-Chapter 8-
•••••
"JungKook, apa yang dah jadi sebenarnya ni? Macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya HanGyul.
"Hyung, sebenarnya kitaorang pun tak tau apa yang jadi. BoMin cakap masa dia sampai kat tempat tu, NaEun memang dah tak sedarkan diri." Jawab JungKook.
"Mianhei, hyung sebab tak jaga NaEun." Sambung JungKook.
"Bukan salah JungKook seorang, kitaorang pun salah juga. Mianhei, hyung." Kata BoMin pula.
"Takpe, hyung tak salah kan korang pun. Mesti ada hikmah di sebalik benda ni semua." Kata HanGyul.
"Siapa lah yang sanggup buat macam ni? Setahu Hyung, NaEun tak ada musuh. Korang ada syak sesiapa ke?" Tanya HanGyul.
"NaEun memang tak ada musuh, walaupun saya selalu tak datang sekolah tapi saya tahu NaEun tak ada musuh." Jawab JiMin.
Sibuk mereka sedang berfikir, tiba-tiba MiNah menjerit "Daniel!"
Disebabkan MiNah menjerit, mereka berempat terkejut dam tersentak.
"Kau ni dah kenapa MiNah tiba-tiba je menjerit. BoMin, adik kau ni dah kenapa?" Pelik JiMin.
"MiNah, MiNah kenapa ni?" Tanya BoMin kebingungan.
"Daniel! Ex-boyfriend NaEun unnie. MiNah dengan NaEun unnie ada nampak dia masa kitaorang beli makanan kat Sungai Han tu." Terang MiNah.
"Kenapa dengan dia?" Tanya JungKook pula.
"Ishh, macam ni, masa MiNah tengah angkat barang dalam kedai, MiNah nampak NaEun unnie tengah bergaduh dengan Daniel tu kat luar kedai." Cerita MiNah.
"MiNah tak berani nak tanya, takut NaEun unnie marah." Sambung MiNah.
"Diorang bergaduh macam mana?" Tanya BoMin.
"Daniel tu nak pegang tangan NaEun unnie, tapi NaEun unnie tepis lepastu terus tinggalkan dia." Jawab MiNah.
Tiba-tiba cerita MiNah terhenti apabila seorang doktor keluar daripada bilik bedah.
Doktor tersebut terus bertanya "Siapa ahli keluarga pesakit?"
"Saya, saya abang dia." Jawab HanGyul.
"Kami dapat selamatkan pesakit, so saya harap kamu semua jangan risau. Sekarang kami akan alihkan pesakit ke ward biasa." Kata Doktor tersebut.
"Terima kasih, Doktor." Kata HanGyul lagi.
"Sama-sama." Kata Doktor tersebut dan berlalu pergi.
Di Ward Biasa
"Hyung nak balik dulu ni sebab nak ambilkan baju NaEun, nanti hyung datang balik." Kata HanGyul.
"Korang pun balik lah dulu, korang mesti penat kan. Kalau NaEun dah sedar, nanti hyung call lah korang." Sambung HanGyul
"Biar saya jaga NaEun, hyung nak pergi ambil baju NaEun dulu kan?" Tanya BoMin.
"Hyung ambil baju NaEun sekejap je, kamu okey ke kalau jaga dia." Tanya HanGyul pula.
BoMin hanya mengangguk dan itu menandakan ia mengiakan apa yang dikatakan oleh HanGyul.
"Kalau macam tu hyung boleh tumpang saya, MiNah pun boleh ikut sekali." Kata JiMin.
"Nae." Jawab MiNah.
Mereka meninggalkan BoMin menemani NaEun. BoMin yang melihat kelibat mereka semakin meghilang, kembali masuk ke dalam ward NaEun semula.
Sewaktu menemani NaEun, BoMin tertidur kerana kepenatan. Tidak berapa lama selepas itu, NaEun membuka matanya sedikit demi sedikit dan berkata "Aku kat mana ni?"
"O-oppa." Panggil NaEun.
NaEun memandang sekeliling dan melihat BoMin yang sedang tertidur di sisi katilnya.
NaEun melihat baju BoMin yang masih ada kesan darah dan membuatkan NaEun ingin membelai rambut BoMin.
"BoMin." Panggil NaEun.
BoMin yang mendengar namanya dipanggil, terus terjaga daripada tidurnya. Ia merasakan ada sesuatu yang membelai rambutnya, BoMin terus memegang sesuatu yang membelai rambutnya itu.
Rupa-rupanya itu adalah tangan NaEun dan itu membuatkan BoMin sedikit terkejut.
"NaEun, kau dah sedar." Tanya BoMin.
"Belum, aku tengah tidur ni." Jawab NaEun.
BoMin hanya tersenyum dengan jawapan yang diberikan NaEun itu.
BoMin bangun dari sisi katil dan terus memeluk NaEun sambil berkata "Aku takut, aku takut kau tinggalkan aku."
"Kenapa pula aku nak tinggalkan kau, tak ada sebab aku nak tinggalkan kau lah." Jawab NaEun sambil tersenyum.
"BoMin, kau boleh lepaskan aku tak? Kau dah lah besar, peluk aku macam tu, boleh mati aku tau tak? Tak pasal-pasal mati betul-betul pula kang." Sambung NaEun.
BoMin melepaskan pelukannya dan duduk kembali di sisi katil.
"NaEun, kau ingat lagi tak apa yang jadi kat kau? Masa kau balik dari Sungai Han." Tanya BoMin.
"Tak, aku tak ingat langsung apa yang jadi." Jawab NaEun.
"Kau memang tak ingat apa-apa ke?" Tanya BoMin lagi inginkan kepastian.
NaEun menjawab pertanyaan BoMin dengan gelengan, menandakan tidak.
"Kenapa kau yang teman aku kat sini? Mana yang lain?" Tanya NaEun.
"Diorang dah balik, esok pagi diorang datang." Jawab BoMin.
"Kau?" Tanya NaEun lagi.
"Lepas abang kau sampai, aku balik lah. Nak tunggu abang kau je ni, dia pergi ambil baju kau sekejap." Jawab BoMin.
"Abang aku! Arghhh!" Jerit NaEun dan ingin duduk kerana terkejut tetapi disebabkan lukanya ia meraung kesakitan.
"Kau okey tak? Sakit? Kenapa kau bangun, kalau dah tau sakit?!" Marah BoMin.
"Kau bagitau abang aku? Kenapa kau bagitau dia?" Tanya NaEun.
"Gila kau tak bagitau, dah lah bawa adik dia keluar. Lepastu tak balik-balik, takkan lah nak cakap kau tidur rumah JungKook." Jawab BoMin.
"Agak-agak lah NaEun oii." Sambung BoMin.
"Kau tau tak kalau abang aku tu dah start membebel kalah MiNah tau tak? Habis lah telinga aku ni nanti." Rungut NaEun.
BoMin hanya ketawa melihat telatah NaEun.
"Sakit tak perut kau tu?" Tanya BoMin kerisauan.
"Tak sakit dah, sayang juga eh kau kat aku." Kata NaEun sambil mengangkat keningnya.
"Sayang lah, kau kan future girlfriend aku." Kata BoMin selamba.
"Eh!" Kata NaEun.
"Mungkin aku tak boleh jadi orang yang pertama mencintai kau tapi aku boleh jadi orang yang terakhir mencintai kau." Kata BoMin.
"Kalau kau terima aku, aku cuba jadi yang terbaik untuk kau." Sambung BoMin.
Air mata yang bertakung di kelopak mata NaEun, dilap. NaEun terus berkata "Sekarang ni kau nak cakap yang aku kena terima kau lah?"
"Haah, Hahahahaha." Jawab BoMin sambil ketawa.
"Aku terima kau." Kata NaEun.
"Ha?! Serius lah! Kau tak main-main kan?!" Jerit BoMin.
"Tak payah lah jerit, nanti nurse tu halau kau baru kau tau. Ye, BoMin. Aku terima kau jadi boyfriend aku, walaupun kau tak handsome mana pun." Kata NaEun.
"Aku tak kisah aku handsome ke tak, janji kau terima aku!" Jerit BoMin lagi.
"Shhhh." Kata NaEun.
Tanpa ragu-ragu, BoMin memegang pipi NaEun dan mencium bibir mulus milik NaEun.
Pada mulanya NaEun terkejut tetapi ia cuba untuk menerima, NaEun terus menutup matanya.
Tiba-tiba NaEun dan BoMin mendengar pintu ward dibuka dan menyebabkan mereka berdua terkejut.
"NaEun!"Jerit HanGyul.
"Oppa!" Jerit NaEun pula.
HanGyul terus berlari ke arah NaEun dan terus memeluk adiknya itu.
JungKook yang berada di sisi HanGyul, terua bertanya "Kau dah lama sedar ke?"
"Boleh lah. Kenapa kau ada kat sini?" Kata NaEun.
"Aik, dah tak boleh pula aku nak datang tengok kau ke kau tak nak aku dengan abang kau kacau line." Perli NaEun sambil memandabg ke arah BoMin.
"Apa kau merepek ni?!" Kata BoMin.
"NaEun rehat lah dulu, oppa nak pergi toilet sekejap. Korang dua nak balik kan?" Tanya HanGyul.
"Haah, BoMin jum balik. Jangan nak mengada-ngada nak stay dengan anak dara orang." Perli JungKook.
"Bila pula aku cakap aku nak stay, memandai je kau." Jawab BoMin.
"NaEun, kitaorang balik dulu eh. Kau cepat sihat, tak ada siapa nak cari gaduh dengan aku kat sekolah nanti." Kata JungKook.
"Takpe, biarlah aku yang cari gaduh dengan kau pula lepas ni, aku gantikan NaEun." Kata BoMin.
"Ha...Ha" Gelak JungKook.
HanGyul yang baru keluar daripada tandas, terkejut dan berkata "Tadi kata nak balik, ni apahal tak gerak-gerak lagi ni."
"Ha, kali ni betul-betul nak balik. Annyeong, NaEun-na." Kata JungKook.
"Annyeong." Kata BoMin sambil mengenyitkan matanya ke NaEun.
NaEun membalas dengan senyuman dan berkata "Annyeong."
JungKook dan BoMin keluar daripada ward NaEun. Tiba-tiba JungKook berkata "Aku ada good news ni."
"Apa?" Tanya BoMin ringkas.
"Polis dah dapat tangkap siapa yang tikam NaEun."
"Dah tangkap? Dah tau dah siapa yang tikam NaEun?" Tanya BoMin ingin tahu.
"Daniel." Jawab JungKook ringkas.
"Memang betulah dia, tapi sekarang semua dah okey. Aku harap tak ada apa-apa masalah dah lepas ni." Kata BoMin.
"JungKook, aku pun ada good news ni." Sambung BoMin.
"Apa? Kalau kau nak cakap yang NaEun dah terima kau baik tak payah." Jawab JungKook.
"Eh, mana kau tahu ni?" Pelik BoMin.
"Kau tau tak daripada tadi aku dengan HanGyul hyung ada kat luar dengar apa yang korang cakap." Kata JungKook.
"Meremang lah semua bulu roma aku bila dengar korang sweet-sweet." Sambung JungKook.
"Ha?! Kau dah ada lama dekat luar, kenapa kau tak cakap. Malunya aku dengan HanGyul hyung." Jawab BoMin.
"Tak payah nak malu sangat lah, sekarang ni aku nak cakap. Aku jarang cakap benda ni semua tapi aku cakap ni sebab NaEun." Kata JungKook.
"Aku nak kau jaga, sayang NaEun macam mana kau jaga, sayang dengan adik kau. Kalau aku dapat tau dia nangis sebab kau, kita dari kawan boleh jadi musuh tau. Aku sayang NaEun tu macam adik aku sendiri so sekarang kau faham kan." Sambung JungKook.
"Ye, aku janji tapi JungKook kalau malam ni aku tidur rumah mak cik kau boleh?" Tanya BoMin.
"Apahal pula kau nak tidur rumah mak cik aku pula ni?" Pelik JungKook.
"Aku tak tau nak cakap apa dengan mak aku, sekarang dah pukul 3 pagi kut. Tak pasal-pasal kena tidur luar nanti." Kata BoMin.
"Ishhh, aku ingat bila dah couple ni, matanglah sikit. Rupanya sama je, yelah-yelah." Kata JungKook.
"Sayang kau!" Kata BoMin sambil meniru suara NaEun.
Mereka berdua ketawa dan pulang ke rumah masing-masing.
THE END
•••••
Thanks kepada semua yang support cerita ni dari awal sampai akhir. Thanks juga sebab dah comment, vote walaupun cerita ni tak sebest mana. Thanks sesangat! ❤You Allz!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro