
16
"Yaa,"
"Hmm,"
"Kim Sunwoo!"
"Ya, aku dengar lah!" Sunwoo menjerit geram.
"Kau rasa aku ni teruk ke sampai Hyunjin boleh curang dengan aku?" soal Jiwoo.
Sunwoo memutarkan bola matanya ke atas tanda menyampah. Ingatkan dah puas menangis tadi dah tak nak cakap pasal Hyunjin lagi.
"Hyunjin dah sedar kut sebenarnya dia couple dengan monster,"
"Kau ni kan!"
Bahu Sunwoo dipukul kuat.
"Sakitlah! Kau ni, aku lepaskan kau nanti," ugut Sunwoo geram.
Ya. Sebenarnya selepas turun dari bas tadi, dia menggendong Jiwoo di belakangnya bila gadis itu mengadu kakinya lenguh.
"Janganlah. Kan dah cakap kaki aku sakit," Jiwoo mengeratkan pelukan pada leher Sunwoo.
"Hyunjin tu, memang perangai dia macam tu. Mata dia tu asyik gatal je nak tengok perempuan. Tengok gaya pun memang macam playboy. Entah apa lah yang kau pandang kat dia sampai setuju jadi girlfriend dia," Sunwoo meluahkan pendapat.
"Ya lah, aku yang bodoh. Senang sangat cair dengan sweet talker macam dia. Padahal, Yeji dengan Karina dah warning dari awal. Aku ni yang degil," keluh Jiwoo sambil kepalanya direhatkan di bahu Sunwoo.
"Kau memang, gatal," kutuk Sunwoo.
"Tapi aku tetap rasa sedih. Ya lah, aku setia dengan dia, tapi dia berskandal dengan si Chaewon. Nampak sangat Chaewon lagi menarik dari aku,"
Sunwoo mendengus perlahan mendengar itu.
"Tak, mana ada. Kau dengan Chaewon, kau lagi cantik. Takkan kau tak pernah dengar orang cakap. Selalunya lelaki kalau curang, dia takkan pilih perempuan yang lagi cantik dari pasangan dia yang sekarang,"
Jiwoo menarik senyum mendengar itu.
"Yaa, Kim Sunwoo. Kau baru lepas puji aku kan? Aku cantik eh?" Jiwoo merapatkan wajah mereka dan menatap Sunwoo.
"Tch, itu aku cakap sebab nak sedapkan hati kau je," Sunwoo mengalihkan pandangannya.
"Ala, tipu. Kat mata kau, aku memang cantik kan? Kan? Kan?" Jiwoo menggoncang bahu Sunwoo.
"Tak! Kan aku dah cakap kau monster!"
"Penipu! Nak puji tu, puji je lah! Yaa, Kim Sunwoo!"
Jiwoo menjerit kuat bila Sunwoo tiba-tiba berlari. Terus dia memaut erat leher lelaki itu kerana takut akan terjatuh. Tetapi Sunwoo, dia makin suka dapat mengenakan gadis itu. Terus dia berlari sekuat hatinya tanpa menghiraukan jeritan dari Jiwoo.
Dan malam itu, keduanya tertawa senang hati dan bayangan masalah Jiwoo tadi perlahan hilang dengan adanya Kim Sunwoo bersama dia.
*****
So, setakat ni okay ke? Sorry lah kitanya dah lama tak menulis so macam awkward sikit🥲
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro