Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 2

"Kau siapa?" Memberang, salah seorang gengster mendengus kasar seraya mengalihkan perhatiannya kepadaku.

Oh, nice. Padaku, mungkin si pemberang ini adalah ketua bagi gengster-gengster itu. Buktinya, sebaik sahaja si pemberang tersebut berpaling kepadaku, semua gengster lain pun turut mengalihkan perhatian mereka daripada klienku kepadaku dengan lagak gajah naik minyak saja gayanya.

'Heh, ingat takut?' Dalam diam, hatiku mengejek.

Mengejek dalam diam? Itu memang personalitiku sejak azali. Jika aku berada dalam mod beraksi fizikal pula, adrenalin aku akan mencanak naik dan semestinya, aku berasa tidak puas menibai orang. Paling tidak, gengster seramai 10 orang itu hanyalah kacang bagiku.

"Bro, pukul lagi. Dia orang jahat!" Tiba-tiba, Akmal si klien aku yang terhimpit di dinding bersuara lantang.

'Bro? Heh!' Dari sebalik kolar baju, sekali lagi aku menarik senyuman sinis.

Mataku tajam pula memerhatikan Akmal Harith, budak itu. Namanya lebih kurang sama dengan namaku, Fahim Zarith. Rith, namun itulah, aku dan dia memang langsung tiada pertalian darah. Umur aku dan dia juga berbeza 10 tahun. Abang? Pun bolehlah, budak kecil.

Dalam bersiaga menantikan serangan balas pihak gengster, aku kemudiannya memerhatikan dengan relaks langkah yang bakal diambil oleh mereka. Seperti yang kujangka, mereka ini hanyalah balaci Grey Wolf daripada kumpulan terendah dan berpangkat pengikut biasa sahaja.

"Hiargh!"

Sepantas kilat, salah seorang daripada ahli gengster bertindak berlari kencang ke arahku. Malangnya, pergerakan serangannya itu amat amatur dan semestinya, ia amat mudah untuk dibaca olehku.

Si penyerang cuba menyerangku dengan menghadiahkanku sepakan sisi jarak dekat. Melihatkan itu, aku berasa semakin teruja dan dalam masa yang sama, aku mengemaskan kedudukanku.

Libasan kakinya dalam menghasilkan daya sepakan amat pantas,
namun tujahan kakinya tidak berjaya mengenaiku dek aku lebih pantas bertindak menghadang kakinya dengan belakang lenganku.

Pak!

Sepakannya terhenti dan aku mengambil kesempatan ini dengan membalas sepakan tersebut dengan menghadiahkan daya tujahan tendangan dua kali lebih padu ke perutnya.

Dush!

Si penyerang tertolak ke belakang lalu terhempap ke dinding. Kasihan, azab benar nampaknya mangsa tendangan kaki kananku. Iyalah, dengan posisi seperti tertampal di dinding, aku dapat melihat lawanku itu muntah darah.

Melihatkan keadaan itu, hatiku bersiul panjang lalu dengan pandangan mata penuh mengejek, aku kembali menghalakan pandanganku kepada lapan orang gengster yang masih belum merasa 'air tanganku'.

'Heh.' Dari sebalik kolar baju, senyuman sinis tetap tidak lekang dari hujung bibirku.

Sebenarnya, aku seronok menikmati lakaran ketakutan tetapi acah berani yang terzahir pada wajah setiap orang ahli gengster tersebut. Namun, aku juga bersimpati dengan nasib mereka yang amat malang kerana terpaksa berdepan denganku.

Di alam realiti, membelasah orang adalah tugas hakikiku. Di alam maya pula, pekerjaanku adalah pembunuh profesional. Dia orang yang mulakan dahulu, maka aku akan sudahkan permainan yang melibatkan pertumpahan darah ini dengan jayanya.

Nasib dia oranglah menjadi lawanku. Aku tetaplah aku, aku tidak berkrompomi dengan penjenayah dalam membanteras kejahatan. Kebenaran, aku akan cuba tegakkannya sehingga ke titisan darah terakhirku.

"Who's next?" soalku.

Tetap dengan pandangan tanpa perasaan, aku bertanya kepada lapan orang gengster yang masih belum tumbang. Kali ini, aku berani jamin bahawa lapan orang keldai itu tidak akan berani mengangkat tangan pun.

Yalah, ketua mereka sudah KO. Itu si penyerang botak bertatu serigala yang terhenyak ke dinding siap dengan pakej muntah darah, aku yakin dialah ketua mereka semua. Haruslah KO, dia menerima habuan tendangan padu daripada aku.

"Satu." Aku bersuara perlahan.

Melihatkan tiada seorang pun yang berani ke hadapan untuk menyerangku, aku mengorak langkah setapak ke hadapan. Kini, aku adalah pemangsa dan mereka semua merupakan bakal mangsa.

"Jangan dekat!" Berjemaah, para gengster mengigil ketakutan seraya berundur ke belakang.

"Dua." Tidak mempedulikan amaran mereka, aku terus melangkah dua tapak ke hadapan.

"Ti." Aku menarik senyuman sinis seraya menyendeng ke kanan. Mengelak, itu yang sebetulnya.

Zup!

Bunyi libasan batang besi yang membelah angin dari arah belakang serta merta menyapa deria pendengaranku dan objek panjang berwarna gangsa itu turut menyinggah deria penglihatanku. Pukul curi? Pastinya, aku tidak akan membenarkannya!

Dalam posisi menyendeng itu, aku memutarkan badanku kepada si pemukul curi yang berada di belakangku. Lantas, kaki kananku pantas bekerja melalui cara membenamkan lututku dengan daya tujahan maksima ke tengah tubuh pihak lawan.

Pur!

Tersembur air liur bercampur darah pekat dari mulut si pemukul curi akibat menerima benaman lutut kananku di perut. Wah, aku memang berpuas hati dan bahagia melihat keadaan ini. Musuhku yang bertindak bodoh memukul curi sedang azab menerima akibatnya!

Bum!

Si pemukul curi jatuh terlentang di atas tar sambil mengerekot kesakitan. Nasib baik saja aku masih berhati perut dengan tidak menujah kuat organ pentingnya, jika tidak memang dia ini akan terus bersemadi di dalam tanah.

"Who's next?" Sama seperti tadi, aku bertanya.

Aku adalah manusia yang boleh dikira psiko. Semakin takut pihak lawan menerima kemaraanku, semakin galak aku melangkah. Aku adalah aku, seorang Fahim Zarith yang berkod nama Fei Yang.

Fei Yang, manusia kejam tanpa kompromi. Fahim Zarith, manusia beku tanpa perasaan. Apabila dua identiti ini bergabung menjadi satu, maka segala-galanya lengkap. Aku adalah kau, kau adalah aku.

"Ja... jangan dekat!" Para gengster nampaknya seperti kecut perut dengan aku.

Reaksi mereka ketika ini, langsung aku tidak hairan. Haruslah mereka semakin gelabah dengan kemaraanku. Si pemukul curi ataupun mangsa tendangan pertamaku tadi sehingga retak tulang belakang kembali menyembah tanah akibat menerima benaman lututku.

Kasihan. Berani itu tidak salah, tetapi terlebih berani pada pihak lawan yang dua kali lebih hebat, itu bodoh namanya. Sudah tahu diri sendiri sudah tercedera, tetap juga mahu melawan aku yang memang seperti singa lapar.

Natijahnya, dia menerima pula habuan daripadaku berupa benaman lutut yang berjaya merosakkan organ yang berada di sekitar perutnya jika aku mahu. Ya, teknik benaman lutut yang digunakanku itu sebenarnya sangat berbahaya kepada pihak lawan.

Ini semua berkat ajaran Tuan Zakir. Azazil itu sememangnya iblis yang mengajarkan kepada semua penggodam di bawahnya teknik tempur dan kombat serta taktikal peperangan, sama seperti ejen lapangan lain.

'Heh. Tak guna betul,' sumpahku dalam hati.

Buat kesekian kalinya lagi, aku memandang sinis ketergugatan lapan orang gengster bertubuh keding seperti cicak kobeng di hadapanku. Jelas di sini bahawa mereka semua hanyalah samseng tahi kucing, hangat-hangat tahi ayam.

Bos kalah, anak buah mengalah. Itu ke ajaran Grey Wolf kepada balaci-balacinya? Entahlah, aku pun tidak pasti. Apa yang aku tahu, sepantas kilat mereka semua lari lintang-pukang apabila sekali lagi, aku mengacah mahu memukul mereka.

'Damn,' sumpah hatiku perlahan.

Aku menarik nafas panjang seraya meregangkan otot-ototku yang berasa sengal-sengal. Inilah akibatnya jika sudah sebulan tidak turun ke lapangan dan bergasak di sana sini. Skil berlawanku berkarat, badanku turut berat.

"Bro." Tiba-tiba, Akmal menegurku sambil tersengih-sengih.

Mendengar panggilan budak itu, aku tidak terus menyahut bahkan hanya mengerling sekilas kepadanya dengan ekor mata. Walaupun aku hairan kenapa budak itu boleh menjadi klien aku, aku malas mengambil tahu.

Tanpa mempedulikan Akmal, aku memasukkan kedua-dua belah tanganku yang dilindungi dengan sarung tangan hitam ke dalam poket baju hoodie. Aku penat, aku mahu balik dan tidur sepuas-puasnya.

Lantas, tanpa pamitan juga, aku terus berpaling ke belakang dan sedia mengorak langkah sebelum suara budak itu tiba-tiba saja menghalang orakan kakiku. Ah, suara itu sangatlah annoying, sama seperti Chang.

"Bro, terima kasih," ucap Akmal.

"Mulai hari ni, Bro ialah abang aku," ujarnya lagi.

Mendengar bait-bait kata yang keluar dari mulut Akmal, aku semakin annoying. Kenapa budak itu berlagak seolah-olah aku ini kawannya? Tetapi itulah, aku tetap tidak mahu menyahut kata-katanya. Aku bosan.

"Bro, jom balik rumah aku." Tersengih-sengih, kali ini Akmal bertindak mendepani aku sambil mendepakan tangan.

'The heck?' Hatiku terus menyumpah.

Klien aku yang bernama Akmal Harith ini kupandang tanpa riak. Muka budak itu polos, tetapi aku tidak tahu apa yang bermain di fikirannya. Adakah budak ini sudah mengetahui identiti aku? Entah, aku tidak tahu.

"Mama aku kata, kalau ada orang tolong aku, aku mesti balas budi. Bro dah tolong aku tadi, jadi aku mesti balas budi Bro," jelas Akmal.

Panjang lebar Akmal menjelaskan, tetapi aku tetap aku. Tanpa mempedulikan budak itu, selamba saja aku berjalan meninggalkannya sebelum tiba-tiba, aku berasa sesuatu yang sangat tajam dan halus menembusi kulit belakang bahuku.

Dan... serentak dengan itu juga, aku berasa sesuatu yang sejuk mengalir masuk ke dalam urat darahku. Sumpah, aku tidak sedar pergerakan senyap budak itu sampaikan dia berjaya mencucuk aku dengan sesuatu yang aku tidak pasti apakah bahannya.

"K... kau!" Kepalaku memberat, pandangan mataku pula mulai kabur. Aku mulai goyah.

"Selamat berehat, bodyguardku."

Ucapan bernada ceria itu menerjah pendengaranku yang berdesing kuat sebelum aku berasa duniaku berputar hebat. Tidak dapat mengawal keseimbangan, akhirnya aku tersungkur di dalam pangkuan klienku sendiri.

'Kau tak guna... Akmal Harith.' Itu sumpah hatiku sebelum semuanya gelap.

Done!

Kenapa dengan Akmal tu? Psiko ke? Marah dia cepat. Dia dah buatkan Fei pengsan!

Btw nak 🌟 boleh?

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
💡TAHUKAH ANDA?💡
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Peribahasa: Hangat-hangat tahi ayam.
Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh hanya pada permulaan. Lama kelamaan, ditinggalkan apabila sudah mula bosan.

Frasa: Samseng tahi kucing.
Samseng ataupun gengster yang berlagak berani tetapi sebenarnya pengecut.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
5 January 2021
8:40 malam.

Jom berkenalan dengan
Fei Yang.

Comel tak Akmal Harith?

Okey itu saja untuk kali ni.
🤭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro