FH | عِشْرُوْنَ ٢٠
(Apa yang disebutkan hanyalah rekaan dan tidak benar-benar wujud)
"Ya... tentera Islam akan bergerak dalam bentuk ini. Dan yang di kiri dan kanan akan mengepung musuh. Dan tentera Islam yang berada di bahagian tengah akan menyerang diikuti dari kiri dan kanan..."
"Kakanda... ini strategi perang yang digunakan oleh Khalid Al-Walid!" matanya tertumpu pada formasi yang telah ditetapkan Fawwaz.
"Benar... masihkah kamu ingat dengan Perang Yarmuk yang melibatkan tentera Islam pimpinan Khalid Al-Walid menentang tentera Rom ratusan tahun dahulu? Mereka telah menggunakan strategi ini untuk mengalahkan tentera Rom. Dan hari ini, strategi yang sama akan digunakan semula oleh kita."
"Semoga Allah merestui rancangan kamu wahai Amirul Mukminin..."
❀❀
Kepungan diteruskan sehingga mereka tidak boleh melarikan diri. Kawasan sekeliling dihalang oleh gunung-ganang yang sangat tinggi. Oleh itu memudahkan tentera Islam untuk membuat kepungan terhadap tentera Kerajaan Byzantine.
Sampai di tempat yang sesuai. Kedengaran jeritan yang keras datang dari Zubair dan Talhah beriringan.
"Allahuakbar!" Berdiri berwarna hitam diangkat dari pasukan masing-masing memberikan isyarat.
Sejurus mereka memahami isyarat yang diberikan, terus pasukan Talhah dan Zubair menyatu di hujung laluan lereng bukit yang sempit sekaligus menghalang tentera Rom dari melarikan diri dari mana-mana arah sekalipun.
"Musuh dalam kepungan! Tumpukan serangan kepada musuh! Zayd, naikkan panji itu sekarang!" Arah Muaz kepada semua tentera-tentera Islam untuk terus menyerang.
Zayd yang mendengar arahan dari Muaz dengan pantas menaikkan panji Islam itu ke atas, menjulangnya setinggi yang boleh. Talhah dan Zubair nampak panji Islam dilayangkan, terus dari bentuk kepungan bertukar menjadi penyerangan.
❀❀
"Kakanda ingin menyertai peperangan sekali?"
"Ya. Kakanda juga teringin hendak berjuang bersama dengan mereka."
"Bahaya kakanda... kamu seorang khalifah. Tidak boleh berjuang bersama kami. Bagaimana kalau terjadi apa-apa pada kamu? Aku tidak mahu keselamatan kakandaku terancam." Izzuddin menurunkan pedang yang berada di tangan Fawwaz tanda tidak bersetuju.
"Kamu tidak yakin dengan kemampuan saya?"
"Bukan aku tidak yakin... aku cuma risau. Aku tidak ada saudara lain di dunia ini melainkan kamu."
"Izzuddin. Kakanda akan selamat. Percayalah. Sekarang ini, kamu pergi keluar dan perhatikan situasi pasukan tentera Islam dan musuh." Arah Fawwaz dengan senyumnya. Membuatkan Izzuddin terpaksa mengalah. Kalau sudah itu keinginan Fawwaz, apa lagi yang boleh dia buat.
Izzuddin mengambil pedang yang terselit dalam sarungnya, keluar sahaja dari khemah dia menaiki kuda dan pantas menuju ke arah pasukan tentera Islam.
"Muaz, bagaimana dengan situasi semasa?" Sambil bertanya, Izzuddin melibaskan pedangnya ke arah musuh. Dua ke tiga orang juga habis kepalanya hilang telah dipenggal.
"Keadaan tidak jauh berubah. Jumlah pasukan musuh terlalu ramai untuk ditewaskan. Agak susah untuk kita mencapai kejayaan." tangan Muaz ligat memegang tali ikat kudanya bagi mengawal pergerakan agar tidak terjatuh.
"Banyakkah jumlah tentera Islam yang gugur?"
"Hampir suku dari jumlah kita telah syahid."
Bergetar bibir Izzuddin apabila mendengar jumlah tentera yang. Jika diteruskan begini, maka mereka akan terus kalah. Keadaan sekarang mungkin memihak kepada tentera Islam, namun dengan jumlah yang semakin berkurangan. Akan susah untuk tentera Islam menang.
"Muaz, Amirul Mukminin ada memberi satu cadangan. Cumanya aku tidak pasti ini akan berhasil ataupun tidak... tetapi engkau harus berjanji pada aku! Engkau dan rakan-rakan yang lain akan melindungi Amirul Mukminin. Engkau berjanji?"
Muaz dengan segera mengiakan Izzuddin, "Apakah cadangan yang engkau ada?"
❀❀
Keadaan semakin meruncing, membuntukan akal tentera Islam untuk terus berlawan. Musuh yang tewas juga agak sedikit dibandingkan dengan tentera Islam. Tentera Byzantine hampir mencapai kemenangan.
Kaisar Theodorus sedang memerhati keadaan daripada khemahnya, senang sungguh hati dia melihat tenteranya tidak berkurang walaupun berada dalam kepungan tentera Islam yang jumlahnya lebih sedikit berbanding tentera kerajaannya.
"Haha! Tengoklah bagaimana tentera Islam sedang bergelut dengan kekalahan. Sudah beta katakan, mereka hanya sedang berangan-angan dalam kekalahan. Manuel, tangkap tentera Islam yang tinggal nanti. Terutamanya khalifahnya, biar mereka saksikan pemimpin mereka mati dibunuh dan diberi makan kepada anjing-anjing peliharaan kita."
"Baik Tuanku." Manuel hanya mengangguk sekilas tanpa berkata apa-apa.
"Mereka tidak akan boleh bertahan ahan lama. Formasi bulan sabit mereka sudah ketinggalan zaman..." tawa Kaisar Theodorus memecah suasana. Dengan rasa puas hati, dia memakan buah anggur yang telah disediakan oleh hamba-hambanya.
Kononnya dia ingin menikmati saat kekalahan tentera Islam. Satu impian yang sudah lama mahu dilihat dengan mata dan kepalanya sendiri.
❀❀
"Zubair! Sebelah kanan engkau!" Talhah memberi amaran tatkala dia melihat seorang tentera Rom hampir membenamkan mata pedangnya di leher Zubair.
Dengan kepantasan bak seekor harimau, Zubair memusingkan kepalanya sedikit sekaligus mengelakkan dari mata pedang itu menyentuh urat lehernya. Sedikit sahaja lagi, nyawa dia sudah melayang.
Srak!
Tikaman pedang Zubair mendarat di perut tentera Rom itu. Darah pekat mengalir deras dari luka tikaman sebelum pedang itu dicabut dan ditumpukan pada lawan yang lain.
"Talhah! Arah belakang!"
Talhah menghayunkan pedang ke belakang, tanpa dilihat pun dia sudah pasti tentera Rom yang cuba menyerang Talhah telah ditikam. Dengan pantas dia merentap pedang keluar dari tikaman tersebut dan terus berlawan.
Mereka berdua berdiri membelakangi diri masing-masing.
"Musuh semakin ramai. Jika begini, habislah kita," Zubair berjaya memintas serangan tentera Rom itu sebelum mereka berjaya menundukkan pedang itu di bahunya.
"Percayalah kepada Amirul Mukminin... ingat kepada peristiwa Perang Badar dimana tentera Islam dalam keadaan yang lebih sedikit berbanding kita menentang kaum kafir Quraisy. Ingat itu Zubair!" Talhah mengeluarkan pisau belati dari pinggangnya, leher tentera Rom itu diperhati satu persatu.
Zap!
Talhah menyusup antara tentera-tentera Rom itu dan menghiriskan mata pisau belati tersebut di leher mereka. Hampir 20 orang tewas di tangan Talhah.
Zubair tidak mahu kalah, dia membuang pedangnya ketepi. Dia ingin mencuba nasib berlawan tangan dengan tentera Rom.
Ini bukan tindakan yang bodoh ya, kerana Zubair memang sudah berpengalaman dalam melawan tentera musuh.
"Berjumpalah engkau dengan malaikat Izrail..." Zubair melirik sinis sebelum tangannya naik mencengkam leher salah seorang tentera Rom dan menjulang naik ke atas. Apabila dilayangkan ke atas, Zubair mencengkam dengan sekuat hati leher tentera itu.
Prak!
Bunyi tulang patah kedengaran sebelum tentera Rom itu terkulai tidak berdaya. Zubair melepaskan dia ke tanah dan terus melawan tentera yang lain.
"Talhah! Lihat sama ada benda itu sudah kelihatan atau belum!" Zubair mengarahkan penumbuknya kepada tentera-tentera Rom.
Dush!
Patah gigi-gigi mereka apabila berhadapan dengan Zubair. Ada yang tanpa fikir panjang terus melarikan diri dari medan perang.
"Mana engkau mahu melarikan diri hah!" Zubair mengamuk lantas terus menarik dengan kuat rambut dua ke tiga orang tentera Rom. Lalu mereka diseret sebelum dilemparkan ke arah bala tentera yang cuba menyerang.
"Belum lagi Zubair. Sungguh mereka sangat pandai dalam menyembunyikan benda itu. Sampaikan aku sendiri tidak jumpa."
Tiba-tiba, mereka mendengar suara Muaz berteriak;
"Itu dia! Panji mereka disembunyikan di belakang tentera itu!"
(1060 Words)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro