11 Suami
.
.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).
.
.
.
Lendiran nanah pada tuala wanitanya dibersihkan dengan aliran air. Bau cecair itu busuk, menggambarkan keadaan dalaman faraj yang terkena jangkitan kuman. Dicuci tuala wanita itu sehingga bersih sebelum dibuang kedalam tong sampah khas di tandas masjid. Dia mahu menyalin kepada tuala wanita lain.
Farajnya hanya mampu memakai tuala wanita yang sama buat tiga jam sahaja. Jika lebih masa, kelak terasa pedih dan gatal. Kebersihan perlu dilebihkan tika bala maksiat zina menimpa diri. Tiub gel ubat dipicit, ubat ini dipakai setiap hari juga untuk menyembuhkan ulcer di bibir faraj. Fatihah mencekalkan diri, sakit itu kadang-kadang membuatkan dia menitiskan air mata.
Siap sahaja menguruskan diri, gadis itu melangkah keluar hendak bergemu ustazah tempoh hari. Itulah kawan baharunya yang diumpamakan sebagai kakak angkat.
"Ustazah," panggil Fatihah.
"Waalaikumsalam," balas Ustazah Najwa.
Fatihah tersenyum seperti kerang busuk. Dia duduk di sebelah ustazah muda itu.
"Bangun tak tahajjud semalam?" soal Ustazah Najwa.
"Em... Tak," jujur Fatihah. Kenapa dia harus solat tahajjud sedangkan solat lima waktu pun belum pandai?
"Saya nak belajar solat lima waktu..." kata Fatihah. Sememangnya dia ini jahil dan lebih teruk daripada pelajar sekolah rendah. Rakaat solat pun masih ragu-ragu.
"Solat lima waktu kan semua orang dah pandai. Buat sajalah bila masuk azan. Ini solat tahajjud pun tinggal. Macam mana ni?" geleng Ustazah Najwa.
"Saya tak nak solat tahajjud. Saya yang pilih untuk tak nak bangun." Menjauh pula hati Fatihah saat itu. Dia amat tidak suka dengan desakan begini. Niat hendak berubah menjadi kelam.
"Kenapa?" hairan Ustazah Najwa.
"Sebab saya tak naklah. Kenapa nak solat sunat pula... Ustazah tu lain sebab dah lama beribadah. Saya ni baru nak berubah." Fatihah mempertahankan diri.
"Kalau terus beralasan sampai bila-bila kita tak akan berubah." Selamba sahaja wanita bertudung labuh itu beranggapan bahawa semu orang mampu melakukan ibadah sepertinya.
Hati Fatihah bagaikan ditoreh.
"Sebagai denda nanti habiskan satu juzu' Al-Quran malam ni. Insya Allah nanti bersih hati. Bila dah berzina, hati akan gelap dan sukarkan kita untuk beribadah," sambung ustazah itu.
Fatihah mengetap bibir. Panas pula mendengar ayat sindiran itu. Tak perlulah sebutkan perkataan 'zina', apa dia fikir Fatihah ini buta untuk mengetahui yang dirinya jijik dan kotor?
Melihat kebisuan gadis bertudung singkat itu, Ustazah Najwa berkerut. "Fatihah," tegurnya.
Fatihah terkelip-kelip memandang. "Ya?"
"Apa jadi dengan bekas teman lelaki awak?" Cerita Fatihah tempoh hari bagaikan tergantung. Hatinya terdetik rasa ingin tahu tentang keseluruhan cerita.
Fatihah tersentak. Pertanyaan tentang syaitan bertopengkan manusia yang pernah menderanya membuatkan gadis itu menggeleng perlahan. "Saya tinggalkan dia. Saya lari..."
"Kenapa tak kahwin?" soalan cepumas terpancul.
"Saya tak nak berkahwin dengan binatang." Lawak sungguh soalan itu. Kalaulah semua tahu bagaimana rupa sebenar Khairul, pasti tak siapa inginkannya. Lelaki itu gila seks, sanggup mendera dan mendengar jeritan kesakitan sebagai pemuas nafsu. Nafsu Khairul berada di luar fitrah, tak ubah seperti haiwan dan syaitan. Kemaluan Fatihah yang dijahit langsung tak diendahkan malah lagi dia tertawa kepuasan.
"Jadi kenapa berzina kalau tak nak kahwin? Sebab nak sedap je?" Benarlah bahawa lidah itu lebih tajam berbanding pisau.
Tidak sangka Ustazah Najwa bertanya sedemikian. Fatihah tersenyum nipis. "Saya nak kahwin dengan ustaz."
"Jangan buat lawak Fatihah... Tak ada kain putih yang padan dengan kain yang kotor dan busuk. Jodoh tu seperti cerminan kita juga. Penzina akan berkahwin dengan penzina. "
Terdiamlah gadis itu. Dia menundukkan wajah.
"Lambat laun nanti bekas teman lelaki awak akan datang juga. Terimalah dia balik dan berkahwin. Tempoh lapan tahun tu terlalu lama..." Tidak habis kata-kata wanita itu menghempas jiwa Fatihah.
Semangat yang tadi kuat kian melemah. Dia menekur karpet masjid lama. Jiwanya melayang pergi. Benarkah gadis jijik ini tidak pantas berharapkan jodoh dengan seorang ustaz? Apakah dia akan kembali menjadi hamba seks kepada Khairul dan kemaluannya akan dijahit berkali-kali?
Tanpa sedar, air mata hangatnya bergenang. Dia benar-benar mahu berubah dan menjadi seorang muslimah. Namun, jurang yang diletakkan terlalu besar. Salahkah niat murninya untuk menjadi pakaian kepada seorang ustaz?
Buat beberapa malam, Fatihah terfikir untuk bernikah dengan mana-mana ustaz. Tidak kisahlah jika dia diambil sebagai isteri kedua, asalkan ada lelaki baik yang ingin memeliharanya.
Terlupa pula, dia ini pakaian murah dan terkoyak sana sini. Sudahlah jijik, busuk pula.
"Isk..." Sakit pada kemaluannya menangkap kepedihan. Air kencing tidak dapat ditahan dek lemahnya otot faraj. Apabila aliran urine itu mengenai lukanya, nyeri sakit tidak dapat diungkapkan.
"Fatihah, saya nak balik dulu... Awak duduklah sini bertafakkur. Suami saya dah tunggu," pamit Ustazah Najwa.
Fatihah menangguk lemah. Tangan mencengkam kain baju yang tersarung. Gigi geraham bertemu sesama sendiri di dalam mulut bagi menahan perit di bahagian alat sulit. Ekor matanya sempat memperlihat ustazah itu berlalu pergi dengan seorang lelaki berkopiah.
Sungguh untung dipelihara sejak kecil. Sedang nasibnya sebagai perempuan malang tidak sudah menyeksa diri.
***
"Fatihah, asingkan lauk makan tengah hari untuk Mahfuz," tegur Puan Munirah pada menantunya.
Fatihah melangkah ke rak pinggan dan mengeluarkan sepiring kaca. Dia sedikit bimbang apabila suaminya tidak pulang lagi padahal masa makan tengah hari telah tiba. Walid dan ummi sedang duduk di kerusi meja makan. Hidangan lauk tengah hari pula masih berasap panas.
"Walid, ummi, ambillah dulu lauk ni. Nanti saya asingkan bahagian Mahfuz," kata gadis itu. Dia tersenyum nipis, wajahnya tidak mengangkat terlalu tinggi dek hormat pada orang tua Mahfuz. Kebiasaan tika di meja makan, Mahfuz tidak akan menyentuh apa-apa melainkan setelah ibu bapanya mencedok lauk dan nasi. Lelaki itu khuatir jika tindakannya yang melulu mengambil hidangan akan meninggalkan sisa pada ummi dan walid. Perbuatan itu dianggap tidak beradab dalam kamus hidup Mahduz. Fatihah sentiasa belajar perihal adab dan akhlak dengan suaminya.
Setelah walid dan ummi mula menikmati hidangan tengah hari, barulah gadis itu mengasingkan bahagiannya dan Mahfuz. Sejak berkahwin, Fatihah tidak akan makan melainkan bersama-sama suaminya.
Lauk kari ayam diletakkan ke bawah tudung saji lalu gadis itu meminta izin untuk menanti Mahfuz di ruang tamu. Apabila sendiri begini dan tiada aktiviti, mulalah syaitan membisikkan hasutan jahat. Dia berlabuh di sofa ruang ramu dan menongkat dagu.
Denyutan pada alat sulitnya terasa. Cebisan nafsu untuk beronani hadir menyeksa. Dipejamkan mata itu lama. Namun, apabila terkatupnya mata bayangan Khairul membuat hubungan intim bersamanya hadir. Fatihah mengucap panjang. Dia jadi tidak senang duduk.
Langkahnya dipanjangkan ke kamar tidur pula. Niat hendak mengambil wuduk diteruskan, moga bisikan syaitan terhapus dengan itu. Dia tak mahu membiarkan diri tertewas. Perjuangan bermujahadah melawan nafsu harus diiringi dengan usaha. Ini buat suaminya juga, Mahfuz pasti mahukan yang terbaik daripada diri itu.
Air wuduk menitis ke baju. Sejuk rasanya dikala mentari menerik.
Kemudian, Fatihah melabuhkan punggung di birai katil. Tasbih kayu kokka milik suaminya diambil. Hendak solat, haid belum habis lagi. Maka dia membuat keputusan untuk berzikir di situ yang mana perbuatannya lebih baik berbanding membiarkan fikiran dalam lautan bayangan maksiat.
Lima minit berlalu, gadis itu diam sahaja di pinggir katil bersaiz queen. Terkumat kamit bibir berzikir menenangkan hati.
"Assalamualaikum."
Suara yang dirindukan menerpa ke atmosfera. Fatihah bingkas berdiri dan membuka pintu kamar suaminya.
"Waalaikumsalam," jawab Fatihah. Lega jua segala kerisauan. Renik peluh pada dahi sang suami menandakan cuaca panas di luar sana. Fatihah memegang kekura tangan Mahfuz. "Abang nak rehat atau makan dulu? Walid dan ummi tengah makan dekat dapur."
"Abang nak rehat. Biarlah walid dan ummi bercinta tanpa anak-anak dia," balasnya.
"Saya buka penghawa dingin, ya? Abang berpeluh-peluh ni." Fatihah mengesat peluh itu dengan ibu jari, kopiah suaminya diturunkan. Kasihan Mahfuz. Kebelakangan ini sering diadukan sakit dadanya.
"Bukalah." Sepatah yang dikata, sepatah jua Mahfuz membalas. Tingkahnya seperti anak kecil yang keletihan. Jubah putih ditanggalkan Mahfuz dan membiarkan hanya seluar dan tshirt tersarung pada tubuh.
Bunyi hembusan pendingin hawa mula mengisi benak. Terasa angin sejuk membelai tubuh pasangan pengantin baharu berkenaan. Fatihah beralih kepada lelakinya kembali. Bagaikan tahu tekak suami yang kering, dia menghulurkan sebotol air mineral yang tersedia di meja bersebelahan katil.
Air mineral diteguk Mahfuz tiga kali setelah kalimah basmallah dibisikkan.
"Nak tidur ya sayang saya ni..." Rambut lelaki itu disisir ke belakang seperti melayan anak kecil. Duduk bersimbuh di sisi tubuh suami yang terbaring di tengah-tengah katil. Fatihah mahu menemani sang suami. Soal aduan fitnah yang dilakukan pagi tadi di balai polis tidak pun ditanya dek mahu memberi ruang kepada suami. Tindakan undang-undang layak dikenakan ke atas perbuatan jahat Khairul yang memburukkan nama suaminya.
"Kesian dia..." kata Fatihah dalam nada anak-anak.
Mahfuz ketawa halus sebelum melayukan kelopak mata. Cahaya luar mengena pada retina mata lalu terbias indah. Dapatlah sang isteri menikmati warna hazel lensa Mahfuz. "Ya, nak qailullah sekejap. Dah makan tengah hari?"
"Belum. Saya tunggu abang," jawab Fatihah. Kening hitam yang tersusun rapi itu pula dielus. Urutan lembut melekakan pemilik wajah timur tengah itu.
" Maaflah, bukan abang seorang yang buat aduan polis tadi. Mungkin ramai lagi yang teraniaya selain kita. Itu yang lambat sikit..." suaranya perlahan. Selesai jua urusan di balai atas bantuan Arif.
Fitnah Khairul itu boleh dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah. Kanun Keseksaan telah memperuntukkan fitnah sebagai satu kesalahan jenayah yang boleh didenda dan dipenjara jika sabit kesalahan. Arif berkeras membawa Mahfuz ke balai polis untuk mempertahankan reputasinya yang kian terjejas. Meskipun gambar separuh bogel Fatihah tersebar, itu tidak memberi kesan hebat pada Fatihah dek dia dilindungi Mahfuz. Apa sahaja cara orang luar yang hendak menyakitkan sang isteri, Mahfuz akan sekat terlebih dahulu.
Seksyen 499 Kanun Keseksaan memperuntukkan mengenai kesalahan fitnah. Secara kasarnya, Seksyen 499 menyatakan bahawa jika mana-mana individu ada membuat atau menerbitkan sebarang kenyataan tidak benar yang akan atau boleh merosakkan reputasi orang lain, serta ditulis atau disebarkan dengan niat jahat, adalah melakukan satu kesalahan jenayah fitnah.
Bukti fitnah pada Mahfuz itu lebih daripada cukup untuk mengheret Khairul ke balai. Biarkan sahaja keadilan berbicara.
Lantas, jika sabit kesalahan memfitnah orang lain, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali seperti yang telah diperuntukkan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan
"Lega dah buat aduan?" Fatihah tersenyum kecil. Jari runcingnya turun mengusap ubun-ubun Mahfuz pula.
Mahfuz mengangguk perlahan, menyelesakan baringan di atas bantal. "Abang nak tidur dulu."
"Tidurlah," bisik Fatihah. Dua ulas bibir delima ditemukan di antara dua kening Mahfuz. Badan diturunkan bersebelahan suaminya. Hendak menempel, pasti Mahfuz akan tidak selesa kerana cuaca sedang terik. Dia pun sekadar menyusun telapak tangan sendiri buat dialas kepala. Jarak antara suami dikekalkan Fatihah, biar Mahfuz ada ruang tuk bernafas.
Tanpa sedar, perlahan-lahan ketagihan onani dalam diri Fatihah berjaya dialihkan. Fikiran yang lebih sibuk dengan cintanya pada Mahfuz telah menghayutkan kemaksiatan pergi.
Matanya membuat pilihan untuk berehat seketika di sisi suami selepas menetapkan jam penggera pada setengah jam lagi.
.
.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).
.
.
.
***
votexkomen
***
Terima kasih kerana masih setia dgn Fatihah & Mahfuz!!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro