FH | ثَلَاثَةَ عَشَرَ ١٣
(Apa yang disebutkan hanyalah rekaan dan tidak benar-benar wujud)
MENJELANG waktu malam, kesemua tentera terpaksa balik semula ke pangkalan. Dapat dilihat mayat 500 orang tentera yang telah syahid di medan peperangan.
Fawwaz melutut melihat keadaan itu, hatinya tidak dapat menahan rasa sedih apabila melihat tenteranya gugur. Bukanlah sesuatu yang boleh diterima dengan akal fikiran begitu sahaja.
"Ya Allah... sesungguhnya tentera-tenteraku ini telah berjuang di jalan mu bagi menentang orang yang cuba mencemarkan Islam... ampunkanlah dosa-dosa mereka dan angkatlah mereka bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh di syurga-Mu kelak..."
Fawwaz mengaminkan doa dengan tangannya yang menggigil kerana kagum dengan tenteranya sendiri. Amat susah untuk orang biasa mendapat ganjaran mati syahid, bahkan jikalau Allah tidak takdirkan, maka tidak dapat merasa nikmat mati syahid itu.
Sesungguhnya amat beruntung bagi orang-orang yang berperang di jalan Allah SWT.
"Amirul Mukminin... janganlah engkau sedih. Ketahuilah, kerana engkaulah mereka telah mendapatkan ganjaran yang sangat besar di sisi Allah. Pintu syurga telah terbuka luas bagi para syuhada. Dan mereka tidaklah mati, melainkan kekal hidup di sisi Allah SWT." Muaz menyentuh belakang Fawwaz dengan lembut bagi memujuk sahabatnya.
Sudah tentu dia mengenali Fawwaz. Dia bukan seorang yang kasar dan suka memerangi orang sesuka hati. Dialah sebaik-baik manusia dan tegas bila ada masanya.
Fawwaz perlahan-lahan mengangguk, "Muaz, arahkan para tentera untuk mengebumikan jenazah mereka di kawasan ini malam ini juga. Semoga mereka mendapat ganjaran syurga yang diidamkan oleh semua orang. Aamiin."
Dan doa itu disahut oleh kesemua tentera dan juga pembesar lain yang berada di situ.
Malam itu, satu liang lahat yang besar telah digali. Kesemua jenazah telah disusun dan akan dikebumikan dalam satu liang lahat yang sama. Kemudian diletakkan batu-batu sebagai nisan agar ahli keluarga yang menziarah dapat mengenal pasti kuburan yang ada.
"Adinda, utuskan surat kepada Wazir Muawiyah, beritahu beliau untuk mengeluarkan wang di Baitulmal dan diagihkan kepada keluarga tentera yang mati syahid dalam peperangan ini," arahan Fawwaz kemudiannya dituruti oleh Izzuddin.
Maka diutus Sa'ad bin Jalil ke Kota Al-Badriyah bagi menyampaikan hajat khalifah kepada Wazir Muawiyah.
❀❀
"Sudah aku katakan sebentar tadi! Sesiapa yang cuba untuk menentang kita, akan merasai azab yang pedih. Sekarang lihatlah, mereka mati bergelimpangan bagaikan seekor binatang yang dibunuh oleh pemburu!" Abu Saqr dan orang-orangnya merayakan hari kedua peperangan ini dengan jayanya.
Mereka beramai-ramai mengejek dan mencela kematian tentera-tentera Islam yang ada sedangkan, kematian mereka adalah yang paling mulia dan paling diinginkan oleh setiap umat Islam di dunia ini.
Mereka tidak menyedari semua itu, mereka telah buta dalam jihad yang palsu lagikan dusta ini...
"Hamba! Pergi ke perigi dan dapatkan air untuk kami semua. Kami telah puas makan!" Abu Saqr memanggil hambanya dengan tawa yang tidak menyenangkan.
Sejurus dia berkata demikian, tenteranya datang kepada Abu Saqr dengan berita yang sangat buruk, "Wahai Wali Allah! Ada berita yang sangat buruk. Perigi yang kita miliki telah ditimbus pasir sehingga ke permukaan. Tiada lagi air yang keluar dari pergi itu!"
Raut wajah Abu Saqr berubah sejurus mendengar laporan dari tenteranya.
Masanya telah tiba, azab dunia yang pedih telah sampai kepada engkau wahai Abu Saqr...
"Tak guna! Ini mesti kerja Hamzah tak guna tu! Kerahkan tentera kita memindahkan sedikit harta kita. Kita keluar dari gua ini! Lekas!" jerit Abu Saqr sebelum bingkas berdiri dan mencapai segala hartas emas yang ada dalam gua tersebut.
Begitu juga dengan semua tenteranya yang lain, kesemuanya kelam kabut mengemaskan diri dan ingin melarikan diri. Ada yang sudah terlebih dahulu melarikan diri dari gua tersebut tanpa menunggu arahan dari Abu Saqr.
Namun disebabkan terlalu dahaga kerana tidak meminum air setelah habis perang. Ditambah pula dengan baru habis menjamu makanan majlis 'kesyukuran', pada akhirnya inilah akibat yang perlu mereka tanggung.
Hampir kesemua tentera jatuh bergelimpangan, dengan mulut berbuih kerana terlalu menginginkan air. Ada yang masih mampu berlari dan hanya meminta air.
Perubahan terlalu tiba-tiba ini menyebabkan Abu Saqr jatuh terduduk. Mengapa tiba-tiba pasukan tenteranya tewas dengan keadaan mengemaskan.
Abu Saqr dan para pengikutnya yang lain mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka mati sendirian dalam gua tersebut, langkah kaki mereka laju meninggalkan gua tersebut melalui laluan belakang yang telah dirancang sekiranya terjadi sesuatu begini.
Namun begitu...
"Dimana engkau mahu lagi, kafir laknatullah!" Teriak Muaz dari laluan hadapan gua, tentera Islam telah memulakan serangan secara mengejut setelah mendapati ramai tentera-tentera Za'if Al-Mahdi tewas kerana dahagakan air.
"Lari semua! Syaitan telah sampai untuk membawa kita ke neraka!" Teriak Abu Saqr umpama orang hilang akal dan kemudian dia melarikan diri.
Terdengarlah suara cemas dari para pengikutnya.
"Mengapa syaitan mahu membawa kita ke neraka!"
"Kita ahli syurga! Bukannya neraka!"
"Wali Allah! Tolonglah kami!"
"Kita ditipu!"
Itulah suara-suara terakhir yang didengari sebelum mereka dibunuh oleh tentera Islam.
Kini, Abu Saqr berseorangan...
"Matilah engkau orang semua! Haha! Selama ini aku berjuang kerana inginkan harta, wanita dan maruah mereka! Engkau semua silap kerana mengikuti aku! Haha! Silap! Haha!"
Namun di hujung laluan keluar gua...
"Abu Saqr..." Zubair, berdiri seorang diri di mulut gua berseorangan diri.
"Zubair! Zubair, sahabatku! Terima kasih kerana telah datang ke sini! Sudah pasti engkau ingin menyelamatkanku bukan?" Abu Saqr berlari dengan pantas dan berlutut di hadapan Zubair.
"Selamatkan engkau? Untuk apa, agar agama Islam boleh diporak-perandakan lagi oleh engkau... kafir."
Abu Saqr terkejut dengan pengakuan Zubair. Tahulah kini Zubair bersama dengan tentera Islam ingin menewaskannya. Pertemuannya bersama Zubair beberapa hari lalu ialah tipu helah yang telah dirancang...
"Tolong...Zubair, selamatkan aku! Aku berjanji... akan menghadiahi engkau dengan ganjaran harta yang melimpah ruah! Aku berjanji!"
"Benarkah?"
"Benar lagikan jujur wahai Zubair! Tolong selamatkan aku dari dibunuh oleh tentera Islam! Zubair tolong aku!"
Zubair memandang Abu Saqr tanpa reaksi. Tangannya mengeluarkan sesuatu dari belakang.
"Auzubillah Minashaitan Nirajeem."
Sebilah pedang bermata bergerigi.
"J-jangan! Sahabatku Zubair! Jangan! Engkau kata ingin menyelamatkanku bukan?"
"Bismillahirrahmanirrahim." Suara Zubair mengalunkan satu surah dari kitab suci Al-Quran yang agung. Tangannya memegang pedang dengan kejap.
"Dan mengapa mereka tidak patut diseksa oleh Allah, sedang mereka menyekat (orang-orang Islam) dari masjid Al-Haraam, padahal mereka bukanlah orang-orang yang berhak menguasainya (kerana mereka kafir musyrik)? Sebenarnya orang-orang yang berhak menguasainya hanyalah orang-orang yang bertaqwa, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui."
Zubair mengangkat pedangnya dengan tinggi.
"Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu."
Itulah isi dari Surah Al-Anfal ayat 34 dan 35.
Abu Saqr menjerit meminta pertolongan seperti orang yang sedang benar-benar hilang akal.
"Tolong! Tolong! Ya Allah!"
Zubair tersenyum nipis, dan itu menakutkan Abu Saqr,
"Rasakan... nikmatnya berada dalam neraka di akhirat kelak... wahai Abu Saqr..."
Zass!
Kepala Abu Saqr ditebas. Putus kepalanya sehingga tergolek berada tepat di kaki Zubair.
"Sadaqallahul Azim..."
(1100 Words)
P/s: bacaan Al-Quran dalam cerita ini adalah bahasa Arab. Namun saya sengaja menggunakan maksudnya sahaja agar pembaca faham mengenai maksud ayat Al-Quran tersebut.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro