Fangs and Fur: A Royal Romance
Langkahnya menyamai rentak jantungnya yang laju. Senyuman yang indah terpancar di wajahnya menggambarkan penantian di dada. Dia tidak sabar untuk berjumpa dengannya, Luka, lelaki yang telah lama memegang tempat istimewa di hatinya.
Kakinya berhenti di hadapan pintu kelas dan matanya mengimbas bilik itu. Hampa, kelibat Luka langsung tidak kelihatan.
"Dia belum sampai lagi ke?" Lawa mengerling jam tangannya yang tepat menunjukkan pukul 8 pagi. Kekecewaan memenuhi dada dan meredupkan semangatnya. Dia mengeluh perlahan.
"Cepatlah masuk." Satu suara monoton bercakap dari belakangnya. Lawa menoleh dan matanya terbeliak dengan kejutan dan kegembiraan. Dialah, orang yang dia idam-idamkan.
Dia tersenyum sendirian dan cepat-cepat melangkah masuk ke dalam kelas sebelum jantungnya meletup kerana keterujaan yang meluap-luap.
Sepanjang kuliah, Lawa tidak dapat menumpukan perhatian. Hatinya melafaz kata-kata yang bergema di fikirannya: "Cepatlah masuk." Berulang kali seperti radio rosak tetapi ia terasa seperti melodi yang paling indah. Lagipun, Luka tidak pernah bercakap dengannya sebelum ini, tidak sekalipun sepanjang dua semester mereka berada dalam kelas kuliah yang sama.
Di sisi lain, Luka kelihatan terganggu. Dahinya berkerut sambil mengerling ke arah jam. Ada sesuatu yang jelas mengganggunya. Mungkin dia tidak berminat dengan kuliah itu atau mungkin bilik darjah itu sendiri. Dia sering sampai ke kelas lewat 30 minit untuk mengelak daripada suasana kelas itu seboleh-bolehnya.
Sebaik sahaja kelas tamat, Luka bangun dari tempat duduknya dan meluru keluar menuju ke pintu. Kebanyakan rakan sekelasnya hampir tidak perasan kerana mereka sudah terbiasa dengan langkah Luka yang pantas. Tetapi bagi Lawa, ia mengecewakan. Dia baru sahaja melihatnya dan kini dia telah tiada.
"Kalaulah dia duduk lama sikit." Fikirnya sayu. "Bolehlah aku tengok dia."
🌑
Perjalanan pulang terasa seperti perjalanan menuju ke pintu neraka. Lawa menutup matanya dan menarik nafas panjang, menguatkan dirinya untuk konfrontasi yang tidak dapat dielakkan.
"Lawa, mari sini." Suara keras mencelah ketika dia melewati ayahandanya. Dia memperlahankan langkahnya seolah-olah untuk melambatkan masa.
"Sekejap lagi kau berusia 19 tahun. Tapi kau belum mencari seorang pun mangsa! Aktifkan 'werewolf mode' atau kau nak jadi serigala tak guna?!" Suaranya semakin kuat di setiap patah perkataan.
"Ayahanda, adinda tak nak membunuh." Jawab Lawa dengan tenang.
Sudah menjadi tradisi bahawa setiap serigala jadian dituntut untuk mengaktifkan 'werewolf mode' dengan memburu. Tetapi selama hampir 19 tahun, Lawa masih belum melaksanakan tugasnya.
"Tapi engkau dilahirkan menjadi serigala!" Ayahandanya menjerit dan bangkit dari kerusi. Lawa tersentak. Sudah menjadi naluri seorang serigala jadian untuk menjadi panas baran.
"Adinda tak pernah nak jadi serigala! Kalau boleh memilih, adinda nak jadi manusia!" Dia menjerit kembali sebelum berlari ke biliknya untuk mengelak pergaduhan besar dengan ayahandanya seperti saban tahun.
Setiap kali tiba hari jadinya, dia akan melarikan diri dari rumah untuk mengelak dari tuntutan ayahandanya mencari mangsa. Disebabkan 'werewolf mode' tidak pernah diaktifkan, ayahandanya tidak dapat menjejakinya kerana dia hanyalah seorang manusia biasa yang tidak berbau.
'Werewolf mode' sangat penting untuk membuka kunci kuasa mereka seperti keupayaan untuk berubah, meningkatkan kekuatan fizikal, dan juga memanjangkan hayat dengan setiap pembunuhan. Kebimbangan ayahandanya bertambah kerana mengetahui hayat puterinya yang semakin berkurang.
Malam itu, Lawa melarikan diri ke pergunungan seperti biasa. Tempat di mana dia boleh menjernihkan fikiran. Dia duduk di bawah bintang-bintang, merenung bulan dan merasakan angin sejuk menerpa kulit. Tiba-tiba, dia merasakan sesuatu di belakangnya, sesuatu yang membuat nalurinya terancam.
Dia menelan air liur kasar. Ketakutan menjalar ke seluruh tubuh dan bulu romanya menegak.
Dia cepat-cepat menoleh kebelakang dan tersentak apabila dua mata merah menyala merenung tepat ke arahnya. Jantungnya berdegup kencang. Perasaan ingin tahu memberanikan dia untuk bergerak mendekati dua mata itu. Belum sempat dia sampai ke arah sepasang mata itu, pokok berhampiran bergegar dengan kuat menyebabkan dia tersandung ke belakang.
Dia segera menutup matanya dengan tangan sebelum seekor burung gagak keluar dari dahan dan terbang melepasinya. Dia menghantar burung gagak itu pergi dengan pandangan mata yang ketakutan dan melepaskan nafas lega.
"Nasib baik bukan pemangsa." Katanya, terus bangkit dari duduk dan menyikat daun-daun yang melekat pada badannya.
Tanpa menunggu lebih lama, dia segera meninggalkan gunung itu sebelum apa-apa terjadi pada dirinya kerana dia hanyalah serigala yang tidak berdaya tanpa pengaktifan mod serigala.
Selepas didesak bertubi-tubi oleh ayahandanya, Lawa akhirnya bersetuju untuk mengikuti kelas menembak sebagai persediaan memburu. Dia terpaksa bersetuju walaupun dia tahu jauh di lubuk hati dia tidak mampu untuk membunuh apa-apa.
"Lawa," dia mendongak apabila namanya dipanggil. Jantungnya berdegup kencang dan matanya terbeliak apabila wajah itu terpapar tepat di hadapannya.
"Luka buat apa kat sini?" Fikirnya. Nadinya semakin laju.
Luka memberikan senyuman senget. "Jadi, kau pelajar baru aku?"
Lawa terkedu. Luka akan mengajarnya menembak? Dia menjangkakan Encik Nuh yang akan menjadi pengajarnya, tetapi nampaknya beliau mempunyai komitmen lain. Sekarang, Luka yang bertanggungjawab.
Sambil berdehem, Lawa berkelip gugup. "Nampaknya, ya." Jawabnya dengan suara bergetar.
Tanpa berbasa-basi, Luka memakai cermin mata menembak dan bergerak ke posisinya. Lawa mengekorinya dan mengambil tempat di sebelah Luka.
Luka melepaskan satu tembakan dan mengenai bahagian tengah sasaran dengan mudah. Bunyi yang kuat itu mengejutkan Lawa sehingga dia menutup telinganya dengan spontan. Luka perasan lalu mencapai sepasang pelindung telinga dan meletakkannya perlahan-lahan di atas kepala Lawa.
"Kau lupa pakai ini." Kata Luka sambil memasangkan fon telinga pada Lawa. Perbezaan ketinggian mereka membuatkan mata Lawa separas dengan dada Luka yang lebar. Lawa terkebil-kebil dan mukanya memerah menahan malu. Luka hanya tersengih.
"Ambil kedudukan," arah Luka dengan tegas. Lawa teragak-agak, kemudian berpaling ke arah sasaran dan menggenggam pistol itu dengan canggung. Luka tidak dapat menahan gelak melihat perkara itu.
"K..kenapa?" Tanya Lawa dengan keliru sambil membuka sedikit fon telinga di sebelah kiri.
"Budak-budak pun pandai pegang pistol mainan." Usik Luka sambil melangkah ke belakangnya untuk membetulkan pegangannya. Badan Lawa tegang apabila merasakan tangan hangat Luka. Kedekatan itu membuatkan jantungnya berdegup kencang dan dia dapat merasakan nafas lelaki itu di lehernya, menjadikannya sukar untuk menumpukan perhatian.
"Faham?" Tanya Luka menyedari Lawa yang tidak dapat memberikan tumpuan. Lawa hanya mampu mengangguk laju.
Sepanjang sesi itu, Lawa kebanyakannya berdiam diri kerana tidak dapat mencari topik perbualan. Walaupun dia ingin memandang mata Luka, ketajaman mata lelaki itu terasa seperti boleh menembusinya dan membunuh jiwanya.
"Jom makan tengah hari sama-sama." Pelawa Luka. Lawa terkaku dan tangannya berhenti seketika mengemas barang-barangnya. Dia terkejut dengan pelawaan Luka yang tidak disangka-sangka. Siapa sangka lelaki yang selama ini dia kagumi mengajak dia makan tengah hari?
Dia cepat-cepat menyembunyikan rasa gugupnya dan tersenyum kecil sambil mengangguk bersetuju. Dengan tangan yang sedikit terketar-ketar, dia tergesa-gesa mengemas dan mengikut Luka yang sudah berjalan di hadapan.
"Naik kereta aku." Kata Luka sambil membuka pintu untuknya. "Terima kasih," kata Lawa dan terus duduk di tempat duduk penumpang.
Suasana antara mereka senyap hanya ditemani dengan bunyi radio kereta. Lawa merenung ke luar tingkap, jantungnya berdegup kencang, manakala Luka fokus memandu.
Harraz berdehem cuba memecahkan kesunyian. "Kenapa kau perhatikan aku selama ini?" Soalannya tiba-tiba membuatkan Lawa terkedu. Dia terbatuk-batuk gugup.
“Perhatikan?” Lawa berpura-pura keliru.
“Kau fikir aku tak perasan? Kau selalu tengok aku dalam kelas dan mengekori aku. Aku perasan semua." Kata Luka dengan nada tegas. Dia jelas telah memendam perkara itu sekian lama.
Fikiran Lawa ligat mencari alasan. “Aku..aku tak…”
"Mengaku sajalah, Lawa." Tegas Luka tetapi tidak memandangnya.
Lawa menggaru kepalanya. Dia terdiam kerana tidak dapat mencari alasan yang munasabah.
“Macam mana dia tahu?” Dia tertanya-tanya, panik memuncak di dadanya.
"Aku tahu sebab kau tunjuk jelas sangat." Luka tiba-tiba menambah, seolah-olah membalas fikirannya. Mata Lawa terbeliak kerana terkejut.
"Dia boleh baca fikiran aku ke?" Fikirnya, ketakutan menyelinap masuk ke dalam diri. Luka memandangnya sekilas dan memberi senyuman senget. Dia bertambah terkejut.
"Vampir boleh baca fikiran ke?" Dia menyoal dalam hati dan fikirannya berputar.
Tiba-tiba, Luka menekan brek. Kereta itu berhenti dengan paksa dan Lawa tersentak ke hadapan.
"Macam mana kau tahu aku vampir?" Desak Luka sambil menggenggam stereng dengan kuat. Dia berpaling menghadapnya dengan mata yang merah menyala.
Lawa terdiam. Dia sudah berusaha keras untuk merahsiakan pengetahuannya tentang identiti sebenar lelaki itu.
"Jadi, kau boleh baca fikiran aku?" Dia bertanya dalam hati untuk memastikan kebenaran.
“Ya!” Luka geram, kemarahannya membuak. Taringnya memanjang dan mata merahnya bersinar. Telinganya berubah bentuk, dan wajahnya menjadi lebih bengis kerana marah. Badannya yang sudah lebar kelihatan lebih mengembang. Dia sangat menakutkan dalam bentuk vampiriknya yang sebenar dan Lawa mundur kerana ketakutan.
“Luka…” bisik Lawa, suaranya terketar-ketar sambil matanya meliar ke cermin di belakang Luka. Seperti ada sesuatu di belakang Luka.
“Luka!” Dia menangis sambil menunjuk ke belakang Luka. Luka menoleh dan melihat sebuah lori besar sedang menghampiri mereka.
Dengan pantas, Luka memeluk Lawa dan dengan kelajuan luar biasa, mereka melarikan diri melalui sisi keretanya dan tingkap itu pecah kerana mereka terbang keluar dengan paksa. Tetapi sudah terlambat kerana lori itu merempuh kereta mereka dan menyebabkan mereka terhempas keluar dengan kuat.
“Ah!” Mereka berdua menjerit ketika mereka dilemparkan keluar dan mendarat di gaung yang curam. Walaupun terkena hentakan, Luka berjaya memperlahankan kejatuhan mereka dengan memanjangkan sayapnya untuk melindungi mereka.
Luka memapah Lawa ketika mereka mendarat, wajahnya terukir kebimbangan. Lawa terbatuk. Darah mengalir dari bibirnya. Matanya terkebil-kebil tertutup. Panik menyelubungi Luka apabila dia memanggil nama gadis itu berulang kali. Dia menampar lembut pipinya untuk memastikan gadis itu baik-baik saja.
Pandangan Lawa menjadi kabur dan perkara terakhir yang dilihatnya sebelum tidak sedarkan diri ialah wajah Luka yang khuatir mencuba menyelamatkannya.
🌑
Kakinya bergerak pantas tanpa tujuan. Apa yang penting ialah pergi sejauh mungkin dari tempat itu. Sudah dua tahun sejak dia pertama kali melarikan diri dari rumah. Ayahandanya telah berubah drastik dari seorang lelaki yang penyayang berubah menjadi sesuatu yang mengerikan. Raja Serigala.
Dia tercungap-cungap apabila dia sampai ke puncak gunung. Tempat yang dia rasa selamat daripada ayahandanya. Dia berlindung di bawah pokok berhampiran. Bulan purnama menerangi malam dan memberikannya sedikit keselesaan.
Tiba-tiba, dia terdengar bunyi tapak kaki menghampirinya dengan laju. Ketakutan menyelubungi hatinya.
"Ada budak perempuan dekat sini!" Kata seorang lelaki sambil menunjuk tepat ke arahnya. Seketika, segerombolan lelaki muda mengerumuninya. Dia meringkuk, memeluk erat kakinya dan menyembunyikan wajahnya.
Wajah mereka menjadi pucat dan mata mereka bersinar merah. Taring tajam memanjang, sedia merobek anak kecil itu. Tangan mereka dihulurkan ke arahnya tetapi baru sahaja mereka hendak meraihnya, satu suara kedengaran dari kejauhan.
“Berhenti!”
Kumpulan lelaki itu terkaku dan segera tunduk hormat apabila Putera raja menghampiri.
Putera raja itu berada dalam lingkungan usia 18 hingga 20 tahun. Matanya memandang kumpulan itu dengan pandangan sinis yang dingin.
“Biarkan dia! Dia budak-budak lagi. Kita patut memburu mereka yang betul-betul tak guna, bukan budak kecil yang tak bersalah!” Suaranya tegas, penuh dengan kewibawaan dan itu sudah cukup membuat kumpulan lelaki itu ketakutan.
“Tetapi kami kelaparan, Tuanku! Kami tak makan selama berbulan-bulan!” Salah seorang daripada mereka berani membantah, suaranya diwarnai keputusasaan. Keterlaluan itu membuatkan kemarahan Luka membara.
“Ini adalah perintah beta! Lawan beta dan terima akibatnya!” Suara Luka sangat kuat sehinggakan pokok di sekeliling mereka kelihatan bergegar. Tanpa sepatah kata lagi, lelaki-lelaki itu bertukar menjadi burung gagak dan terbang meninggalkan putera raja dan gadis itu bersendirian.
Luka menoleh ke arahnya, riak wajahnya lembut sambil menghulurkan tangannya. “Jangan takut. Balik rumah sekarang.”
Lawa teragak-agak sebelum mencapai tangannya dan terus memecut meninggalkannya.
Dia pulang ke rumah dengan selamat tetapi disambut dengan kemarahan ayahandanya yang meluap-luap.
Sejak dari hari itu, Lawa akan menunggu setiap malam di gunung itu dengan harapan lelaki itu akan muncul semula. Tetapi tidak kira berapa lama dia menunggu, lelaki itu tidak pernah datang.
Matanya perlahan-lahan terbuka. Orang pertama yang dilihatnya adalah orang yang sama dia lihat sebelum tidak sedarkan diri.
"Jadi, kau budak perempuan sebelas tahun yang lalu?" Suara Luka memecah kesunyian sebaik saja mata mereka bertembung. Lawa menggosok dahinya yang sakit cuba menghilangkan rasa pening. Dia cuba untuk duduk tetapi Luka perlahan-lahan menghalangnya.
"Kau boleh tengok mimpi juga?" Lawa bertanya lemah dengan suara yang berbisik. Luka diam tanpa memberi jawapan.
Mimpi itu, pertemuan pertama mereka.
"Lawa!" Kedengaran suara dari belakang. Kedua-dua Lawa dan Luka menoleh untuk melihat Raja Felix berjalan ke arah mereka. Wajahnya dipintal kemarahan.
"Tuanku Felix?" Luka tergagap-gagap, kekeliruan menyelubungi dirinya.
"Apa yang kau dah buat pada puteri beta?!" Raja Felix meraung dengan marah. Luka yang semakin keliru memandang Lawa dengan kening berkerut.
"Kau...serigala?" Luka bertanya.
Lawa memejamkan matanya sambil menarik nafas panjang. Sudah lama dia merahsiakan identitinya daripada pengetahuan Harraz. Sekarang, nampaknya kebenaran terbongkar.
Tiba-tiba, Raja Nuh, bapa Luka, muncul di sebelah Raja Felix dengan tenangnya.
"Apa yang kau buat dekat sini, Felix?" Raja Nuh bertanya bersahaja. Jelas sekali mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.
"Tanya anak kau! Dia menculik dan mencederakan puteri aku!" Kemarahan Raja Felix membuak-buak. Persahabatannya dengan Raja Nuh tidak lagi diambil peduli.
Pandangan Raja Nuh beralih kepada Luka. Matanya mengecil tajam kerana kecewa.
"Ayahanda, anakanda tak tahu pun dia serigala!" Kata Luka, cuba mempertahankan dirinya.
"Ini tidak boleh dimaafkan!" Marah Raja Felix sebelum merangkul Lawa yang lemah itu ke dalam pelukannya.
Mata Raja Nuh terus tertumpu pada Luka, jelas putera lelakinya itu telah mengecewakannya.
🌑
Disebabkan Kerajaan Vampir dituduh menculik dan mencederakan Puteri Kerajaan Serigala, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengisytiharkan perang. Keamanan antara kedua-dua kerajaan selama lebih satu abad tidak dapat dikekalkan lagi.
"Ayahanda! Perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik! Kenapa mesti mengisytiharkan perang?" Tuntut Lawa, jelas terpancar kekecewaannya dengan keputusan ayahnya.
Raja Felix tidak menjawab, sebaliknya memilih untuk berjalan menjauhinya.
"Ayahanda tahu ini bukan cara seorang raja yang bijak bertindak!" Jerit Lawa dengan berani walaupun ketakutan menyelubungi dirinya. Dia tahu bahawa bercakap menentang kuasa ayahandanya boleh merugikan dia. Raja Felix berhenti secara tiba-tiba, berpaling menghadapnya dengan pandangan tidak percaya.
"Ada sebab yang lebih munasabah atas keputusan ini." Raja Felix berkata dengan tenang walaupun penumbuk digenggam dan peluh di dahinya menunjukkan kemarahannya.
"Perang bukan jalan terbaik!" Lawa menjerit lagi, terserlah keputusasaannya. Tetapi yang mengejutkan lagi, Raja Felix mula ketawa dengan kuat.
"Apa lagi jalan terbaik untuk engkau akhirnya boleh membunuh mangsa?" Dia berkata dengan nada yang jahat.
Lawa tersungkur mendengar motif sebenar ayahandanya. Peperangan ini bukan semata-mata kerana penculikan Puteri Kerajaan Serigala kerana Raja Felix tahu benar apa yang sebenarnya berlaku. Dia memilih jalan perang hanya untuk mendorong Lawa mengaktifkan 'werewolf mode' itu. Dan sekarang, penentangannya telah menyebabkan konflik yang tidak pernah dia sangkakan.
🌑
Bulan purnama memancarkan kegelapan gunung. Dia merenungnya kosong dengan hati yang berat. Bukan keputusan ayahandanya yang menyeksanya, tetapi kebodohannya sendiri. Kalau dia mengendahkan permintaan ayahandanya lebih awal, konflik antara kedua-dua kerajaan itu mungkin tidak akan pernah meletus.
Tiba-tiba, tangannya ditarik dari belakang dan dia tersentak terkejut. Dia cuba melihat wajah itu, tetapi kabus tebal yang berputar-putar mengaburkan pandangannya. Dia cuba melawan tetapi kekuatan lelaki itu sangat luar biasa.
Dalam sekelip mata, dia dibawa terbang bersama oleh lelaki itu.
"Ah!" Dia menjerit ketika tiba-tiba jatuh ke tanah. Mereka mendarat di padang yang luas yang seolah-olah tiada penghujungnya. Matanya melihat ke sekeliling sehingga pandangannya tertuju pada sosok lelaki yang membawanya ke sini.
"Luka?" Lawa berbisik pelan. Lawa menggosok pergelangan tangannya yang sakit kerana digenggam erat oleh Luka tadi. Tiba-tiba, Luka berbaring di padang dengan santai seolah-olah tiada apa yang berlaku. Lawa kebingungan. Dia menjangkakan Luka akan memarahinya kerana terdapat banyak sebab untuk itu. Perlahan-lahan dia berbaring di sebelah Luka yang berbaring dengan mata tertutup dan berbantalkan tangan.
Lawa berdehem, cuba memproses semuanya. Dia perlu mengesahkan bahawa ini bukan mimpi atau imaginasinya. Luka membuka mata dan menatapnya dengan pandangan tajam.
"Aku tahu kau ada banyak benda nak dijelaskan." Kata Luka dengan dingin. Lawa menghela nafas dalam hati, tidak pasti hendak bermula di mana.
"Aku bukan serigala seutuhnya sebab aku belum memburu seorang pun mangsa." Kata Lawa. Luka menyemburkan tawa. Perkara itu mengejutkannya kerana mengetahui manusia serigala itu belum pernah memburu.
"Patutlah aku tak tahu kau serigala." Jawab Luka dengan ketawa yang tersisa. Kekeliruan Lawa semakin mendalam.
"Sebab vampir tak boleh baca fikiran serigala." Jelas Luka. Lawa mengangguk perlahan memahami konsep itu.
"Aku baru tahu kalau Raja Felix ada seorang lagi puteri bongsu." Kata Luka.
"Ya." Jawab Lawa lembut. "Adik-beradik aku semua mentadbir daerah lain, jadi aku satu-satunya yang tinggal bersama ayahanda. Mereka semua berumur ratusan atau bahkan ribuan tahun. Aku pula baru 19 tahun."
"Berapa tahun kau hidup?" Lawa bertanya, pandangannya tertuju pada sisi wajah Harraz yang sedang merenung bulan.
"Beratus-ratus tahun." Jawab Harraz dengan santai.
"Aku dah lama tunggu kau sejak kecil lagi dekat gunung. Tapi kau baru munculkan diri tahun lepas dekat kolej." Kata Lawa tanpa segan. Dia tahu Luka menyedari perasaan sukanya itu.
"Banyak benda yang berlaku sebelas tahun yang lalu. Aku datang balik pun untuk berjumpa dengan seseorang." Kata Luka. Lawa beralih ke sebelah kiri untuk menghadap Luka dan dia meletakkan telapak tangannya di pipi sambil merenung wajah Luka.
"Siapa?" Suara Lawa hampir tidak dapat kedengaran.
"Orang yang aku sayangi, yang dah lama aku tunggu-tunggu. Lebih daripada seratus tahun." Jawab Luka.
Luka diperintah ke daerah lain sebelum ini, tetapi dia memilih untuk kembali ke kampung itu semula untuk menemui wanita itu. Hati Lawa agak sesak mengetahui seseorang yang dia sayangi dan tunggu-tunggu, pun menunggu orang lain.
Dia meluruskan posisi badannya dan mengalihkan pandangannya ke langit, kecewa dengan kebenaran itu. Luka menyedari perkara itu dan hanya tersenyum kerana terhibur dengan tingkah gadis itu. Sekarang, kesunyian yang panjang menemani mereka.
Lawa mula menyanyi dengan lembut dengan mata tertutup. Luka terus memandangnya dengan penuh perhatian. Suaranya mengingatkannya kepada seseorang dari masa lalunya. Melodi itu sangat biasa, lagu yang dia dengar seratus tahun yang lalu. Menyedari perkara itu, Luka tiba-tiba berdiri dengan kelam kabut seperti ketakutan. Lawa terus terbangun kerana terkejut. Tanpa sepatah perkataan, Luka terus mengibarkan sayapnya dan terbang pergi dari situ.
"Tunggu! Macam mana aku nak balik?" Lawa menjerit apabila Luka hilang ke dalam malam dan meninggalkannya bersendirian di situ.
🌑
Sejak malam itu, Lawa tidak pernah melihat Luka lagi. Bahkan, Luka telah berhenti dan keluar daripada kolej menyebabkan dia bertambah bingung. Luka hilang tanpa sepatah kata dan penjelasan, meninggalkan Lawa dengan penuh tanda tanya.
Musim berlalu, namun Luka masih tidak menonjolkan diri. Persediaan peperangan telah lama berlangsung, walaupun tarikh sebenar perang masih belum ditentukan. Peperangan yang sudah berabad-abad tidak pernah tercetus itu memerlukan persediaan tenaga tentera dan peralatan perang yang sempurna.
Di manakah Luka? Kenapa dia pergi begitu sahaja?
Inilah permulaan kisah romansa antara kerajaan vampir dan dunia serigala.
TAMAT
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro