Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

06 Cuti

Di otak setiap manusia terdapat satu bahagian yang ringkasnya dipanggil VTA.

Lensa mata disajikan dengan video pornografi untuk memuaskan kehendaknya. Semakin hari, alat peransang yang dibeli tidak cukup untuk menyampaikan dia kepada kemuncak syahwat. Gadis itu perlukan lebih lagi. Maka, jalan pantas untuk menaikkan nafsu diambil dengan memainkan video pemberian teman lelakinya.

Dopamine pula adalah hormon yang buatkan kita rasa gembira dan seronok membuat sesuatu perkara atau tindakan. VTA berfungsi untuk menguruskan rasa kepuasan setiap individu di muka bumi ini. Sewaktu proses mencapai kepuasan,hormon dopamin akan wujud.

Jika VTA dirosakkan,dikhianat, disalahguna, ditekan, dihenyak, maka ia  akan perlahan-lahan menjadi tidak sensitif. Jumlah dopamine yang sama tidak mampu memberikan kepuasan seperti semalam. Untuk kepuasan yang sama diperoleh, dos hormon dopamine lebih tinggi diperlukan.

Laksana orang yang ketagihkan dadah, itulah mangsa onani. Mereka tidak akan pernah berasa puas. Hari demi hari, otak terus dirosakkan. Lebih malang, maruah diri terkorban.

Hubungan yang terjalin minggu lalu membawa dia terjerat teruk dalam lembah kemaksiatan. Syaitan bertepuk tangan melihat kaum Hawa yang sebegini buruk perangainya. Lelaki itu berusia 30 tahun, lebih berusia daripada dia yang baru hendak melewati usia 17 tahun. Fatihah tidak ambil kisah terhadap perbezaan usia asalkan dia dan lelaki itu mempunyai kehendak yang sama.

Ketagihan onani itu berlangsung lima tahun lamanya, namun hingga ke hari itu dia belum pernah terlanjur dengan mana-mana lelaki. Sekadar membuat panggilan video dengan pakaian mencolok mata atau terkadang tanpa seurat benang. Fatihah tersenyum sendiri.

Di saat yang lain sibuk menelaah pelajaran untuk Sijil Peperiksaan Malaysia, gadis ini telah pun berhenti sekolah. Atas beberapa faktor, dia memilih untuk hidup berseorangan. Jauh daripada keluarga angkatnya. Kedua-dua orang tua darah daging sendiri tidak pernah dikenali Fatihah.

Jantungnya berdegup kencang, lega ketagihan dapat dilepaskan. Hari itu, hampir tiga kali dia sanggup melayan nafsu di dalam tandas. Sama ada bermain dengan alat peransang atau melayan video-video maksiat. Nafsunya mengabaikan keadaan kemaluan yang mula melecet akibat perbuatan kasar.

Teman lelaki baharunya pula memang pandai melayan jiwa yang bergelora. Meskipun dia bukan seorang pelacur, tetapi lagaknya tetap sama. Gambar aksi lucah yang dipinta si lelaki akan ditunaikan.

Sudah pun rosak, bertambah rosak.

"Bismillahirrahmanirrahim." Kalimah basmallah dibacakan. Kedua-dua tangan menadah dengan sejuta kesalan. Dosa-dosa silam menghenyak bahunya seakan-akan terdapat beban di belakang badan.

"Ya Allah, engkau ampunilah dosa-dosaku ini. Tanpa pengampunan darimu, hidup aku jadi tidak bermakna. Aku menzalimi diri sejak dahulu, sampaikan tubuh aku ini menjadi jijik. Banyak Hidayah yang engkau berikan pada aku, tapi aku langsung tidak pandang. Sampailah Engkau menghadirkan Mahfuz dalam hidup aku, itulah pembuka jalan hijrah aku. Kalau aku lepaskan nikmat Hidayah yang ini, nescaya aku menzalimi diri sendiri lagi.

Kuatkan hati aku untuk menghadapi jalan ini. Sucikan fikiranku daripada ingatan kotor jahilku, biarlah aku bencikan maksiat itu sebagaimana aku bencinya dicampakkan ke dalam api neraka. Dan jadikanlah hatiku ini suka akan kebaikan seperti mana aku ingin memasuki ke syurgaMu."

Fatihah menarik nafas dalam. Tadahan doa menjadi tempat titisan air mata penyesalan. Kelopak mata berasa hangat.

"Terimalah amalan-amalanku... Sampaikan aku ke bulan Ramadhan bersama-sama Mahfuz. Aku ingin beribadah dengan suamiku..." Lama sungguh gadis itu tidak mencukupkan puasa selama 30 hari. Moga berkat puasa sunatnya setiap isnin dan khamis akan menjadi pendorong untuk melaksanakan ibadah puasa kali ini dengan sepenuh hati.

" Sampaikan aku dan Mahfuz ke tanah haramMu juga. Hanya ke sana tempat yang aku ingini setelah apa yang terjadi." Setiap doanya diselangi nama suami tercinta. Mahfuz telah menjadi sebahagian daripada hidupnya, setiap kebaikan yang dipinta akan dipohon juga atas nama lelaki itu. Dia cuba untuk menjadi sebaik-baik isteri.

"Kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah. Lindungi keturunanku daripada maksiat yang pernah aku lakukan..." Rasa terperangkat dalam kejahilan itu terlalu nyeri sakitnya. Mati hidup semula pun Fatihah tidak akan mahu melakukan itu lagi.

Benar, kegembiraan dalam kemaksiatan itu ada. Namun hakikat keseronokan hanyalah sementara. Yang tinggal hanyalah kekosongan umpama mayat hidup menanti dimasukkan ke dalam kubur.

"Ya Allah, aku mohon kepada-Mu taubat dan inabah, tetapkanlah aku atas syariat-Mu yang mulia dan tariqah-Mu yang suci. Ya Allah,tetapkanlah aku atas jalan-Mu yang lurus da njanganlah pesongkan aku dari jalan-Mu yang benar," ujar Fatihah dalam doa terakhirnya sebelum wajah disapu perlahan. Doa ini telah diajarkan bonda Mahfuz sejak dia menceritakan kisah silamnya yang pernah terlanjur. Mulai hari itu, doa ini dibaca tidak henti. Fatihah benar-benar hendak bertaubat dan tidak mengulangi kembali perbuatan terkutuk yang sama.

Tasbih hitam kayu kokka milik suaminya dicapai. Dia kekal dengan posisi duduk di antara dua sujud, mahu menenangkan jiwa di waktu tahajjud ini. Butir kayu itu dialihkan seiring bacaan istighfar meniti di bibir munggilnya.

Fatihah menemui ketenangan dalam sepi dua per tiga malam. Selain haruman semerbak daripada sejadah itu, memegang butiran tasbih ini juga mampu membawa dia jauh daripada maksiat lampau.

Aturan hidupnya indah bak purnama apabila jalan ketaatan dipilih atas kemahuan diri. Fatihah berhijrah bukan kerana Mahfuz. Dia memang sedang mencari jalan ketika kesihatan kian merosot gara-gara ketagihan onani, hinggalah detik pertemuan pada malam itu. Pandangan pertama mengurniakan ilham buat berkenalan dengan Mahfuz. Lelaki itu punya sesuatu yang dicari selama ini.

"Fatihah..." Halus bisikan suara menariknya kembali ke dunia nyata. Terkelip-kelip gadis itu melipat sejadah dan meletakkan tasbih ke tepi.

Fatihah yang berkain telekung bingkas berdiri. Matanya dikecilkan, mengumpul cahaya dari sekitar. Ternyata Mahfuz sedang menahan sakit dalam baringannya.

"Abang..." Gadis itu segera beralih ke sisi sang suami. Dia tercari-cari keberadaan ubatan Mahfuz. Kebiasaannya barang keperluan Mahfuz hanya berada di meja berdekatan.

"Sakit ya?" soal Fatihah sambil membantu Mahfuz menelan dua biji pil berwarna putih. Air mineral dari botol di atas meja membilasi tekak lelaki itu.

Kain telekung disinsing bagi memudahkan pergerakan badan. Jam yang melingkar pada pergelangan tangan kanan Mahfuz mengingatkan Fatihah akan pesanan ummi. Pilihan ujian degupan jantung ditekan. Ekor mata mengintai keberadaan wajah Mahfuz yang sedang terbaring di atas ribanya.

Lelaki itu diam di situ. Alunan pernafasan cuba dikawal baik. Usapan Fatihah pada dadanya yang sakit menyalurkan kasih dan cinta.

120 degupan per minit.

Kadar bacaan itu selayaknya buat lelaki yang sedang bersenam. Bukannya untuk lelaki yang baru terjaga daripada tidur.

Tidak dinafikan, jantung suaminya bermasalah sejak bayi lagi. Fatihah amat bimbang. Dia hampir menangis setiap kali suaminya adu sakit begini.

Detik-detik sepi berlalu mengizinkan pasangan itu menenangkan antara satu sama lain.

Terasa ruas dahi diraup ke belakang oleh satu telapak tangan lembut. Mata hazelnya menatap wajah Fatihah tidak berkelip. Dia tersedar daripada lena dengan perasaan lemas dan sukar bernafas. Hanya nama Fatihah diingati tika itu. Kini, kesakitan berkenaan beransur pergi seraya bacaan tekanan darah yang menurun dengan pantas.

"Sakit?" Fatihah bertanyakan dalam nada lembut.

Mata dikatup Mahfuz rapat, tidak menjawab pertanyaan sang isteri. Kesan sampingan ubat terkadang membuatkan degupan jantung kian lemah, kepala pula terasa berpinar-pinar.

"Saya teman abang," kata Fatihah. Diam di tengah-tengah katil sambil menampung kepala lelaki itu.

"Ya Allah, berikan kesembuhan kepada lelaki yang aku cintai," hati terlebih dahulu membisikkan kalimah doa. Tidak tahu lama mana lagi harus si dia bergantung kepada ubatan. Ada hari Mahfuz tampak segar sahaja, namun sekelip mata dadanya boleh bertukar sakit.

"Kejutkan abang bila azan subuh," pinta Mahfuz.

Gerakan bibir lelaki itu sempat ditangkap Fatihah. Fatihah tersenyum kecil lalu menjatuhkan kepala. "Rehatlah, abang. Nanti saya kejutkan. Kita solat sama-sama..."

Seketika lelaki yang terbaring di ribanya terulik dengan belaian kasih. Kening hitam Mahfuz disentuh lembut. Dia semahunya berusaha untuk menyelesakan Mahfuz, lelaki itu merupakan pemberian teristimewa dalam hidup seorang Fatihah.

***

"Ustaz tipu aku," kata Irsyad berbaur kecewa. Dia berserban putih sama seperti rakan-rakan yang lain.

Dalam kelas itu, semua pelajar hanya bersila di atas lantai beralaskan karpet hijau gelap. Mereka diberikan sebuah meja kayu bagi memudahkan menelaah pelajaran. Tiada bezanya pelajar lelaki setiap peringkat kerana setiap daripada mereka berjubah putih bersih. Namun, tahap pelajar senang diklasifikasikan apabila melihat ke arah pelajar muslimat. Yang berjilbab merah jambu itu merupakan pelajar Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM) manakala si pemakai berwarna jingga cair ialah hafizah dan tahfiz. Ada beberapa lagi kumpulan belajar yang telah dibahagikan selari dengan sijil masing-masing di rumah pengajian Balawi.

"Ustaz sakit. Kau tak boleh kata macam tu," balas Abdullah. Khabaran kelas pada tengah hari itu akan ditunda dek ketiadaan Ustaz Mahfuz, bagaikan dapat ditebak apa asbabnya. Pelajar senior di situ sudah maklum bahawa Ustaz Mahfuz menghidap penyakit jantung. Bahkan tenaga pengajar lain pun mengetahui yang kesihatan pengurus rumah pengajian itu tidak stabil mana.

"Hari tu dia ambil cuti sebab nak luangkan masa dengan isteri, hari ni ambil cuti lagi..." gumam Irsyad. Sindirannya akan melukakan hati si pemilik nama. Kalaulah anak itu tahu bahawa telah banyak Mahfuz lalui hingga ke saat itu, pasti dia akan bertolak ansur atas khilaf Mahfuz.

"Jaga adab kau, Irsyad. Kau tak boleh bahasakan ustaz sebagai 'dia'. Mana nilai hormat dalam diri kau?" Abdullah sedikit tegas jika berkaitan dengan adab sesama guru. Baginya mereka tidak layak untuk menyebut 'dia' buat mewakili panggilan guru.

"Kau tak faham... Aku ada masalah. Ustaz pula dah janji nak jumpa aku semalam sebelum balik asrama. Alih-alih ustaz buat aku tertunggu depan pagar sejam lamanya." Pelajar baharu itu mendengus kegeraman. Dahi berkerut tidak puas hati. Masih tergiang kata-kata Mahfuz pada waktu dhuha semalam yang konon mahu berjumpanya selepas kelas.

"Ustaz pun manusia biasa. Mungkin ustaz terlupa... Aku yakin ustaz tak bermaksud nak mungkiri janji. Cubalah lawat ustaz dekat pejabat esok. Itu pun kalau kesihatan ustaz dah beransur baik," cadang Abdullah tenang. "Kau ada masalah apa, Irsyad?"

"Aku..." Lama dia berfikir. Anak mata dilarikan ke papan putih kelas. Kebanyakan pelajar di situ sedang mengulang ayat hafazan kerana minggu ini merupakan minggu semakan.

"Kau okay je kan dekat asrama? Setahu aku... Pelajar Balawi ni jarang terlibat dengan buli. Ustaz Mahfuz selalu berpesan untuk jaga adab belajar dan adab sesama manusia lain. Kalau tak mampu jaga adab, orang tu tak layak untuk belajar di sini kerana adab itu lebih tinggi nilainya." Senaskhah AlQuran kecil dipegang Abdullah. Dia berhajat untuk menghafal ayat yang seterusnya.

Tepat sungguh balingan mengenai hati. Irsyad mengetap bibirnya. "Bukan masalah buli... Semua pelajar dekat sini baik-baik je."

"Tentang masalah duit? Kalau perihal duit pun... Kau boleh adukan pada ustaz Mahfuz. Insya Allah, nanti ustaz akan usahakan. Dekat sini, ustaz Mahfuz umpama abang pada kita. Kita pun pelajar paling tua dekat sini. Jadi, tak perlu pun kau rasa asing dengan ustaz. Adukan je apa yang gusarkan, semoga ada jalan penyelesaian," kata Abdullah bersahaja. Langsung tidak mencurigai akan pelajar baharu itu.

"Ya, itulah yang aku cuba buat. Aku cuba untuk dapatkan masa ustaz..." keluh Irsyad.

"Beberapa bulan yang lalu ustaz koma akibat kemalangan jalan raya. Tak lama lepas ustaz sedar, ada beberapa perkara terjadi sebelum perkahwinannya dengan kak Fatihah. Ya... Ustaz pun masih baru-baru lagi bernikah, maafkanlah dia kalau tak mampu datang kelmarin. Mungkin ustaz sedang luangkan masa bersama-sama keluarga."

"Siapa kak Fatihah? Pelajar Balawi ke?" Remaja lelaki awal 20-an itu mengangkat wajah.

Abdullah menggeleng sambil tersenyum kecil. "Bukan. Akak tu orang luar yang tinggal di rumah keluarga ustaz Mahfuz."

"Eh, kenapa boleh macam tu pula?" Irsyad mula dihujani tanda tanya. Dia jadi sangsi terhadap gurunya. "Mana boleh perempuan ajnabi bermalam di rumah lelaki..."

"Ustaz banyak habiskan masa di rumah Balawi ni. Ustaz jarang pulang ke rumah walid sejak akak tu ada untuk elakkan fitnah. Tambahan pula, abang Arif pun bermalam dekat sini untuk temankan ustaz dulu. Aku pun tak tahu bila masa ustaz bercinta tapi tak lama lepas ustaz sedar daripada koma, semua orang dapat syak yang ustaz merisik kak Fatihah. Aku pun main teka-teka juga, tak sangka akhirnya mereka bernikah minggu lepas," terang Abdullah dengan panjang lebar. Sengaja diceritakan pada pelajar baharu itu, harapnya Irsyad akan lebih mengenali guru mereka. Ceritanya tidak ditokok tambah, malah perkataan yang keluar pun berdasarkan apa yang dia dapati daripada Mahfuz sendiri.

" Entah-entah ustaz terlanjur dengan perempuan tu... " bisik Irsyad kepada rakannya.

" Astaghfirullah... Kalau kau tak ada perkataan yang baik untuk diungkapkan lebih baik diamkan diri. Perkataan fitnah tu besar dosanya." Terus riak wajah tenang Abdullah berubah. Hatinya pula yang menjadi sakit.

"Aku cuma teka je, tak semestinya betul." Irsyad langsung tidak rasa bersalah setelah apa yang dilontarkan.

"Tapi kau dah sandarkan perkataan buruk pada guru kau seolah-olah kau tak hormati ustaz Mahfuz. Mana adab penuntut ilmu kau? Perkataan kau biadap sangat untuk seorang penuntut ilmu agama." Nada suara masih dijaga agar tidak didengari pelajar yang lain.

Abdullah memandang tajam namun tidak diendahkan lagi oleh si Irsyad."Ada aku kisah? Nak belajar, belajar je lah. Tak perlu terlampau taksub pada guru kau."

Remaja lelaki itu mengangkat bahu dan mengambil kitab nipisnya buat berpindah ke ruangan lain. Dia tidak kuasa hendak menatap wajah Abdullah ketika menghafal bait-bait pengarang kitab. Baginya, Abdullah terlalu berlebihan dalam beradab.

.
.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).
.
.
.

***
votexkomen
***

Boleh tahan ramai juga baca buku ni. Ingat ke takde orang baca 🤭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro