Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

07

"Jiwoo? Ya Tuhan, makin cantik sekarang!"

Puan Kim memeluk teruja tubuh Jiwoo. Sempat dia memegang wajah cantik anak kawan baiknya itu. Enam tahun tak berjumpa, makin banyak perubahan pada gadis itu dilihatnya.

"Aunty pun apa kurangnya? Makin cantik juga Jiwoo tengok," puji Jiwoo.

"Ala Jiwoo ni, pandai ambil hati tau," Puan Kim tersipu malu.

Dia kemudian menjemput dua beranak itu masuk ke dalam. Mereka duduk berbual di ruang tamu sebelum Puan Kim mengajak mereka ke dapur. Nak tunjuk set pinggan mangkuk barunya.

"Omma, Aunty, Jiwoo minta izin nak duduk kat pool sekejap ya?" pinta Jiwoo.

Bukan apa, dia bukannya minat sangat berbual tentang pinggan mangkuk ni. Dia bukan faham minat kedua wanita itu.

"Ya, pergilah. Jangan malu-malu ya Jiwoo,"

Jiwoo kemudian melangkah ke luar rumah, di mana terletaknya kolam renang. Seluar jeans yang dipakainya ditarik naik sehingga ke lutut lalu dia duduk di pinggir kolam sambil merendamkan kakinya ke dalam sana.

"Dah lama tak datang sini," Jiwoo tersenyum kecil.

Puas melayan perasaan, dia akhirnya berniat untuk masuk semula ke dalam. Rasanya dah habis kut ibunya dan Puan Kim berbual soal pinggan mangkuk.

Baru sahaja dia ingin bangun, telinganya menangkap bunyi jeritan seseorang dari balkoni atas. Belum sempat dia mendongak, seseorang melompat terjun ke dalam kolam.

"Wooo!"

"Yaa!" terjerit Jiwoo bila air terpecik ke arahnya.

"Kenapa ni?"

Puan Kim dan Puan Jung muncul dengan wajah cemas bila mendengar jeritan Jiwoo. Terkejut keduanya melihat keadaan Jiwoo yang sudah basah itu.

"Kim Sunwoo!"

Saat itu, Jiwoo memandang ke hadapan. Terkedu dia melihat satu sosok tidak berbaju yang muncul dari dalam kolam. Pandangan mereka bertaut buat beberapa ketika sebelum Sunwoo bangun sambil tersengih.

"Kamu ni kan, macam budak-budak. Berapa kali Mama nak cakap jangan terjun dari atas macam tu? Kalau jadi apa-apa macam mana? Tengok lah tu, habis basah Jiwoo,"

"Ala mana lah Sunwoo tahu ada dia kat tepi kolam,"

Sunwoo keluar dari kolam dan mencapai tuala yang berada di kerusi tepi kolam. Dia melilitkannya di pinggang sebelum sehelai lagi tuala dicapai lalu dihulur pada Jiwoo.

"Jiwoo, jom ikut Aunty. Kita pergi salin baju dulu," pelawa Puan Kim.

Sunwoo menghantar pemergian mereka bertiga dengan ekor matanya. Sebuah senyuman senget terbit di bibirnya.

"Tch, balik tak bagitahu,"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro