Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

FH | ثَمَانِيَةَ عَشَرَ ١٨

(Apa yang disebutkan hanyalah rekaan dan tidak benar-benar wujud)

PEPERANGAN sudah tidak boleh nak dielakkan lagi. Persediaan demi persediaan berlaku. Kerajaan Byzantine sudah melakukan persediaan rapi dengan askar dan sebagainya. Memakan masa beberapa bulan.

Tidak kurang juga Kerajaan Nazariyah, Fawwaz telah mengarahkan Muaz dan Zubair untuk melatih tentera Islam agar menjadi lebih kuat dan tahan lasak dengan peperangan besar yang bakal dihadapi.

Selain itu, Fawwaz juga meminta pertolongan dari seorang lagi sahabat lamanya yang juga merupakan seorang pejuang yang kuat. Dia merupakan askar yang telah berkhidmat berhampiran dengan sempadan Kerajaan Nazariyah dan Jazirah Arab.

"Terima kasih kerana sudi mengajak aku untuk menyertai peperangan ini. Sudah lama rasanya aku tidak berperang dan mengejar syahid seperti kebiasaan." Talhah Bin Ziyad Al-Qawi. Menutur kata dengan gembira dan bersemangat.

Fawwaz menggelengkan kepalanya, "Sama-sama wahai sahabatku, Talhah. Saya sangat ingin meminta bantuan kamu untuk membantu saya menewaskan Empayar Rom Timur. Mereka sengaja ingin menjajah wilayah Islam kita dan meluaskan pengaruh mereka di sini. Saya tidak suka dan tidak akan membenarkan mereka berbuat demikian."

Talhah tidak menafikan kata-kata Fawwaz, "Pilihan yang tepat. Aku juga mendengar cerita bahawa sahabatku Zubair juga menjadi panglima perang dalam kerajaan engkau? Adakah benar wahai Fawwaz?"

"Benar. Kamu mengenali Zubair? Baguslah, tidak perlu aku memperkenalkan kamu kepada dia lagi."

"Dia sahabatku sedari kecil! Kami sentiasa bersama walau dimana jua kami berada. Kami juga bercita-cita berjuang bersama sebelum Zubair pergi membawa diri. Baguslah! Dapat aku bertemu dengan dia lagi."

"Talhah! Adakah itu engkau?" Zubair dibawa bertemu dengan Talhah oleh Izzuddin. Bahkan turut disertai oleh Muaz dari belakang.

"Zubair sahabatku!" Berlari-lari anak Talhah dan memeluk tubuh sahabatnya dengan sangat erat. Seolah-olah lama sangat tidak berjumpa.

"Baguslah, kita berdua dapat memperjuangkan Islam bersama-sama. Masih lagi ingat bagaimana kita berdua ingin mengejar syahid bersama?"

"Sudah tentulah aku mengingati janji itu wahai Talhah. Tidak akan pernah aku lupa. Akhir berlaku juga, kita dapat berperang bersama dan berjuang bersama!"

Fawwaz hanya tersenyum melihatkan dua sahabat itu bertemu semula. Dengan sedikit kebudak-budakan, sangat menghiburkan hati Fawwaz. Sahabat-sahabatnya memang tidak pernah menua. Sentiasa muda sahaja.

❀❀

Hari peperangan, 23 Sya'ban 990 Masihi...

Tentera Kerajaan Byzantine yang berjumpa 100,000 orang telah diatur secara beberapa jenis barisan. Barisan hadapan diketuai oleh askar berkuda, barisan kedua merupakan askar yang memegang panah dan barisan terakhir merupakan askar yang memegang senjata berat seperti pedang dan alatan tajam lain.

Kerajaan Nazariyah, bersedia dengan tenteranya yang berjumlah 30,000 orang. Tidak ramai seperti kerajaan Byzantine. Namun dirasakan oleh Fawwaz sudah cukup. Kerana wilayah mereka tidak terlalu besar dan menghadapi masalah kekurangan tentera. Maka inilah jumlah yang boleh disediakan oleh kerajaan.

Kedua-dua kerajaan ini bertemu di kawasan lapang berdekatan dengan wilayah Syam¹. Kawasan yang sesuai untuk dijadikan peperangan. Jauh dari orang ramai dan tidak akan berlaku apa-apa kesempatan penaklukan kota bagi kedua-dua belah pihak.

Kaisar Theodorus menaiki kuda yang telah disalut dengan perisai besi berhadapan dengan tentera-tentera Islam. Dia ketawa besar kerana melihat betapa sedikitnya jumlah tentera Islam berbanding dengan tentera Rom kepunyaannya.

"Hai tentera Islam! Adakah ini sahaja jumlah tentera yang ada. Haha! Memalukan sahaja. Kami mempunyai jumlah tentera yang lebih ramai berbanding kalian semua. Menyerahlah dan tunduk pada Kerajaan Byzantine! Maka kamu semua akan selamat dan tidak ada nyawa yang bakal melayang!"

"Tidak akan berlaku!" Zubair datang menunggang kuda memimpin tentera Islam.

"Kalian orang yang paling tidak beruntung kerana ingin memerangi orang Islam! Sesungguhnya apa yang kalian lakukan adalah salah dan tidak benar di sisi agama. Bahkan tuhan pun tidak merestui kalian!" Tempelak Zubair sengaja ingin menaikkan darah tentera mereka. Terutamanya Kaisar Theodorus sendiri.

Datang pula Talhah di sisinya menambahkan perasa utama.

"Sesiapa yang memerangi umat Islam dan menentang agama mereka, maka dia akan dipukul dengan pedang, dan akan mendapat azab yang pedih di akhirat!"

Datang Izzuddin menambah, "Kita semua akan berperang melawan orang-orang kafir. Mereka akan melarikan diri, lalu kita akan menguasai mereka, dan akan menjadi kehinaan bagi mereka di dunia ini, sementara di akhirat mereka akan mendapatkan azab yang pedih!" Izzuddin menghentam tentera Byzantine dengan ayat-ayat tersebut.

Akhirnya, Fawwaz turut serta di sebelah Zubair dan Talhah, "Ingatlah wahai Kaisar! Sesiapa yang memerangi agama Allah, maka Allah akan memusnahkan mereka, dan mereka akan mendapatkan kehinaan yang besar." sementara Izzuddin dan lain-lain menggunakan nada yang kasar, Fawwaz menggunakan suaranya yang lembut tanpa niat ingin menghina mereka. Namun itulah kenyataannya.

Kaisar Theodorus tidak dapat menahan berang, lalu dimakinya mereka dengan kata-kata yang kesat.

"Celakalah kalian orang-orang Islam! Kamu semua tidak mengenali beta... beta Theodorus! Kaisar Theodorus! Akan menjadikan kalian tentera-tentera Islam mayat yang disiat-siat dan dibunuh! Lalu daging orang Islam akan diberi makan kepada anjing-anjing kami. Ketahuilah itu wahai Fawwaz! Islam akan jatuh di tangan Byzantine!"

❀❀

Sebelum peperangan dimulakan, Fawwaz, Izzuddin, Zubair, Talhah dan Muaz sedang berbincang mengenai siapa yang bakal memegang panji² Islam Kerajaan Nazariyah. Panji ini sangat penting dan tidak boleh dipegang oleh sembarangan orang.

Jika panji ini jatuh, dengan sekelip mata sahaja Kerajaan Nazariyah akan kalah.

"Bagaimana Amirul Mukminin, siapakah yang mahu memegang panji Islam?" Izzuddin meletakkan panji yang baru didapatkan dari Kota Al-Badriyah sendiri.

"Apa kata aku sahaja yang memegang panji ini." Zubair bangkit mencadangkan dirinya sendiri.

Begitu juga dengan Muaz dan Talhah, turut mencadangkan diri sendiri untuk memegang panji Islam tersebut. Namun ditolak oleh Fawwaz, bukan kerana tidak sesuai, namun ada orang lain yang berada dalam pandangannya.

"Adindaku, panggilkan askar yang bernama Zayd Bin Idris Al-Fadil. Dia merupakan calon yang paling sesuai untuk memegang panji Islam. Badannya tidak terlalu tegap dan gagah. Sesuai untuk dirinya menjadi lincah dan tangkas mengelak dari panji Islam dijatuhkan."

"Baiklah Amirul Mukminin." Izzuddin dengan pantas pergi dan mendapatkan Zayd.

Istilah

Syam¹ - Syria pada zaman sekarang.

Panji² - Bendera peperangan yang selalu dibawa bersama dan dipegang ketika berlaku peperangan. Jika jatuh, askar yang kuat sekalipun akan dianggap kalah oleh musuh. Selalunya akan dipegang oleh orang yang kuat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro