08 Fitnah
"Mana Irsyad?" Ridaknya dielokkan kedudukan pada bahu. Guru muda itu sedikit berkerut tatkala menyedari seorang pelajar lelaki dari kelasnya tidak hadirkan ke kelas pada petang hari.
"Katanya Irsyad tak sihat. Dia berehat dalam asrama," khabar Abdullah. Dia menyaingi langkah Mahfuz ke arah rak kasut.
"Dia sakit apa? Ustaz tak sempat lagi nak berjumpa dengan dia... Hari tu pun ustaz terburu-buru nak berbuka puasa dengan isteri sampai terabaikan Irsyad. Rasa bersalah pula," kata Mahfuz. Keluhan terbit di bibir. Waktunya harus diuruskan kembali dengan baik. Tak mahu perkara begini terjadi lagi. Kaki kanan menyarungkan capal disusuli kaki kiri dek ikutan sunnah Rasulullah ﷺ.
"Tak tahulah, ustaz. Katil saya jauh dari katil dia. Irsyad tu... Lagi suka menyendiri daripada bergaul dengan kami. Nampak macam ada masalah. Bila saya tanya tentang masalah tu, dia elakkan diri. Dia cuma nak bercakap dengan ustaz." Abdullah cuba membantu hasrat sahabat barunya untuk bertemu dengan Mahfuz. Beberapa pelajar kelasnya yang lain telah pun berada di halaman rumah Balawi buat pulang ke asrama.
" Insya Allah, nanti ustaz jumpa Irsyad. Sampaikan salam dan maaf ustaz pada dia." Kesibukan mengajar meletakkan Mahfuz jauh daripada telefon pintar. Sebolehnya dia sedang kurangkan penggunaan gadget itu agar masanya yang terluang dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Dia yang berkopiah putih meneruskan langkah untuk ke bahu jalan.
Pintu kereta dibuka seraya langkahan memasuki ke tempat duduk pemanduan. Mahfuz menghidupkan telefon pintar sesaat selepas itu.
Fitnah menular sangat pantas. Berita sensasi yang disabitkan dengan nama seorang ustaz cepat sekali tersebar dalam kalangan masyarakat dengan kuasa dunia tanpa batasan. Namun, ia terpelihara daripada pengetahuan anak-anak di rumah Balawi kerana mereka tidak dibenarkan menggunakan telefon pintar ketika di asrama.
Sungguh gambar sebegini mengejutkan jantung seorang suami. Lensa hazel Mahfuz tertancap pada beberapa keping gambar yang seakan-akan beraut Fatihah. Figura seorang perempuan dalam pakaian lingerie hitam telah diguna pakai untuk posting itu. Posisi yang menggiurkan lelaki terpamer tanpa halangan. Wajah yang seakan-akan Fatihah sedang asyik berasmara di atas katil.
"Ya Allah..."
Barangkali ini perbuatan Khairul yang tidak penat mengganggu rumah tangganya. Mahfuz memejamkan mata erat. Memang dia sudah membuat persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi pelbagai kemungkinan ketika membuat keputusan beristerikan gadis yang terlanjur. Namun, hatinya tidak sanggup berhadapan dengan ini.
Isterinya diperlihatkan seperti seorang pelacur. Pakaian separuh bogel itu langsung tidak menyorokkan apa-apa lekukan malah menambahkan keseksian lagi. Khairul telah pun memijak maruah Fatihah.
Air mata hangat seorang suami menitis. Maruah Fatihah juga adalah maruahnya.
Berduyun-duyun pesanan mesej memasuki peti perbualan. Kebanyakan isinya sama sahaja yakni untuk mensahihkan berita tularan yang telah dibuat si fulan. Mahfuz yang hendak menghidupkan enjin kereta terkaku sendiri. Air mata dikesat kasar. Peti perbualan mesej Arif, rakan baiknya dibuka terlebih dahulu. Sungguh pun fikirannya begitu terkesan saat itu.
"Ya Allah..." bisik Mahfuz.
Gambar mencolok mata berwajahkan isterinya menyakitkan hati. Kalimah istighfar dipanjatkan agar diberikan ketenangan. Mahfuz tidak ingin keadaan bertukar buruk apabila emosinya mengatasi akal.
Arif cuma mengatakan bahawa dia akan ke rumah Mahfuz selepas pulang dari tempat kerja.
Nafas lega tidak dapat dihelakan dengan itu. Nombor telefon Mahfuz terus dihantarkan pelbagai mesej daripada nombor di luar kenalannya. Dia tidak tahu tentang si pemilik nombor, tiba-tiba sahaja celaan dan hinaan diterima.
"Penunggang agama."
"Ustaz sampah. Kau jual gambar bini kau untuk duit?"
"Bangs*t. Tak malu ke?"
Telefon pintar ditolak ke tepi. Dikira-kira Fatihah masih tidak mengetahui perihal ini. Dahi perlahan-lahan diturunkan bersandar pada stereng kereta. Lemah tangannya mahu menghidupkan enjin.
Aku nak buat confession dekat sini. Dulu aku pernah ada teman wanita, dia baik sangat. Kami dah jalinkan hubungan selama lapan tahun. Hinggalah suatu hari ada seorang ustaz datang untuk memperisterikan dia. Aku akur dengan keputusan awek aku sebab aku sedar yang ustaz tu lebih tinggi agamanya. Lelaki itu lebih baik buat perempuan yang aku sayang. Takpe, aku terima.
Dalam minggu lepas aku dikhabarkan dengan gambar dan video ex-girlfriend aku. Aku pelik juga mana kawan-kawan aku dapat. Setahunya, ex-girlfriend aku tu seorang pemalu dan sangat menjaga diri semasa kami berhubung sampaikan aku nak pegang tangan sikit pun dia tak bagi. Lepas sahaja aku selidik, rupanya gambar dan video lucah tu disebarkan suami dia. Si ustaz tadi paksa isteri dia buat aksi lucah macam video-video pornografi untuk kepuasan sendiri. Aku boleh terima kalau ustaz tu nak puaskan nafsu je tapi dia sebarkan pula aib isteri dia untuk dapatkan duit. Mana-mana laman web lucah memang akan ada gambar dan video isteri dia.
Aku tak tahulah apa perasaan ex-girlfriend aku sekarang ni. Dia yang elok bertudung dibuat hamba seks dalam rumah seorang ustaz. Jujur, aku takkan maafkan ustaz tu seumur hidup. Harap je jadi pengurus rumah tahfiz tapi perangai melebihi syaitan.
Semalam, aku baru dapat mesej daripada bekas awek aku tu. Dia mengadu yang faraj dia sakit sangat, rasa macam dah terkoyak dan melecet sebab ustaz tu paksa dia buat hubungan sampai berjam-jam dan tak ambil kira penat perempuan tu. Paling teruk, setiap hari ustaz tu akan minta pada ex-girlfriend aku untuk naikkan syahwat dia. Ustaz tu memang dah gila. Depan mata orang lain elok je berjubah, dalam rumah? Dia lah syaitan yang menyeksa bini sendiri, yang hanya melihat isteri dia tak ubah macam alat seks. Isteri dia nak keluar rumah pun langsung tak diizinkan. Ni lah suami dajjal akhir zaman. Aku tinggalkan nombor telefon ustaz gila tu dekat sini. Ikut koranglah nak buat apa.
Gambar Mahfuz yang diambil daripada sesawang google pantas digunakan Khairul bagi menambah perisa. Mudah sahaja sebenarnya untuk mendapatkan gambar Mahfuz kerana lelaki itu graduan Mesir yang aktif menyertai pelbagai program. Cukup dengan menaip nama penuh Mahfuz, berderet gambar-gambar kepunyaan lelaki itu akan keluar.
Mahfuz beristighfar panjang.
Sejak bernikah minggu lalu, dia langsung tidak pernah berjimak dengan Fatihah. Pesanan ummi dipatuhi, dia tidak akan menggauli isterinya hingga tempoh suci haid yang terakhir tamat.
Tuduhan menjadikan isteri sendiri sebagai hamba seks itu sudah melampaui batas. Bahkan hati seorang suami disiat-siat melihat figura sang isteri dalam pakaian yang habis menampakkan warna kulit dan bentuk buah dada bak wanita murah yang bisa dibayar harganya. Aib isterinya terbuka pada mata lain.
Menitis-nitis air mata lelaki itu. Kopiahnya ditanggalkan dan diletakkan ke atas dashboard kereta.
Dia cuba menjaga Fatihah seikhlas hati. Dia cuba melindungi gadis yang telah menderita dengan zaman jahilnya. Berat ujian ini menimpa mereka berdua.
Lelaki itu mula bernafas menggunakan mulut. Jantung berdegup kencang seperti larian.
"Mahfuz, sabar," pujuk sang hati. Betapa geramnya dia terhadap perbuatan hina Khairul. Andailah Khairul ada di hadapan mata, sudah pasti Mahfuz melunyaikan wajahnya.
***
Dengan sabar menanti kepulangan suami. Fatihah membentukkan doh tepung di sebelah mertuanya. Hati melonjak gembira apabila jam menunjukkan angka lima. Dia mahu duduk berdua dengan Mahfuz pada petang ini.
"Ummi, hari ni haid Fatihah datang."
"Ya? Baguslah. Tempoh tu akan berakhir tak lama lagi." Puan Munirah senang mendengar. Dilihat keikhlasan gadis itu dalam menjadi sebahagian daripada keluarganya bukanlah sesuatu kepuraan.
"Ummi doakan Fatihah dan Mahfuz tau," pinta Fatihah. Dia mahu pulihkan nafsunya saat itu agar nanti apabila Mahfuz hendak menggaulinya, dia mampu menjadi seperti gadis normal. Akibat asyik berzina dan beronani sebelum ini, farajnya jadi kian tidak sensitif dan mengering. Sudahlah pernah dijahit dan dilukai, ransangan biasa tidak mampu menaikkan syahwatnya. Itu amat ditakuti kerana apabila berjimak dalam keterpaksaan, nanti bahagian alat sulitnya akan melecet dan menjadi ulcer yang sungguh menyakitkan. Kelak, dia akan menangis lagi dan tidak mahu bersama Mahfuz.
Kesan beronani itu terasa lebih berat setelah bergelar seorang isteri. Sungguh Fatihah takutkan keadaannya sebegini akan menyedihkan Mahfuz. Takkanlah apabila hendak bersama dia terpaksa menonton video pornografi terlebih dahulu untuk meransang syahwat? Anak yang terkandung dalam rahim pula akan digelar anak hasil tontonan video pornografi.
Nauzubillah.
"Insya Allah. Ummi nampak yang Mahfuz tengah mabuk cintakan Fatihah," ujar ummi.
"Takdelah sampai macam tu, ummi." Pipi Fatihah berona bak tomato. Dia tahu pasti ada mata yang memandang ketika berpelukan semalam di beranda rumah. Perasaan malunya membaluti jiwa.
Bunyi salam dari luar rumah memanggil Fatihah. Mulalah hati jadi tidak keruan mahu berjumpa pengarang jiwa. Dia segera membersihkan tangan dan meminta izin untuk menyambut suami yang baru pulang dari rumah pengajian.
Mata bertaut.
Fatihah memandang wajah lelaki itu sesudah bersalam dan mengucup kekura tangan di bingkai pintu utama. Jari naik dengan sendiri buat menyentuh wajah suaminya.
"Kenapa muka abang pucat? Dada abang sakit lagi?" Khuatirnya tak dibuat-buat. Putih wajah sang suami bagaikan tiada aliran darah. Fatihah pun merangkul lengan Mahfuz dan berjalan ke ruang tamu. Suami yang keletihan terlebih dahulu mahu dilayan. "Saya ambilkan air ya?"
"Tak payah. Duduk dengan abang sekejap. Abang ada benda penting nak cakap," potong Mahfuz. Permintaan itu ditunaikan tanpa persoalan.
Fatihah akur untuk berlabuh di atas papan kerusi yang sama. Lutut mereka bertemu menandakan kedudukan yang rapat bersebelahan. Kekura tangan sedang disentuh lelaki itu, wajah pun diangkat memandang. "Ada apa, abang?"
Tekaan Mahfuz benar belaka. Fatihah masih tidak tahu bahawa gambar seksinya telah tersebar kepada umum. Kerisauan yang terpeta pada hati gadis itu hanyalah atas tahap kesihatan Mahfuz. "Abang ada berita buruk... Tapi awak dengar baik-baik, ya?"
Fatihah menjatuhkan kepala, dia menyimpulkan senyuman kecil.
"Khairul buat fitnah pada kita. Dia kata abang buat awak macam haiwan dekat rumah. Macam-macam lagi benda buruk yang dia sebarkan... Abang sendiri tak sanggup nak sebut," ujar Mahfuz.
Kerana perkataan yang buruk maknanya tidak pantas dilantunkan pada isterinya yang baru hendak berhijrah. Kulit tangan isterinya diusap lembut. Biarlah dia saja yang tahu hinaan penuh itu. Cinta dan sayang pada isteri disimpulkan dengan satu perlindungan.
"Awak jangan keluar rumah ya buat masa ni? Telefon awak pun... Tak payah guna sangat. Saya takut Khairul dera mental dan emosi awak nanti. Kalau nak hubungi saya, guna telefon ummi atau walid," sambung lelaki itu.
Lidah Fatihah terkelu. Tekaknya berpasir umpama ketandusan air hinggakan sukar untuk menuturkan kata. "Kenapa Khairul ganggu kita?"
"Sebab cemburu dan hasad. Tanpa nilai kemanusiaan, manusia dan haiwan tak lagi boleh dibezakan. Sabar, ya? Benda ni tak lama... Mesti nanti akan ada pelangi. Awak dengar cakap saya dan rehat dekat rumah," kata Mahfuz. Dada sendiri dihempap rasa sakit dek terlalu memikirkan berseorangan tadi. Namun, apabila berkongsi rasa bebanan itu seakan menghilang.
"Dia sebarkan fitnah atas nama suami saya..." bisik Fatihah. Matanya berkaca dan merenung sang suami tidak lepas. Barangkali terlalu terkejut atas tindakan bodoh Khairul kali ini hingga dia tak mampu berfikir panjang. "Dia buat suami saya..."
"Kita berdua tahu berita tu tak benar. Ummi dan walid pun tahu apa yang kita lakukan dekat rumah. Tak pernah walau sekali saya perhambakan awak. Kita ada keluarga kita untuk jadi tulang belakang. Tak apa, biarkan je fitnah tu berlalu." Mahfuz berlaku tenang demi kebaikan kesihatannya dan emosi isteri. Jika dia melenting tak tentu pasal, kelak tekanan darah akan meningkat dan menyakiti jantung.
"Dekat mana dia sebarkan?" Gugur mutiara jernih di tubir. Gadis itu menundukkan wajah. Lapan tahun mengenali Khairul bukan jaminan untum dia lari daripada lelaki bertopengkan syaitan itu.
"Media sosial. Ramai yang dah tahu... Nombor telefon abang kena jaja. Abang terima banyak mesej carutan," jujur Mahfuz.
"Dia dah melampau..."
"Arif pesan pada abang untuk matikan telefon buat sementara waktu. Kalau ada apa-apa berita penting pun, orang-orang yang abang percaya akan hubungi ummi dan walid buat sampaikan berita tu." Bahu Fatihah dielus lembut. Lega Arif sentiasa bersama-sama dalam menempuh ujian kehidupan. Sekurang-kurangnya jiwa kelakian tidak mudah luluh.
"Saya takut..." ucap Fatihah. Perlahan-lahan merebahkan diri pada dada Mahfuz. Nyeri kesakitan pada kemaluannya hadir sebagai satu ilusi. Tangannya akan dicengkam kuat, kaki pula ditindih hingga berlebam. Luka pada alat sulit tidak diendahkan dan Khairul berupa binatang menderanya. Tangisan Fatihah menahan sakit umpama lagu merdu di tepi telinga Khairul, yang sentiasa mahu dimainkan.
Tubuh Mahfuz dipeluk erat. Kepala menggeleng-geleng dengan harapan ilusi itu pergi. Peristiwa gelap pada tahun lepas amat ditakuti bahkan bayangan jahat Khairul menghantui dirinya.
"Fatihah, kita masuk bilik ya? Ambil wuduk dan tenangkan diri..." Terukir senyuman nipis di bibir lelaki itu.
Baik terlalu gembira atau terlalu sedih, pulangkanlah rasa itu kepada Sang Pencipta. Dia juga pemilik hati ini yang mencipta pelbagai jenis perasaan.
Sudah pukul 6 petang.
Pasangan suami isteri itu beransur ke kamar rehat. Mereka mengambil wuduk bergilir-gilir sebelum duduk di atas hamparan sejadah baldu hijau.
Tidak lama lagi pun waktu Maghrib akan melewati. Ada baiknya mereka hanya duduk berdua dan membacakan ayat suci AlQuran berbanding menyerabutkan fikiran dengan penganiayaan itu.
.
.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).
.
.
.
***
votexkomen
***
update!! rajin la author ni, rajin jgk reader nak baca ehhe
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro