Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

FH | وَاحِدٌ وَعِشْرُوْنَ ٢١

(Apa yang disebutkan hanyalah rekaan dan tidak benar-benar wujud)

MUAZ berasa risau, posisi Zayd telah dibocorkan oleh tentera Rom. Disebabkan itu, Zayd telah dikerumuni tentera musuh untuk menjatuhkan panji Islam Kerajaan Nazariyah.

Jika panji itu jatuh, maka habislah Kerajaan Nazariyah. Mereka terpaksa menyerah kalah dengan Kerajaan Byzantine dan itu akan mencalarkan maruah umat Islam sekaligus maruah khalifah.

"Para syuhada! Lindungi pememegang panji Islam, Zayd Bin Idris! Jangan biarkan panji Islam jatuh ke tanah!" Muaz menukar arah menuju kepada kerumunan tentera musuh dan mencantas setiap tubuh anggota tentera Rom.

Libasan pedangnya tidak terkira, ada yang mengenai tangan, kaki dan kepala. Yang lebih menakutkan, kesemuanya putus.

Dalam kesibukan membunuh musuh, Talhah terlihat sesuatu yang mungkin membantu pasukan tentera Islam. Ini juga sama seperti yang dirancang oleh Izzuddin dan juga Zubair.

"Zubair! Muaz! Aku melihat panji yang dipegang oleh mereka! Sana, dipegang oleh tentera di sana!"

Izzuddin, Muaz dan Zubair mendengar informasi yang disampaikan oleh Talhah. Dengan pantas mereka semua bersepakat untuk berteriak;

"Amirul Mukminin! Demi Allah, kami melihat panji Kerajaan Byzantine! Keluarlah engkau dan jatuhkan panji ini!"

Teriakan mereka keluar secara serentak sehingga bergema seluruh medan peperangan, dan itu juga turut mengejutkan Kaisar Theodorus. Maka dia dengan cemas mencapai pedangnya dan keluar daripada khemah juga turut ingin mempertahankan panji kerajaannya itu.

"Jangan kalian berani ingin menyentuh panji ini!"

Seketika, Zubair, Talhah, Muaz dan Izzuddin terbeliak kedua belah matanya apabila mereka melihat sesuatu yang sangat menakjubkan sehingga mereka berhenti dari berlawan.

Fawwaz. Begitu mendengarkan teriakan dari sahabat-sahabat sebentar tadi, terus berlari keluar dari khemah. Lariannya dituju kepada kuda yang sudah menunggu tuannya.

Fawwaz melompat ke atas pelana kuda menaiki haiwan berkenaan, tangannya memukul tali yang telah diikat kepada kuda itu. Lalu Fawwaz dengan pantas memecut ke arah kerumunan tentera Islam dan tentera Byzantine.

Zubair merasa tergamam, inilah kali pertama dia melihat sang khalifah sebegitu hebat.

'Demi Allah, aku melihat Amirul Mukminin memacu kudanya seumpama anak panah yang dilepaskan dari busurnya...'

"Tentera syuhada! Lindungi Amirul Mukminin!" Izzuddin menarik tali kudanya sehingga kuda itu berdiri dengan kedua belah kaki. Lalu arah diubah daripada bertarung dengan tentera Rom, terus menuju kepada Fawwaz.

Begitu juga dengan Talhah, Zubair dan Muaz. Mereka lebih menumpukan serangan berdekatan dengan Fawwaz. Seolah-olah sedang mencipta laluan untuk sang khalifah.

Kuda yang ditunggangi Fawwaz semakin melaju dan melaju. Kaisar Theodorus bersedia pada tempatnya. Bahkan dia sendiri juga merasa terkejut apabila melihat Fawwaz, orang muda yang kelihatan lemah pada matanya sekarang sedang melaju di atas kuda ingin menyerang pemegang panji.

"La hawla wa la quwwata illa billah!" Teriakan dari Fawwaz disahut oleh kesemua tentera Islam. Berjaya menggegarkan hati tentera Rom itu. Termasuklah kaisarnya sendiri.

"Apa yang telah aku lihat ini..."

Fawwaz tidak menunggu lama, hampir sampai di tempat pemegang panji Byzantine itu, Fawwaz dengan perlahan berdiri di atas pelana kudanya.

Tangannya memegang busur panah yang telah dipegang sedari tadi, sambil kudanya melaju dia mengarahkan busurnya kepada Kaisar Theodorus. Kerana kaisar itu dalam posisi sedang melindungi pemegang panji.

"Ketepi wahai kaisar! Saya tidak ingin menyakiti kamu!"

Tangan Kaisar Theodorus menggeletar tanpa dia sedari. Akibat terlalu takut, terus lututnya lemah dan dia jatuh dengan posisi melutut.

Fawwaz tersenyum, tangannya melepaskan busur dan anak panah melesat keluar, menembusi kepala si pemegang panji. Rebahnya dia bersama sekali dengan panji tersebut.

Izzuddin bersorak dengan kuat, "Tentera Islam menang! Tentera Islam telah menang!"

"Allahuakbar!"

"Allahuakbar!"

"Allahuakbar!"

Fawwaz duduk semula di atas kudanya. Menyerahkan busur panah kepada Izzuddin. Kemudian dikeluarkan pedang daripada sarungnya dan dihunus kepada Kaisar Theodorus.

"Tidak ada Tuhan melainkan Allah kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya. Dengan ikhlas untuk agama (Islam) walaupun dibenci oleh golongan kafir¹." Fawwaz membaca ayat ini dengan rasa bangga dan puas senyumannya.

"Dan yang memuliakan tentera- tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya." Fawwaz menyambung bacaannya kemudian diselangi dengan;

"Laa ilaaha ilallaahu Wallaahu Akbar,"

Mendengarkan ayat yang dibaca oleh sang khalifah, kesemua tentera Islam bertakbir dengan sangat kuat. Menandakan kemenangan mereka secara rasminya mengakhiri perang tersebut.

"Wahai kaisar... ketahuilah bahawa kamu sekarang telah pun kalah. Demi Allah, sesungguh orang yang sombong dan angkuh seperti kamu akan kalah dan diberikan azab oleh Allah SWT. Namun anggaplah bahawa kamu diberikan peluang oleh Tuhan kami. Saya melepaskan kamu... tetapi dengan syarat jangan ganggu kerajaan Islam kami lagi. Keluar dari tanah Islam dan tinggallah dalam wilayah kalian!"

Fawwaz menyimpan semula pedangnya. Dirinya naik semula ke atas kuda mahu mengundurkan diri.

"K-khalifah... maafkan aku kerana telah menjadi sombong dan angkuh di hadapanmu. A-aku... silap mengenai engkau wahai khalifah. Engkau seorang yang hebat."

"Saya tidak hebat. Tetapi Allah... Tuhan kami yang paling hebat. Pulanglah semula ke kerajaan kamu. Telah saya maafkan kesalahan kalian," legalah hati Fawwaz apabila akhirnya mendengar pengakuan Kaisar Theodorus yang sebelum orang yang sangat sombong dan angkuh, kini menjadi lebih merendah diri.

"Hamzah. Nanti dulu." Kaisar Theodorus memanggil Fawwaz apabila sang khalifah hampir meninggalkan medan perang.

"Hmm? Adakah engkau mengatakan sesuatu?"

"A-aku... sebenarnya sebelum kami dikalahkan, kerajaan kami... telah membuat pakatan dengan satu kumpulan untuk mengalahkan kalian..."

"Kumpulan apa yang engkau sebutkan!" Hampir sahaja Izzuddin melompat turun dari kudanya namun dihalang oleh Fawwaz. Tidak mahu lebih banyak kekecohan yang berlaku.

"Kumpulan apakah yang kamu lakukan pakatan?" soal Fawwaz dengan tenang. Tidak mahu terlalu beremosi.

"Ruh al-Haqq². Terdiri dari orang Arab dari kota kalian... bekas pengikut Abu Saqr yang telah mati dibunuh oleh engkau."

Fawwaz merasa terkejut, masih lagi wujud rupanya kumpulan pengikut Abu Saqr. Memang malapetaka yang besar sedang menanti Islam.

"Dimanakah mereka berada sekarang. Katakan lokasinya kepada saya." Fawwaz memegang baju perisai Kaisar Theodorus dan mendesaknya untuk mengatakan lokasi kumpulan ini berada.

"Aku tidak tahu... katanya, mereka akan pastikan Kerajaan Nazariyah jatuh. Mereka akan menakhluk kawasan yang pastinya menjadi kelemahan Kerajaan Islam. Lokasinya..." Kaisar Theodorus memikirkan semula lokasi yang telah disebutkan.

"Setahu aku berasa di selatan Arab jika bergerak dari tanah Syam ini..."

Tangan Fawwaz perlahan-lahan melepaskan Kaisar Theodorus. Kakinya serasa lemah.

Zubair, Muaz, Izzuddin dan Talhah pantas mendapatkan Fawwaz, "Wahai Amirul Mukminin, mengapa engkau tiba-tiba menjadi begini."

"Allahuakbar..." Fawwaz beristighfar sebelum mengumpul semangat untuk berkata-kata.

"Wahai sahabatku... inilah yang paling aku takutkan... m-mereka... sedang menuju ke wilayah Hijaz³. Tempat dimana terletaknya Makam Rasulullah... Madinah dan Mekah..."

Mereka yang berada di situ semuanya mempunyai perasaan terkejut yang sama seperti.

Tiba-tiba Zubair bersuara, "Tentera syuhada. Siap sediakan diri kalian! Kita semua akan pergi melawan orang kafir di Baitullah al-Haram!"

(1085 Words)

Istilah

Dengan ikhlas untuk agama (Islam) walaupun dibenci oleh golongan kafir¹ - Ayat yang pernah disebutkan dalam takbir Raya. Pernah diucapkan oleh Rasulullah SAW setelah memenangi peperangan.

Ruh al-Haqq - "Roh Kebenaran."

Hijaz³ - merangkumi wilayah Arab iaitu Madinah dan Mekah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro