15
"Ahjussi, bingsu kacang merah satu, coklat satu ya,"
Jiwoo memandang Sunwoo yang sedang membuat pesanan itu. Setelah keluar dari kelas, dia dibawa Sunwoo berjalan pergi ke luar kawasan sekolah. Dan sekarang, mereka sedang berada di tepi jalan di mana terletaknya gerai bingsu milik seorang lelaki berusia.
"Duduk lah. Berdiri buat apa?"
Sunwoo menolak Jiwoo ke salah satu meja. Hanya mereka berdua yang ada di gerai itu. Jiwoo suduk seperti yang diarah. Sehinggalah pesanan yang dibuat Sunwoo sampai, dia tetap diam.
"Kalau kau tenung je tak kenyang perut tu Jung Jiwoo,"
"Tak cakap pun lapar," Jiwoo mencebik.
Namun dicapai juga sudu lalu dia mengacau bingsu di dalam mangkuknya sebelum dibawa ke mulut. Sunwoo memandang, menanti reaksi si gadis.
"Sedap kan?"
Jiwoo mengangguk sambil mengesat hujung matanya yang tiba-tiba berair. Makin lama, makin laju air matanya mengalir.
"Sedap. Sedap sangat," ujar Jiwoo sambil teresak.
"Yaa. Tahu lah sedap, tapi tak perlu lah sampai menangis,"
Mendengar itu, makin kuat Jiwoo menangis.
"Sunwoo yaa, Hyunjin tipu aku! Dia sebenarnya memang ada hubungan dengan Chaewon kat belakang aku!" Jiwoo terus menangis lagi.
Sunwoo terdiam mendengar itu. Jadi, itu punca Jiwoo diam sejak tadi.
"Apa yang ada kat Chaewon tu yang takde kat aku?"
"Yaa, Jung Jiwoo," tangan Jiwoo di atas meja disentuhnya.
"Kenapa dia buat aku macam ni?" lagi dan lagi, air mata Jiwoo mengalir.
Sunwoo diam di tempatnya. Tangan Jiwoo tadi digenggam erat sambil dia memandang gadis itu menangis semahunya.
Sempat dia memberi isyarat pada pemilik gerai yang mereka tidak apa-apa. Nasib mereka memang baik kerana tiada pelanggan lain pada waktu itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro