07 Penyakit
Hubungan dengan lelaki awal 30-an itu berakhir tatkala berita khabaran bahawa si dia hendak bertunang sampai ke gegendang telinga. Fatihah terpaksa mengundurkan diri untuk tidak menganggu lelaki itu lagi. Tidak sampai tiga hari berlalu, dia dipertemukan pula dengan seorang lelaki kaya yang mampu membiayai apa sahaja. Untung mempunyai rupa paras penggoda, petik jari sahaja lelaki akan menggiurkannya siang dan malam.
Inilah permulaan gadis itu menggadaikan kemaluannya buat dinikmati lelaki ajnabi. Namanya Khairul, rupanya tampan. Anak orang kaya pula. Satu pakej bonus hadir kepada Nur Fatihah yang berusia 17 tahun. Pada mulanya Khairul hanya mengajak membuat aksi ringan sahaja seperti cumbuan. Akhirnya, mereka meniduri sesama sendiri di dalam hotel.
Ketagihan itu kian memburuk.
Hampir setiap minggu pasti Fatihah akan menggadai maruahnya kepada lelaki itu. Mereka berdua akan meluangkan masa seketika buat menonton video pronografi lalu melangsungkan terus aksi yang sama seperti tayangan berkenaan.
Dia dan lelaki itu sangat gembira. Mereka memuaskan kehendak masing-masing. Bayaran yang diibaratkan nafkah kepada Fatihah pula menjadi duit poket. Fatihah sudah tidak perlu bersusah payah mencari pekerjaan luar. Cukup dengan melacurkan diri pada teman lelakinya.
Perhubungan mereka bukanlah sebulan dua. Ini merupakan tempoh yang terpaling lama. Daripada usianya 17 tahun hingga berganjak kepada 25 tahun, Fatihah setia dengan lelaki yang sama. Lapan tahun tempoh waktu berzina, dosa mengalir tidak henti. Setiap saat, setiap detik.
Khairul telah menukarkannya kepada perempuan simpanan yang bernafsukan haiwan. Hanya Khairul sahaja yang mampu memuaskan kehendak binatangnya. Layanan lelaki lain tidak sama seperti Khairul, nyata Fatihah telah mencuba untuk berzina dengan lelaki asing. Hasilnya, syahwat langsung tidak memuncak. Disebabkan inilah dia akan kembali melutut pada lelaki itu buat melayaninya.
Tuntutan berkenaan bukanlah percuma. Nafsu Khairul sentiasa membuak-buak dan sudah selesa dengan gadis ini. Dia mengkasari Fatihah sebolehnya dalam hubungan intim seperti tayangan video maksiat negara luar.
Hinggalah satu ketika, Fatihah terduduk dalam kehidupan maksiatnya. Kemaluannya berasa amat perit akibat melecet hebat. Jangkitan kuman pula berlaku dek asyik memasukkan benda asing ke ruangan vagina. Hendak berjalan pun perit, apatah lagi apabila membuang air kecil.
Dia sentiasa menangis ketika mandi. Air paip yang dilihat biasa bertukar menjadi bisa pada farajnya.
Malang sekali Khairul tidak mengendahkan rayuan Fatihah yang kesakitan. Keesokannya Khairul meniduri gadis itu lagi, aksi ganasnya mengoyakkan kemaluan dalam tidak rela.
Fatihah pulang ke rumah dalam tangisan. Semalaman dia tidak mampu melelapkan mata. Darah luka mengalir dengan sendiri. Bergetar jiwa menahan perit ini. Namun, dia sedar hidupnya sekangkang kera. Sakit yang dihadapi tidak akan diendahkan sesiapa pun. Khairul itu ibarat syaitan yang bertopengkan manusia.
Pemeriksaan di klinik mengatakan kemaluannya terkoyak dan terpaksa dilakukan jahitan. Apabila doktor menanya tentang itu, Fatihah hanya menyepikan diri. Selama ini, perempuan bersalin sahaja yang terkoyak tisu lembut vagina. Dia ini pula menghadapi luka yang sama akibat hubungan haram dengan lelaki liar. Khairul mengkasarinya seumpana patung yang tidak punya perasaan selama berbulan-bulan sedangkan sebelum ini lelaki itu masih berlembut.
Bukan setakat itu sahaja, dia mendapat penyakit kencing kotor dan jangkitan kuman tahap satu di kemaluan. Fatihah sedar yang kebelakangan ini dia sudah tidak mampu menahan air kencing sendiri. Farajnya hampir kehilangan funsi dek perbuatan Khairul dan kerelaan sendiri. Air kencing akan meleleh dengan sendiri setiap masa. Perkara ini lagi menyedihkan gadis itu.
Pulangnya dia dalam kesakitan. Dia bergantung pada ubat penahan sakit setiap hari bagi bertahan dengan kesakitan jahitan oada bahagian faraj.
Jiwanya tenat. Kepuasan seks tidak lagi menggembirakan. Seminggu jua Fatihah berkurung tidak keluar ke mana-mana sebelum membuat keputusan bagi menghilangkan jejak daripada Khairul.
Telatah si gadis menikmati coklat di hadapan mata mencuit hatinya. Rasa sakit tadi bagaikan menyembuh sendiri dengan cinta ini. "Sedap?"
Laju Fatihah menangguk. Giginya tersisa comotan coklat apabila tersengih. Kemasan emas yang membaluti coklat itu dikoyakkan penuh cermat. Angin petang dinikmati bersama-sama, lembut sahaja sapaannya di tulang pipi.
Coklat ialah antara makanan yang dapat melonjakkan hormon dopamine dalam badan. Tak hairanlah apabila kesedihan, coklat ini mampu menggembirakan hati dek sifat kimianya.
Gadis itu menggigit bar coklat Cadbury belian suaminya perlahan-lahan, menikmati setiap kacang badam dan jelly yang menghiasi rasa pada dorsum lidah. VTA di otak teransang dengan kehadiran dopamine dalam salur darahnya. Tahap kepuasan yang diperolehi ketika beronani langsung tidak terlintas di fikiran kerana tubuhnya sudah memperolehi kepuasan melalui pemakanan. Pemakanan coklat juga mampu menghilangkan ketagihan terhadap apa-apa.
"Makanlah semua coklat yang ada dalam peti sejuk tu. Esok abang beli jenama lain pula, ya?" kata Mahfuz. Dagunya ditongkat, mata pula tenang memandang wajah sang isteri.
"Lama-lama saya boleh dapat kencing manis kalau macam ni," seloroh Fatihah. Dia ketawa sendiri sambil mengesat tepi bibir yang comot menggunakan tisu. "Nak?" tawarnya. Bar coklat itu disuakan pada mulut Mahfuz yang tertutup kedap.
"Abang tak lalu... Lagipun abang tak boleh makan coklat sangat. Awak makanlah semuanya," kata Mahfuz. Tulang belakang diluruskan bersandar di bahu kerusi.
"Yeke..." Bibir bawahnya dicebikkan. Kecewa dek tidak dapat berkongsi makanan dengan suaminya. "Abang takkan sakit dah kan macam malam tadi?"
Pelipis yang tidak gatal digaru pemilik mata hazel itu. Dia sendiri tidak tahu nasibnya keesokan hari. "Tengoklah apa kata doktor... Kalau abang kena masuk dewan bedah, macam tu lah..."
"Eh, abang takde kata pun tentang pembedahan sebelum ni." Hairan si gadis. Kelipan tudung di tepi pipi dikemaskan meskipun hanya ada Mahfuz di beranda itu. Dia mahu tampak cantik pada pandangan mata suami halalnya.
"Benda ni tak pasti lagi, abang pun masih menunggu keputusan doktor. Kita tengoklah nanti sama ada abang perlukan pembedahan atau pun tidak. Ubat tu dah tak berkesan macam dulu. Jantung abang tetap sakit..." luah Mahfuz. Mata jauh memenungkan gantungan pokok bunga hijau di halaman rumah. Pandai sungguh Puan Munirah berkebun, elok sahaja tumbuhan yang ditanam.
Soal kesihatannya tidak menemui kata muktamad lagi.
"Abang jangan main-main... Abang tahu kan saya cintakan, abang?" Gadis itu meletakkan coklatnya di atas meja bulat yang memisahkan mereka berdua. Habis selera makan hilang gara-gara risaukan lelaki itu. Anak mata menurun, barangkali sesaat dua lagi tangisannya akan pecah. Sensitifnya gadis comot itu pada hari ini. Diusik sedikit pun sudah rapuh.
Wajah sayu Fatihah memaksa lelaki itu menghapuskan aura sedihnya dengan segera. Dia memaniskan wajah lalu mencuit pucuk hidung isterinya. "Tak baik masamkan muka depan suami..."
"Abang tu... Saya menangis baru abang tahu..."
Mahfuz ketawa halus. "Makan sampai habis..." Coklat yang tersadai di atas meja dipegang lelaki itu. "Makan banyak-banyak. Esok lusa nak ke kelas dan belajar kitab... Biar ada tenaga nanti." Sambil mulut membebel, sambil itulah tangan menemukan bar coklat pada muncungan bibir Fatihah.
"Abang..." Dileretkan panggilan berkenaan, pura-pura kerimasan padahal hati memang gemar Mahfuz memujuknya. Fatihah mengekalkan wajah cemberut yang dibuat-buat. "Orang risaukan dia, dia boleh pula paksa orang makan coklat..."
Mahfuz menarik nafas dalam. Dia menarik kerusi kepada kedudukan yang lebih rapat lalu mendakap tubuh kurus si isteri daripada tepi. "Abang tak kisah pun kalau kena bedah atau apa... Sebab awak akan tunggu dan jaga abang, kan?"
Gemersik suara garau lelaki ini mudah sekali menjerumus ke dalam lubuk hati yang terdalam. Fatihah menjadi cendana, lantunan suara Mahfuz sungguh dekat dengannya. Dia terkelip-kelip menahan tangisan. Kembang kempis hidung disorokkan.
"Abang tak tahu apa akan jadi nanti... Tapi janji ya yang awak akan tetap berusaha untuk berubah? Tetap berusaha untuk jadi isteri solehah abang walaupun abang tak dapat teman awak," sambung Mahfuz. Sisi wajah direhatkan pada bahu gadis kesayangannya.
Sejauh ini langkah telah tercipta. Fatihah menjatuhkan pandangan pada tangan Mahfuz yang sedang memeluknya. Kadang-kadang dia menyangkakan ini hanyalah mimpi, yang sebenarnya dia masih menjadi hamba seks Khairul. Kadang-kadang dia mahu menampar diri dan memastikan itu adalah realiti. Ternyata kehadiran Mahfuz bukanlah mimpi di siang hari. Hangat pelukan lelaki itu terasa jelas sekali.
"Saya akan cuba jadi seorang wanita solehah yang mencintai suaminya. Bila suami meminta apa-apa, dia turutkan tanpa keluh. Bila suami kegusaran, dia datang memberikan ketenangan. Bila hari tak seindah semalam, dia terus cuba menjadi sinar. Dia cuba menjaga solat lima waktu, sebelum berpuasa kebenaran suaminya akan diminta. Mahfuz, saya akan cuba..." Hangat air mata bertemu dengan hangat ibu jari lelaki itu. Mahfuz menyeka air matanya lembut. Fatihah tidak mengerti atas asbab apa Mahfuz memilihnya sebagai isteri.
"Janganlah menangis," bisik Mahfuz. Senyuman nipisnya terpampang.
"Awak mesti dah bosan, kan? Asyik-asyik muka selekeh ni nak menangis setiap hari..." Terhinjut-hinjut bahu Fatihah. Lemahnya dia kerana takutkan derita lama kembali.
"Tak, saya tak bosan. Kenapa saya nak bosan dengan nikmat Tuhan? Nikmat ini saya cuba jaga dan syukuri sepanjang masa." Mahfuz kembali memeluk gadis itu. Wajah Fatihah berlabuh pada ceruk lehernya. Desahan nafas tangisan teresak-esak menampar.
Alunan zikir menemani tangis sesalan Fatihah. Suara garau Mahfuz seakan-akan cocok sekali untuk didengari jiwa yang lara. Diam gadis itu dalam pelukan suaminya.
Amat berharap bahawa semua ini bukanlah mimpi semata-mata. Namun, andai ini mimpi... Biarlah dia lena dalam pelukan Mahfuz buat selama-lamanya.
.
.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).
.
.
.
***
votexkomen
***
triple update!!
biarpun tak ramai baca. nak update jgk. apa perasaan korang dah sampai bab 7 ni? Jujurlah, sedih tengok kisah hidup Fatihah dulu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro