FH | ثَلَاثُوْنَ ٣٠
(Apa yang disebutkan hanyalah rekaan dan tidak benar-benar wujud)
SHEIKH Abdullah dan Sa'ad pulang ke pangkalan tentera Islam. Berita yang disampaikan mereka kepada Fawwaz tidak begitu baik. Kerana Raziq sedikit pun tidak mahu menyerah, begitu juga dengan tentera Ruh al-Haqq.
"Mereka memang akan berjuang sehingga mati... tidakkah mereka sedar yang mereka tentang, hina dan tindas adalah penduduk Madinah dan juga keturunan Rasulullah dan para sahabat..." Zubair berasa sangat kesal dengan Raziq dan para tenteranya. Bahkan dia ini lebih teruk berbanding dengan Abu Saqr dahulu.
"Mereka telah dibasuh dan diajarkan bahawa Raziq itu merupakan pesuruh Allah yang baharu, menggantikan Rasulullah SAW." kata Sheikh Abdullah dengan tenang.
"Masya-Allah!" Kesemua mereka yang berada dalam khemah khalifah beristighfar beberapa kali.
"Mereka telah jauh dari jalan yang lurus. Mereka telah sesat, rugilah perjuangan mereka selama ini..." Izzudin memandang ke arah luar khemah, angin-angin yang bertiup masuk ke dalam khemah seolah-olah bersetuju dengan apa yang Izzuddin katakan.
"Bagaimana wahai Amirul Mukminin? Apakah cadangan kamu?" Sa'ad melangkah ke hadapan, soalannya dikeluarkan dari minda. Baginya, Raziq sudah melampaui batas.
Fawwaz dengan terpaksa berkata, "Tidak ada cara lain. Mereka perlu diperangi. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka. Kita telah mencuba dengan sebaik mungkin untuk menyedarkan mereka. Tetapi mereka tidak juga beriman kepada Allah. Penawanan ini tidak boleh diteruskan lagi, jika dibiarkan bukan sahaja Madinah, Mekah juga berada dalam bahaya."
Kesemua sahabat bersetuju dengan Fawwaz.
"Baiklah, kita ikut apa yang telah dirancang. Aku juga pasti bahawa Talhah telah bersedia dengan rancangan yang kita bincangkan dahulu."
"Baiklah adindaku, kita teruskan rancangan kita. Perangi golongan musyrikin dan pastikan orang-orang yang lemah tidak diapa-apakan." Fawwaz menetapkan permulaan rancangan ini. Pada malam ini, akan dijalankan rancangan tersebut.
❀❀
"Wahai penduduk Madinah! Ketahuilah kalian bahawa Raziq dan tentera Ruh al-Haqq merupakan orang yang munafik dan tidak beriman! Janganlah kalian tunduk di bawah pemerintahannya dan menyerahkan diri kalian kepada dia!"
Malam itu kecoh seluruh Kota Madinah apabila terdengar suara teriakan yang lantang dari tengah kota. Tentera-tentera Ruh al-Haqq berkumpul di sekeliling kawasan tengah kota. Raziq juga merupakan orang yang paling pantang mendengar berita mengenai dirinya disumpah begitu.
Apabila sampainya dia di sana, dapat disaksikan Samir, perisik yang dihantar olehnya kelmarin malam kembali namun berbezanya, dia memihak kepada tentera Islam dan bukannya kepada Raziq lagi.
"Samir! Apakah yang engkau cuba lakukan ini? Adakah engkau sudah berani menentang Waliyullah? Ketahuilah sebab engkau hidup sampai hari ini adalah kerana Waliyullah Raziq!" salah seorang tentera cuba menghentikan Samir dari terus mengeluarkan kata sumpahan kepada Raziq.
"Persetankan semua itu! Wali Allah? Bahkan dia lebih kejam dan menjijikkan dari keldai! Sesungguhnya aku, Samir bin Lahaan! Telah beriman kepada Allah SWT! Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah!"
Raziq semakin naik angin, darahnya naik sehingga ke muka sehingga menyala merahnya.
"Tak guna!"
Dush!
"Akan ku kerat dan siat mulut engkau yang celaka ini!"
"Lakukanlah aku tidak takut! Kerana aku tahu bahawa aku berjuang di pihak yang benar dan kalian di pihak yang salah. Kalian akan kalah juga suatu hari nanti! Aku telah bekerjasama dengan tentera Islam."
"Hah! Sial... apa yang engkau beritahu kepada mereka!" Raziq mencengkam jubah di bahagian leher Samir dan mengangkatnya naik ke atas lalu dihempaskan ke dinding bangunan tempat berdagang di situ.
Samir pula di sebalik rasa sakit, dia ketawa sinis, "Heh... segalanya. Aku beritahu segalanya... engkau tidak akan pernah menang wahai Raziq Al-Fasiq! Celakalah engkau dan tentera yang berani beriman kepada bedebah ini! Semoga Allah membalas dengan neraka kepadamu wahai orang-orang fasik!"
"Wahai penduduk Madinah! Maafkanlah aku... ampunilah dosa aku! Anggaplah ini sebagai penebus dosa buat kalian semua. Semoga kalian semua selamat dunia dan akhirat..."
Samir menukar pandangannya dari melihat orang ramai ke arah Masjid Nabawi, rumah Sayidatina Aisyah R.A dan di mana makam Rasulullah terletak.
"Ya Rasulullah! Ampunkan hambamu yang hina ini. Ampunkanku Ya Allah! Semoga aku dapat bertemu dengan kekasih-Mu di akhirat kelak. Lailahaillallah Muhammadarrasulullah.."
Srak!
Leher Samir dihiris dengan pisau oleh Raziq. Dia tersenyum sinis, "Mati... mati... mati..."
"Mati!" Raziq tidak berhenti menghiriskan mata pisaunya pada tubuh Samir. Habis telinganya dipotong, hidungnya tidak berupa lagi. Matanya dicungkil dan jarinya dikerat semuanya.
"Hahaha! Inilah... akibatnya jika ada yang cuba menentang aku! Mati! Hahaha!" Raziq mencerlung setiap wajah penduduk Madinah dengan tajam.
"Jangan kalian cuba untuk sentuh mayat ini! Biar dia reput dan membusuk dengan penuh kehinaan! Hahaha!" Raziq sudah bertindak di luar kawalan. Sebelum ini penduduk Madinah dibunuh oleh tenteranya, kali ini bekas tenteranya sendiri dibunuh oleh ketua tentera itu.
Zalim.
"Orang fasik!"
Raziq berpaling melihat Khalid berdiri di tengah kalangan penduduk Madinah. Dia meluru ke hadapan mendekati Raziq yang sedang 'menyiksa' jasad Samir dengan sangat kejam. "Serahkan mayat Samir kepada kami. Akan kami semadikan dia dengan cara Islam yang benar."
"Engkau... kalau nak rasa mata pisau ini menembusi lehermu, cubalah."
"Cuba ulang sekali lagi?" Talhah yang berdiri di belakang Khalid menyoal sekali lagi.
"Siapa yang berani menghalang kami mengambil jenazah orang mukmin ini, akan aku penggal kepalanya! Marilah!" Cabar Talhah dengan nada yang keras dan garang. Tiada siapa yang berani menentang. Raziq sendiri tiba-tiba sahaja menjauhi jasad Samir dengan sendirinya.
"Inilah... inilah ahli syurga yang sebenar. Ingatlah wahai penduduk Madinah! Jika kalian ingin ganjaran syurga, jadilah seperti Samir bin Lahaan. Walaupun dia melakukan kemungkaran, dengan taubatnya... dia berjaya mati dalam keadaan dirinya Islam... sesungguhnya syurga menanti dirinya. Aamiin Ya Rabbal Alamin..."
Khalid menyuruh Usamah, Anas dan Talhah untuk mengangkat jasad Samir untuk dibawa ke Perkuburan al-Baqi' yang terletak berdekatan dengan Masjid Nabawi untuk disemadikan.
Tidak ada sesiapa pun dibenarkan mengiringi jenazah Samir. Kesemua penduduk Madinah dihalang oleh tentera Ruh al-Haqq, hanya Talhah, Khalid, Anas, dan Usamah sahaja yang dibenarkan membantu semadikan jenazah.
❀❀
Khalid menyuruh Usamah, Anas dan Talhah untuk mengangkat jasad Samir untuk dibawa ke Perkuburan al-Baqi' yang terletak berdekatan dengan Masjid Nabawi untuk disemadikan.
Tidak ada sesiapa pun dibenarkan mengiringi jenazah Samir. Kesemua penduduk Madinah dihalang oleh tentera Ruh al-Haqq, hanya Talhah, Khalid, Anas, dan Usamah sahaja yang dibenarkan membantu semadikan jenazah.
"Wahai Khalid, engkau lebih berpengalaman di sini. Tentukanlah di mana dia akan dikebumikan." Talhah menyerahkan segalanya kepada Khalid. Sementara dia bersama Anas dan Usamah membantu untuk mengkafankan jenazah Samir.
"Masya-Allah. Harum baunya... sejak tadi aku tidak pernah mencium haruman yang sebegini wangi. Rupanya datang dari jasad pemuda ini..." kata Anas dengan senyum yang tidak lekang dari bibir. Tangannya mengikatkan tali di bahagian kepala.
"Inilah ganjaran yang diberikan Allah kepada orang yang beriman kepada-Nya. Syukurlah kerana dia sempat menyatakan niatnya untuk menjadi seorang Islam yang menegakkan kebenaran..." balas Usamah sambil mengikatkan tali di bahagian kaki.
Talhah tidak membalas, dia juga turut mengiakan Usamah. Dia melirik ke arah Khalid, "Sudahkah kau jumpa tempat yang sesuai?"
"Sudah. Di sini, aku telah memilih tempat yang istimewa buatnya. Ketahuilah kalian bahawa sebelah kanan ini adalah kubur seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abdurrahman bin Auf." Khalid menunjukkan ke arah tanah yang kosong bersebelahan sebuah kubur.
Talhah menggangguk, "Alhamdulillah... damailah engkau di sana wahai sahabatku... walaupun aku tidak lama mengenali engkau. Tetapi engkau telah membuktikan bahawa orang yang terpesong mampu untuk kembali cahaya kebenaran... Allahuakbar..."
Setelah satu jam berlalu, jenazah Samir akhirnya berjaya disemadikan. Semoga Allah menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman.
(1192 Words)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro