Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Hutan Rimba

Perjalanan menuju ke Dunia Zelfreays  mengambil masa yang sangat lama... Mereka tidak menggunakan magik untuk sampai dekat sana dengan mudah. Alexa Sofea melarang dua pari-pari itu mengubah sihir. Kerana dia nak merasa seperti dalam buku dongeng.

"Tuan Puteri okay tak? Nak rehat dulu?" Kata Kimi.

"Tak payahlah panggil saya Tuan Puteri. Panggil saya Alexa je. Saya tak nak orang tahu bahawa saya ni seorang puteri," kata Alexa Sofea.

"Baiklah. Alexa nak berhenti rehat?" Tanya Kimi buat kali kedua.

"Tak. Saya nak teruskan jalan. Nanti kita sampai malam," jawab Alexa Sofea.

"Perjalanan kita ni agak jauh Alexa. Kita kena berhenti juga rehat untuk kumpul tenaga kembali," kata Hanifah.

Ketika mereka bertiga duduk berteduh di bawah pokok, ada seorang wanita kerdil berlari ke arah mereka sampai berkata.

"Tolong selamatkan kampung kami," kata wanita kerdil.

"Apa dah terjadi puan kerdil?" Tanya Hanifah.

"Kampung kami kena serang dengan monster. Habis semua anak dara sunti kena culik dengan mereka," cerita wanita kerdil itu.

"Kalau macam tu, jomlah kita pergi kampung kerdil," ajak Kimi.

"Aku tak nak ikut. Aku takut," bantah Alexa Sofea.

"No. Kau kena pergi juga. Kau nak duduk sini sendirian? Kau nak kena culik dengan monster tu ke?" Kimi menekan perkataan culik dan monster.

Terus Alexa Sofea menggeleng. Nak tak nak, dia kena ikut juga.

Sampai di kampung kerdil, semua penduduk pada waktu itu lari bertempiaran masuk ke dalam rumah dengan membawa anak perempuan mereka. Tiada seorang pun yang berani nak keluar dari rumah.

"Puan balik ke rumah dulu. Biar kami bertiga yang selamatkan anak-anak kena culik tu," kata Kimi.

Wanita kerdil itu pun berlari.

"Dari segi lendih ni, aku rasa ni kerja Bleak Beast," kata Hanifah.

"Bleak Beast? Haiwan apa itu? Pelik je aku dengar," kata Alexa Sofea.

"Bleak Beast tu sejenis raksasa yang penuh duri dibadan. Dan lendihan yang kau nampak ni bukan lendih biasa tau. Lendih ni beracun. Setitik je kena lendih mereka, sekelip mata kau akan lenyap," cerita Kimi.

"Eh takutnya. Kenapalah aku kena hadap dengan semua ni? Dahlah aku takde kuasa mana mampu nak lindungi diri sendiri,"

"Kau jangan risaulah. Selagi kami berdua ada, kami berdua akan melindungi kau,"

Alexa Sofea mengangguk.

Sesampai sahaja di sebuah perkampungan bernama Quickrun Baywind, mereka bertiga sembunyi di sebalik semak samun. Alexa Sofea yang melihat itu terus picit hidungnya kerana bau bangkai yang bersepah sepanjang jalan perkampungan itu.

"Uwerk!!!! Busuk betul kampung ni. Rasa nak pengsan je," kata Alexa Sofea.

"Kau okay tak ni?" Tanya Hanifah risau.

"Kau rasa?"

"Nah kau makan ulam ni," kata Kimi sambil menhulur semangkuk kecil purba kepada Alexa Sofea.

"Apa benda ni?" Tanya Alexa Sofea kerana pelik ulam yang dimaksudkan lelaki itu.

"Itu ubat herba untuk menghilangkan loya," jawab Kimi.

"Oh,"

Alexa Sofea pun memakannya walaupun perit untuk di telan kerana rasa ulam itu sangat pahit.

'Walaupun pahit, tapi mujarab juga herba ni. Aku dah tak loya lagi,' desis hati kecil Alexa Sofea.

"Kau tunggu sini. Jangan pergi mana-mana. Ambil ni senjata," pesan Hanif.

"Kau orang nak pergi mana?"

"Nak pergi selamatkan gadis-gadis itulah. Kenapa, kau nak ikut ke?" Tanya Hanifah.

"Tak nak,"

"Okay. Kau duduk sini diam-diam,"

Alexa Sofea mengangguk. Dua orang jejaka itu pun pergi.

"Lepaskan gadis-gadis itu," jerit Hanif.

Bleak Beast yang sedang dilayani oleh gadis-gadis kerdil itu menoleh kearah mereka berdua.

"Kamu berdua siapa? Berani ye kamu berdua masuk ke perkampungan kami. Kamu berdua tak takut ke mati kat sini?" Tanya salah satu Bleak Beast.

"Kami? Takut dengan kamu orang? Memang taklah," jawab Kimi.

"Kau jangan cabar kami budak!" Marah Bleak Beast lagi seekor.

"Apa-apa jelah. Kau lepaskan gadis-gadis tu. Kalau tak...."

"Kalau tak apa budak?"

"Aku bunuh kau!" Kata Alexa Sofea yang datang tiba-tiba.

Kimi dan Hanish dan bleak Beast melihatnya.

Alexa Sofea saat itu sudah berubah. Badannya mengeluarkan cahaya api dan matanya bertukar warna gold. Pedang di belakangnya ditarik. Dan akhirnya perkampungan Bleak Beast musnah. Tiba-tiba dia tidak sedarkan diri.

Dua hari sudah berlalu. Alexa Sofea masih tidak sedarkan diri.

"Kita nak buat apa ni? Kalau permaisuri tahu, mati kita nak menjawabnya," kata Hanifah.

"Kamu berdua jangan risaulah. Gadis ni akan sedarkan diri tidak lama lagi," kata seekor Giant.

"Tuan yakin yang Alexa akan sedar?" Tanya Kimi ingin kepastian.

Giant itu mengangguk.

~bersambung~
~happy reading~

Note....

Aku cakap awal-awal, aku tak pandai sangat nak buat lawan-lawan ni. Cerita yang dulu pun aku main buat...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro