Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

FH | تِسْعَةٌ وَأَرْبَعُوْنَ ٤٩

(Apa yang disebutkan hanyalah rekaan dan tidak benar-benar wujud)

"IZZUDDIN! Amirul Mukminin! Amirul Mukminin!" Jerit salah seorang penduduk yang diarahkan untuk melihat keadaan Fawwaz. Jeritannya dipenuhi dengan air mata yang berlinangan.

Hati Izzuddin sudah tidak sedap, dia terus berlari masuk ke dalam dengan perasaan tidak enak.

"Ya Allah! Kakanda!" Air mata Izzuddin jatuh tanpa menanti masa, dirinya pantas berlari, dia melutut, tubuhnya merangkul tubuh Fawwaz dan meribanya dengan perasaan hiba.

"Kakanda! Siapa yang melakukan perkara ini! SIAPA!"

Fawwaz berusaha mengukir senyuman, kepalanya digelengkan beberapa kali, "B-biar Allah... sahaja menentukan... nasib mereka."

"Tidak, tidak! Tidak! Kakanda! Jangan tinggalkan aku! Engkau tidak lupa dengan janji engkau terhadapku bukan? Engkau nak aku bersama dengan engkau memerintah kerajaan Islam! Engkau lupakah janji itu?"

"K-kakanda... minta maaf... nampaknya, janji itu... tidak dapat ditunaikan... kamu, kena teruskan... s-semuanya sendiri..."

"KAKANDA! T-tolonglah... aku tidak bersedia!" Izzuddin memeluk kepala Fawwaz dan mencium dahinya beberapa kali. Air matanya semakin deras menuruni pipi.

"R-Rasulullah sudah... datang menjemput kakanda... kakanda... harus pergi... kirim... kirimkan salam kakanda pada ayahanda dan bonda..." Fawwaz sudah semakin kesusahan bernafas. Tahulah Izzuddin bahawa kakandanya sudah tidak lama di dunia ini. Nafasnya semakin naik dan turun.

"K-kakanda... ikut aku... L-Lailahaillallah... Lailahaillallah..." Izzuddin mengajar Fawwaz mengucapkan dua kalimah syahadah.

Dengan mudah dan lancarnya, Fawwaz mengulangi kata tersebut, "L-Lailahaillallah Muhammadarrasulullah..."

"Kirimkan salamku kepada Rasulullah..." Itulah merupakan pesanan Izzuddin buat kali terakhir. Tubuh Fawwaz kaku, tiada lagi nafas turun dan naik dilihat dari dadanya.

Gugurlah Fawwaz Hamzah Amrullah. Meninggalkan dunia yang fana dan pergi ke alam barzakh.

"KAKANDA! Allahuakbar! Allahuakbar..." Tubuh kaku itu dipeluk sepuas-puasnya oleh Izzuddin. Tangisannya kuat dan nyaring tidak ubah seperti anak kecil yang kehilangan ibu dan ayah.

Berita ini diumumkan oleh penduduk kota yang menjadi saksi kematian Fawwaz kepada mereka yang berada di luar.

"Amirul Mukminin telah meninggal dunia! Amirul Mukminin dibunuh! Wahai penduduk kota! Amirul Mukminin telah tiada!" umum pemuda itu dengan tangisannya yang turut sama kuat dengan jeritannya.

Beberapa penduduk kota lain juga bertempiaran lari ke seluruh pelusuk kota dengan air mata yang mencurah-curah jatuh ke tanah.

"Amirul Mukminin sudah tiada!"

"Amirul Mukminin telah dibunuh!"

"Wahai penduduk kota! Khalifah Hamzah sudah meninggal dunia!"

"Ya Allah! Ampunilah dosa-dosanya! Dia orang yang sangat mulia Ya Allah!"

Seluruh Kota Al-Badriyah menangisi pemergian beliau. Mereka semua berlari seolah-olah tiada lagi hari esok ke kediaman yang telah menjadi saksi sebuah pembunuhan yang keji itu.

Zubair yang asyik bertarung tidak mampu berkata apa-apa. Pedangnya jatuh dari tangan, umpama tiada kekuatan lagi untuk memegangnya. Seketika dia merasakan dunianya gelap.

Begitu juga dengan Muaz, sahabatnya semenjak kecil telah dikenali meninggal dunia dengan cara yang sangat keji. Dia tidak boleh menerima semua ini!

"Tidak! Ini semua tipu daya!" Zubair mengepal penumbuknya lalu melepaskan tumbukan di wajah lelaki yang mengumumkan kematian Fawwaz tadi. Dia menjadi tidak terkawal.

Dia berdiri di hadapan semua penduduk, "Jangan ada sesiapa dalam kalangan kalian berani mengatakan bahawa Amirul Mukminin telah meninggal dunia! Dia masih lagi hidup dan hanya cedera sahaja! Dia akan selamat dan bakal memimpin kerajaan Islam!"

Mendengar keadaan terlalu kecoh, Izzuddin dengan wajah yang kosong bangkit dengan semangat yang telah tiada dalam dirinya. Jubahnya dipenuhi dengan darah sehingga dapat dilihat jubah itu menitik ke tanah.

Jalannya perlahan keluar mendekati Zubair, "Zubair... t-terimalah... kakandaku telah... tiada. Dia sudah pergi menemui pencipta dan kekasih-Nya."

"Tidak! Aku tidak percaya! Amirul Mukminin masih hidup dan dia pasti akan hidup-"

"ZUBAIR! Dengar cakap aku! Adakah engkau akan lebih mengagungkan kakandaku melebihi Allah? Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 144;

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)."

Izzuddin menahan air matanya kemudian meneruskan, "Bahkan Rasulullah! Ketika baginda telah wafat, Saidina Abu Bakar membacakan ayat ini kepada Saidina Umar yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa baginda telah wafat..."

"Ingatlah Zubair! Bahawasanya Fawwaz hanyalah seorang manusia biasa yang telah diberikan amanah oleh Allah untuk menjadi khalifah kerajaan Islam yang agung! Engkau tidak boleh berkelakuan begini hanya kerana dia sudah meninggal dunia! Teruskanlah tanggungjawab yang diamanahkan oleh dia kepada engkau!"

Zubair jatuh, buat kali pertamanya dia hancur, "Ya Allah... ampunkanlah segala dosa-dosa Amirul Mukminin... angkatlah darjatnya bersama dengan orang-orang yang beriman!"

"Ya Allah, jadikanlah darah Amirul Mukminin sebagai darah yang suci! Hilangkanlah segala fitnah yang melanda dirinya dan keturunannya!"

"Ya Allah! Laknatilah pembunuh Amirul Mukminin! Ya Allah! Hancurkanlah jiwa dan raga pembunuh Amirul Mukminin! Allahuakbar!" Zubair menangis semahu-mahunya. Fawwaz adalah manusia paling baik yang dia pernah jumpa di dunia ini, bahkan dia sekadar apa sekalipun, Fawwaz tidak pernah marah kepadanya.

Seluruh penduduk kota yang berada di situ menangis. Tangisan mereka sangat hiba dan menyedihkan, hilanglah satu-satunya khalifah yang telah banyak berjasa kepada mereka. Telah membuka wilayah Islam sehingga menjadikan Kerajaan Nazariyah salah satu kerajaan Islam teragung di dunia.

Tiada lagi.

❀❀

Hujan turun tanpa henti membasahi bumi negara Raudhah, umpama turut sama menangisi pemergian sang khalifah yang tercinta. Hampir semua rakyat bukan sahaja dari Kota Al-Badriyah, bahkan dari kota-kota lain negara Raudhah juga turut sama datang untuk menyaksikan pengebumian jasad Fawwaz.

Takdir Allah juga, Khalid, Usamah dan Anas juga dapat sampai tepat pada masanya. Khalid telah mendapat alamat awal bahawa Fawwaz akan pergi menghadap Ilahi, tiga minggu lebih awal menerusi mimpi.

Dia melihat Fawwaz bersama dengan moyangnya, Rasulullah SAW bersama dengan para sahabat berjalan bersama dengan Fawwaz di atas sebuah taman yang sangat indah dipenuhi dengan sungai dan pokok. Tahulah dia bahawa Fawwaz sudah tidak lama lagi di dunia ini, pantas dia bersama rakannya membuat persediaan pergi ke Kota Al-Badriyah secepat mungkin.

Dan benarlah, Fawwaz pergi dijemput Ilahi pada hari Jumaat. Penghulu segala hari.

Ramai yang berada sama di situ memandikan jenazah Fawwaz. Izzuddin, Zubair, Muaz, Khalid, Usamah dan Anas. Mereka semua menyaksikan bagaimana tubuh lelaki itu mengeluarkan bau yang sangat wangi, wajahnya juga berseri dan senyum manis sama seperti ketika dia masih hidup. Seolah-olah dia hanya tidur.

"Izzuddin... berbahagialah kamu. Kerana, dia telah syahid di jalan Allah." Khalid memberikan kata-kata semangat buat Izzuddin. Dia tahu perasaan lelaki itu sekarang tidak menentu.

"Aku... reda dengan pemergiannya. Cuma, aku tidak dapat nak melupakan betapa baiknya lelaki ini... perginya dia seolah-olah separuh jiwa aku sekali dibawa pergi..."

"Janganlah engkau bimbang, kerana aku telah melihat dia bersama dengan Rasulullah, di sana. Aku yakin, dia pasti akan bahagia... dia pemimpin yang baik dan adil, sudah tentu Allah akan menyayanginya sebagaimana dia menyayangi orang-orang beriman yang lain."

Izzuddin perlahan-lahan mengiyakan. Air mata turun perlahan dari pipinya ketika dia memandikan jenazah kakandanya sendiri.

'Berbahagialah engkau di sana wahai kakandaku... engkau seorang yang mulia. Tunggu aku di sana, akan aku menyusuli engkau di kemudian hari...'

❀❀

Permaisuri Saffiyah dan Khalifah Nazeer mencium wajah anakanda mereka buat kali yang terakhir. Jenazahnya akan disemadikan di Perkuburan Pahlawan Raudhah. Tempat para syuhada dan panglima-panglima besar negara Raudhah disemadikan.

Permaisuri Saffiyah sedikitpun tidak menangis. Dia merasa sangat bahagia apabila Fawwaz pergi menghadap Ilahi di jalan Allah.

Begitu juga dengan Khalifah Nazeer, tidak ada sebarang penyesalan di wajahnya.

Jenazah Fawwaz diturunkan ke liang lahat, disambut oleh Izzuddin, Zubair dan Muaz. Kesempatan diambil untuk mereka menyentuh tubuh sang khalifah buat kali terakhir. Selepas ini tiada lagi Fawwaz, tiada lagi senyuman manis yang menjadi penghibur duka.

"Selamat jalan wahai Amirul Mukminin... semoga syurga buatmu. Terima kasih kerana pernah menjadi sahabatku semenjak kecil hingga sekarang. Allah telah meminjamkan harta yang berharga buat dirimu. Selamat tinggal... Fawwaz." Muaz tidak dapat menahan tangisnya.

Fawwaz, perginya dia tiada ganti. Akan sentiasa dikenang dan dihargai segala jasanya.

Fawwaz Hamzah Amrullah Ibn Nazeer Ahmad Al-Muwaffaq.

(1304 Words)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro