FH | ثَمَانِيَةٌ وَعِشْرُوْنَ ٢٨
(Apa yang disebutkan hanyalah rekaan dan tidak benar-benar wujud)
DENGAN tangkas pengintip itu berjaya memasuki khemah yang didiami oleh Fawwaz. Tidak ada walau seorang pengawal berjaga di kawasan sekitar. Dan juga dia melihat jumlah pengawal tentera yang ada tidaklah seramai seperti obor api yang dipasang.
Adakah ini hanya strategi tentera Islam? Fikirnya.
Langkahnya semakin dekat dan dekat. Mendekati Fawwaz yang sedang lena tidur di atas sebuah hamparan tikar yang sederhana. Serban yang dipakai dijadikan sebagai pelapik kepala bagi memberi keselesaan. Hanya itu sahaja yang ada pada Fawwaz.
Tidak pula pengintip itu melihat sesiapa. Bagus! Inilah peluang buatnya! Perlahan-lahan dia mengeluarkan sebilah pisau yang melengkung bilahnya.
Pisau dinaikkan ke udara, saat yang paling bahaya akan terjadi. Pengintip itu menghayunkan pisau tersebut ke tubuh badan Fawwaz.
"Engkau hendak buat apa?"
Srush!
Kaki pengintip itu dipegang oleh sesuatu dari bawah. Barulah dia perasan, muncul sepasang tangan dari dalam pasir mencengkam kakinya dengan sangat kuat. Dia tidak beranjak walau sedikit pun setelah meronta-ronta.
Zubair memunculkan diri dari bawah pasir. Tangan yang mencengkam kaki pengintip itu dijulang lalu dilemparkan tubuh pengintip tersebut ke sudut khemah. Zubair memakai jubah berwarna hitam dan tubuhnya dipenuhi pasir.
"Jangan mimpi engkau akan berjaya menyentuh tubuh Amirul Mukminin dengan senjata itu!" Zubair menyinga apabila melihat pisau di tangan pengintip itu.
Dia ketakutan, sudah tentu dia mengenali siapa Zubair. Orang melawan tentera Byzantine hanya dengan tangan kosong dan berjaya menumpaskan beratus orang hanya dia seorang sahaja.
"Kalian semua! Tikus sudah masuk perangkap!" Zubair dengan lantang memanggil kesemua tentera yang hanya berpura-pura tidur.
Tahulah dia bahawa muslihatnya sudah berakhir. Ini semua hanya perangkap yang telah dirancang untuk memerangkap pengintip tersebut.
Fawwaz perlahan-lahan bangkit dari perbaringan. Dia tidak benar-benar tidur pun. Sengaja Fawwaz berpura-pura agar pengintip itu dapat masuk ke khemah dengan lebih dalam dan cuba untuk membunuhnya.
Dan juga ketiadaan tentera Islam di kawasan sekitar juga merupakan cadangan yang dikemukakan oleh Izzuddin kepada Fawwaz. Bertujuan untuk menjadikan ia muslihat yang berkesan.
Lelaki itu dipegang dengan erat oleh beberapa orang tentera. Izzuddin sampai di khemah dan mendapatkan Fawwaz, risau jika kakandanya cedera ataupun mempunyai luka di mana-mana.
Fawwaz menggelengkan kepala tanda dia tidak apa-apa. Pandangan mereka beralih kepada sang pengintip yang telah ditangkap.
"Tenteraku, lepaskan dia."
Zubair terperanjat apabila mendengar arahan dari Fawwaz, "Amirul Mukminin! Orang ini berbahaya, jangan dilepaskan. Biarkan aku sahaja yang membunuhnya."
"Zubair... lepaskan." Fawwaz mengulangi semula arahannya. Pandangan matanya jelas mengatakan tidak apa-apa dan tiada yang perlu dirisaukan.
Zubair dengan kesalnya mengarahkan para tentera Islam untuk pegangan mereka terhadap sang pengintip. Namun pedang Zubair dihunus ke lehernya untuk memastikan dia tidak bergerak.
"Siapakah namamu?" Soal Fawwaz kepada lelaki itu.
"Namaku... Samir bin Lahaan."
"Adakah Raziq yang bertanggungjawab menghantarkan kamu ke sini? Apakah niatnya yang sebenar?" Fawwaz bertanya dengan perlahan. Memahami bahawa lelaki itu sedang dalam ketakutan.
Samir tidak menjawab soalan dari Fawwaz. Dirinya kelihatan terdesak.
"Saudaraku Samir. Berhentilah dari memihak kepada yang batil dan berpihaklah kepada yang haq dan benar di sisi Allah... ini bukanlah perjuangan seorang Islam. Kamu sudah jauh terpesong wahai saudara..."
Samir tidak membalas.
"Saudaraku... perjuangan kamu tidak benar. Kamu hanya berjuang kerana mengikut nafsu syaitan. Agama Islam tidak membenarkan kita membunuh orang-orang yang lemah dan tidak berdaya ketika berperang. Larangan ini adalah jelas berdasarkan riwayat Abdullah bin Umar R.A, katanya;
'Dijumpai seorang wanita terbunuh dalam salah satu peperangan Rasulullah SAW, lalu Rasulullah SAW melarang membunuh wanita dan kanak-kanak.'¹" Fawwaz menjelaskan mengenai larangan membunuh kanak-kanak dan wanita.
"Namun, apakah yang kalian lakukan, kalian menyerang kota yang paling suci umat Islam. Bahkan kalian menindas dan membunuh orang-orang yang lemah. Menghina Rasulullah di hadapan makamnya sendiri. Menganggap diri sebagai orang yang paling mulia. Adakah ini akhlak sebenarnya seorang Islam?"
Kerana tidak tahan, Zubair mencelah untuk menyedarkan Samir, "Tidakkah engkau berasa malu dengan apa yang telah dilakukan oleh kumpulan kalian yang konon dianggap sebagai ahli syurga! Kalian tidak tahu malu kerana telah menghina keturunan Rasulullah dan menyerang keturunan sahabat baginda! Kalian tidak tahu malukah!"
Izzuddin pantas bertindak menenangkan sahabatnya. Salah satu kepantangan Zubair adalah apabila ada orang yang berani mencela Rasulullah dan para sahabat baginda. Hampir sahaja dia merempuh Kota Madinah seorang diri tempoh hari, namun dihalang dan dinasihatkan oleh Izzuddin agar tidak bertindak melulu.
Zubair menghamburkan lagi kata-kata yang tajam, "Adakah engkau sudah mempunyai cukup bekalan untuk akhirat kelak? Adakah engkau mempunyai alasan untuk menjawab di hadapan Allah di hari akhirat! Apakah yang akan engkau jawab di hadapan Rasulullah SAW! Ketahuilah engkau, sesiapa yang berjuang di jalan yang sesat tidak akan mencium bau syurga melainkan taubat menjadi jalan terakhir!"
"Fikirkan mengenai diri engkau Samir! Fikir! Adakah jenazah engkau akan akan di alam barzakh jika terus menentang agama-Nya dan mencela kekasih-Nya! Nescaya hidup engkau akan susah di akhirat wahai Samir!"
Samir melutut di hadapan Fawwaz dan menangis tiada hentinya, "Ya Allah... Aku bersalah... Aku bertaubat Ya Allah... aku bertaubat!"
Fawwaz mengucapkan rasa syukur kepada Allah. Legalah hatinya kerana Samir sudah insaf dan mahu kembali ke jalan yang benar. Sekurang-kurangnya dia telah berjaya mengislamkan orang yang cuba menentang Islam dan Nabi Muhammad SAW.
"Jika kamu benar-benar ingin bertaubat... maka bantulah kami. Kami ingin segera memerangi orang yang zalim dan menegakkan agama Islam yang telah tercemar."
Samir tersedu-sedan kerana menangis, dalam keadaan begitu dia dengan pantas mengangguk, menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan tentera Islam.
"Sebut sahaja apa yang kalian mahukan daripada aku. Akanku ceritakan kesemuanya mengenai Ruh al-Haqq dan Raziq Al-Fasiq. Anggaplah ini sebagai penebus dosa-dosaku terhadap orang-orang Islam yang telah ditindas dan dibunuh dengan kejam oleh kumpulan kami... dan juga terhadap kalian."
(934 Words)
Istilah
Riwayat al-Bukhari (3015) dan Muslim (1744)¹
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro