23 Suami
Seteko teh panas diletakkan bersama-sama dulang. Wajah Fatihah kelihatan sungguh gembira melihat kedatangan Alya ke rumah itu. Di waktu pagi sebegini sememangnya Fatihah tidak punya aktiviti sesudah menyiapkan segala kerja rumah yang mampu dibuatnya. Gadis berwajah manis itu berlabuh bersebelahan Alya. Anak mata tidak lari daripada melihat perut boyot rakannya.
"Alya sihat?" soal Fatihah sambil menuangkan hidangan air. Dia yang bertelekung hitam baru saja menunaikan solat dhuha beberapa minit yang lalu.
"Alhamdulillah, sihat..." kata Alya. Kehadirannya ke rumah mertua Fatihah ini dihantar oleh sang bapa. Sampai bila-bila pun Haji Daud tidak akan mengizinkan Khairul menyentuh anak daranya yang sedang sarat mengandung.
"Kenapa ni... Monyok je muka?" Kebimbangan Fatihah hadir melihat mendung di wajah Alya. Dia tidak seceria selalu malah terdapat luka tusukan branula di kulit kekura tangan.
"Khairul datang rumah saya..." Alya membuka bicara. Gundah gulana di hati tak tahu mahu diceritakan pada siapa lagi melainkan Fatihah seorang. Fatihah saja rakannya yang sering bertanyakan khabar.
"Apa dia nak? Dah adukan pada pihak polis?" Fatihah agak terkejut pada mulanya. Terbayang-bayang wajah syaitan Khairul yang gilakan seks itu.
"Dia tak buat apa-apa... Dia tahu yang saya mengandung, jadi dia nak ajak saya nikah tapi ayah tak izinkan," luah Alya sayu. "Fatihah, saya cuba untuk berhijrah... Takkanlah jodoh saya dengan seorang lelaki macam Khairul?"
Sungguh buruk imej Khairul di mata Alya. Ketika ujian air kencing dibuat selepas peristiwa gelap itu, doktor mengatakan bahawa dia positif dadah. Yakin itu angkara Khairul yang menyumbatkan satu pil ke dalam mulut tika merogolnya. Tidak pasal-pasal bapa Alya hampir diserang sakit jantung akibat terkejut. Sudahlah dirogol, air kencing pula positif dadah. Dua minggu berlalu, doktor mengesahkan pula Alya hamil.
"Saya tak nak, Fatihah. Saya nakkan seorang lelaki soleh untuk jaga diri saya. Takut... Takut makin keruh hidup selepas bernikah dengan Khairul," sambung Alya. Kegusaran hati membuatkan dia mula berfikir bukan-bukan yang akhirnya Fatihah jua menjadi penenang segala bimbang. Pandangan jatuh pada perut boyotnya di sebalik persalinan baju labuh.
Sebenarnya Fatihah sendiri agak terkejut mendengar khabaran ini. Dia yang mengenali Khairul selama lapan tahun dan pernah membuat hubungan haram, tidak pernah sekalipun Khairul mengajaknya bernikah. Bahkan lelaki itu hanya memandang Fatihah sebagai peneman seks dan hamba dalam kamar. "Apa lagi yang Khairul kata pada awak masa datang hari tu ?"
"Dia bukan setakat datang. Malam tu juga perut saya sakit... Khairul bawa saya ke hospital terdekat. Buat dua tiga hari juga dia ulang alik untuk periksa khabar saya dan kandungan. Fatihah, hati saya tak ada pada dia." Secebis perasaan tidak hinggap di hati. Biar pun Khairul telah membayar segala kos perubatan tempoh hari. Kebaikan Khairul umpama pasir sahaja yang tiada nilai setelah dirogol seperti binatang ternakan.
"Alya, dengar baik-baik ya apa yang saya nak cakap?" Lama Fatihah berfikir. Bahu rakannya itu dielus lembut. "Agama di tangga pertama dalam memilih calon suami... Kita perlukan seorang suami yang lebih tinggi agamanya daripada kita kerana dialah bakal ketua keluarga. Suami itu ibarat sebatang kayu, isterinya pula bayang-bayang. Kalau batang kayu tu sendiri bengkok, akan bengkok jugalah bayang-bayangnya. Maka carilah kayu yang lurus, lumrahnya bayang-bayang juga akan lurus."
"Saya tahu Khairul bukan lelaki baik. Kereta dia penuh puntung rokok... Hari tu pun dia berseluar pendek atas lutut... Awak pun kata dulu dia ambil dadah untuk hilangkan stress... dan dia layan video lucah... " Alya tersenyum hambar.
"Ya, betul. Saya kenal Khairul tu orang yang macam mana. Barannya tak terkawal. Bila dia marah, habis segala barang dilempar. Banyak lagi sikap buruk lelaki tu... Tapi, Alya... saya langsung tak sangka dia nak bertanggungjawab. Itu satu benda yang agak di luar jangkaan. Mungkin dia betul-betul nak jaga awak," kata Fatihah. Badan bersandar pada bahu sofa apabila belakangnya sudah lenguh. Kandungan zuriat Mahfuz ini semakin memberat hari demi hari.
"Setakat nak bertanggungjawab, itu tak cukup untuk jadi suami saya. Saya lagi rela besarkan anak dengan ibu dan ayah daripada anak saya dibela bapa yang buruk perangainya..." Alya membiarkan tangan menyentuh perut kecil Fatihah. Dia yang marah pun jadi tenang seketika. Terkadang rasa cemburu terbit di hati. Sungguh Fatihah beruntung untuk mempunyai seorang suami soleh yang setia menjaga sedang dia mengandungkan anak luar nikah. Lintasan hati buruk itu segera dipangkah Alya.
Fatihah mungkin mempunyai suami yang baik, namun dia tak punya ibu bapa seperti Alya.
"Cuba letakkan syarat dan tempoh masa. Kalau Khairul berjaya penuhi, jadi awak pun terimalah dia..."
"Syarat apa?" Alya mengangkat wajah. Tangan masih mengusap perut Fatihah yang sungguh comel di matanya. Disebabkan Fatihah ini orangnya kurus, maka kandungan yang berusia lima bulan pun tidak nampak mana.
Fatihah amat sayangkan Alya. Tidak sudah gadis itu mahu menilik perutnya "Minta dia habiskan dulu pengajian kitab ilmu fardhu ain yang asas macam yang awak belajar di surau. Minta dia jangan tinggalkan solat subuh berjemaah di masjid... Tetapkan juga larangan merokok dan maksiat yang lain. Mungkin boleh berikan masa 100 hari. Kalau betul dia mahukan awak dan nak berubah, Khairul akan tunaikan juga tanpa beralasan. "
" Kalau dia beralasan?" tanya Alya. Dipandang wajah Fatihah mahukan jawapan.
" Alya, tinggalkan lelaki yang jahil. Jangan berharap pada mereka. Mereka tak layak untuk diberikan apa-apa. Tapi andai lelaki jahil tu nak berubah, tunggulah dia untuk berubah kemudian baru bernikah. Walaupun awak tak cintakan dia, tapi... bila datangnya seorang lelaki baik untuk bertanggungjawab, terimalah dia. Itu pun jika dia berubah dahulu," jawab Fatihah. Tak mahu bersangka-sangka terhadap Khairul. Segalanya hanya dapat dinilai melalui tindakan Khairul di hari mendatang.
"Terima kasih, Fatihah. Insya Allah, nanti saya khabarkan pada ayah untuk berunding dengan Khairul." Cadangan bernas Fatihah diterima dengan baik. Haji Daud pun akan berlembut hati andai Khairul menunjukkan kesungguhan. Lega sedikit kegusaran gadis itu. Tidak sia-sia datang sejauh ini untuk berjumpa Fatihah.
"Alya, nak tahu tak... Ummi kata nak saya lahirkan anak di rumah je. Apa pandangan awak?"
"Permintaan ummi?" soal Alya kembali. Selaku petugas perubatan yakni jururawat terlatih, Alya berfikir dua kali.
"Iya... Ummi dan walid nak saya bersalin dekat bilik. Mereka dah mula tempah khidmat bidan terlatih. Bukan tu je, siap rancang macam mana keadaannya bila saya bersalin." Pelipis yang tidak gatal digaru Fatihah. Berseri sungguh wajah walid dan ummi sejak dia dikhabarkan hamil. Bahkan, kedua-dua orang tua itu lebih teruja mengalahkan Mahfuz.
"Tapi... Macam mana kalau awak kena bedah sebab bayi tak boleh keluar jalan bawah?" Alya agak khuatir.
"Ummi selalu bawa saya berurut satu badan... selalu juga ajak saya bersenam untuk mudahkan bersalin nanti. Ummi kata tak sakit pun kalau betul caranya..." Penjagaan Fatihah teramatlah teliti. Daripada sisi Mahfuz pula, Mahfuz tidak akan berjimak dengan sang isteri melainkan atas permintaan Fatihah sendiri kerana khuatir akan memberikan tekanan pada bayi.
"Kalau bersalin di hospital ni kelengkapannya lebih terjamin... dan lebih bersih. Tapi kalau ummi memang jumpa bidan berkelayakan yang diiktiraf, tak apalah. Asalkan titikberatkan semua kebersihan." Sejujurnya Alya masih ragu-ragu. Soal kelahiran bayi tidak boleh dibuat main. Begitu banyak kejadian pertumpahan disaksikan mata Alya tika di hospital. Ada yang perlukan bantuan pernafasan dan pelbagai lagi.
"Harapnya macam tu lah. Doakan ya? Saya tak nak anak ni ada penyakit kuning atau apa-apa bila lahir. Ummi dan walid hampir setiap hari akan tanya khabar bayi ni..." Fatihah tersenyum kecil. Adat Melayu yang lama hanyalah bersalin menggunkan khidmat bidan. Ummi dan walid yang semestinya punya pengalaman begitu mahukan menantu mereka dijaga rapi di rumah. Katanya jika di hospital, agak susah hendak menjaga Fatihah.
"InsyaAllah, anak soleh abi dan ummi ni... Tak lama lagi boleh lahir ke dunia dan bermain dengan anak Cik Alya," kata Alya. Langsung tidak kisah soal anak syurganya yang tidak sempurna. Ini bahagian dia, itu pula bahagian Fatihah. Rezeki tidak akan pernah salah alamat.
***
Sesukar mana pun perubahan, ia pada kaki kita hendak melangkah atau bukan.
Berjubah abaya hitam menutupi seluruh tubuh badan. Gadis itu duduk di tepi dinding sambil melihat wajah sang suami dari jauh. Tak jemu berkali-kali mendengar input yang sama, malah terkadang ada ilmu baharu diperoleh.
Ke mana saja lelaki bernama Mahfuz itu pergi, dia sentiasa menyusuli. Risau berjauhan. Dengannya, iman bertambah utuh di dada. Tidak seperti dahulu, kejahilan asyik membelengu jiwa. Hinggakan hari yang menanti keesokan hari terasa bagaikan azab.
"Akak ni isteri ustaz, kan?" Satu suara menegurnya.
Fatihah mengangkat wajah ke arah seorang gadis muda yang asyik memandang semenjak tadi. Dia membalas dengan senyuman kecil. "Ya."
"Boleh saya luahkan sesuatu?"
"Boleh," jawab Fatihah. Kedudukannya yang jauh bersandar di dinding mengizinkan mereka bersembang perlahan dan tidak mengganggu jemaah lain yang sedang khusyuk mendengar tazkirah Ustaz Mahfuz.
"Akak, saya tak tahu nak ceritakan pada siapa... Tapi hati saya tergerak untuk bercakap dengan akak soal ni..." kata remaja itu dalam keadaan menekur karpet masjid.
"Cakaplah, sayang. Akak boleh dengar." Tangan direhatkan ke atas perutnya yang memboyot di sebalik abaya hitam.
"Akak, salah ke saya baca novel 18 tahun ke atas? Yang ada aksi lucah... saya selalu baca sampaikan faraj saya berair dan berdenyut. Tapi lepas saja baca tu saya menangis... rasa berdosa. Esoknya saya buat lagi..." nadanya kesal. Wajah bersih Fatihah segan tuk dipandang. Tidak sedar soft porn merosakkan diri. Patutlah ia haram, kerana bisa memudaratkan seorang manusia yang asalnya penuh keimanan di dada.
"Apa lagi yang awak buat?" Fatihah bertanyakan sambil memberi sepenuh perhatian.
"Saya suka gosok kemaluan saya sebelum tidur... terbayang-bayang ada lelaki yang lakukan adegan lucah macam dalam novel atas badan saya, saya suka ramas buah dada sendiri juga. Ada satu hari ni saya pernah cuba masukkan jari ke dalam kemaluan, rasa sedap sangat sampaikan terpancut air mani... Akak, salah ke? Bila kawan-kawan cerita pasal lelaki pun bawah saya ni cepat berdenyut dan berair... " polos remaja perempuan itu meluahkan sarat di hati.
"Salah, sayang. Haram dan berdosa. Awak tengah ketagih onani atau dalam perkataan lain... melancap. Berdosa untuk kita tidak menjaga kemaluan... walaupun tangan sendiri yang buat atau gunakan alat bantuan seks. Banyak firman Allah yang menyatakan orang yang tidak menjaga kemaluan akan ke neraka," terang Fatihah tanpa berdalih. Remaja perempuan itu tidak direndahkan namun mana-mana saja perempuan muda akan dianggap seperti adik sendiri yang wajar dikasihi.
"Saya sedih..." luahnya.
"Apa nama awak?" soal Fatihah.
"Sofia..." jawab Sofia sepatah. Wajah bertukar mendung, dia begitu kecewa akan kebodohan diri yang sanggup membela nafsu hingga besar.
"Sofia sayang, dengar akak cakap ya... Semua orang pernah buat dosa. Syurga pun dipenuhi pendosa... tapi pendosa yang bertaubat. Nanti bila pulang ke rumah, terus solat taubat. Jauhi daripada segala perkara yang boleh merangsang syahwat kita. Kalau ada novel lucah, bakar sahaja. Perkataan maksiat tak layak duduk dengan kita. Jangan sesekali bagi peluang pada syaitan untuk hasut kita... Sekat juga video lucah dan segala macam. Jauhi kawan-kawan yang tak baik... Ya?" Fatihah cuba menyampaikan dalam bahasa yang mudah difahami. Angkara soft porn, jinaklah minda seorang gadis akan melancap. Nauzubillahi min zalik.
" Dah tu saya nak kawan dengan siapa... Kawan-kawan saya pun ramai yang suka melancap dalam bilik siap ada alat macam zakar lelaki untuk masukkan dalam lubang faraj," ujar Sofia. Dia hampir menangis di hadapan Fatihah. Dosa onani itu telah lama dibuat malah asyik ditangguhkan taubat. Sungguh dia begitu jahil dalam menilai baik dan buruk. Onani itu dianggap halal selagi mana tidak berzina dengan lelaki. Padahal ia jauh tersasar sama sekali. Onani itu juga membawa dosa besar!
"Kawan dengan akak, ya? Akak sentiasa ada untuk awak. Insya Allah, bila kita berniat baik Allah akan hadirkan sahabat-sahabat yang baik juga," pujuk Fatihah. Sepertimana Mahfuz menyokongnya untuk meninggalkan onani, dia juga mahu membantu orang lain seikhlas hati. "Suami akak ada rumah pengajian dekat kawasan ni. Akak selalu ada dekat sana... Awak datanglah kalau lapang. Boleh kita lepak sama-sama," sambung Fatihah.
"Akak... Kenapa kita tahu benda tu berdosa tapi kita buat juga?" Sofia menitiskan air mata penyesalan. Umur yang baru sekitar 19 tahun itu masih muda. Salahnya juga yang memilih kawan tanpa berhati-hati. Lagi bahana apabila dia melayan novel lucah hingga fikiran kian rosak.
"Sebab adanya peluang. Bila tak ada peluang , kita takkan buat. Masa lapang ialah pembunuh iman. Sebolehnya sibukkan diri dengan macam-macam perkara. Biar tak sempat langsung untuk buat maksiat atau dekatkan diri dengan maksiat... Allah juga berfirman dalam AlQuran mafhumnya, janganlah dekati zina. Zina pun haram, dekatkan diri ke arah zina pun berdosa..." Perkataan terakhir semakin perlahan. Telinga Fatihah disapa pengakhiran salam seusai tazkirah pada malam itu. Ramai jemaah mula beransur pergi keluar masjid.
" Akak nak pergi dah ke? " sayu Sofia memandang.
" Iya... Nanti suami akak menunggu pula. Ambillah nombor akak. Mungkin kita boleh bersembang di whatsapp." Perkenalan ini atas izin Tuhan. Moga dapat dibantu walaupun sekecil-kecil hal.
Sofia mendakap tubuh Fatihah secara tiba-tiba. Dia menangis sebentar di bahu ibu hamil itu. Sedikit sahaja masa terluang pun dapat melegakan hati. Tidak sia-sia dia meluahkan kegusaran pada isteri ustaz Mahfuz ini. Bicaranya menenangkan bak Mahfuz. Benarlah suami itu pembentuk isteri. Jika baik acuannya, baiklah hasilnya.
Gadis berabaya hitam itu melangkah berhati-hati. Kakinya tersarung stoking kait menjejak ke atas lantai mar-mar ruang legar masjid. Kepala beralih ke kiri dan kanan, tercari-cari keberadaan seorang lelaki dengan ridak hijau pada bahu.
Tiba-tiba sahaja ada satu tangan melingkar di pinggangnya. Hidung pun tercium satu wangian lelaki kesayangan, terus kepala menoleh ke kanan.
"Abang..." Fatihah tersipu malu. Utuh tangan suami memimpin tangan seakan takut dia terjatuh dengan bawaan kandungan tujuh bulan.
"Siapa budak tadi?" Mahfuz melangkah beriringan dengan isterinya yang berpakaian serba hitam.
"Kawan baru." Fatihah tak mahu bercakpa banyak soal remaja berkenaan. Aibnya perlu dijaga baik.
Perbuatan Mahfuz yang menghulurkan selipar betul-betul di hujung kakinya membuatkan gadis itu tersenyum. Layanan bak puteri raja ini lagi menjadi seraya dengan saratan kandungan. Dia kekal dipimpin suami hingga ke kereta.
"Abang... Saya teringin nak makan chicken chop. Boleh?" Fatihah menjatuhkan pandangan manja pada Mahfuz. Terkelip-kelip lentikan bulu mata memandang. Mereka berdua telah memasuki perut kereta, maka tidak akan ada sesiapa memandang kemesraan suami isteri ini.
"Mana boleh. Ummi tak bagilah makan makanan luar. Fatihah hanya boleh makan masakan dalam rumah." Mahfuz menggeleng dan berkerut keningnya.
"Kalau macam tu... Abanglah masakan chicken chop untuk sayang ya?" pinta Fatihah dengan nada yang dileretkan. Dia ketawa halus melihat wajah terkedu Mahfuz.
"Hm, ya-ya... Tapi esok ya?" Mahfuz menggaru hujung keningnya. Kereta tidak bergerak dek melayan karenah isteri.
.
.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).
.
.
.
***
votexkomen
**
double update! yeahhh
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro