14. Paranormal | Don't Worry
I'm gonna pop some tags,
Only got twenty dollars in my pocket,
I'm, I'm, I'm hunting, looking for a come up,
This is fu**ing awesome
Aku ikut menari lagu yang disiarkan oleh radio milik mak aku.
Time mak aku tak ada macam ni memang radio itu akan bertuankan aku.
Masuk corses aku mula menyanyi tapi radio tiba-tiba buat pasal.
Rzzzzzz.. Gzzzz.. Radio berbunyi nyaring.
"Pehal ni?" jerit aku sambil tutup kedua belah telinga aku.
Tak pernah radio ni buat hal. Isyarat frekuensi radio tidak memberikan siaran sepatutnya.
Pantas aku tekan punat off radio itu.
Bosannya. Dengan sorang je kat rumah. Menyesal tak ikut ayah dengan ibu tadi.
Butang on aku tekan. Televisyen yang gelap tadi kini terang. Tiada siaran yang aku minat. Tapi akibat kebosanan yang teramat aku biarkan televisyen itu terbuka.
Tiba-tiba ada satu bayang melepasi dalam televisyen itu. Ehh? Perasaan aku je kot.
Sekali lagi aku terkejut apabila bayang itu berulang kali bergerak. Televisyen itu tidak dapat aku tutup walaupun butang off aku telah tekan berulang kali.
Bangg!!
Seseorang sergah aku pada skrin televisyen itu. Aku ketakutan.
Tok. Tokk...
Bunyi ketukan pintu menambah lagi perasaan takut aku ini
Tokk. Tokkk...
Pintu rumah aku diketuk berulang kali memaksa aku membukanya. Tanpa berfikir panjang aku buka pintu itu.
Fikiran aku meleset apabila bukan ayah dan ibu di depan pintu itu.
"Ya? Cari siapa?" tanya aku pada lelaki itu.
"Saya Khuazir. Jiran baru. Saya datang sini saja nak berkenalan dengan jiran-jiran baru saya." jawab dia sambil senyum.
"Ohhh."
"Hee heeeee haaa."
Aku pelik. Rasanya tak de cerita hantu pun hari ni.
"Minat cerita hantu ke?"
"Eh. Tak la. Jemput la masuk. Mak ayah saya balik jap agi."
Air berwarna merah itu aku kacau.
"Tak pe aku bawak masuk lelaki dalam rumah time ibu ngan ayah tak de?"
"Jemput minum."
"Terima kasih."
Seperti yang aku tahu televisyen tidak menyiarkan cerita hantu malam ini. Tapi suara siapa mengilai tadi?
Bulu romaku mula naik. Dan tiba-tiba...
Rzzzzzz.. Gzzzz..
Sekali lagi aku tutup telinga. Siapa yang buka radio rosak tu??
"Awak ok?" tanya lelaki itu sambil senyum... Menyeramkan?
Baru sahaja aku mahu menjawab dia mula memegang tangan aku.
"Apa?" aku betul-betul tidak tahu apa yang dah berlaku sekarang.
"Nampaknya kau tak kenal siapa aku? Bukankah sudah heboh satu kawasan dekat sini?"
Aku mula takut. Iya aku tahu akan berita yang sedang heboh di kawasan ini. Tetapi aku seorang yang tidak mudah percaya akan sesuatu berita.
"Apa kau nak?" tanya aku berani.
Dia hanya senyum sinis. Senyumam agak menyeramkan.
"Jangan risau aku tak akan apa-apakan kau."
Serentak itu dia menikam dada aku. Mata aku terbeliak terkejut. Aku fikir dia tak akan menyakiti diri aku. Tapi aku silap.
Tubuh badanku berbaring dengan darah membuak keluar. Suara mengilai masih kedengaran. Radio yang kehilangan isyarat frekuensi juga masih membingitkan suasana.
Mata aku dengan lemah tertutup apabila aku tidak dapat menanggung kesakitan yang telah aku alami.
Jangan pernah berani tinggal keseorangan. Dan jangan pernah membawa orang yang kita tidak kenal ke dalam rumah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro