FH | خَمْسَةٌ ٥
"JEMPUTLAH makan wahai sahabatku. Janganlah merasa segan hanya kerana engkau seorang khalifah."
Muaz menjemput Fawwaz untuk menjamah kurma yang telah disediakan. Baru sahaja dibeli di pasar tadi, untuk Fawwaz, Muaz sanggup menyediakan sesuatu yang segar untuk dimakan sahabatnya.
Fawwaz senyum lalu memakan kurma yang telah disediakan, apabila sebiji kurma selesai dikunyah sebanyak beberapa kali, Fawwaz memulakan bicaranya dengan sopan dan beradab;
"Kedatangan saya ke rumah kamu ini membawa hajat yang sangat besar."
Muaz berhenti mengunyah, matanya tertumpu kepada pemuda yang satu ini. Mustahak benar agaknya urusan yang ingin dibicarakan Fawwaz ini? Fikir Muaz.
"Ceritakan sahabatku. Jikalau aku mampu, aku akan cuba menolong."
"Begini Muaz, saya sudah meneliti rancangan yang telah saya lakukan selama beberapa hari ini. Dan saya telah membuat keputusan...kamu akan dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam," Fawwaz melihat ke arah wajah Muaz bagi meminta persetujuannya.
Secara tiba-tiba, Muaz ketawa sehingga wajahnya merah. Menimbulkan persoalan kepada Fawwaz yang melihatnya, "Mengapakah engkau ketawa wahai sahabatku? Setahuku, tidak ada yang kelakar dalam ucapan saya sebenarnya tadi."
Muaz berhenti ketawa sebelum membalas dengan tenang,
"Adakah engkau sihat wahai Amirul Mukminin? Tidakkah engkau melihat siapa aku ini? Aku hanyalah seorang anak muda yang tidak mempunyai pekerjaan,
jikalau ada sekalipun, hanyalah sekadar membantu peniaga di pasar mengangkat barangan perniagaan. Adakah orang seperti aku ini layak untuk menjadi ketua panglima tentera Islam? Pandai sungguh engkau buat kelakar."
Fawwaz menggelengkan kepalanya, "Sahabatku Muaz, pernahkah saya bermain dalam kata-kata ketika berbicara dengan kamu? Tidak pernah bukan? Saya tidak buat kelakar, memang saya ingin menawarkan jawatan ketua panglima tentera Islam kepada kamu."
Pandangan Muaz seketika menjadi serius, "Betulkah. Apa yang ada pada diri aku sehinggakan engkau ingin melantik aku dengan jawatan yang sangat tinggi ini?"
"Ilmu pertarungan kau, tubuh kamu yang kekar, sifat yang baik, tidak angkuh dengan sesama umat Islam dan bukan Islam dan iman kamu yang teguh. Kepercayaan kamu kepada Allah SWT yang tidak pernah tergugat walaupun sedikit...itulah yang saya lihat ada pada diri kamu, Muaz."
Muaz berfikir sekali lagi, rasa bersalah pula jika menolak tawaran itu mentah-mentah, akhirnya secara perlahan-lahan Muaz mengangguk.
"Baiklah Fawwaz, jika engkau sangat berhajat sedemikian. Maka aku terima amanah itu dengan seikhlas hati."
Gembiralah hati Fawwaz mendengar kata persetujuan dari Muaz. Sebenarnya dia tidak ingin menawarkan jawatan itu, Fawwaz ingin melantik terus Muaz sebagai ketua panglima.
Namun memikirkan Muaz seorang yang tidak terlalu menginginkan jawatan, dia perlahan-lahan menawarkan dahulu jawatan itu kepada dia. Dan rancangan dia berjaya!
Alhamdulillah.
❀❀
"Assalamualaikum sahabatku Izzuddin!" terdengar suara deras memanggilnya dari jauh ketika dia sedang duduk termenung melihat pemandangan sungai yang luas tidak begitu jauh dari istana khalifah.
Izzuddin lantas berpaling, "Ya Allah! Muaz, sudah lama tidak berjumpa." Izzuddin lantas mendapatkan Muaz dan mereka berpelukan buat seketika. Kebetulan sekali, Izzuddin dan Muaz juga turut sama berteman baik.
"Rindunya aku pada engkau. Sihatkah?"
Izzuddin tersenyum mendengar pertanyaan sahabatnya itu, "Sudah tentulah! Aku sangat baik. Muaz, aku rindu saat di mana kita sama-sama bergusti dahulu. Aku berasa rindu pula."
Muaz ketawa kecil mendengarnya, "Engkau masih lagi ingin dikalahkan oleh aku ya? Adakah engkau lupa siapakah yang memenangi pertandingan itu 6 tahun yang lalu?"
Izzuddin tidak mahu mengalah, dia juga tidak begitu boleh menerima bahawa dia kalah dalam pertandingan gusti peringkat negara Raudhah 6 tahun yang lalu. Sudahkah kalah dengan Muaz, sahabatnya sendiri.
Mereka memang bersifat bersaing antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, mereka tetap berkawan baik.
Tidaklah seperti kelompok lain yang lebih gemar mencari pasal untuk satu benda yang kecil. Kemudiannya diperbesarkan masalah itu sehingga merosakkan hubungan baik yang telah lama terbina.
"Aku bukan seorang yang mudah mengalah! Aku menanti-nantikan hari itu untuk tiba," balas Izzuddin dengan ketawa kecil, namun benar-benar maksudkan perkataan tersebut.
Tersengih-sengih Muaz melihatnya, "Kita lihat saja nanti."
"Masya-Allah, sudah sampai pun kamu wahai Muaz. Sudah lama saya menantikan kamu. Wah! Nampaknya kamu telah bercakap-cakap dengan adik saya ya? Bercerita mengenai kisah lamakah?"
Kedua-dua Muaz dan Izzuddin tersengih lebar, "Adalah hal yang kami bicarakan."
"Baiklah, sekarang ini ketua panglima sudah ada. Sekarang tibalah masanya untuk kita tumpukan perhatian kepada masalah dalam negara ini..." Fawwaz memulakan perbincangan bersama dengan Izzuddin yang merupakan penasihatnya dan Muaz yang merupakan ketua panglima baharu.
(Muaz Ali Al-Farisi)
(692 Words)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro