21 STD
"Saya nak buat ujian HIV tanpa nama," kata Khairul yang bersweater hitam. Dia berkeras mahu ke klinik sesudah kebah demam. Badannya sungguh tidak enak.
Sudah berpuluh ribu digunakan buat bayaran ikat jamin, kini dia bebas ke mana sahaja. Namun, kedua orang tua di rumah telah pun naik minyak atas perbuatan satu-satunya anak tunggal. Elaunnya disekat, gaji bulanan pun dipotong, rumah terpaksa dilelong. Mujur sahaja sang ayah masih mahu mengizinkan Khairul menginap di rumah.
"Sejak bila ada ujian HIV tanpa nama?" lancang kata-kata jururawat senior di kaunter klinik swasta berkenaan. "Cik abang main dengan siapa sampai nak buat ujian HIV?"
Nada suara wanita itu agak kuat hinggakan satu klinik bisa dengar patah perkataannya, maka terdiam sekejap makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang sedang menunggu giliran di atas kerusi tidak jauh daripada kawasan kaunter.
Terus berubah air muka Khairul. Ayat kurang ajar itu didengarkan pada beberapa orang di ruangan menunggu. Dia menahan malunya, hati berkeras hendak dibuat ujian HIV. Sungguh khuatir keterlanjurannya merogol dua orang gadis empat bulan yang lalu telah meninggalkan virus di badan. Kini, berat badannya susut sedikit berbanding sewaktu penangkapan pihak polis. Lama juga tidak mencari Fatihah, hatinya seakan perlahan-lahan melepaskan gadis cinta hatinya pergi. Pengalaman di lokap adalah satu neraka dunia buat Khairul, dipukul beramai-ramai dan dibogelkan. Makanan basi dihidangkan dan pelbagai lagi. Lelaki itu amat bersyukur pada kedua orang tua yang sanggup mengikat jaminnya.
Hadir pula jururawat kedua dan mencelah, "Eh, adalah test tanpa nama kak."
Pandangan beberapa orang di situ berubah. Mereka menilik Khairul atas dan bawah. Barangkali membuat sangkaan bahawa dia lelaki gila seks yang dihukum penyakit HIV.
Akurlah Khairul untuk mengikuti langkah seorang jururawat. Dia dipersilakan duduk ke atas kerusi. Beberapa penerangan diberikan sebelum ujian diambil.
"Alhamdulillah," bisik Khairul. Senyuman nipis terpampang. Dia tidak pun diazab dengan sakit yang tiada ubat. Setitis air mata jatuh ditubir. Segera mendongakkan wajah tak mahu doktor di hadapan sedar akan perlakuannya.
Simptom HIV ini persis seperti demam selesema. Pesakit akan mengalami pembengkakan kalenjar, lesu dan panas badan. Ada juga sesetengah pesakit yang mungkin mendapat sakit kepala, tekak, sakit badan, muntah atau cirit-birit. Disebabkan itulah Khairul jadi tidak senang duduk.
"Saya nak buat ujian STD juga hari ni. Boleh?" soal Khairul pada seorang doktor lelaki.
Sexual transmitted disease, penyakit kelamin yang berpindah melalui hubungan seks.
"Boleh," balas doktor berkenaan.
Pemeriksaan klamidia dan gonorea dilakukan melalui ujian air kencing dan juga melalui swab dari dalam zakar. Darah Khairul juga diambil untuk membuat pemeriksaan antibodi. Keputusan tidak akan diperoleh pada hari itu, maka dia harus datang pada minggu berikutnya.
"Encik dah kahwin?" Sesudah Khairul melepasi ujian dan ingin pulang, doktor lelaki itu bertanya.
"Belum. Tapi saya memang ada buat hubungan dengan perempuan," jujur Khairul. Zip sweater hitamnya ditarik ke atas hingga ke dada apabila rasa sejuk menyucuk diri.
"Encik bertukar-tukar pasangan?"
"Mungkin... Saya tak pernah tukar pasangan selama lapan tahun. Tapi lima bulan lalu, saya buat hubungan seks dengan dua orang perempuan asing. Saya tak tahu sejarah dorang... Kebelakangan ni pun asyik demam. Zakar saya sakit dan ada kudis. Ya, itu jugalah kali terakhir saya buat hubungan. Saya rasa badan saya dah tak normal. Selalunya kebiasaan lelaki bila bangun pagi zakar akan tegang, tapi saya dah tak macam dulu. Tengoklah video pornografi banyak mana pun, tetap tak berlaku ereksi... tak ada air mani yang keluar," kata Khairul. Dia sudah penat menahan hinaan dan cercaan. Dibuka sahaja bekung di dada kepada doktor itu.
"Sabar, ya? Insya Allah, nanti kita tengok keputusan ujian STD." Sedikit pun doktor itu tidak memandang rendah. Sikap professionalnya menyenangkan hati Khairul.
"Saya ada terbaca... Kalau teruk sangat peringkat STD tu, ada yang sampai zakar dia kena potong. Betul ke, doktor?" soal lelaki itu pula. Khabar angin mengenai jangkitan kuman pada zakar amat merisaukan dia. Sungguh berat ujian andai itu terjadi, dia tak akan punya zuriat dan keturunan.
"Ya. Tapi pihak kami akan buat yang terbaik untuk elakkan itu berlaku dan pihak encik pun perlu berikan kerjasama. Jangan adakan mana-mana hubungan seks buat masa ni, jaga kebersihan alat sulit dan kalau ada apa-apa berlaku terus berjumpa dengan saya. Ini nombor telefon saya... " Sekeping kad berisi nama dan nombor telefon diletakkan berdekatan lengan Khairul.
Khairul mengangguk faham. "Terima kasih, doktor. Nasib baik doktor lelaki yang terima saya, buatnya doktor perempuan saya tak tahu nak cakap apa." Sisa malu bertapak di hati setelah apa yang berlaku.
***
"Fatihah..." Seorang lelaki berserban putih melangkah masuk ke kamar. Hampir saja kehadirannya tidak disedari Fatihah yang lemah di atas katil.
Senyuman kecilnya terkoyak. Dirasa ruas dahi isteri dengan belakang telapak tangan.
"Abang dah lama ke sampai?" Fatihah terjaga, memandang wajah Mahfuz sambil berusaha untuk bangkit. Dia segera mengucup kekura tangan lelaki itu dan meminta maaf atas keterlanjurannya berehat dan tidak menyambut suami pulang. "Minta maaf... Saya tak sedar awak masuk bilik..."
"Tak apa. Awak pun tak sihat mana. Rehatlah... Ada apa-apa yang boleh saya buat untuk isteri saya ni?" katanya sambil mengelus pipi gebu Fatihah. Dia yang baru sahaja pulang dari satu majlis selawat mahu menilik keadaan isteri. Sepatutnya Fatihah juga menemani, namun keadaan gadis itu yang asyik muntah sahaja di siang hari memaksa tubuh tuk berehat. Mahfuz hanya menaiki kereta bertemankan pelajar Balawi untuk ke majlis berkenaan.
11.45 malam.
"Abang, tolong ambilkan minyak angin atas meja..." pinta Fatihah. Mata teralih pada meja kayu jati berdekatan. Bibirnya pucat, penat barangkali asyik memuntahkan isi perut. Sudah diketahui apa puncanya, Mahfuz sahaja yang tidak mengesyaki apa-apa. Dada beralun tenang, telapak tangan naik mengusap perut kecilnya.
"Seronok sangat tadi. Rugi Fatihah tak ikut abang. Lain kali ya kita pergi? Rasanya akan ada program Malam Sejuta Selawat tak lama lagi..." Mahfuz yang berjubah putih bersih berpaling ke belakang. Jam tangan besinya ditanggalkan dan dibaringkan bersebelahan sebotol minyak angin. Lama juga matanya melihat pada satu objek asing. Botol minyak angin tak juga diambil. Tangan kanan mendahului dan memegang objek yang terpalit dua garisan merah. Dia segera menoleh ke arah gadis yang bersimpuh di tengah-tengah katil itu.
"Sayang, ni siapa punya..." perlahan saja Mahfuz mengutarakan kecurigaan. Setahunya, itu petanda ujian positif kehamilan.
"Itu isteri abang punya," balas Fatihah. Ditahan ketawa, mahu melihat reaksi sang suami.
"Fatihah mengandung ke? Sejak bila ni?" Berkerut kening hitam Mahfuz. Masih tidak percaya.
"Abang ni... Main-main dengan saya." Fatihah menjuihkan bibir bawah. Tak logik sungguh pertanyaan itu sedangkan mereka memang sudah lama menjalinkan hubungan suami isteri.
Tawaan halus Mahfuz mengisi benak. Seronok mengusik buah hatinya lalu dia menghampirkan badan. "Abang dah lama tahu," ujar lelaki itu separuh berbisik. "Abang kenal isteri abang. Bila rahim dia kosong bagaimana... Bila rahim dia dihuni benih abang pun abang tahu bagaimana rupanya. Abang dapat rasa yang Fatihah mengandung."
Tak lama pun Fatihah memasamkan wajah, Mahfuz lebih tahu titik lemah seorang isteri. Rahangnya diusap lembut, pipi dikucup penuh kasih. Detik yang berlalu terisi mekaran bunga cinta. Fatihah tewas akan pujukan lelaki ini. Dua ulas bibirnya tak mampu meneruskan cebikan. Tangannya bertindak meleraikan ikatan serban suaminya. Kopiah turut ditanggalkan lalu kesan berbekas di dahi diusap manja.
Segala barang ditolak ke tepi meja. Gadis itu melabuhkan kepala pada dada suami. Terlekanya dia dengan segala usapan dan belaian. Sama-sama menyepikan diri dan berkongsi hangat badan.
Jari melukis kosong di atas kain baju Mahfuz. "Tapi... Macam mana abang tahu sayang hamil?"
"Sebab abang tahu adat haid isteri abang. Lagipun dada Fatihah membengkak, tak ubah macam perempuan bunting anak sulung... Bukan sayang je yang belajar kitab perempuan, abang juga belajar sebabnya abang akan berkongsi hidup dengan seorang perempuan..." kata Mahfuz. Tangan diturunkan pada abdomen isterinya. Ibu jari merasakan satu nadi kuat di bawah pusat Fatihah. Ya, ada satu hidupan di situ.
"Terima kasih, Fatihah. Sebab... akan jadikan abang seorang ayah..." sambung Mahfuz bersulamkan senyuman manis. Dia merapatkan wajah pada sisi kepala isterinya. Tidak terduga rahim Fatihah sudah disenyawakan benihnya. Tanda-tanda perempuan hamil seperti kerap membuang air kecil dan loya dapat dikesan Mahfuz lebih pantas.
Terdiamlah segala kata. Fatihah sangat bahagia di samping lelaki itu. Layanannya sungguh lembut membelai jiwa. Kandungan berusia dua bulan dalam rahimnya akan dijaga sebaik mungkin. Lelaki itu memberikan kasih dan cinta setiap kali melakukan hubungan intim sebaik sahaja selesai solat tahajjud. Mahfuz hanya akan menggauli Fatihah pada waktu sebelum subuh, yakni dua per tiga malam. Waktu itu tenaga lebih banyak berbanding pada lewat malam. Terkadang apabila masa tidak mencukupi, Fatihah tidak akan digauli dan lelaki itu menyambung solat subuh. Itulah rutin suami isteri ini. Malam sebegini, kebiasaannya mereka hanya akan memilih untuk tidur dalam dakapan masing-masing.
Tidak lekang senyuman apabila Mahfuz mengusap bahagian rahimnya. Dia dibaringkan ke sisi beralaskan bantal. Mahfuz telah pun bangun dan duduk di birai. Mata hazel itu memandang tika menyarungkan sepasang stoking kait pada kaki isteri. Fatihah sendiri jadi malu.
"Abang nak solat sunat dan sujud syukur."
Ada satu ciuman lagi menyinggah ke atas dahi gadis itu.
***
votexkomen
***
Fatihah mengandung :') terharu sangat
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro