
4 | Misunderstanding
"Hana, kau tak apa-apa?"
Tangan Hana ditarik dari belakang oleh Sehun ketika dia baru sahaja akan keluar dari tempat itu. Dadanya tiba-tiba sahaja terasa sesak tadi, membuatkannya susah untuk bernafas. Apalagi apabila dia mula menyedari betapa ramainya orang yang ada di sini.
"S-Sehun..."
"Ada apa-apa yang mengganggu kau ke? Atau kau tak suka makanan di sini?"
"Bukan... Aku cuma nak rehat di bilik." Jelas Hana. "Maaf Sehun sebab tak dapat nak temankan kau dan Joy."
Sehun hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Matanya melihat tepat anak mata aku, mencari kepastian. "Kau pasti kau tak apa-apa?"
"Ya, aku baik-baik je."
"Kalau aku temankan kau pergi klinik dulu boleh? Kau nampak pucat."
"Taklah, biasalah ni... sebab dah lama tak rehat kan. Lagipun aku dah ada ubat di bilik, kau janganlah risau." Hana meyakinkannya lagi sehingga kawannya itu hanya akur. Sehun mengangguk dan menggosok kepala Hana lembut.
"Baiklah, jaga diri. Call me if anything happens."
Hana tersengih kecil sambil mengalihkan tahan Sehun. "Alright, you too."
Lalu Hana terus beransur pergi meninggalkan Sehun tanpa berpaling ke belakang semula. Dia tahu kemungkinan Sehun masih di tempat yang sama memandangnya, kerana itulah dia tidak mahu berpaling. Hana agak segan jika Sehun melayannya begitu baik. Dia tidak mahu salah faham.
Hana bersyukur dia tidak minum mana-mana minuman keras tadi. Cuma dia agak menyesal kerana tidak bertanya kepada Sehun tadi jalan pulang. Bukannya dia tidak tahu, cuma satu-satunya jalan yang dia tahu adalah di lorong yang gelap dan agak terselindung dari orang ramai. Agak risau, Hana terus membuka 'flash' melalui telefonnya untuk membantunya melihat jalan.
Bilik yang diduduki Hana sekarang dikongsi oleh Hana dan Joy. Mereka hanya tinggal di dalam asrama kecil universiti, dan malangnya universiti itu tidaklah terlalu dekat dengan tempat dia berada sekarang ini. Mahu sahaja dia menelefon teksi tetapi rasanya teksi tidak lalu di kawasan sebegini.
Sedang Hana berjalan, tiba-tiba dia mendengar bunyi derapan tapak kaki orang lain di belakangnya. Dia mahu menoleh ke belakang tetapi dia risau jika apa-apa yang lain terjadi. Mungkin dia tersilap, fikir Hana. Jadi Hana hanya meneruskan perjalanannya semula tanpa berfikir jauh, tidak mahu menakut-nakutkan dirinya sendiri.
Sehinggalah dia mendengar derapan-derapan tapak kaki yang lain pula. Tadi sepertinya ada seorang sahaja di belakangnya, tetapi kini seolah-olah terdapat satu kumpulan di belakangnya. Hana semakin takut. Dia mahu berjalan seperti biasa tetapi bunyi-bunyi itu terlalu kuat sehingga dia menjadi kaku.
Tiba-tiba dia mendengar bunyi siulan kecil pula, dan itu jelas datangnya daripada lelaki, menyebabkan kepala sedikit tertoleh ke belakang. Dan tepat sangkaannya tadi, terdapat sekumpulan lelaki tidak dikenalinya mengikutinya. Ketika itu Hana tidak dapat berfikiran positif lagi, dia sungguh takut sehingga langkahnya menjadi laju. Dan seperti yang disangkanya, langkah-langkah kumpulan lelaki yang mengikutinya dari belakang juga semakin laju, malah semakin menghampirinya.
Sungguh Hana takut ketika itu. Seluruh badannya menggeletar. Hana memejamkan matanya, dia mahu berlari melarikan diri tetapi dia terlalu takut. Risau sekiranya dia berlari, mereka akan mengejarnya dan dia akan ditangkap semudah itu oleh mereka semua.
Waktu itu dia teringatkan kata-kata Sehun. Terus dia mengambil telefonnya, mahu menelefon Sehun. Namun tiba-tiba bahunya disentuh erat oleh seseorang yang tiba-tiba berdiri di sebelahnya, menyebabkan dirinya hampir sahaja menjerit dan mahu melepaskan dirinya. Namun niatnya terbatal apabila seseorang itu menolehkan kepala ke arahnya dan meletakkan jari di bibirnya, meminta Hana untuk tidak menjerit.
Lalu lelaki yang bernama Hyunjin itu tersenyum manis kepadanya.
"Well done."
_______
Hyunjin itu menemani Hana berjalan tanpa bersuara. Hanya juga tidak berkata apa-apa di sebelahnya, hanya senyap sambil sesekali dia mengerling ke arah Hyunjin di sebelahnya. Dia sedikit segan kerana Hyunjin itu memegang bahunya tetapi dirinya tidak dapat merungut kerana dia tahu Hyunjin itu sedang menolongnya. Mereka berjalan beriringan berdua sehinggalah bunyi-bunyi derapan tapak kaki di belakang mereka hilang, menandakan bahawa kumpulan lelaki di belakang mereka tadi sudah tiada.
Apabila sudah betul-betul pasti mereka sudah pergi, Hana melepaskan dirinya daripada sentuhan Hyunjin itu dan terus menjarakkan dirinya. Mereka sama-sama berhenti di bawah sinaran lampu jalan yang samar.
"K-kenapa awak di sini? Awak ikut saya?" Tanya Hana setelah beberapa saat mereka saling berpandangan.
"Bukan ke nuna patut berterima kasih kepada saya dulu?" Hyunjin menjawab dengan soalan kembali.
"T-terima kasih."
"Sama-sama nuna." Hyunjin tersenyum manis seperti tadi. Hana tidak dapat membalas senyuman itu, badannya masih menggeletar seperti tadi akibat kejadian tadi dan dia juga turut curiga dengan Hyunjin itu jadi dia hanya mengalihkan pandangannya.
"Are you okay?" Hyunjin kembali bertanya melihatkan Hana yang hanya kaku di tempatnya. Dia juga sedar bahawa pernafasan Hana tidak stabil.
Hana mengangguk kecil sebelum membuka mulutnya. "Awak tak jawab soalan saya tadi, kenapa awak ada di sini?"
"Sebab nuna di sini."
Wajah Hana sedikit berkerut, tidak memahami tindakan Hyunjin itu. "Jadi betullah awak intip saya selama ni?"
"Intip?" Kali ini wajah Hyunjin pula yang berkerut. "Apa maksud nuna?"
Hana melihat riak wajah lelaki di depannya itu, berfikir yang dia sengaja berpura-pura tidak faham. "Awak ikut saya setiap masa."
"Saya?"
"Awak buat macam tu sebab saya tak call awak dengan nombor telefon awak ke?"
Tiba-tiba Hyunjin menundukkan kepalanya sambil menahan senyum. "So you saw it. Saya ingatkan nuna tak perasan."
"Jadi betullah sangkaan saya kan? Awak intip saya sebab itu?"
"Saya tak pernah intip nuna." Jawab Hyunjin tenang.
"Jadi kenapa saya selalu bertembung dengan awak?"
"Mungkin sebab nuna baru perasan kewujudan saya."
"Ha..?"
"Saya dah lama di sini, nuna. Sebelum nuna kenal saya lagi saya dah ada di sini. Selama ini saya selalu saja nampak nuna cuma mungkin nuna saja yang tak perasan kewujudan saya." Hyunjin tersenyum sambil memandang tepat mata Hana. "Sekarang mungkin nuna dah nampak saya, saya gembira."
Hana merasakan wajahnya perlahan-lahan menghangat dipandang seperti itu.
"Kenapa nuna tak telefon saya?" Aju Hyunjin itu lagi.
"S-saya tak kenal awak."
"Jadi kita boleh berkenalan. Saya nak berkenalan dengan nuna." Hyunjin sedikit menundukkan kepalanya, melaraskan tingginya dengan tinggi Hana yang sedikit berbeza dengannya. "Nuna macam mana?"
Kali ini wajah Hana betul-betul hangat. Jangan wajahnya berubah merah sudahlah, dia tidak mahu memalukan dirinya seperti itu.
"A-awak tak boleh buat orang macam ni."
"Buat apa?"
"Awak bagi nombor telefon awak kepada orang sembarangan, senyum macam tu setiap kali terserempak, pandang saya bila awak bercakap dengan orang lain, minta berkenalan macam ini, awak boleh buatkan orang salah faham dengan cara awak tu."
"Salah faham tentang apa?"
"S-salah faham yang... a-awak..."
"Yang saya sukakan nuna?"
Hana mengangguk kecil, mengelak daripada memandang Hyunjin.
Hyunjin tertawa kecil, menahan sengihan lebarnya. "Salah faham apanya, betullah itu"
Mata Hana terbuka luas. Kali ini matanya bertemu dengan mata Hyunjin.
"Saya memang sukakan nuna. I like you a lot, actually."
--------------------
Thank you untuk semua yang masih membaca sampai sekarang, I love you all! ❤️
Also, don't forget to share this story to your friends in you like it! And I appreciate any comments you guys leave here! 😍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro