FH | سِتَّةٌ وَثَلَاثُوْنَ ٣٦
(Apa yang disebutkan hanyalah rekaan dan tidak benar-benar wujud)
ZUBAIR benar-benar marah. Berani ada yang mencederakan Amirul Mukminin. Tidak akan dia lepaskan walaupun jika nyawa dia tergadai. Penumbuk digenggam dengan kemas.
Zubair tersenyum sinis, jika Raziq berlawan dengan ilmu hitam. Dia juga akan berlawan dengan ilmu.
"Raziq! Marilah!"
Raziq berlari seolah-olah tidak kelihatan di mana orangnya. Namun di mata Zubair, dia dapat melihat dengan tepat. Penumbuk dilepaskan dan,
Raziq menghilang. Pandangan Zubair semakin tajam, "Ke mana engkau pergi hah? Menggunakan ilmu iblis... engkau ingat engkau kuat? Keluar!"
Zubair sudah mula kehilangan akal waras, semakin lama Raziq cuba menguji kesabaran. Imannya juga semakin lama semakin tipis, dari dia boleh bersabar sehinggalah sekarang. Raziq sudah lebih!
"Hah!" Raziq muncul dari belakang Zubair menumbuk kawasan luka tikaman Zubair sehingga menyebabkan dia berdesis kerana pedih.
"Sss... pukul curi ya..." Zubair cuba mencari kelemahan Raziq.
Tidak sempat menyerang, Raziq menendang kaki Zubair sehingga berjaya membuatkannya jatuh melutut. Raziq mencengkam kepala Zubair dan pisau diletakkan di lehernya.
"Tiba masanya Zubair... untuk engkau pergi berjumpa Muhammad..."
Zubair meronta-ronta melepaskan diri. Zubair tiada pilihan, satu sahaja yang Zubair boleh gunakan untuk 'berurusan' dengan Raziq. Dia perlu mempunyai akal dan sama kepala dengan Raziq jika ingin menewaskan dia.
Sifat.
Zubair tersengih, tangannya merentap pedang dan menebas rambut Raziq sehingga dari paras pinggang menjadi pendek sehingga paras kurang dari beberapa jengkal.
"AH! Engkau memang sial Zubair!" Raziq ingin mencakar wajahnya sebelum Zubair mengelak dan Raziq menghilang sekali lagi. Zubair tersenyum sinis, hilang lagi ya?
Raziq muncul di belakang Zubair dengan memegang pisau, sekali lagi ingin menikam tubuh kekar lelaki itu. Namun, hampir sahaja menyentuh kulit Zubair, lelaki itu melayangkan tumbukan yang kuat,
Dush!
Raziq melayang sehingga melanggar pintu rumah usang itu. Dia tergolek sehingga jatuh tepat di hadapan Fawwaz dan Izzuddin.
"Ah! Tak guna kau sial! Apakah ilmu yang engkau gunakan ini! Sedikit pun tidak tembus ke badan engkau..."
Zubair ketawa mendengar Raziq bergumam. "Huh, ilmu syaitan hendak berlawan dengan ilmu Allah? Memang engkau tidak akan pernah merasai kemenangan Raziq!"
Zubair keluar dari rumah itu dengan membawa sebatang kayu, "Engkau... nak sangat aku berlalu kejam bukan. Jangan lupa Raziq... aku juga dahulu pernah menjadi orang jahiliah seperti engkau sebelum aku masuk agama Islam! Engkau memang mencabar aku!"
Pak!
Zubair melepaskan pukulan di bahagian belakang tubuh Raziq dengan batang kayu. Dia mengaduh kesakitan namun tidak dipedulikan oleh Zubair.
"Aku sembunyikan sifat aku dari semua orang termasuk sahabat aku sendiri... engkau orang pertama yang berjaya keluarkan aku dari kebaikan!"
Pak!
"Zubair! C-cukup! Sakit... sakit!"
Pak!
Darah berlumuran di seluruh tubuh Raziq. Zubair memandangnya dengan wajah dingin, dia tidak berhasrat untuk berhenti memukul. Tangannya dengan laju menghayunkan batang kayu ke dada Raziq.
Pak!
"Engkau menentang Amirul Mukminin, mencederakan dia... engkau siapa! Engkau bukan Tuhan!"
Pak!
"Engkau hasut tentera sendiri sehingga mereka mati akal. Engkau ugut mereka untuk membunuh ahli keluarga mereka sehingga terpaksa mengikut ajaran bodoh engkau ini!"
Pak!
"Engkau menceroboh Madinah, engkau hina Rasulullah! Engkau sudah melampau! Nabi kami merupakan maruah kami... engkau sentuh soal Rasulullah, engkau mencari mati dengan aku..."
Dush!
Zubair menukar dari batang kayu kepada sepakan yang sangat kuat. Kuat tidak kuat, bunyi patah tulang kedengaran dari dada Raziq.
Dia 'diselesaikan' dengan cukup-cukup sehingga patah tulang dadanya. Raziq memang benar membangkitkan semula kegilaan yang telah lama disimpan oleh Zubair.
Izzuddin melihat Raziq sudah terkulai layu. Jika diteruskan lagi dipukul oleh Zubair, boleh menyebabkan kematian. Dia tidak boleh dibiarkan mati. Pantas dia mendapatkan Zubair dan memegang dadanya.
"Sabar Zubair... istighfar... Astaghfirullahalazim... ulang apa yang aku ucap." Izzuddin menyentuh dan menolak Zubair sedikit ke belakang bagi menghalang lelaki tegap itu dari memukul Raziq.
Nafas Zubair naik dan turun tidak berhenti, kemarahannya masih tidak hilang. Jika boleh, dia nak cincang tubuh Raziq sehingga tidak berupa manusia lagi.
"Zubair! Ulang apa yang aku sebut! Astaghfirullahalazim... Astaghfirullahalazim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih..." Izzuddin tidak akan terus biarkan Zubair bertindak liar. Jika tidak, itu akan bertukar menjadi dosa pula.
Zubair perlahan-lahan beristighfar dan menenangkan diri.
"Engkau... jangan bercakap angkuh dengan aku jika engkau mahu hidup." Zubair melemparkan batang kayu jauh dari dirinya. Namun dia masih tidak berpuas hati, Zubair berjalan ke arah Raziq dan menarik jubah lelaki itu sehingga dia terdorong ke belakang.
Lalu jubahnya itu disangkutkan ke tali dan diikat ke kuda. Izzuddin cuba menghalang namun tiada gunanya, Zubair tidak akan mendengar cakap. Izzuddin membiarkan sahaja, dia tahu Raziq tidak akan mati dengan begitu mudah dengan jin yang dia gunakan. Namun dia telah cedera teruk di tangan Zubair, tidak boleh melarikan diri lagi.
Zubair menunggang kudanya dari kawasan gunung sehinggalah ke kawasan Madinah.
"Zubair! Tolong berhenti!"
"Aku sakit Zubair... tolong!"
"Sakit! Sakit..."
Itulah rintihan yang Zubair dengar dari belakang kudanya. Namun, dia tidak kisah akan rintihan tersebut. Bukannya dia tidak memberikan amaran, Raziq sudah mencabarnya dan terimalah akibat!
❀❀
Raziq tercampak di atas tanah. Mereka sampai di Masjid Nabawi. Tepatnya di tempat yang sesuai dengan apa yang perlu dia lakukan sekarang.
"Z-Zubair... s-sakit..."
"Sakit? Sakit ya? Sakit... kasihan..." Zubair membongkokkan dirinya dan menatap Raziq dengan wajah kasihan. Namun sekelip mata Zubair bertukar menjadi garang dan ganas. Seolah-olah seekor singa menanti untuk menerkam mangsa.
"Engkau tak layak untuk dikasihani... sekarang! Engkau melutut!" Zubair memaksa Raziq yang sudah cedera parah untuk melutut.
Zubair mendekatkan mulut ke telinga Raziq, "Sebelum aku tamatkan nyawa engkau... aku nak engkau minta maaf pada Rasulullah dan sahabatnya yang telah engkau cerca dan hina..."
"W-wahai Muhammad... a-aku... maafkan aku kerana... dengan bangganya telah menjajah dan menyerang penduduk tanah Engkau... hahaha!" Raziq ketawa seolah-olah hilang akal dan tidak lagi waras.
"Muhammad? Hahaha! Muhammad telah mati! Tiada lagi Muhammad! Hahaha... a-aku... aku minta maaf..." Dari ketawa tiba-tiba Raziq menangis dengan teresak-esak.
"A-apa... apa... apa tu! J-jangan dekat... pergi!" Raziq menjerit ke arah yang tiada sesiapa berada di situ. Semua penduduk Madinah melihat kejadian tersebut dan merasakan inilah azab yang telah dia rasakan.
"Z-Zubair bantu aku! I-itu... makhluk itu... dia kata masa aku sudah sampai! Dia menipu... hahaha! Aku Raziq Al-Fasid! Tiada sesiapa takutkan aku! Aku-" nafasnya tersangkut-sangkut. Dia tidak dapat bernafas dengan betul, dirinya terbaring mengerekot seolah-olah ditarik oleh sesuatu yang tidak kelihatan.
Zubair tidak berkata apa-apa. Tahulah dia bahawa Raziq sedang berhadapan dengan sesuatu yang sudah tidak dapat dibantu atau dihalang.
Sakaratul maut.
"Raziq! Mengucap... Lailahaillallah..." Zubair tunduk dan membantu Raziq untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.
Raziq tidak dapat bercakap lagi, tiada harapan baginya untuk menyebutkan sebarang kata-kata.
"Raziq... Lailahaillallah..."
Raziq mengerang sebelum dia keras. Tubuhnya kaku dan tidak bergerak lagi. Zubair cuba merasakan nafas dari Raziq, namun tiada. Raziq sudah pulang bertemu penciptanya.
"Innalillahiwainnalillahirajiun... matinya engkau dalam kesesatan..."
Tamatlah pemerintahan Raziq yang zalim dan kafir di Kota Madinah yang suci. Berhadapan dengan makam Rasulullah SAW.
(1122 Words)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro