12. Vampire | Cinta Berdarah
Semua barang dibaling olehnya. Ruang bilik itu menjadi bersepah.
"Aku tak mahu mati!!"
Aku pandang sayu. Aku tahu dia sengsara. Semalam dia ceria dengan gelak tawanya. Tapi sekarang muka pucat yang dipamerkan padaku.
"Hans. You must help me. Saya tak mahu mati." air matanya membasahi pipi pucatnya.
"Macam mana."
Dia tidak menjawab sebaliknya pandang aku dengan penuh harapan.
"No. Saya takkan benarkan."
"Hans."
****
Aku di mana? Kenapa tanganku diikat. Kemas?
"Aku betul-betul perlukan bantuan kau Hans."
Alisa!!
Dia melangkah padaku dengan bibirnya ada kesan darah. Lalu dia keluarkan sebilah pisau.
Aku panik.
Pergelangan tanganku dikelar. Aku jerit tak bersuara. Sakit. Tapi aku rela. Rela kerana aku terlalu mencintainya.
Cinta pertama aku. Iya selama beratus-ratus tahun aku telah hidup, aku tidak pernah jatuh cinta pada pesona wanita. Tetapi kali ini aku telah jatuh cinta.
Pandangan aku semakin kabur. Apabila dia dengan rakus menghisap darahku.
****
Kita dapat bersama jika kau bantu aku Hans.
Tapi apa kau buat?
Kau buat aku tiada pilihan. Kau yang buat aku pilih jalan ini.
Aku tidak mahu mati. Dan aku rela hidup seperti kaum kau.
Apa yang aku dah buat? Aku telah cipta penyihir abadi yang dahagakan darah.
Aku yakin dia pasti telah berkeliaran di luar sana. Menghisap setiap darah yang mengalir dalam tubuh manusia.
Maafkan aku Lis. Aku tiada pilihan. Aku harus hapuskan kau. Aku yang patut akhiri semua yang telah aku lalukan.
Tanpa sedar air mataku menitis.
****
"Darahhh.."
Walaupun berpuluh-puluh orang menjadi mangsa aku, tetapi aku masih tidak puas. Masih mahukan semua darah-darah itu. Kenapa?
"Lis!!"
"Hans?!"
"Cukup Lis."
Jerit aku. Beberapa penduduk lari menyelamatkan diri.
"Kenapa aku masih lapar Hans?"
"Sebab kau bukan Dracula Lis."
"Apa maksud kau Hans. Aku hanya mahu menjadi seperti kau. Aku tak mahu mati." air mata Alisa gugur tanpa sedar.
"Kau adalah Pontianak Lis."
"Apa bezanya Hans? Aku tetap akan hidup kan Hans?" tanyanya polos.
Dia benar-benar tidak tahu apa yang telah dia pilih.
"Beza Lis. Pontianak kau akan tetap dahagakan darah seumur hidup kau. Dan aku tidak tahu sampai bila kau akan hidup." air mataku gugur lagi.
"Tapi Dracula. Kau boleh hidup tanpa hisap darah manusia. Kau juga boleh makan darah binatang. Dan iya kau akan hidup bertahun lamanya."
"Macam mana aku boleh jadi Dracula?"
"Aku yang kena hisap darah kau. Bukan kau ya..."
"Jadi kenapa kau tak lakukannya Hans."
Kuku Alisa tiba-tiba menjadi panjang. Rambut panjangnya merembang. Aku tahu dia marah.
"Aku tak mahu kau jadi Dracula Lis."
"Sebab kau tak pernah sayang aku Hans. Kau mahu aku mati Hans."
"Aku lagi tak mahu kau jadi macam ni Lis."
"Kau yang buat aku macam ni Hans." dia senyum sinis.
"Iya salah aku. Dan aku jugalah yang akan lenyapkan kau Lis." kuku panjang aku keluarkan.
Dia panik.
"Maafkan aku Lis."
Dengan sepantas kilat aku berada di depannya. Aku keluarkan jantungnya.
"Kau sepatutnya hisap darah aku. Bukan bunuh aku Hans. Aku hanya mahu terus hidup Hans."
Kerana cinta aku jadi bodoh. Kerana cinta aku telah mengubah dirinya. Maafkan aku. Aku cintakan kau Lis.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro