentar di sebuah kerusi besi yang tersedia di situ. Keluhan kecil sempat dia suarakan sebelum melabuhkan duduk.
Riak wajahnya ketika itu seperti kelelahan, kepalanya tidak lagi bergerak-gerak, hanya anak mata biru lautnya sahaja yang rancak memandang sekeliling. Kini dia hanya duduk diam menunggu dan berharap agar orang yang dia cari sejak tadi datang menemuinya, dia tidak larat lagi hendak berjalan ke sana ke sini.
Apa tidaknya, sejak tadi dia asyik berdiri, sudahlah keadaan waktu itu agak panas kerana berhimpit-himpit dengan banyak orang. Hampir seluruh badannya pun sudah terasa melekit dilumuri keringat yang deras mengalir di sebalik pakaiannya. Tambahan pula, bebanan dua buah beg yang dia bawa ke sana sini sejak tadi, menambahkan lagi rasa letihnya.
“Airis!”
Kedengaran namanya diseru dari kejauhan. Lantas dia berpaling ke arah suara yang menyeru namanya, sebelah tangannya diangkat melambai-lambai sebagai isyarat yang dirinya ada di situ.
Tidak lama kemudian, muncullah empunya gerangan yang menyeru namanya sebentar tadi.
“Mari beg kau abang angkatkan.”
Seorang pelajar lelaki bertubuh tinggi dan bermata biru kristal mendekatinya lalu dengan segera mengambil dua buah beg yang dia letak di sisinya.
Akhirnya orang yang hendak dia cari pun sudah muncul, ternyata sejak tadi dia mencari kelibat abangnya. Dalam hatinya dia melafaz syukur kerana abangnya berbaik hati hendak mengangkat begnya. Nampak gayanya, tidak perlulah dia menanggung beban membawa dua buah begnya itu. Bolehlah dia jalan lenggang kangkung.
“Thanks abang Jijan.”
“Ok, no hal. Nanti kan, belanjalah abang aiskrim ye. Hahahahahahaha, best ni makan aiskrim time time begini.”
“Tak nak. Nak belanja jajan je. Hehehehehe.”
“Hm, tak naklah.”
Serta-merta, abangnya menjulingkan biji matanya. Terasa dirinya dipermainkan, maklumlah Jajan itu kan nama panggilan lain yang adik-beradik dia gelar terhadap dirinya. Dah cantic nama diberi Putera Hazeeq Azizan, Jajan juga jadi gelaran.
Namun Airis hanya ketawa girang tidak menghiraukan reaksi abangnya yang sudah pun mengambil tempat di sisinya itu.
“Adik ada Nampak abang Anaqi dan Aisy ke tadi? Abang tak Nampak dia orang pun.”
Azizan bertanya kehairanan. Sebenarnya dari tadi dia cuba menjejak kelibat abang dan adiknya, tapi malangnya gagal, memang tak muncul langsung batang hidung dia orang, padahal tadi mereka bertiga keluar bersama-sama. Entah sejak bila adik dan abangnya terpisah dari dirinya, dia pun tidak tahu. Lantas Airis pun berhenti ketawa.
“Tak Nampak pula. Eh, bukannya kau orang bertiga keluar sama-sama ke tadi?”
Airis mengerutkan dahinya. Azizan hanya mengangkat dua belah bahunya tanda tidak tahu.
Airis merupakan anak bongsu daripada lapan orang adik-beradik dan satu-satunya anak perempuan tunggal Zafwan dan Ayra.
Azizan pula merupakan anak keenam, manakala Aisy pula anak ketujuh, masing-masing mereka berusia 17 tahun dan 15 tahun pada waktu itu. Anaqi pula berusia 19 tahun dan merupakan anak kelima.
“Oi! Kau orang berdua ni tak nak balik ke?” Tiba-tiba Aisy muncul entah dari mana menyapa Azizan dan Airis.
“Mestilah nak balik. Kau tak da soalan yang lagi susah ke nak dijawab?” Azizan menyahut dengan penuh sarkastik. Aisy hanya tersengih tidak bersalah. Tidak lama kemudian, muncul pula Anaqi di situ.
“Jomlah balik.” Anaqi mengajak adik-adiknya.
“La bang, kita balik jalan kaki je ke?” Aisy bertanya polos.
“Yelah balik jalan kaki. Tapi kau sorang jelah.” Azizan pula menyahut, dia sudah pun berdiri ingin beredar dari situ. Tiga buah beg dia angkat termasuklah begnya sendiri. Airis juga sudah berdiri bersiap sedia hendak mengikut langkah abang-abangnya.
“Ala Tanya je pun.” Aisy mencebik, dia pun berdiri di sebelah Anaqi menunggu abangnya itu memulakan perjalanan.
Lalu mereka berempat pun berjalan beriringan beredar dari situ mencari kelibat daddy mereka. Selalunya, apabila minggu balik, daddy merekalah yang akan menjemput mereka balik ke rumah. Maklumlah daddy mereka telah pun bersara empat bulan lalu, Zafwan merupakan seorang guru pendidikan khas di SMK Sentosa. Sekolah menengah itu menyediakan Program Pendidikan Khas Integrasi masalah penglihatan.
Ya mereka memang tidak tahu siapakah gerangan yang bakal menjemput mereka pada ketika itu. Kalau mereka tahu, entah bagaimanalah reaksi mereka nanti? Jeng jeng jeng...
“Kami pelajar SMK Sentosa~
berjanji setia taat segala~
peraturan sekolah berbakti berdisiplin~
itulah ikral kami semua~”
Azizan bernyanyi-nyanyi selamba seperti sedang menghadiri konsert nyanyian. Memandangkan keadaan waktu itu memang begitu riuh, jadi tidak jugalah kedengaran sangat suaranya bernyanyi. Namun begitu, orang yang berdekatan dengannya sudah pasti mampu mendengar dengan jelas alunan lunak nyanyiannya itu.
Merdu memang merdu tapi lagu, alahai macam tak ada lagu lain. Lagu sekolah juga menjadi pilihan.
Aisy, Airis dan Anaqi hanya mengendahkan sahaja Azizan yang sudah seperti radio bergerak itu. Lagipun mereka sudah biasa. Hanya mampu menadah telinga membiarkan nyanyian Azizan menerpa ruang pendengaran mereka.
“Kau orang dah solat Zuhur ke?”
Sedang mereka kusyuk berjalan sambil diiringi nyanyian Azizan, Anaqi bertanya. Dia ingin memastikan adik-adiknya tidak leka dengan tuntutan agama itu. Itulah yang sudah mummy dan daddy mereka terapkan sejak kecil lagi. Sebagai adik-beradik, mereka perlu saling mengingatkan antara satu sama lain.
“Bang kita kan solat sama-sama tadi.”
Sontak, Azizan berhenti bernyanyi, lalu dia dan Aisy menjawab serentak. Riak hairan mereka berdua tayangkan, takkanlah abang mereka dah lupa. Padahal baru sahaja sejam yang lalu mereka solat berjemaah. Airis pula hanya diam membisu di situ.
“Aku bukan Tanya kau berdualah. Aku Tanya adik,” Anaqi menjelaskan.
“Cakap tu biar jelas-jelas. Cakap jelah macam ni, adik Airisku sayang intan payung terjun ke hatiku, kau dah solat Zuhur ke? Ha macam tu kan senang, taklah orang hairan....” Aisy menyahut pula, tidak puas hati dengan cara abangnya bertanya. Dalam pada itu sempat juga dia selitkan gurauan. Entahlah ayat mana dia rembat. Ehh macam pelik je bunyi dia. Aisy, aisy. Dari manalah hang belajaak tu.
“Tulah, kacau aku nak nyanyi je.” Azizan menyampuk pula. Baru je nak menjiwai lagu sekolah, dah sangkut.
Anaqi biarkan sahaja bisikan-bisikan tidak penting itu bergelombang di gegendang telinganya. Kini, dia hanya menumpukan pandangannya ke arah Airis ingin menunggu jawapan.
Airis hanya menyepi tanpa kata, dia hanya menggelengkan kepala.
“Kalau macam tu pegilah solat dulu baru kita balik.” Anaqi mencadangkan. Dia risau, tidak ingin rasanya adik kesayangannya itu terlepas daripada menunaikan perintah Allah SWT.
Sekali lagi Airis hanya mampu menggelengkan kepala, pipinya mula berona merah.
Tiga orang abangnya terpinga-pinga dengan gerak geri Airis. Sesungguhnya mereka memang tidak faham langsung apa yang cuba Airis sampaikan. Namun itu hanya sementara sahaja sebelum tiga orang lelaki itu memasang riak risau. Cepat-cepat mereka bertiga mendekati Airis dengan lebih rapat lagi.
“Dik kau demam ke?” Aisy bertanya sambil menekapkan belakang tapak tangannya ke atas permukaan dahi Airis.
“Kenapa pipi kau merah? Panas sangat ke?” Azizan pula menyoal.
“Kenapa tak bagitau aku yang kau tak sihat?” Anaqi pun tidak ketinggalan bertanya, kini topik tentang solat beralih pula kepada topik demam.
Airis menepuk dahinya senddiri, tidak percaya dengan reaksi abang-abangnya. Memang terpesong betul pemahaman mereka ni. Takkanlah dah remaja pun masih tak faham lagi. Nak tergelak pun ada juga, nak je dia tampar-tampar muka abang-abang dia tu, geram. Nasib saying....
Lantas Airis menarik nafaz dalam-dalam sebelum bersuara, terpaksalah juga dia buka mulut meleraikan kekeliruan itu.
“Adik tak boleh solat la, adik cuti. Adik tak demam pun la.”
“Oh...”
Anaqi, Azizan dan Aisy menjawab serentak. Sekarang barulah mereka faham. Lagipun adik bongsu mereka itu kan dah besar, patut pun beriak macam tu.
“Comel juga eh adik blushing.”
“Ada merah-merah gitu di pipi dia.”
“Tak nak cakap lagi tu, geleng-geleng je.”
Aisy, Azizan dan Anaqi mengusik Airys. Setelah berkata demikian mereka ketawa girang.
“Hahahahahahahaha, hahahahahahaha, hahaha.”
“Eh, tengok tu! Itu kan kereta abang Ipin.” Airis menunjuk ke arah sebuah kereta berjenama Perodua Alza yang elok memakir di situ. Cermin hadapan diturunkan sedikit lebih kurang separuh dari tingkap kereta lalu terlihatlah ada tangan yang melambai-lambai ke arah mereka berempat.
Tanpa berlengah lagi, Anaqi, Azizan, Aisy dan Airis terus menyerbu ke arah kereta yang Airis maksudkan itu. Mereka memang kenal amat kereta itu.
Kini mereka berempat pun selamat memboloskan diri masuk ke dalam kereta tersebut.
“Abang Aryan!”
Mereka berempat bersorak girang, sedaya upaya mereka cuba mengerumuni Aryan, ada yang serang dari tepi sebelah kiri, ada yang serang dari belakang.
Terteleng-teleng kepala Aryan dibuatnya, ada yang picit bahu, ada yang Tarik lengan, ada yang tumbuk belakang dan ada juga yang kusutkan rambut Aryan.
“Wei! Wei! Nanti kat rumah je kita bergila ye. Aku nak drive ni, dahlah tu, dah.”
Aryan cuba menenangkan Adik-adiknya. Sebelum memulakan pemanduan sempat juga Aryan memperkemaskan penampilannya yang sudah serabai itu. Lantas adik-adiknya pun membetulkan posisi duduk di tempat masing-masing.
“Kenapa abang Iyan guna kereta abang Ipin?” Airis bertanya kehairanan.
“Saje pinjam kereta abang Ipin.” Aryan menjawab tenang.
“Abang Ipin pun cuti ke? Abang Iyan pun cuti juga ke? Abang Jijat dengan abang Iill tak cuti ke?” Bertalu-talu persoalan Azizan ajukan.
“Tengok jelah nanti,” ujar Aryan acu tak acu. Nada suaranya hanya datar.
“Alaaaaaa baaagitaaauuuuu jelah... ah~~,” sahut Azizan pula, dia melontarkan bicaranya sambil bernyanyi-nyanyi ikut iramanya sendiri.
“Bang kenapa tak pusing kanan? Kita nak pegi mana Pula ni? Abang Iyan nak belanja kasut bola baru ke? Hahahahaha,” soal Azizan lagi setelah menyedari Aryan sepertinya tidak menuju ke arah simpang letaknya kampung halaman mereka.
“Woi! Pelanlah sikit suara tu, aku nak tidur pun susah.”
Anaqi tiba-tiba bersuara setelah sedari tadi hanya berdiam diri sahaja. Ternyata dia sudah hamper diulit mimpi, namun terganggu angkara mulut becok Aziezan yang tak berhenti bertanya. Anaqi, Anaqi... kalau ada pertandingan tidur, agaknya dialah juara.
Airis, Aisy dan Aryan hanya mampu ketawa mengejek mengenangkan nasib Azizan. Rasa-rasanya, itulah reaksi yang paling terbaik mampu mereka berikan kala itu.
“Kita nak pegi ambik abang Jijat dengan Airil kat airport le.” Setelah puas ketawa, Aryan memberitahu dengan penuh santai sekali.
“Yeh!”
Anaqi, Azizan, Aisy dan Airis menjerit kegembiraan. Anaqi pun tak jadi nak tidur dibuatnya. Terlalu terujah nak katakan. Siapa yang dengar jeritan mereka berempat, boleh berkerut dahi dibuatnya, bingit betul. Mujurlah Aryan dah biasa.
Sepanjang perjalanan menuju ke airport, memang riuh betul suasana di kereta itu. Ada sahaja telatah mereka. Suasana riuh itu berlarutan sehinggalah mereka tiba di airport.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro