Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

25

"Jangan pergi jauh-jauh. Lagi setengah jam kita berkumpul semula kat sini," Sir Siwon memberi arahan.

"Baik!"

Para pelajar kelas 5-1 mula berpecah. Mereka baru pulang dari kem Kimia dan atas pujukan, guru mereka bersetuju untuk berhenti di pantai yang berdekatan dengan tempat mereka belajar tadi.

"Jiwoo yaa, jom bergambar kat sana!"

Karina dan Yeji menarik Jiwoo ke arah kawasan di mana batu-batu besar berada. Jiwoo hanya menurut sahaja dan mereka pun duduk di batu besar di situ.

"Tadi kan, aku nampak Sunwoo dengan Jiwon bercakap berdua," Yeji membuka cerita.

"Cakap apa?" soal Karina pula.

"Mana lah aku tahu, aku nampak dari jauh je,"

Jiwoo hanya mendengar sambil dia memandang dua rakannya itu. Namun, tidak jauh dari mereka, dia terpandang sesuatu. Sunwoo dan Heo Jiwon sedang berdiri berdua di tepi pantai itu sambil berbual mesra.

"Tu, diorang berdua,"

Karina dan Yeji memandang dan pada masa yang sama, Sunwoo ikut memandang ke arah mereka. Cepat-cepat mereka alihkan pandangan.

"Bunyi kau macam jealous je Jiwoo," Karina menyiku lengannya.

"Tch, aku jealous? Takde sebab untuk aku jealous," Jiwoo berdecit.

"Ya ke? Kau dengan Sunwoo tu kan dah macam-,"

"Hah, mengumpat aku lah tu?"

Sunwoo kini sedang berdiri di hadapan mereka. Haechan dan Jihoon juga muncul selepas itu.

"Eww, siapa entah cakap tentang dia? Perasan," ujar Jiwoo dengan nada meluat.

"Yaa, jom ambil gambar," Jihoon mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Cepat-cepat!" Karina memeluk bahu Yeji.

"Tak nampak kau lah Jiwoo," ujar Jihoon yang sedang memegang telefon.

"Sini lah!" Sunwoo menarik lengan Jiwoo sehingga gadis itu rapat dengannya.

Jiwoo menjeling Sunwoo geram. Suka-suka je tarik dia.

"Cepat, 1,2,3!"

Sunwoo mencubit pipi Jiwoo bila Jihoon menekan butang untuk mengambil gambar.

"Yaa!"

Sunwoo terus melarikan diri dan Jiwoo lantas mengejar. Suara jeritan keduanya mula kedengaran. Tiada siapa yang kisah kerana mereka sudah terbiasa dengan situasi seperti itu.

"Arghh!"

Jiwoo tiba-tiba terjatuh kerana terlanggar lubang di atas pasir pantai.

"Yaa, kau okay?" Sunwoo menyoal cemas.

"Sakit,"

Jiwoo memandang lututnya yang berdarah akibat terkena kulit cengkerang.

"Haish, kau ni kan,"

Sunwoo membuka beg galasnya dan mengeluarkan plaster. Dibuang pasir yang melekat di lutut Jiwoo lalu plaster ditampal.

"Boleh bangun tak?"

Jiwoo mengangguk.

"Aigoo, tengok main lari-lari lagi. Kan dah jatuh," Yeji memeluk bahu Jiwoo.

"Sunwoo ni hah,"

"Eh, aku pula? Kau yang tak pandai lari, aku yang kena,"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro