10
"Minchae!"
Jiwoo mengangkat tubuh anak buahnya itu lalu dia berpusing beberapa kali membuatkan kanak-kanak berusia lima tahun itu ketawa riang.
"Dah besar dah hero Aunty ni," pipi Minchae dicium beberapa kali.
"Unnie!"
Dia beralih pula pada kakak sulungnya lalu tubuh Chaeyeon dipeluk erat. Disebabkan Chaeyeon mengikut suaminya pergi bercuti, jadi baru sekarang mereka sempat pulang ke situ dan bertemu.
"Mingyu Oppa," tubuh abang iparnya itu dipeluk mesra, sempat rambutnya diusap kasar Mingyu.
"Masuk Gyu, Chaeyeon. Mari makan," Puan Jung menggamit anak menantunya ke meja makan.
Sambil menikmati makan malam, pelbagai topik perbualan muncul. Sehinggalah Puan Jung tiba-tiba bersuara sambil tersenyum senang.
"Jiwoo yaa,"
Jiwoo memandang ibunya yang tersenyum penuh makna itu. Dahinya dikerutkan bila kini dirinya mula menjadi tumpuan seisi keluarga itu.
"Omma dengan Appa ada benda ni nak cakap,"
"Apa dia?"
"Semalam kami ada keluar makan dengan Aunty Kim dan Uncle Kim. Lepas tu, Aunty Kim adalah cakap sesuatu pada kami,"
"Cakap apa tu Omma? Diorang nak adik jadi menantu ke?" soal Wooyoung berseloroh.
"Ish, Oppa ni, suka buat lawak tak kelakar," lengan Wooyoung disiku.
Namun melihat riak wajah ibu bapanya saat itu, membuatkan Jiwoo mula tersedar sesuatu. Dia tersenyum lalu buat-buat ketawa.
"Omma, tak betul kan apa yang Oppa teka tu?" soal Jiwoo cemas.
"Betul lah tu. Diorang bagitahu yang diorang nak Jiwoo jadi menantu diorang," Tuan Jung bersuara tenang.
"Omo? Betul ke ni Appa?" Chaeyeon menyoal teruja.
Puan Jung mengangguk sambil tersenyum.
"Seriuslah? Jiwoo jadi menantu diorang? Nak kahwin dengan siapa? Takkan lah-,"
"Dengan Sunwoo lah. Takkan dengan Minji pula,"
"No, Jiwoo tak nak lah. Lagipun Sunwoo kan dah bertunang. Nanti Jiwoo kena tuduh jadi penyondol pula," Jiwoo menggeleng.
"Kamu ni tak tahu atau buat-buat tak tahu? Dah dua tahun si Sunwoo tu putus tunang," ujar Puan Jung.
Jiwoo terdiam. Jadi, Kim Sunwoo dan Heo Jiwon dah putus tunang? Kenapa dia tak tahu apa-apa?
"Ala tapi sama je. Jiwoo tetap tak nak!" Jiwoo menolak.
"Jiwoo, kami ni bukan apa. Sunwoo tu keluarga kita dah kenal. Appa rasa dia mampu nak jaga kamu. Lagipun korang pun memang dah berkawan lama kan?" suara lembut Tuan Jung kedengaran.
"Sebab tu lah Jiwoo tak nak. Appa, Omma, Jiwoo dengan Sunwoo mana boleh bersama. Kami kalau jumpa je mesti nak bergaduh," Jiwoo mencipta alasan lagi.
"Itu masa berkawan. Nanti kalau dah kahwin, mesti perasaan tu datang,"
"Omma, Appa," Jiwoo bersuara meleret.
"Kalau macam tu, dalam masa sebulan, kamu bawa calon suami sendiri. Kalau takde, Omma terus bagitahu Aunty Kim yang kami setuju," putus Puan Jung tegas.
"Omma! Mana sempat sebulan," Jiwoo tidak puas hati.
"Takde-takde. Keputusan Omma muktamad!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro