Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-Chapter 6-

•••••

Di Hadapan Rumah NaEun,

"Thanks teman aku sampai rumah tapi kesian lah kat kau, jauh gila kut kau nak patah balik." Kata NaEun.

"Relax lah, bukan jauh mana pun. Aku dah biasa dah jalan jauh-jauh ni." Kata BoMin.

"Heleh yelah tu, kau dengan JungKook tu sama je. Cakap lain buat lain, macam lah aku tak tau." Kata NaEun.

"Sorry sikit, aku tak sama langsung dengan si JungKook tu eh, aku lagi handsome, lagi bijak dari dia." Kata BoMin.

"Ni kalau JungKook dengar kita mengumpat dia, mesti bergaduh punya lah. Tersedak-sedak dia kat sana nanti." Kata NaEun.

"NaEun, aku bukan tak nak sembang dengan kau lama-lama tau tapi adik aku suruh tunggu dia pukul 3.00, sekarang dah pukul 2.45." Kata BoMin.

"Aku pergi dulu eh, takut nanti tak sempat pula. Kau macam tak tahu kalau MiNah dah start membebel, boleh naik bernanah lah telinga aku ni." Sambung BoMin.

"Hahahaha." Ketawa NaEun.

"Okey-okey, aku naik dulu lah. Annyeong BoMin-na." Kata NaEun sambil melambai ke arah BoMin.

"Annyeong." Lambai BoMin juga.

Sampai di depan pintu rumah, NaEun menekan pin pintu dan masuk ke dalam rumah.

Sampai sahaja NaEun di dalam rumah, NaEun terus mencari YeEun di dalam bilik.

"YeEun!" Jerit NaEun.

"Ha, yang kau terjerit-jerit ni kenapa?" Sahut YeEun.

"Kau nak tau tak aku jumpa siapa hari ni? Aku confirm kau mesti terkejut sebab aku pun terkejut gila nak mampus." Kata NaEun.

"Siapa?" Tanya YeEun.

"Aku jumpa Daniel, bukan setakat jumpa tapi dia sekelas dengan aku."Jawab NaEun.

"Daniel? Kang Daniel?! Kau serius lah?! Kau okey tak, dia ada buat apa-apa ke kat kau?!" Risau YeEun.

"Aku okey je tapi aku rasa macam tak selesa bila dia lepak dengan kawan-kawan aku." Kata NaEun.

"Kenapa dia tiba-tiba je pindah sekolah kau ni? Lagi satu dia boleh siap lepak dengan kawan-kawan kau? Ada macam yang tak kena je." Kata YeEun.

"Entahlah, sekarang ni aku fikir positif je, aku malas nak serabut kan kepala otak aku yang dah serabut ni." Terang NaEun.

"Aku tak kisah lah tapi kau tetap kena hati-hati tau." Kata YeEun.

"Baik, cikgu. Sayang juga kau kat aku kan, YeEun." Kata NaEun.

"Mesti lah sayang! Kau kan satu-satunya sepupu yang aku ada. Aku mana ada sepupu lain dah selain kau. Kalau aku ada sepupu lain, tak ada lah aku sayang kau macam ni." Kata YeEun.

HanLim High School

"Oppa! Oppa pergi mana? Tau tak dah lama MiNah duduk sini! " Marah MiNah.

"Sorry lah, oppa pergi cari buku kat kedai depan tu, sorry tau." Kata BoMin.

"Tipu, eleh ingat MiNah tak tau ke yang oppa pergi hantar NaEun unnie balik kan?" Kata MiNah.

"Dah ada girlfriend, oppa lupa MiNah kan? Ni lah lelaki!" Sambung MiNah.

"Dah-dah lah tu membebelnya, nak balik ke tak nak ni? Kalau tak nak balik MiNah stay je lah kat sini, oppa nak balik ni." Kata BoMin.

"Yelah-yelah, merajuk pula dia, patutnya MiNah yang merajuk sebab kena tinggal kat sini, bukannya oppa." Kata MiNah.

"Apa-apa lah, janji MiNah bahagia ye." Kata BoMin.

Mereka berdua berjalan pulang ke rumah mereka bersama-sama.

"Oppa, MiNah nak cakap something ni." Kata MiNah memecahkan kesunyian.

"Apa dia?" Tanya BoMin.

"Oppa betul-betul suka NaEun unnie ke?" Tanya MiNah.

"Betulah, MiNah tak percaya ke?" Pertanyaan MiNah dijawab dengan pertanyaan semula.

"Bukan tak percaya, kalau betul oppa suka NaEun unnie kan. Oppa tak jelouse ke kalau NaEun unnie rapat dengan JungKook oppa." Kata MiNah

"Jelouse? Dengan JungKook? Kalau cakap tak jelouse menipu lah kan, tapi nak buat macam mana, diorang memang rapat dari sekolah rendah." Terang BoMin.

"Takkan lah sebab jelouse punya pasal, oppa ke bunuh pula si JungKook tu. Agak-agak lah MiNah oii." Sambung BoMin.

"Tak ada lah sampai macam tu, ishh oppa ni. Maksud MiNah, oppa kena lah rapat juga dengan NaEun unnie tu, baru lah betul." Kata MiNah.

"Yang dari tadi MiNah sibuk pasal NaEun unnie ni kenapa?" Tanya BoMin.

"Bukannya apa, sekarang oppa bukan bersaing dengan JungKook oppa je tau, ada lagi sorang." Kata MiNah.

"Siapa?" Pelik BoMin.

"Budak baru tu lah, apa eh nama dia. Ha! Daniel, dia pun suka dekat NaEun unnie tau." Kata MiNah.

"Mana MiNah tau?" Pelik BoMin lagi.

"Tadi kat depan koridor, MiNah dengar dia cakap yang dia akan dapatkan balik NaEun unnie. Dari cara dia cakap macam tu, MiNah rasa dia pun suka Kat NaEun unnie." Cerita MiNah.

"MiNah ni tak penat ke asyik bercakap je daripada tadi? Telinga oppa ni dah nak tercabut tau tak, asyik dengar MiNah bercakap je." Dalih BoMin.

•••••

Sejurus JungKook sampai di rumah mak ciknya, ia terus menggapai handphonenya yang berada di dalam beg dan menghantar mesej ke BoMin.

-BoMin Choi-

BoMin, kau dah hantar NaEun balik rumah ke?

Dah, kau tanya macam kau tak percaya kat aku je. Kau ingat aku ni jahat sangat ke nak buat benda bukan-bukan kat NaEun tu.

Bukanlah bodoh!
Ni aku nak tanya, masa kau balik tadi kau ada nampak Daniel tak?

Takde.
Oh ye, adik aku ada cakap yang dia dengar Daniel cakap pasal NaEun kat koridor.

Takpelah tu nanti kita cerita.
Esok cuti, kau nak lepak tak esok?
NaEun dengan JiMin pun ada, kalau kau nak join boleh ajak adik kau sekali.

Tengok lah macam mana, aku tak janji tau. Korang nak lepak dekat mana?

Entah, kalau kau nak join, petang esok tunggu dekat 7eleven area rumah JiMin tau.

Okey.

--

Keesokkan harinya,

JiMin dan JungKook sedang menunggu kawan-kawannya yang lain di depan 7eleven.

"Oi! JungKook kau serius ke diorang ni datang? Aku rasa macam tak je." Kata JiMin.

"NaEun dengan YeEun kata diorang nak join tapi BoMin dengan MiNah aku tak tau lah sebab BoMin kata tak pasti." Jawab JungKook.

"Aduhh! Naik fade up lah aku macam ni! Kau lah ni, sibuk nak ajak lepak." Marah JiMin.

"Kau ni sabar sekejap tak boleh ke?! Aku hempuk kau kang!" Marah JungKook pula.

"JiMin, JungKook." Panggil NaEun.

"Ha! Datang pun! Kau tau tak dah nak naik gila aku tunggu kau! Padahal rumah kat depan tu je pun!" Marah JiMin.

"Sorry, kitaorang kena lepaskan diri dari HanGyul oppa dulu, dah lepas baru boleh keluar." Kata YeEun.

"Halah, baru tunggu sekejap dah kecoh! Bukannya dua hari korang tunggu pun, baru 20 minit." Kata NaEun pula.

"Try tunggu tengok, cakap boleh lah." Kata JiMin.

NaEun hanya menjeling ke arah JiMin dan mengalihkan topik.

"So sekarang kita tunggu siapa?" Tanya NaEun.

"Ha tu!" Tunjuk JungKook ke arah BoMin dan MiNah yang sedang melintas jalan.

"Ha! Ni lagi sorang! Boleh cepat sikit tak jalan tu! Macam mak nenek!" Marah JiMin.

"Ishh JiMin oppa ni, tak tau sabar ke? Korek ketiak tu kang, baru tau." Kata MiNah.

"Kau ni dah kenapa JiMin? Asyik nak marah orang je, kau tengah period ke?" Tanya JungKook.

"Ha kan dah kena! Yang peliknya, aku period pun tak macam dia ni, asyik nak marah orang je." Kata NaEun.

"Dah-dah sekarang ni kita nak pergi mana?" Tanya BoMin sambil memandang ke arah JungKook.

JiMin, BoMin, NaEun, YeEun, dan MiNah terus memandang tepat ke arah JungKook.

"Hari ni kita nak pergi berkelah." Jawab JungKook.

"Berkelah?!" Terkejut mereka berlima.

"Tak payah lah nak terkejut sangat." Kata JungKook.

"Mana tak terkejut, kau kan selalunya kasar tiba-tiba je ajak pergi berkelah. Dah buang tabiat ke apa?" Pelik NaEun.

Kata-kata NaEun membuatkan mereka mengangguk tanda setuju.

"Kau ajak pergi berkelah kan, kau nak berkelah dekat mana?" Tanya BoMin.

"Sungai Han." Jawab JungKook.

"Jomlah apa tunggu lagi." Kata YeEun.

"Jom!" Jerit mereka berenam.

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro