Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

FH | ثَلَاثَةٌ وَثَلَاثُوْنَ ٣٣

(Apa yang disebutkan hanyalah rekaan dan tidak benar-benar wujud)

RAZIQ sedikit pun tidak terkesan dengan seruan Fawwaz menyuruhnya untuk berhenti dari terus membuat onar. Hatinya telah dipenuhi dengan rasa benci dan hasutan syaitan.

"Hah! Jangan harap, aku tidak akan pernah menyerah. Tentera Ruh al-Haqq, serang!"

Arahan Raziq tidak dipatuhi oleh para tentera. Mereka hanya mendiamkan diri dan tidak melakukan apa-apa. Hanya berdiri tegak dengan tangan berada di belakang. Seolah-olah menanti arahan.

"Tentera bodoh! Apa yang kalian tunggu lagi! Bunuh khalifah ini dan hancurkan mereka semua!"

Senyap, tiada suara yang keluar.

Namun, saat Zubair melangkah ke hadapan, "Hmm... rasa seronok pula jadi engkau ya. Hanya duduk dan tidak berbuat apa-apa... kasihan, marilah aku cuba pula. Apa yang engkau selalu panggil mereka? Tentera al-Haqq bukan? Tentera al-Haqq! Beratur di barisan tentera Islam sekarang!"

Kesemua tentera al-Haqq yang ada, memusingkan badan mereka menghadap Zubair dan berjalan menuju ke arah tentera Islam, lalu menghadapkan diri mereka ke arah Raziq dan kekal di situ.

Yang tinggal di pihak Raziq hanya beberapa orang yang setia dengannya. Itupun mereka sudah berada dalam ketakutan.

"M-macam mana kalian-"

"Sudah! Orang fasik tidak berguna, kami sudah penat ditipu oleh engkau! Selama ini hanya menggunakan kata-kata untuk menipu kami. Betapa besarnya dosa kami terhadap Tuhan dan kekasih-Nya..."

Zubair tersenyum sinis, "Masih ingat lagi malam engkau membunuh perisik engkau sendiri... Samir bin Lahaan?"

"Mari aku ceritakan..."

❀❀

"Ceritakanlah wahai saudaraku. Apakah kelemahan mereka?" Soal Izzuddin dengan tenang namun keras nadanya.

"Wahai Amirul Mukminin... mereka itu tiada apa-apa kelemahan. Mereka sudah lemah sejak dari awal lagi, cumanya ketua mereka mempunyai tipu muslihat yang berkesan. Raziq Al-Fasiq itulah puncanya, dia menggunakan mulutnya untuk menghasut dan basuh fikiran mereka mengenai Islam dan dengan beraninya mengaku bahawa dia adalah pesuruh Allah."

"Adakah mereka semua beriman dengan dia?"

"Tidak, ada yang setia dengan dia kerana terpaksa namun kebanyakannya memang telah yakin bahawa Raziq itu pesuruh Allah. Raziq akan membunuh kesemua ahli keluarga tentera Ruh al-Haqq yang ada jika tidak beriman dengannya. Kerana itulah bila kami disuruh menyerah, kami tidak menyerah."

Fawwaz faham akan keadaan yang berlaku, rupa-rupanya Raziq telah memeras ugut kesemua anggota tenteranya sendiri dengan ahli keluarga mereka. Kejam! Patutlah mereka begitu setia dengan Raziq.

"Jadi berapa ramai yang beriman dengan dia dan tidak rela?"

"Separuh dari tentera, lebih kurang 16,000 orang tentera yang beriman kepada Raziq kerana terpaksa. Manakala selebihnya, 10,000 orang memang merupakan pengikut setianya." Samir meluahkan segala rahsia yang ada dalam kumpulan sesat itu.

"Engkau juga termasuk dalam golongan yang terpaksa itu?" Soal Zubair dengan suara yang tenang setelah kemarahannya hilang.

"Ya, aku mempunyai ibu bapa yang sudah tua. Siapa yang akan menjaga mereka jika bukan aku. Hancurlah jiwa dan raga aku jika Raziq membunuh mereka. Kerana itulah aku terpaksa tunduk di bawah tapak kaki orang fasik itu."

Izzuddin cuba memikirkan jalan penyelesaian, "Baiklah, jika begitu, kami akan menjamin keselesaan seluruh ahli keluarga kalian para tentera Ruh al-Haqq." Izzuddin memberi jaminan.

"Betulkah begitu?"

"Ya, akan kami perintahkan Wazir Agung untuk mencari keseluruhan keluarga kalian dan pastikan mereka selamat. InshaAllah."

"Legalah aku jika begitu,"

"Samir, saya perlukan bantuan kamu."

"Apakah bantuannya? Beritahulah, akanku tunaikan."

"Kami akan menghantar 1,000 orang tentera untuk memasuki Madinah secara rahsia. Namun kami tidak mempunyai orang yang sesuai untuk menarik perhatian Raziq. Oleh itu..."

"Baiklah! Amirul Mukminin, aku sanggup memikul tugas itu!"

"Benarkah? Ada kemungkinan bahawa kamu tidak akan pulang lagi dengan rupa yang sempurna.." kata Fawwaz dengan lembut namun penuh kerisauan. Dia tahu Raziq itu seperti mana orangnya. Sedangkan penduduk Madinah pun dia bunuh, apatah lagi tentera bawahan seperti Samir.

"Amirul Mukminin. Aku tidak kisah akan itu lagi. Asalkan aku dapat membayar harga dosa aku... aku sanggup. Katakan kepada ibu bapa aku, untuk jaga diri mereka baik-baik. Beritahu mereka bahawa anaknya mati di jalan Allah dan bukannya di jalan kesesatan."

Fawwaz menarik tubuh Samir dan memeluknya. "Semoga Allah merahmati usaha kamu wahai Samir."

❀❀

"Tidak mungkin! Engkau! Engkau memang sial-"

"Janganlah berkata kotor di hadapan Masjid Nabawi wahai Raziq. Engkau sudah kalah. Menyerahlah!" Zubair bersuara dengan nada sinis seolah-olah menyindir Raziq.

"Diam!"

"Muaz! Kesemua tentera di luar selamatkah?" Zubair bersuara dengan kuat bertanyakan kepada Muaz yang sedang dalam perjalanan memasuki Kota Madinah.

Zubair memang terkenal dengan suaranya yang lantang dan kuat. Sehingga mampu didengari beberapa batu jauhnya. Itulah kelebihan Allah berikan kepada dia.

Muaz dengan kudanya meluru laju ke arah Zubair dan lain-lain, "Alhamdulillah! Kesemua tentera selamat dan tidak tercedera. Tentera fasik yang sebenar telah engkau bunuh di awal perang."

Zubair tersenyum mengejek pada Raziq, "Engkau... sudah tiada lagi yang berani menyokong engkau. Engkau... kalah! Hahaha!"

"Biar aku ceritakan pula bagaimana engkau begitu bodoh sehingga tidak sedar bahawa kami telah memasuki Madinah sedari awal."

❀❀

"Saudara Samir itu sedang buat kecoh di tengah kota. Inilah masanya." ujar Usamah setelah memerhati keadaan di tengah kota yang dikerumuni ramai orang.

Talhah, Khalid dan Anas segera pergi ke bahagian belakang Masjid Nabawi di mana benteng Madinah terletak, dilihat beberapa lubang telah digali. Mereka menunggu dan tidak lama selepas itu, tentera-tentera Islam keluar dari lubang yang digali.

Rupa-rupanya pasukan tentera pimpinan Muaz berkampung di situ hanya menunggu waktu yang sesuai untuk masuk ke Madinah. Setelah arahan Fawwaz sampai, mereka dengan segera menggali lubang di bahagian bawah benteng.

Setelah 1 jam akhirnya mereka berjaya menembus masuk ke dalam Madinah dibantu oleh Talhah, Anas dan Khalid.

...

Selepas jenazah Samir disemadikan, Talhah bertindak membawa tentera-tentera Islam itu bertemu dengan tentera Ruh al-Haqq secara senyap. Mereka sedang tidur nyenyak. Kesemua mereka dibangunkan dan pada mulanya pedang diletakkan pada leher supaya mereka senyap.

Selepas dijelaskan situasi, pada akhirnya mereka bekerjasama.

"Alhamdulillah legalah kami. Kami sudah penat melakukan dosa-dosa ini. Tangan kami telah dibasahi darah, namun kami tidak rela! Kami dipaksa kerana Raziq memaksa dan mengugut kami!"

Talhah tidak marah dan tidak pula gembira, sekurang-kurangnya mereka telah bertaubat dan memang benar mereka diugut.

"Baiklah, aku perlukan pertolongan kamu. Tolong aturkan 10,000 tentera yang benar-benar kafir di barisan paling hadapan. Kerana kami akan membunuh mereka dahulu sebelum menangkap Raziq."

"Baiklah akan kami bantu kalian semua."

❀❀

"Hati engkau memang sudah hitam semuanya... tergamak mengugut tentera-tentera kalian dengan ahli keluarga mereka sendiri. Jijik aku mendengarnya!" Zubair menghamburkan kata-kata lagi dengan perasaan berapi-api.

"Dan hari ini, kamu tidak akan terlepas..." Fawwaz mengelap air matanya yang telah berhenti mengalir.

"Zubair, dengan segala hormatnya kamu pergi tangkap Raziq, bawanya ke sini!" Arah Fawwaz dengan tegas dan tidak lagi bertangguh seperti sebelum ini. Dia tidak akan beri muka lagi pada Raziq kali ini.

(1083 Words)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro