FH | خَمْسَةٌ وَعِشْرُوْنَ ٢٥
(Apa yang disebutkan hanyalah rekaan dan tidak benar-benar wujud)
SETELAH 5 hari berlalu sejak kali terakhir para sahabat berpisah dengan Fawwaz, mereka berjaya melaksanakan misi masing-masing. Mereka berjaya menahan para jemaah haji dari berbagai tempat yang dalam perjalanan ke Mekah dan Madinah.
Lalu mereka telah diiringi secara beramai-ramai dan telah dikumpulkan di tanah Syam, pertempuran sementara telah di dirikan untuk merehatkan para jemaah haji yang penat berjalan tanpa henti selama 5 hari.
Mereka telah berjaya diamankan. Zubair, Talhah dan Muaz bertemu.
"Wahai sahabatku, tugas kita telah selesai. Marilah kita pergi bertemu dengan Amirul Mukminin di Madinah. Aku telah mendapat berita daripada Izzuddin bahawa mereka dalam perjalanan ke Madinah."
"Baiklah, aku bersetuju." Sahut Talhah dan Zubair selepas mendengar permintaan Muaz.
"Muaz!" Perbualan mereka terhenti apabila Muaz dipanggil oleh Wazir Muawiyah.
"Muaz, Amirul Mukminin telah menghantar surat arahan kepada aku. Tuanku telah mengarahkan agar kalian memimpin tentera bantuan untuk menuju ke Madinah dan Mekah."
Zubair, Talhah dan Muaz menerima berita ini dengan penuh rasa amarah dan tidak puas hati. Mereka sangat ingin membunuh kesemua kumpulan pemberontak tersebut agar mereka tidak lagi mengganggu penduduk Hijaz.
"Baiklah wahai Tuan Wazir. Kami sanggup menerima tugas ini."
Perjalanan selama 4 hari oleh para sahabat Fawwaz bermula dari sekarang ke wilayah Hijaz.
❀❀
5 Ramadhan, 990 Masihi...
Fawwaz dan Izzuddin sedang memberikan buah fikiran mengenai rancangan menakhluk semula Madinah. Mereka telah pun sampai sehari yang lalu, namun mereka terpaksa berpangkalan sedikit jauh daripada Madinah bagi mengelak dikesan oleh kumpulan Ruh al-Haqq.
Kota Madinah sunyi sepi tanpa suara, para penduduk terlalu takut hendak keluar dari rumah mereka. Sesiapa yang cuba menentang akan terus dihukum bunuh.
"Kakanda... bagaimana sekarang. Apakah perancangan kita. Dengan tentera yang tidak ramai ini, mustahil untuk kita menawan kembali Madinah secara melulu." Izzuddin meletakkan serban yang di kepalanya atas sebuah tikar, lalu dia duduk bersila sambil mengusap-usap rambutnya yang panjang.
"Kakanda juga agak buntu. Situasi semakin teruk, perisik yang kakanda hantar untuk memerhati kota Madinah juga telah memberitahu, bahawa ramai orang di dalamnya telah dibunuh. Namun, syukurlah kerana mereka mati dalam keadaan syahid dan tidak tunduk kepada Raziq Al-Fasid itu."
"Allahuakbar... semoga laknat Allah akan segera sampai kepada Raziq. Adakah dia tidak insaf setelah apa yang terjadi kepada bekas ketuanya Abu Saqr dahulu..."
Fawwaz dengan tenang membalas dengan tenang namun penuh berhati-hati,
"Manusia ini... baik dan buruk perangainya bergantung kepada apa yang amalkan dalam kehidupannya. Rasulullah SAW pernah, mafhumnya;
'Sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging. Sekiranya ia sihat, seluruh tubuh sihat dan sekiranya ia sakit, seluruh tubuh sakit. Itulah hati.'¹"
Izzuddin mengangkat sedikit dagunya, anggukan yang hampir tidak kelihatan, namun cukup untuk menyampaikan persetujuannya terhadap Fawwaz.
"Kakanda, beginilah. Apa kata kamu benarkan aku menggunakan cara yang keras terhadap mereka. Kumpulan ini akan terus memijak kepala kamu berterusan jika terus berlembut dengan mereka. Jangan bagi langsung mereka peluang!" pinta Izzuddin.
Dia sudah tidak boleh bersabar lagi. Lepas satu demi satu ujian yang datang, dan kali ini telah melibatkan penduduk tanah suci umat Islam seluruh dunia! Ini tidak boleh dibiarkan.
"Izzuddin... kamu masih lagi ingat pesan kakanda? Kakanda tidak mahukan sebarang pertumpahan darah di tanah Rasulullah. Kakanda sangat tidak menginginkan peperangan. Kakanda tidak mahu semua itu terjadi."
Fawwaz memejamkan matanya dengan rasa tidak senang hati. Resah dan gelisah masih lagi tidak hilang memikirkan kenyataan sekarang yang mereka harus berperang di tanah suci Madinah dan Mekah.
'Tolonglah berikan ku petunjuk-Mu Ya Allah...'
"Kami semua setuju dengan cadangan penasihat Amirul Mukminin."
Fawwaz berpaling ke belakang. Betapa gembiranya hati apabila melihat Muaz, Talhah dan Zubair telah pun sampai. Bererti misi yang diberikan olehnya telah berjaya dilaksanakan.
"Sahabatku! Alhamdulillah semuanya selamat!" Fawwaz memeluk setiap seorang dari mereka dengan erat. Rasa rindu terhadap sahabatnya tidak pernah hilang walaupun sedikit.
"Apa yang Izzuddin cakap tadi benar belaka isinya. Mereka tidak boleh diberikan peluang lagi. Mereka akan semakin naik lemak, kepala Amirul Mukminin akan dipijak begitu sahaja." Zubair memberi hujah menyokong Izzuddin.
Fawwaz meraup wajahnya, tidak tahu keputusan apa yang sepatutnya dia lakukan.
"Sahabatku... jika Rasulullah SAW masih hidup. Baginda pasti akan melakukan perkara yang sama, peperangan ini bertujuan melawan kejahatan yang dilakukan oleh pemberontak. Bukanlah satu dosa sekiranya pertumpahan darah ini terjadi di tanah suci. Bukannya salah engkau wahai Amirul Mukminin..." Celah Muaz yang turut menyokong Izzuddin.
"Benar wahai Amirul Mukminin. Buatlah keputusan yang tepat... rakyat-rakyat pasti akan berbangga dengan engkau sekiranya engkau berjaya memerangi orang-orang yang musyrik."
Fawwaz akhirnya memutuskan sesuatu, suaranya serak kerana terharu dengan sokongan yang diberikan oleh para sahabatnya. "Terima kasih, baiklah... aku bersedia untuk memerangi mereka. Adindaku, berikanlah cadangan yang engkau ada."
Para sahabat berasa bangga kerana berjaya meyakinkan Amirul Mukminin.
"Baiklah kakanda, begini." Izzuddin mengarahkan Zubair dan Talhah untuk memanggil beberapa orang tentera untuk datang membantu.
"Berdasarkan apa yang aku tahu, tentera Ruh al-Haqq kesemuanya berjumlah 26,000 orang. Tentera Islam kita seramai 900 orang, ditambahkan lagi dengan pasukan bantuan yang dibawa oleh Zubair, Talhah dan Muaz, maka jadinya 9,000 orang. Memang tidak mencukupi."
Izzuddin mengambil sehelai kertas yang diperbuat dari kulit binatang. Sebatang pena dikeluarkan dari bekas dan dakwat hitam diletakkan di hujung mata, lalu dilukis beberapa garisan.
"Ini adalah kota Mekah dan Madinah. Disebabkan kita sekarang berada berhampiran Madinah, maka kita akan tumpukan dahulu untuk membebaskan Kota Madinah dari cengkaman tentera Ruh al-Haqq." Izzudin melirik ke arah Zubair dan Talhah.
"Kalian berdua, bawa 3,000 orang tentera Islam ke arah barat Madinah. Muaz, engkau bawa pasukan seramai 3,000 orang ke arah utara Madinah. Manakala aku dan Amirul Mukminin akan membawa 3,000 lagi orang tentera Islam ke arah pintu hadapan benteng Madinah. Pastikan jarak kita beberapa batu sahaja dari Madinah. Biarkan mereka tahu kedatangan kita."
Muaz menyampuk, "Jika begitu, susahlah kita hendak menang."
Dahu Muaz dijentik oleh Zubair, "Lain kali dengar dahulu apa yang penasihat Amirul Mukminin terangkan. Janganlah menyampuk. Tidak beradab namanya tu." Zubair menegur Muaz dengan tegas. Tertunduk sedikit Muaz apabila ditegur begitu, dahinya diusap perlahan kerana sakit dan juga malu.
Fawwaz tertawa kecil sebelum meminta Izzuddin untuk melanjutkan rancangannya.
"Kemudian, kita ikut semula perancangan yang pernah digunakan oleh Rasulullah ketika ingin menakhluk Kota Mekah. Nyalakan obor dengan sebanyak mungkin di kawasan sekeliling. Biarkan musuh merasakan bahawa kita datang dalam keadaan yang ramai."
Barulah Muaz mengerti dengan cadangan Izzuddin. Lalu anggukan setuju diberi oleh masing-masing sahabat.
"Rancangan kita akan bermula malam ini. Gerakkan tentera Islam sekarang!"
(1050 Words)
Istilah
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)¹
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro