
14 | In Denial
"What was that? Was that intentional?" Tanya Hyunjin sebaik sahaja dia mendekati Hana yang sedang menunggunya di pintu pagar yang berdekatan dengan Sungai Han, seperti yang dicatatkan di alamat.
Hana menahan senyumannya ketika menyedari kehadiran Hyunjin. Sebelah tangannya diangkat ke aras matanya untuk melihat jam tangannya. "Awak awal 1 minit 45 saat."
"Nuna tak jawab soalan saya lagi."
"Apa?" Hana berpura-pura tidak mengerti. Dia sebenarnya sudah cukup malu kerana sanggup memalukan dirinya sendiri dengan melakukan panggilan seperti itu demi... entahlah, dia juga tidak tahu demi apa.
Sebelah sudut bibir Hyunjin terjungkit ke atas, tersenyum memahami. "Alright, let's just pretend that didn't happen. Nuna tak pernah telefon tempat kerja saya semata-mata untuk bagi nombor telefon nuna kepada saya."
Hana terpaksa menahan malunya sekali lagi. Mendengarkan itu dari mulut Hyunjin sendiri, dia semakin berasa tidak tahu malu. Dia kedengaran seperti perempuan yang obses dengannya.
"Mana pesanan saya? Itu ke?" Hana mengerling bungkusan plastik yang dibawa oleh Hyunjin.
Hyunjin meninggikan bungkusan plastik itu dan tersenyum. "Hm."
"Betul?" Mata Hana membulat tidak percaya. "Awak kata tak ada kaki ayam di tempat kerja awak."
"Saya beli kaki ayam di tempat lain, dan minta izin untuk bawa pulang sedikit sos dari tempat saya kerja." Jelas Hyunjin. "Is that okay?"
Hana tersenyum kecil. Tidak sangka bahawa Hyunjin betul-betul melakukan itu semua buatnya. Walaupun tindakan sekecil itu, Hyunjin masih sanggup melakukannya, padahal Hana bergurau sahaja. Tetapi Hana benar-benar terharu.
Melihatkan Hana yang hanya mendiamkan dirinya, Hyunjin menjadi tidak senang. Risau sekiranya Hana marah, dia berasa perlu menjelaskan lagi kepada Hana.
"Tempat kerja saya memang tak ada kaki ayam, saya dah cari. Dalam peti ais pun saya dah cari, masih-"
"Hyunjin-ah, terima kasih." Hana memotong kata-katanya sambil tersenyum lebar. "Awak sangat comel."
Mata Hyunjin terkedip-kedip. Dia kehilangan kata-katanya dengan pujian Hana itu. Tambah-tambah lagi ketika Hana tersenyum lebar seperti itu.
"T-terima kasih." Hyunjin tergagap.
"Itu untuk saya?" Hana baru sahaja akan mengambil bungkusan plastik itu dari tangan Hyunjin apabila lelaki itu mengangkat tangannya ke atas, melebihi paras ketinggian Hana, menyebabkan Hana keliru. "Awak bukannya beli untuk saya?"
"Betul. Tapi jawab soalan saya dulu." Hyunjin menyorokkan bungkusan plastik di belakangnya pula dan menundukkan kepalanya untuk melihat Hana dari dekat. "Can I call you from now on?"
Kali ini Hana pula yang malu. Pipinya terasa hangat. "B-buat apa awak nak hubungi saya?"
"Because I want to talk to you."
"Buat apa nak cakap dengan saya?"
"Because I like you."
Sekarang seluruh wajahnya hangat. Hana menyesal kerana terlalu banyak bertanya. Tidak pernah sekalipun mereka bertemu tanpa Hyunjin mengatakan perkataan itu. Setiap kali Hyunjin mengatakan dia menyukai Hana, setiap kali itu juga Hana berasa malu.
"T-tapi jangan hubungi saya untuk hal tak penting." Hana mengalah. Dia tidak mahu bercakap soal itu lagi, dia sudah cukup malu.
"Alright." Hyunjin tersenyum lebar sebelum menyerahkan bungkusan tadi ke tangan Hana. "Eat well."
"Awak tak nak makan sekali?"
"Tak apa, saya dah beli makanan sendiri."
"Awak dah nak balik?"
"You want me to stay?"
Menyedari bahawa dia terlihat terlalu kecewa apabila Hyunjin sepertinya sudah mahu pergi, Hana terus menggelengkan kepalanya, tidak suka akan impulsnya yang tiba-tiba itu. Ada apa dengannya? Biarlah dia pergi, bukannya dia teman lelaki Hana atau apa. Lagipun Hyunjin sudah tentunya penat setelah seharian bekerja, mengada-ngada sungguh Hana kerana menyangka Hyunjin akan makan bersamanya.
Eh.
Mana ada dia menyangka seperti itu!
"No, it's okay." Hana menjawab perlahan tanpa melihat Hyunjin.
Hyunjin mendekati Hana. "I can stay if you want me to do so."
"N-no it's okay." Kaki Hana melangkah ke belakang apabila menyedari bahawa Hyunjin mendekatinya. "Awak baliklah, berehat."
"You sure you don't want me to stay?" Hyunjin masih melangkah ke arah Hana.
"Y-yes. It's alrig-ah!" Hana hampir sahaja terjatuh ke belakang kalau bukan disebabkan oleh Hyunjin yang menahan belakang badannya dengan lengannya, dengan bungkusan plastik tadi yang masih lagi berada di dalam genggamannya. Lelaki itu malah menahan kepala Hana dengan sebelah lagi telapak tangannya, risau sekiranya kepala Hana terhantuk tiang yang ada di belakangnya.
"You alright?" Hyunjin menatap Hana dengan riak khuatir di wajahnya. "I'm sorry I shouldn't have walked closer to you like that."
"It's-it's okay." Hana langsung menolak badan Hyunjin sebelum dia menjauhkan dirinya, menyebabkan Hyunjin sedikit keliru bertambah bersalah. Dia fikir bahawa Hana marah dengannya.
Hana pula yang berasa bersalah. Dia tidak berniat mahu menolak Hyunjin seperti itu, sudahlah lelaki itu menolongnya tadi. Cumanya dia terlalu cemas tadi. Dia risau sekiranya Hyunjin dapat merasakan betapa berdebarnya dirinya ketika itu. Hana malu.
"A-awak baliklah. Kalau ada apa-apa hubungi saya."
Oh tidak. Hana tidak baru sahaja mengatakan itu, kan?
Namun wajah Hyunjin terus berubah bersemangat apabila mendengarkan itu. Seolah-olah Hana memberikan harapan kepadanya.
"Betul ke?"
"I-iya..." Sedar bahawa dia tidak dapat menarik kata-katanya semula, Hana hanya tersenyum kekok.
"Baik." Hyunjin tersenyum lebar. "Hari ini juga saya telefon nuna!"
Apalah yang Hana telah lakukan...
__________
Sekembalinya Hana ke biliknya, dia terus mandi terlebih dahulu sebelum dia memakan kaki ayam yang dibeli oleh Hyunjin itu. Badannya terasa sangat hangat malam itu, entah mengapa. Hana sedar bahawa setiap kali dia bertemu Hyunjin, badannya pasti terasa hangat. Apa-apapun, Hana tidak menyukai kesan itu. Dia tidak menyukai kesan yang Hyunjin berikan kepada dirinya.
Hana pasti dia tidak menyukai Hyunjin. Dia pasti! Dia cuma merasakan Hyunjin comel. Tambahan lagi Hyunjin lebih muda daripadanya, jadi normal lah sekiranya dia berasa seperti itu kepada Hyunjin. Itu sahaja.
Selesai sahaja mandi, Hana terus mengambil telefonnya, memeriksanya beberapa kali. Ketika dia sudah selesai berpakaian, sekali lagi dia mengambil telefonnya untuk memeriksanya sekali lagi. Dan tetap sama.
Hana tidak mengharap bahawa Hyunjin akan menelefonnya malam ini, dia cuma memeriksanya kerana Hyunjin mengatakan seperti itu sebelum mereka berpisah tadi. Cuma... entahlah. Mungkin lelaki itu sibuk atau sudah tertidur kerana kepenatan.
Ataupun mungkin Hyunjin hanya tidak merasa ingin menelefonnya...
Hm.
Hana mengabaikan fikirannya itu dan membuka laptopnya, mencari video yang menarik di YouTube untuk ditonton sementara dia menjamu selera.
Sedang dia sibuk mencari video, telefonnya tiba-tiba berdering, menyebabkan Hana dengan pantas mencapainya di katil dan menjawab panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil.
"H-hello?"
"Hana..."
Oh, itu ialah Sehun.
Hana sudah tentunya tidak kecewa. Dan dia susah tentunya tidak mengharapkan orang lain.
"S-Sehun..." Hana tersenyum kekok sendiri. "Ada apa?"
"Kau sibuk?"
"Eh taklah, aku tak buat apa-apa pun ni. Kenapa?"
"Aku nak bercerita." Sehun terhenti seketika sebelum dia menyambung dengan teragak-agak. "...tentang nuna yang aku ceritakan kepada kau sebelum ni. Is that okay?"
"Oh... Ceritalah."
"K-kau jangan risau tau, aku cuma nak bercerita. Kau tak perlu terbeban nak bagi solusi atau apa. Aku cuma nak bercerita dengan kau."
"Alright." Hana tersenyum nipis. "Aku takkan judge kau macam sebelum ni."
"Hahaha..." Sehun tertawa dengan teragak-agak. "Aku... jumpa dengan dia hari ini. Dan... dan... dia cakap ya."
"Ya?"
"Dia kata dia sudi nak hidup dengan aku. Dia terima perasaan aku terhadap dia." Hana dapat mendengar Sehun melepaskan keluhan penuh kelegaan. "Aku sangat gembira, Hana."
Hana tersenyum kecil. "Good for you."
"And..."
"And...?"
"We kissed."
Hana terdiam. Dia tidak dapat membayangkan perkara itu. Memandangkan dia dan Sehun membesar hampir bersama-sama sejak mereka kecil, rasanya agak kekok untuk memikirkan bahawa mereka sama-sama sudah dewasa, dan bakal melakukan sesuatu yang agak 'dewasa'.
"Hana?"
"Hm?"
"Kenapa kau senyap?" Tanya Sehun risau. "Kau tak suka?"
"Tak adalah, aku cuma tak tahu nak bagi reaksi macam mana. But I'm happy for you."
"I see..." Sehun terdiam seketika. "Hana, aku minta maaf."
"Huh? Kenapa pula?"
"Untuk sebelum ini..."
"Tak apalah, aku dah lupakan pun apa yang terjadi dekat cafeteria hari tu."
"Bukan tentang tu."
"Hm?"
"Sebelum ni... aku rasa aku dah permainkan perasaan kau." Akui Sehun, menyebabkan Hana kehilangan kata-kata. "Aku rasa aku dah terbagi kau harapan."
"Apa maksud kau?"
"Sebelum ni, aku..." Sehun mengeluh. "Aku selalu buat kau keliru dengan tindakan aku. Aku banyak... buatkan kau fikir yang aku ada perasaan dekat kau."
"Oh..." Hana tidak tahu harus mengatakan apa. Benarlah sangkaannya sebelum ini.
"Tapi aku memang sukakan kau, Hana. Aku jujur. Banyak kali aku fikir untuk ajak kau bawa hubungan kita ke tahap lain, sebab aku betul-betul selesa dengan kau. Tapi mungkin, mungkin aku salah faham. Aku terlalu sayang kau sampai aku salah faham akan perasaan itu dengan cinta. Aku keliru. Sebab itu bila aku jumpa nuna semula, baru aku dapat bezakan dua perasaan tu. Yang aku masih cintakan dia, dan aku masih sayangkan kau."
Hana terdiam. Rasanya seperti dia ditolak oleh Sehun walaupun dia tidak pernah meluahkan perasaannya. Tetapi entahlah, dia tidak semarah yang disangkanya. Jauh di sudut hatinya dia sudah tahu bahawa Sehun memang tidak mempunyai perasaan seperti itu terhadapnya, jadi dia tidak begitu terkejut. Cuma iya, adalah juga rasanya dipermainkan.
"Aku tahu aku sampah, cakap semua ni takkan ubah apa-apa yang aku dah buat dengan kau. Tapi aku betul-betul minta maaf. Baru aku tahu rasanya dipermainkan. Aku tak boleh bayangkan apa yang kau rasakan selama ni. Sebab tu aku bersyukur yang kau dah gembira sekarang. Sekurang-kurangnya kau tak bersendirian macam dulu, kau ada seseorang untuk kau cari bila kau sedi-"
"Apa maksud kau?" Keliru Hana. Apa yang dimaksudkan oleh Sehun? Dia benar-benar tidak mengerti walaupun sudah mendengarkan itu berkali-kali di fikirannya.
"Lelaki yang makan bersama-sama kita dulu, dia teman lelaki kau sekarang, kan?"
"Yang mana? Maksud kau Namjoon?"
"Bukan... aku terlupa nama dia. Y-Yeonjin? Hyunjin? Entahlah, aku tak pasti."
Oh...
"A-apa maksud kau? Dia bukannya teman lelaki akulah." Hana gelisah. "K-kenapa kau cakap macam tu?"
"Aku nampak kau dan dia beberapa kali sebelum ni, berdua. Aku fikir dia teman lelaki kau."
"Bukanlah..." Hana merasakan wajahnya menghangat kembali, tertanya sebanyak mana Sehun melihatnya bersama dengan Hyunjin sebelum ini. "Aku cuma kebetulan berkenalan dengan dia."
"How so?"
"Dia..." Hana mahu mengatakan bahawa Hyunjin menyukainya tetapi itu hanya akan. kedengaran aneh apabila difikirkan semula. "Dia cuma tegur aku sebab kami selalu terserempak."
"I see... He's kinda... kinda... looks like he likes you."
Hana menelan liurnya. "Apa kau cakap ni..."
"Entahlah, mungkin sebab aku lelaki, jadi aku dapat nampak. Dari gerak geri dia pun dah boleh agak yang dia sangat berminat dengan kau." Jelas Sehun. "How about you? Do you like him?"
"Taklah... Aku tak terfikir apa-apa macam tu pun." Nafi Hana.
"How come? Dia jenis yang buaya ke?"
"Taklah, takpun... cuma... entahlah. Aku tak suka fikirkan tentang tu. Lagipun dia terlalu muda untuk aku, tak pelik ke nanti kalau orang nampak."
"Age is just a number, you know. Bila kau dah semakin besar, jurang umur tu takkan terasa dah. Percayalah. Sekarang saja terasa sebab kau masih lagi belajar. Nuna yang aku suka itupun 6 tahun lebih tua dari aku, tapi aku tak pernah terfikir apa-apa pun tentang umur kami."
Hana terdiam, tidak tahu harus mengatakan apa lagi. Rasanya aneh bercakap mengenai ini dengan Sehun.
"I'm sorry, I sounded like an old man."
Hana tergelak kecil. "Taklah, it's okay."
"Tapi aku cuma nak kau tahu, yang aku akan gembira kalau kau gembira juga. Aku harap sangat kau jumpa dengan seseorang yang dapat buka hati kau macam mana nuna buka hati aku. Aku nak kita sama-sama gembira."
"I'm happy enough, Sehun."
"You could be happier. If you like him, just go for it. Don't worry."
Hana tersengih kekok. Rasanya aneh apabila Sehun memberikan nasihat seperti itu kepadanya. "Alright, good night."
"Good night, just call me if you need me."
"Alright."
Panggilan dimatikan.
Dan masih tiada panggilan daripada Hyunjin sehinggalah Hana tertidur di hadapan laptopnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro