05
14th May
Wah, aku masih tak sangka umur aku dah 19 tahun sekarang. Rasa macam baru tahun lepas aku masuk sekolah menengah.
Sedar sahaja apakah hari itu sejurus selepas aku terjaga dari tidurku, mataku aku celik beberapa kali supaya penglihatan aku yang kabur sedikit demi sedikit menjadi lebih terang. Telefon di sisi bantalku perlahan-lahan aku capai sebelum jari telunjukku diletakkan di atas fingerprint scanner yang ada di belakang telefon.
'Jam 6.56 pagi' aku mengomel dalam hati. Masih ada 4 minit sebelum penggera mula berbunyi. Patutkah aku hargai setiap minit itu dengan mimpi? Namun sesuatu menarik perhatianku lebih daripada tidur.
Ucapan hari jadi.
Siapa saja yang tidak teruja untuk membaca ucapan yang diberi oleh rakan-rakan? Dengan tangkas, jariku membuka chat dan seperti jangkaanku, aku di-spam oleh pelbagai jenis manusia.
Aku mula membaca mesej yang lebih lama aku dapat sebelum mesej yang baru dihantar. Seperti biasa, Hui Xin dan rakan-rakanku yang lain orang-orang yang teramal mengucapkan selamat hari jadi padaku. Buktinya, notification chat mereka berada di bahagian paling bawah.
Kemudian chat pada jam 1 pula ialah ucapan panjang (tapi tidak lah terlalu panjang) oleh Cheon. Dan seperti tahun-tahun sebelum ini, habis penuh statusnya dengan wajahku. Dia ini tidak sah tidak spam status dengan gambar semasa hari jadi seseorang.
Aku tersengih seorang diri membaca satu per satu mesej yang aku dapat. Jariku terhenti sebentar apabila mataku tertacap pada mesej yang paling terkini aku dapat.
Mesej daripada Jihye pada jam 4 pagi.
Nama itu membuatkan sengihanku makin melebar. Aku tahu dia takkan bangun pada jam 4 pagi, dan kalau dia terjaga pada waktu itu, maksudnya dia belum tidur. Adakah dia tidur lewat untuk mengambil masa menulis ucapan panjang buatku? Aduh terharu pula rasanya. Dengan perasaan tidak sabar, aku membuka chat-nya.
HB
sent 4.37 a.m.
Kalau bukan sebab sikap toleransiku yang tinggi, pasti telefonku melayang jauh.
Fake Hope betul la.
****
Hari itu aku ke kampus seperti biasa. Tidak sempat aku berpampasan dengan Cheon dan Jihye pada pagi itu kerana sudah pasti mereka terperap dalam bilik. Pasti sama ada sebab mereka masih tidur ataupun sedang bermain telefon.
Di kampus, semua yang rapat denganku mengucap ucapan 'selamat hari jadi'. Tersipu-sipu malu aku menjawab mereka semua dengan senyuman yang sentiasa tertampal di bibir. Dan lebih memalukan lagi, Prof. Ainstein dan seisi rakan kelas menyanyikan lagu selamat hari jadi khas untukku membuatkan aku mahu menanam mukaku kerana malu.
Bak kata Vivian, aku ni pelajar kesayangan Prof. Ainstein. Ya tak iya saja kata-katanya.
"Happy Birthday, Seo Eun-ah!!!" Dengan teruja dan penuh riang, Dayoung terus terjerit sejurus sahaja selepas matanya menangkapku. Seperti kanak-kanak ribena, dia datang mendekat sebelum badanku didakapnya erat. Aku membalas kembali pelukannya yang hangat itu.
"Thank you Unnie! Happy Birthday too" ucapku sebelum kami meleraikan pelukan.
Di tangannya terdapat beberapa beg kertas dan kotak yang sudah dibalut kemas dengan pembalut hadiah. Wah, awal-awal lagi sudah dapat hadiah, Dayoung-unnie sememangnya terkenal.
"Nikmati hari ini, nae?" Nasihat unnie padaku dan aku hanya jawab dengan senyuman dan anggukan.
"Saya akan cuba"
****
Balik sahaja rumah pada petang itu, badanku terus terjunam jatuh atas sofa. Hari istimewa pun kena buat banyak kerja kah? Adeh, aku hanya mampu mengeluh.
Istimewa atau tidak, bagi pelajar setiap hari sama saja.
Pangg!!
Apakah? Automatik aku terbangun dari pembaringanku sebelum mataku memandang ke arah pintu yang ada kemungkinan hampir pecah akibat dihempas ke dinding dengan kuat. Di muka pintu tersebut, Shin Cheon sedang berdiri dengan tangan kanannya diunjurkan ke sisi.
"Tadaima!"
"Kau buat aku hampir sakit jatung, tahu tak?" Dengan kening terpaut, aku menjeling ke arahnya. Masuk rumah tak boleh nak lebih sopan ke?
"Hehe" dia hanya tersengih sebagai balasan sebelum berpusing-pusing ala-ala sedang menari sambil datang mendekatiku. "Seo Eun~. Jom makan luar, biar aku belanja"
Aku terdiam sekejap untuk berfikir. Kalau kami keluar makan, Jihye macam mana nanti? Ah, biarlah. Bukankah aku sepatutnya sedang merajuk dengan dia?
"Okay, jom"
Selepas itu aku menukar bajuku kepada pakaian yang lebih sesuai lalu mengikut Cheon dengan patuh tanpa mempersoalkan dimana dia mahu membawaku.
Pada awalnya, aku berfikir aku tahu restoran mana akan kami pergi, namun pemikiran aku berubah apabila kami menaiki bas yang jarang kami naik. Katanya tempat itu jauh, sebab itu lebih baik naik bas, tapi arah yang bas sedang tujui membuatkan aku makin lama makin hilang petunjuk. Aku hanya mampu memerhatikan pemandangan melalui tingkap bas dengan binggung.
"Kau yakin ke tak tahu tempat tu, Cheon?"
"Tahu lah~"
"Jangan sesat pula, susah nak balik nanti"
"Jangan risau, kak. Tempat tu aku dah pernah pergi dah, dengan Jinyoung" menyebut sahaja nama itu, serta-merta bibirnya mengukir satu sengihan kerang wangi.
Haish, kalau cakap pasal boyfriend, terus jadi angau budak ni.
"Betul ni?" Sekali lagi aku bertanya kerana inginkan kepastian.
"Betul, tak ti- EH!!! KAT SANA! KAT SANA!" Tiba-tiba sahaja kata-katanya menjadi jeritan apabila sesuatu di luar tingkap menangkap perhatiannya.
"K-kenapa??" Dengan panik aku bertanya.
"KITA PATUT TURUN KAT SANA!!!"
****
Nasib baik kami sempat turun di perhentian bas yang sepatutnya. Kalau tidak, sesatlah kami di kota yang besar ini.
Tidak berhenti kepalaku menoleh-noleh memandang sekeliling jalan yang agak asing buatku. Tidak sangka pula yang Jinyoung boleh menjumpai tempat makan yang bagus di kawasan yang jarang dilalui seperti ini.
"Kat ma-"
Belum sempat aku meneruskan bicaraku, lenganku tiba-tiba sahaja ditarik oleh seorang lelaki lalu aku dibawa lari ke suatu tempat.
"Apa ni!?"
Sampai sahaja di dalam satu kedai, aku ditolak masuk ke dalam ruangan yang gelap itu. Tiba-tiba sahaja lampu dibuka malap sebelum aku dijemput dengan letupan confetti.
"Selamat hari jadi!!" Jerit semua orang yang ada di kedai tersebut membuatkan mulutku melopong kerana terlalu terkejut.
Membulat mataku, pada masa yang sama dadaku terasa seperti tidak cukup nafas. Apa telah terjadi?
Masih lagi tidak percaya dan tidak dapat memproses apa yang sedang berlaku, aku memandang sekeliling kerana inginkan kepastian dengan otak yang sedang kosong. Sudah pasti riak wajah binggung bercampur terkejut dengan jelas terpapar pada mukaku.
Ditengah-tengah mereka, Jihye dan Cheon datang membawa kek yang sudah siap dengan lilin yang menyala.
Aku tidak tahu apakah perasaan aku sekarang ini. Gembira? Terharu? Mahu menangis? Atau binggung? Semuanya bercampur baur sehingga tidak dapat ku kenal pasti.
Tapi yang pasti, aku terlalu terkesima sampai menangis di bahu Guanlin yang sedang berada di sisiku.
━━━━━━𝐿𝑎𝑖 𝐺𝑢𝑎𝑛𝑙𝑖𝑛 𝐸𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔━━━━━━
Sedang yang lain menikmati parti hari jadi yang mereka anjurkan sendiri, aku keluar daripada kafe yang telah mereka sewa untuk satu malam.
Dan seperti jangkaanku, Guanlin yang ada diluar sedang menungguku. Seperti semalam, badannya disandarkan pada pokok sambil dia berpeluk tubuh. Gayanya tak ubah seperti model sebenar.
"Kau suka?" Dengan suara yang dalam dia bertanya. Mendengar kata-katanya itu, aku pasti dialah dalang dari semua kejutan ini.
Aku mengetap bibir kerana tidak pasti jawapan apa yang patut aku beri. Perlahan-lahan aku menganggukkan kepalaku.
"Macam tak ikhlas je suka tu?" Guanlin mengusik sambil tersengih.
"Oh, patut ke aku cakap aku tak suka?"
Mendengar balasanku, sengihannya bertukar menjadi satu senyuman lebar sebelum dia berdiri tegak lalu berjalan ke arahku. Tangannya diselukkan ke dalam poket seluar lalu dikeluarkannya seutas rantai dengan loket berbentuk kunci.
Guanlin datang mendekat dan dengan penuh berhati-hati, dia memakaikan rantai itu pada leherku.
"You are the only one who holds the key to my heart" bisiknya di telingaku sebelum pipiku dikucupnya kecil.
"Happy Birthday, Baek Seo Eun"
Fin
A/N:
Maap tidak sweet seperti yang diperlukan.
Again, HAPPY BIRTHDAY SAYANGKU✨🎆🎉 HAHAHAHAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro