03━✾B
The title of the manga is Tonari No Kaibutsu-Kun
━━━━━━━━━━━━━━━━━━
Pftt! Haru memang comel. Wait apa aku tengah cakap ni? Jangan cakap aku dah jadi macam Jihye dan Cheon.
Aku mengangkat kepalaku untuk memandang suasana kafe yang sudah pun dipenuhi orang ramai. Barisan yang panjang didepan kaunter membuatkan aku berasa lega kerana tidak perlu memenatkan kaki menunggu giliran sampai. Nasib baik tadi aku datang tepat waktu tiada pelanggan di kaunter.
Mataku menatap kembali manga yang sudah dua bukunya aku baca dengan khusyuk, lansung tidak perasan!
My Little Monster menceritakan tentang Shizuku, seorang gadis yang tiada minat pada apa-apa selain daripada belajar. Hidupnya berubah apabila dia disuruh untuk menghantar nota pada Haru, lelaki yang innocent dan jarang pergi sekolah. Kenapa mesti Shizuku yang disuruh? Ianya hanya sebab Shizuku duduk di sebelah Haru!
Dan part yang paling aku tak boleh tahan ialah baru Chapter 1, Haru dah confess. Aku ulang, CHAPTER 1!! Dan setelah itu, dengan relaks Haru tetap deklarasikan rasa sukanya pada Shizuku. Sweetnya aduh, my heart kennot handle it!
'Kenapa lah takde lelaki macam Haru di sisi aku?' Fikirku sebelum mula berangan-angan. Tapi dengan tangkas, aku memotong dan membuang pergi pemikiran itu apabila wajah seseorang muncul dalam bayanganku.
Ah, kenapa aku berharap pada sesuatu yang aku sudah tolak? Lelaki yang duduk di sebelahku, mengubah hidupku dengan sentiasa mengejar aku, dan tak pernah berhenti menyatakan perasaannya. Walaupun personaliti berlainan, tapi situasinya sama.
Tiba-tiba secawan Dark Mocha diletakkan betul-betul dihadapan oleh seseorang. Melihat sahaja jari-jemari dan tangan yang ada pada pemegang cawan itu, satu perasaan timbul di hati. Aku rasa familiar dengan jari panjang itu.
Serta-merta kepalaku menoleh memandang waiter yang telah menghantar minuman itu lalu mataku disambut dengan satu senyuman.
Panjang umur kau, Lai Guanlin. Baru tadi aku terfikirkan kau.
『 Lai Guanlin +1 poin 』
****
"Jadi dia part-time kat sana sebab kurang tenaga kerja?" teka Jihye yang sedang duduk menghadap aku. Air kopi dalam gelas ditangan dibiarkannya beransur sejuk manakala rambutnya pula diikat sanggul tidak kemas.
Aku yang sepatutnya dari tadi makan ttaekbokki buatanku mengangguk perlahan. "Iya, ramai gila yang datang festival tu. Rajin juga eh orang korea buat padahal event jepun" aku memberi komen sebelum satu ttaekbokki aku masukkan ke dalam mulut.
"Iyalah, bukan anime je, webtoon dengan manhwa pun ada" tanpa perlu meminta izin, dengan laju Jihye sudah pun mengambil lagi satu ttaekbokki dari mangkukku. Perbuatannya membuatkan aku terdiam sebentar.
Ttaekbokki campur dengan kopi, sedap ke Jihye?
Tapi belum sempat aku bertanya soalan itu, lagi satu pemikiran menerjah masuk ke dalam fikiranku. Maka soalan yang sepatutnya aku mahu tanya diganti dengan soalan yang baru.
"Lusa korang ada hal tak?" Tanyaku.
"Hari jadi kau kan? Alamak, sorry aku ada group meeting pasal assignment"
"Shin Cheon pula?"
"Tak tahu, free la kot"
Hmn, Dayoung kata aku patut sambut hari jadi aku. Mungkin makan luar dengan mereka berdua? Tapi kalau Jihye tiada, makan dengan Cheon dan bungkuskan makanan untuk Jihye? Sesungguhnya aku mahu hari jadi aku tahun ini seringkas yang boleh.
"Sorry tau, bulan ni aku takde bajet. Jadi bagi kasih sayang sebagai hadiah je lah, eh?" Kata Jihye sambil tersengih.
"Tak nak kasih sayang, kanda sudah muak menerima perkara yang sudah kanda terima dari dinda setiap hari"
"Eh!" Jihye tergelak kecil mendengar ucapan jiwang yang keluar dari bibirku.
Ala biasalah Seo Eun (͡° ͜ʖ ͡°)
"Okay kalau taknak kasih sayang, hari jadi kau kali ni, aku bagi ucapan sepanjang 5 perenggan, yang tu kau nak?"
"Nak!" Kataku dengan teruja. "Tapi aku nak kau tulis guna tangan"
"Fuh! Macam tu tak dapatlah, patah tangan aku"
"Tak kira, aku nak juga surat yang kau tulis sendiri. Macam tu baru ikhlas" kataku dengan tegas kerana ingin mempertahankan kemahuanku.
"Ha yelah yelah" akhirnya Jihye mengangkat bendera putih menandakan dia mengalah berdebat denganku. "Aku tulis ka-"
"Tisu tandas!" Belum habis ayat yang Jihye mahu perkatakan, suatu suara sudah pun memotong kata-katanya. Siapa lagi kalau bukan Cheon yang dari tadi sibuk baca komik.
"Tulis kat tisu tandas lah baru ikhlas. Dahlah tisu tandas senang koyak, jadi opkos Jihye struggle nak tulis. Lagi satu, tisu tandas panjang~. Tak perlu kau nak belek-belek kertas, baca sekaligus je" ulasnya panjang lebar sebelum dia turut mencuri ttaekbokki aku.
Aku dan Jihye terdiam sebentar mendengar cadangannya tadi.
"Kau mengarut apa weyh?" Satu-satunya balasan yang aku beri sebelum aku tidak melayan apa-apa lagi cadangannya yang mengarut.
****
Pada malam itu aku tidak dapat tidur. Sejujurnya aku lebih banyak memikirkan assignment-assignment yang belum aku siapkan. Namun di sisi lain, fikiranku menghala ke dia.
Dia yang aku jumpa di kafe hari ini.
Aku tahu ini poyo, tapi 'kebetulan' hari ini seperti jodoh pula. Dengan jalan cerita komik yang serupa dengan kami, dengan dia yang asyik mengunjungi mejaku, dan dengan selambanya dia membelikan aku makanan. Kenapa dia tidak boleh membiarkan aku sorang-sorang padahal dia sedang bekerja?
Ah, biarlah.
Memandangkan esok aku tiada kelas, agaknya apa yang perlu aku buat ya?
[What will you do tomorrow?]
『
𝘼. Sambung tulis novel di padang kampus
𝘽. Siapkan assignment selebihnya di perpustakaan
𝘾. Stay at home, lebih baik kau kemas rumah
』
A/N:
Jujur aku tak sangka kau pilih Guanlin lagi weyh🤣
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro