Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

09 Mangsa

Gadis itu meringis kesakitan apabila membuang air kecil. Dia menggenggam bajunya, air mata pula mengalir di tepi. Semasa bersuci pun sakit menyengat hadir. Perlahan-lahan tubuh yang lemah dibawa keluar daripada bilik air rumah sewa. Dia mengesat air mata, tak mahu sesiapa mengesyaki. Rakan serumah yang baharu langsung tidak tahu bahawa farajnya melecet dan telah dijahit akibat keganasan seks bersama-sama bekas teman lelaki. Fatihah berlabuh ke atas tilam. Kedua kakinya dilunjurkan ke hadapan. Dengan duit pemberian Khairul buat kali terakhir tempoh hari, dia dapat menyewa bilik baharu jauh daripada kediaman syaitan itu.

Termenung sendiri di katil. Hendak solat pun hati menjauh dek kemaluan yang asyik mengeluarkan cecair keputihan. Barangkali hormon badannya sedang menggila. Duduk saja begini pun ada cecair keluar. Tuala wanita sentiasa dipakai Fatihah. Fizikalnya sakit, rohani pula tenat. Segala suruhan Allah langsung tidak dipatuhi. Dia sedih dengan diri sendiri.

Tiada keluarga di sisi ketika semuanya jadi begini. Dia memang pun gadis malang yang semenjak kecil telah dinodai. Kenapa gadis yang lain elok terpelihara sedang kemaluannya dijilat ketika sekolah rendah? Kejadian sewaktu kecil itu terus menghantui. Hidup ini sungguh tidak adil.

Tubuh jatuh menghempas tilam nipisnya. Dia menangis lagi. Terasa jijik pada setiap inchi kulit tubuh.

"Ya Allah, aku betul-betul penat... Kenapa engkau tak makbulkan doa aku? Aku hanya ingin mati... Makbulkanlah doa aku yang ini dan aku takkan meminta apa-apa lagi..." keluhnya perit. Setiap saat yang berlaku umpama satu azab. Dia sudah jemu buat mengusap air mata. Dibiarkan sahaja tangis tidak berlagu. Hatinya hampir mati.

Tok tok

"Assalamualaikum."

Fatihah sekadar melirikkan mata ke pintu.

" Kau ni kenapa Fatihah? Senggugut?" Teman sebiliknya yang bekerja di bakeri berdekatan menyapa. Dia berkongsi bilik dengan gadis bertudung itu.

"Aku nak mati," bisik Fatihah.

"Jangan merepek. Kalau mak ayah kau dengar ni mesti dorang sedih." Irdina menggeleng lemah. Ada saja drama air mata si kawan baharu.

"Aku anak yatim piatu..." Fatihah hampir tergelak dengan takdir sendiri.

"Fatihah, kau dah solat ke belum?" tanya Diana. Kerongsang di bawah dagu ditanggalkan.

"Aku kotor," perlahan sahaja balasannya. Dia ini umpama gadis yang sentiasa dalam keadaan junub. Badan mengiring menghadap dinding. Alat sulitnya masih kepedihan. Dalam keadaan berbaring, dia menelan ubat penahan sakit. Semoga melecet pada bibir faraj yang dalam akan beransur sembuh.

Kelopak mata diturunkan gadis itu. Doa dipinta, dia hanya mahu mati dan berhambus daripada dunia ini. Orang sepertinya umpama anjing kurap yang cuba tuk bernyawa.

Tangan sang suami dikucup lama. Bertemunya telapak tangan lembut dan kasar, Fatihah tersenyum kecil.

Dia tidak dapat menunaikan solat dek berhadas besar. Darah haidnya telah keluar semenjak waktu zohor tadi. Bauan minyak wangi pada nadi tangan Mahfuz menangkap deria bau, tenang sahaja rasanya.

"Abang, kenapa abang macam... Fikirkan sesuatu?" Selepas sahaja Mahfuz berlabuh, barulah dia duduk di sisi lelaki itu. Keluarga kecil mereka hanya menunaikan solat di ruang tamu rumah. Tempias fitnah itu baru hendak membara. Entah apa bakal terjadi esok lusanya.

"Abang fikirkan keadaan isteri abang," suara halus Mahfuz menjawab.

"Saya okay je lah," kata Fatihah. Dia mendakap lengan suaminya sambil tersenyum. "Saya okay... Saya dengar kata awak untuk tak main telefon. Saya dah makan coklat banyak-banyak..."

Mahfuz mula berfikir bahawa dia sahaja yang terlampau risau sedangkan isterinya masih mampu tersenyum begini. "Kita tidur awal ya hari ni? Kalau awak senggugut... Beritahu abang. Nanti abang usahakan buat sesuatu."

"Apa yang awak tahu pasal perempuan..." duga Fatihah. Sebelah keningnya dijongketkan meskipun dia tidak pandai bermai dengan ekspresi wajah.

"Lebih daripada tahu, sayang. Abang ni pengetua dekat rumah pengajian, ayah abang ustaz tau." Mahfuz memandang gadis kesayangannya. Hampir sahaja senyuman terkoyak, sungguh Fatihah pandai mengambil hati.

"Jadi?" Fatihah masih menahan kening sendiri daripada jatuh.

"Abang dah khatam fiqh wanita dekat 10 kali... Setiap tahun abang akan ulangkaji. Jadinya, semua tentang perempuan abang tahu. Darah nifasnya, haid, wiladah dan istihadah..." terang lelaki itu. Menjadi anak ustaz adalah satu nikmat, dia peroleh pengajian yang mencukupi sebagai bekalan diri sendiri dan sebagai seorang ustaz. Ilmunya dijaga rapi oleh walid semenjak kecil yang mana cahaya akalnya mula kelihatan.

"Oh, lupa pula. Suami saya ni ustaz." Gadis itu menepuk ruas dahi perlahan.

"Saja ya nak main-main dengan abang?" Mata hazel dipencilkan pandangan.

Terledaklah tawa gadis itu. Dia mengangkat bahu tidak bersalah. Lengan Mahfuz dieratkan ke dada. Sayangnya dia buat melepaskan lelaki ini. "Abang," panggil Fatihah.

"Main-main dengan abang lagi..." gumam Mahfuz.

"Alhamdulillah, haid kali ni rasa senang je. Tak sakit macam selalu... Mungkin berkat abang paksa saya ambil habatussauda setiap hari. Tambah pula abang selalu doakan saya. Rahim saya tak sakit dah... Badan saya pun tak lesu," khabarnya gembira. Setiap kali dia mengadu kesakitan sebelum ini, Mahfuz akan membacakan doa dan mengusap rahimnya. Sakit yang dialami angkara sihir Balqis terungkai jua.

"Alhamdulillah." Mahfuz tersenyum nipis mendengar khabar gembira itu. Sekurang-kurangnya, ada juga hal gembira buat pasangan itu.

"Kalau tak... Senggugut saya teruk sangat sampai menangis siang malam. Darah pula putus-putus macam tak nak keluar. Kadang-kadang saya risau yang rahim saya tak sihat macam orang lain. Dengan keputihan teruk..." luah gadis itu. Dia yang kerap mengambil pil perancang ketika bersama Khairul mengalami pelbagai masalah dalaman. Hidupnya tidak sihat, emosi pula didera.

"Sekarang ni?" Sisi wajah Fatihah dikucup lembut.

"Sekarang ni saya rasa makin sihat." Fatihah mengangguk dan tersenyum. Bekas bibir Mahfuz pada pipinya disentuh.

"InsyaAllah, semuanya akan bertambah baik. Abang dah janji nak jaga awak, jadi abang akan tunaikan. Ini pun akan jadi rumah anak-anak abang." Mahfuz mengusap perut isterinya penuh kasih. Layanan yang teristimewa membuaikan Fatihah dalam lautan cinta. Dia rela lemas dengan kasih Mahfuz.

Senyuman Fatihah tidak lekang. Tangannya direhatkan pada telapak tangan Mahfuz yang masih mengusap abdomen perut. "Anak kita berdua."

"Tapikan kalau boleh... Abang nak bawa awak ke tanah haram sementara kita masih hidup berdua," bisik Mahfuz.

"Bila?" Fatihah agak terkejut.

"Mungkin Ramadhan tahun ni... Abang ada berbincang dengan walid dan ummi untuk sambut Aidilfitri di sana. Walid ramai kenalan dekat tanah Arab... Selalunya kawan-kawan walid akan bantu kami nak ke sana dengan mudah. Insya Allah, tahun ni jadi lebih istimewa sebab saya akan bawa isteri saya ni... " Telunjuk Mahfuz menyentuh pucuk hidung gadis itu.

" Betul ke, abang?" Hatinya bertambah teruja. Fatihah memandang Mahfuz dengan sepenuh perhatian.

" Ya. Insya Allah... Awak boleh tengok anak-anak Arab dekat sana, mana tahu melekat muka Arab pada zuriat kita," seloroh Mahfuz diiringi senyuman manisnya.

"Saya nak sangat ke sana... Nak sangat-sangat," kata Fatihah seikhlas hati. Itulah doanya semenjak berhijrah, yakni ingin menjejakkan kaki ke tanah haram.

"Tapi... Ada syaratnya..." Tiba-tiba Mahfuz memotong.

"Apa, abang? Kalau abang nak suruh saya keluarkan duit... Saya tak ada duit..." sayu gadis itu. Bibir bawahnya terkeluar sedikit.

"Bukan begitu. Abang cuma nak Fatihah khatamkan dulu sirah nabawwiyah. Barulah perjalanan kita ke sana akan lebih bermakna." Sebelum dibawa Fatihah ke tempat suci, haruslah dikenalkan dahulu cinta yang hakiki. Tanah haram itu telah tertumpah banyak darah pejuang Islam, di mana kekasih mereka wafat.

"Nak belajar dengan siapa?"

"Dengan abang. Kita belajar, ya? Abang akan cuba habiskan pengajian kita sebelum Ramadhan. Insya Allah... Lepas tu kita boleh berangkat ke tanah haram."

"Boleh!" sahut Fatihah teruja.

Sifat keanak-anakan Fatihah menghiburkan hati sang suami. Mahfuz sentiasa terhibur dengan telatah manja isterinya.

"Jom kita masuk tidur?" pelawa lelaki itu. Dia mengesot ke ruangan tidurnya sambil mata kekal menatap wajah gadis itu.

Sudah menjadi kebiasaan buat Mahfuz membacakan beberapa surah Al-Quran dan ayat pilihan yang telah dihafal sebelum Fatihah melelapkan mata.

Sayup bacaan satu doa dihembuskan Mahfuz pada telapak tangan. Kemudian telapak tangan yang sama diturunkan mengusap kawasan rahim Fatihah.

Fatihah mengizinkan syurganya berbuat begitu. Semakin lama, sakit akibat onani itu berkurangan. Dia dapat rasakan satu perubahan dalam diri.

Mahfuz menghadiahkannya satu senyuman.

"Ya Allah, jadikan aku isteri yang solehah kepada suamiku ini. Aku ingin berada di sisinya setiap masa dan mencukupkan segala kekurangan yang terbuku di dada Mahfuz," ucap hati kecil Nur Fatihah.

Bagaikan masalah cetusan Khairul itu terlenyap seketika. Fatihah leka memandang Mahfuz hinggalah kelopak matanya terkatup dengan sendiri. Tidak bosan menatap lelaki itu setiap hari.

***

Khairul meledakkan tawa yang besar. Seluar jeans yang tersadai di atas lantai dicapai dan disarungkan dalam kegelapan malam. Puas nafsunya dilepaskan pada seorang gadis sunti. Dia melakukan perkara yang sama seperti yang telah dilakukan pada Fatihah si jalang itu.

Cumanya, mangsa pada hari ini tidak cukup kuat buat melayan layanan kasar Khairul. Memang hanya Fatihah sahaja yang mampu menanggung nafsu kuda lelaki itu.

Esakan tangisan anak dara yang sudah ditebuk tidak diendahkan Khairul. Dia yang tidak berbaju mengheret tangan gadis itu turun dari katil. Gadis itu tidak terselindung dengan apa-apa pakaian. Titisan air mata kesakitan mengalir di pipi.

Dalam keterpaksaan, tubuh lemahnya dihumban Khairul ke dalam bilik air. Lelaki itu memulas pancuran air panas bagi menghabuskan segala bukti yang tersisa pada badan peneman malam itu. Air mani, peluh dan liur pun dibilas pergi. Terketar-ketar tangan memeluk tubuhnya yang kesakitan. Pada betis terdapat lebam, jinjang leher kemerahan digigit syaitan itu. Luka gigitan kasar Khairul berbisa tatkala dilalukan air panas. Pada kemaluan pula terkumpul segala kesakitan nyata. Bahagian tisu faraj telah pun terkoyak sedikit.

Namun, keperitan yang dialami oleh gadis itu hanyalah secebis daripada peristiwa gelap Fatihah. Fatihah mengalami luka yang dalam, alat sulitnya melecet dan berdarah setiap masa.

"Sa-sakit..." Adu gadis itu. Dia memandang Khairul meminta belas kasihan. "Tutup air tu..."

Lelaki tidak berbaju itu menggaru kepala yang tidak gatal. Dia tidak mengerti mengapa perempuan di hadapannya tidak mampu menanggung keseronokan tadi. Perlahan-lahan Khairul turun bercangkung, dagu gadis itu ditarik ke atas.

"Aku tak pakai apa-apa protection tadi... Lebih baik kau cepat mandi dan pergi klinik. Dekat sana doktor akan bagi kau satu ubat untuk sekat terus air mani aku daripada bersenyawa dalam rahim kau," terang Khairul.

"Tapi... Pastikan kau mandi betul-betul. Kalau kau tak nak mandi, aku yang akan mandikan," bisik Khairul. DNAnya tidak boleh dibawa keluar.

Gadis itu pun mengangguk lemah. Kerdipan mata semakin kuyu. Pancuran air panas kembali dilalukan pada kulitnya. Sakit tadi ditahan, dia membersihkan setiap inchi tubuh badan. Pandangan helang Khairul yang menanti di pintu bilik air lebih ditakuti.

Hujung bibir Khairul terjungkit. Tangan membawa keluar dompet kulit. Sambil menanti si gadis selesai mandi, dia mengira wang bayaran.

"Jangan sesekali kau sebut nama aku masa buat laporan pihak polis. Ingat satu nama ni, Mahfuz. M-A-H-F-U-Z." Khairul siap mengeja lagi akan satu nama yang amat dibenci.

Usai bersiram, gadis itu melintasi perogolnya. Dia berlabuh di birai katil dan mahu mengambil pakaian tadi.

" Jangan pakai baju tu," larang Khairul. Dibimbangi ada air maninya yang tersisa pada pakaian mangsa. Otak cergas lelaki itu sentiasa menyelamatkan keadaan. Sepersalinan baju yang sempat dibeli sebelum naik ke hotel diserahkan pada gadis itu.

"Cepat sikit pakai. Aku akan hantar kau ke klinik," kata Khairul. Bayaran RM500 diserahkan pada tangan si gadis.

Dunianya perlahan. Gadis yang baru sahaja dirogol itu memandang wajah Khairul. Dia tidak dapat berjalan dengan elok, kesakitan yang dialami telah pun melemahkan seluruh badan. Terpinga-pinga apabila melihat ke sekeliling.

Sekelip mata, dia telah ditinggalkan Khairul di hadapan sebuah klinik swasta. Gadis itu memaksa kaki melangkah sebelum badan jatuh menyembah bumi betul-betul di hadapan pintu masuk klinik. Beberapa petugas perubatan lekas mengusung tubuh kecilnya untuk dibaringkan ke atas katil.

Beberapa pemeriksaan dibuat. Akhirnya, tahulah mereka yang gadis itu telah dirogol. Bahagian alat sulit si dara terkoyak dan luka. Badannya panas membahang. Barangkali trauma atas perbuatan zalim Khairul.

Dia yang dipelawa buat berjumpa atas soal kerja menjadi mangsa lelaki itu. Nama Mahfuz masih dalam ingatan.

"Kalau kau tak sebut nama Mahfuz pada polis, aku akan jadikan kau hamba seks aku seumur hidup."

Itulah ayat terakhir Khairul yang diingati sebelum gadis itu ditolak keluar dari perut kereta.

.
.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).
.
.
.

***
votexkomen
***

korang tak rasa sedih ke? :') i mean, Mahfuz yg akan tanggung sabitan merogol anak dara orang. Sudahlah dia kena fitnah jual gambar isteri dekat web porno.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro