Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

FH | اِثْنَانِ ٢

ISTANA khalifah pada waktu malam menjadi terang benderang dengan nyalaan lampu gantung dan lentera di setiap bahagian dewan istana. Manakala di bahagian luar pula diterangai dengan nyalaan obor.

Fawwaz pulang ke istana khalifah ketika malam sudah pun menjelma. Dia sengaja tidak mahu pulang awal waktu petang kerana tidak mahu bertemu dengan ayahandanya.

Kalau tidak, pasti akan ada sesi tazkirah panjang lebar dari Khalifah Nazeer untuk Fawwaz. Bukannya dia tidak tahu, pemuda itu sangat suka keluar dari istana dan bukannya duduk di istana.

"Larut malam baru pulang?"

Alamak, ayahanda tidak tidur lagikah! Fikir Fawwaz. Dia kenal benar dengan suara itu, sudah pasti Khalifah Nazeer belum lagi melelapkan matanya.

"Ayahanda, saya minta kerana pulang terlalu lewat. Saya...sedang melakukan pemantauan terhadap rakyat dan juga kawasan sekeliling bandar," balas Fawwaz dengan tenang. Bukannya dia takut terhadap ayahandanya, tidak. Cuma dia menghormati sang ayah sebagai seorang khalifah.

"Jangan sekali melakukan perkara sebegini Fawwaz. Ayahanda risaukan keselamatan kamu, sudahlah pergi tanpa iringan pengawal..." Khalifah Nazeer bersuara kesal namun tidak sampai hati hendak memarahi anakandanya yang sulung ini.

"Ayahanda, saya melakukan semua ini kerana saya sayangkan para rakyat. Pada saya, lebih baik nyawa tergadai daripada maruah rakyat menjadi galang gantinya. Itu prinsip hidup saya. Harap, ayahanda mengerti niat saya. Anakanda masuk tidur dahulu, Assalamualaikum." Fawwaz dengan perlahan meminta diri untuk masuk ke kamar beradu.

Khalifah Nazeer mengeluh, mujur sahaja anakandanya. Jika tidak, sudah pun diberi hukuman tegas. Hendak dibalas dengan kata-kata, anakandanya betul pula.

❀❀

Selang beberapa ketika berjalan,

"Kakanda baru pulang?"

Alamak, sudah melepasi satu halangan, datang pula halangan yang lain. Kesal Fawwaz dalam hatinya, ini sudah pasti suara adindanya.

Ahmad Izzuddin Al-Hadi.

"Ah, adinda belum tidur lagi ya? Kenapa tidak tidur lagi?" soal Fawwaz sengaja ingin menghindari dari menjawab soalan Izzuddin.

"Kakanda tidak menjawab lagi soalan aku. Bagaimana aku hendak menjawab soalan kamu?" Fawwaz tidak berani hendak menjawab. Izzudin adindanya ini bukanlah seorang yang baik seperti dirinya.

Seorang yang sangat tegas dan garang. Walaupun Fawwaz merupakan kakandanya, sedikit pun tidak mengubah apa-apa perilaku Izzuddin terhadapnya.

"Kakanda mohon maaf. Kakanda mempunyai urusan di luar dari pagi sehingga ke petang. Jadi kakanda tidak berada di istana kerana sibuk menyelesaikan masalah itulah."

"Hmph, jangan selalu buat begitu. Tak larat aku nak membantu kakanda berbohong pada ayahanda. Cukuplah dengan dosa menipu, tambah pula dengan dosa umpatan ketika aku berasa marah kerana kamu pergi tidak memberitahu aku. Takut aku hendak berhadapan dengan Allah di hari akhirat kelak."

Izzudin hanya berlaku masuk ke kamarnya sendiri tanpa membalas apa-apa lagi. Meninggalkan Fawwaz yang tercengang dengan kata-kata adindanya itu, sangat tajam seumpama pedang. Namun memberi makna disebaliknya.

❀❀

Selang dua ke tiga bilik,

"Fawwaz...baru pulang?"

Kali ini Fawwaz tersenyum bukan kepalang, ini bukanlah ujian bahkan nikmat dunia yang tidak dapat nak dizahirkan melalui kata-kata dan perasaan.

Itulah suara ibunya, Permaisuri Saffiyah Insyirah Azzahra. Ibunda yang tercinta, tiada yang boleh menandingi rasa cinta Fawwaz terhadap Permaisuri Saffiyah.

"Bonda. Maafkan anakanda kerana telah terlewat pulang ke istana."

"Fawwaz...bonda tidak marah, cuma janganlah selalu begini. Ayahanda sangat risaukan kamu."

Fawwaz hanya mendiamkan diri, tidak berani hendak membalas. Kerana dia tahu, melawan ibundanya itu tiada gunanya. Baginda akan sentiasa betul dan Fawwaz sentiasa salah. Itulah kenyataannya.

"Baik bonda, saya berjanji tidak akan buat lagi."

Permaisuri Saffiyah tersenyum, "Janji yang kemudiannya dilanggar lagi. Kamu memang tak pernah meningkat dewasa..."

Fawwaz tersengih, tidak dinafikan memang kadang-kadang janji yang dilakukan itu dilanggar. Kerana dia tidak boleh menahan rasa bosan berada di dalam istana. Dia lebih suka berada di luar istana bersama dengan rakyat.

"Bonda lebih memahami perasaan saya,"

"Faham benar bonda dengan sifat kamu Fawwaz. Cumanya janganlah selalu berbuat begitu," Permaisuri Saffiyah menambah lagi. Tangannya mengusap pipi Fawwaz dengan lembut. Sebelum baginda berlalu pergi ke kamarnya.

Fawwaz mengeluh sekali lagi, mujurlah tidak kena marah dengan bonda...

❀❀

Khalifah Nazeer bersama dengan Fawwaz dan juga Izzuddin berada di dalam hutan sedang memburu singa dan serigala. Khalifah Nazeer hanya menjadi pemerhati manakala Fawwaz dan Izzuddin yang menjadi pemburu.

Fawwaz memegang panah, Izzuddin menjadi orang yang akan berlawan dengan haiwan itu.

Ketika sedang sibuk memerhati, Khalifah Nazeer tiba-tiba mencelah.

"Ayahanda ada perkara penting nak dibincangkan dengan kamu, Fawwaz."

Fawwaz memandang ke arah Khalifah Nazeer, "Apakah perkara itu ayahanda?"

"Ayahanda rasa sudah sampai masanya kamu memegang jawatan khalifah."

(Khalifah Nazeer Ahmad Al-Muwaffaq)

(Permaisuri Saffiyah Insyirah Azzahra)

(702 Words)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro