11. Mistik Dan Legenda | Emotions Undercontrol
Aku buka mata dengan payahnya.
Aku di mana? Bisik aku apabila bukan di bumi aku berada sekarang. Sebuah planet lain mungkin.
Aku pandang seluruh badan aku. Kenapa lain benar rupa aku? Dah macam robot.
Terdapat satu butang di lengannya. Apabila butang itu ditekan satu cahaya yang keluar.
"Valeria selamat datang ke planet UnderWorld."
Ia satu hologram.
"Anda adalah satu-satunya manusia yang terpilih berada di sini. Tahniah saya ucapkan."
Iya aku sahaja yang berada di sini.
"Tugas anda ialah menjadi Guardian di planet ini."
Lelaki tua berbaju putih seperti doktor berkata lagi.
"Seperti yang anda tahu. Anda sekarang bukan manusia sepenuhnya. Anda ialah separuh manusia dan separuh robot. Dan kami namakannya Humbot."
****
"Profesor tak boleh buat macam ni."
"Kenapa tak boleh?" tanya lelaki tua itu.
"Prof dah bagi dia kuasa." jawab Karl.
"Supaya dia dapat sesuaikan diri dia si sana."
"Prof tak tau kalau dia cipta sesuatu yang di luar kawalan dia sendiri."
"Diam Karl. Aku hanya cipta sesuatu yang tak pernah dicipta oleh orang lain."
****
"Menjadi Guardian untuk apa?"
"Melindungi planet ini dari pupus."
"Dan Valeria tak perlu risau. Walaupun awak sebahagian dari robot, awak juga mempunyai perasaan seperti manusia. Ingat awak juga separuh dari manusia."
"Ingatan saya?"
Soalan aku tidak dijawab. Jadi benar la ingatan aku sudah dipadamkan.
****
Dengan kuasa yang aku punya. Aku telah membina satu kota yang aku impikan.
Pada mulanya aku merasa kegembiraan, persoalan dan keseronokan. Tetapi apabila aku berfikir sendiri aku mula rasa kesunyian.
Dan aku mula mencipta manusia tiruan. Untuk menemani aku.
Tanpa aku sedar terbentuk satu kehidupan antagonis yang terlahir dari perasaan dan keinginan aku sendiri.
****
"Siapa kau?" tanya aku.
"Aku kaum Cruel. Kau boleh panggil aku Cayla."
"Apa yang kau nak?"
"Tak itu sepatutnya soalan aku. Apa yang kau sebenarnya nak?"
"Apa maksud kau?"
"Aku adalah kau. Perasaan dan keinginan kau. Dan aku tercipta dari perasaan TAMAK kau."
"Apa yang kau merepek ni."
****
"Kenapa saya? Aku nak hidup seperti manusia semula."
"Sebab awak adalah manusia yang sesuai dipilih. Dan awak sepatutnya dah lama mati bertahun dahulu."
****
"Kau tak berhak nak tentukan apa pilihan aku. Apa yang aku nak sepatutnya dapat faham tak."
Lalu aku serang dia yang serupa seperti aku.
"Nampaknya kau semakin tamak. Kau lupa agaknya yang aku adalah diri kau."
"Kenapa kuasa kau sama dengan aku. Dan kenapa kuasa lebih kuat dari aku?!!"
"Sebab kau tak tau guna kuasa kau."
Aku serang dia tanpa belas kasihan. Dia patut dilenyapkan. Perasaan tamak makin bersarang dalam diri aku.
"Apa aku nak aku akan dapat."
Dia yang sudah terbaring tergelak sinis.
"Kau dah berjaya tumpas aku kau dah hebat? Akan datang lagi pelbagai perasaan kau yang muncul tak lama lagi."
Aku kaget. Aku tak mahu. Aku ambil sebatang besi tajam dan ditusuk di bahagian perutku.
Kenapa tidak berdarah? Aku adalah Human.
"Yang boleh bunuh diri kau adalah perasaan kau sendiri. Bukan diri kau. Dan kau patutnya biarkan aku bunuh kau tadi."
Perasaan tamak akan memakan diri kita sendiri di kemudian hari. Bukan persoalannya bagaimana ia terhasil? Tetapi bagaimana hendak mengatasi perasaan itu.
Keputusan Fiesta April sudah keluar. First sis tak percaya sis menang prompt Mistik Dan Legenda. Sebab? Prompt ini sis buat dengan tak semangat langsung. Jujur sis tak faham apa yang perlu karang dalam prompt ini.
Apa apa pun sis ingin mengucapkan terima kasih pada reads kerana sudi baca buku Fiesta April sis. Dan terima kasih yang support sis walaupun hanya spam komen.
Terima kasih juga
Harap ada lagi contest macam ni. Korang jangan lupa tag sis tau. Teruskan support sis.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro