Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

04

"Aigoo, comelnya dia tu!"

Jiwoo mendepakan tangannya bila Yeji muncul bersama bayi berusia setahun lebih di tangannya. Kini, tubuh kecil itu berada di dalam dakapannya.

"Ish tembamnya dia ni! Selalu tengok dalam phone je!"

Terus digomol tubuh Yechan sepuasnya. Dicium bertalu-talu wajah tembam anak kepada kawan baiknya itu. Mujur sahaja Yechan bukan jenis yang senang merengek dengan orang asing.

"Haechan takde?" soal Jiwoo.

"Haechan? Mana nak lekat kat rumah dia kalau weekend petang macam ni. Sibuk dengan bola dia," ujar Yeji.

Dua tahun menjadi isteri kepada Haechan, memang itulah rutin suaminya. Sejak bujang lagi, lelaki itu akan sibuk bermain bola sepak dengan rakan-rakannya bila ada masa lapang.

Tetapi Yeji tidak kisah pun kerana sebelum keluar, Haechan akan membantu dia membuat kerja rumah terlebih dahulu. Dia tahu mengambil hati isterinya itu.

"Dah kahwin pun masih sama ya?"

"Lelaki Jiwoo. Susah sangat nak tinggal hobi dia. Dia dengan budak-budak lain tu sama je. Nanti habis bola, sambung lepak minum pula. Kadang-kadang macam dah lupa masing-masing dah besar,"

Jiwoo hanya tersenyum mendengar itu. Walaupun dia belum berkahwin, dia faham situasi itu. Abang dia pun sama je, pantang ada masa lapang mesti keluar melepak. Banyak betul topik perbualan para lelaki ni. Kalah orang perempuan.

"Biasa lah Yeji. Masing-masing nak hilangkan bosan dan penat kerja,"

"Ya, aku tahu. Aku asalkan Yechan ni okay, tak meragam aku tak kisah pun. Lagipun Haechan dah tolong apa yang patut sebelum dia keluar,"

"Untung kau dapat Haechan kan. Walaupun dulu dia yang paling jarang nak serius, asyik nak main-main je. Sekarang dah jadi suami dah," sempat Jiwoo memuji.

"Kan? Untung aku sebab dia tak tolak waktu aku confess dulu,"

Jiwoo ketawa mendengar itu. Teringat kisah Yeji yang menunggu Haechan di tepi padang dalam hujan semata-mata nak confess pada lelaki itu di hari lahirnya. Mujur sahaja Haechan terima dan mereka bercinta sehingga lah berkahwin.

"Asyik cakap pasal aku je. Kau macam mana? Belum ada sesiapa ke?" soal Yeji.

"Aku? Haish, entahlah Yeji. Susah nak cakap. Nak kata tak teringin nak bercinta tu tipu lah. Cuma ya lah, belum ada yang berkenan,"

"Apa susah? Kau minta tolong je Omma kau carikan jodoh. Kan senang?"

"Memang dia dah ada plan pun. Sibuk nak suruh aku kahwin cepat-cepat," rungut Jiwoo.

"Eh, apa salahnya? Best tau kahwin ni," Yeji tersengih.

"Kau kahwin dengan boyfriend sendiri memang lah best,"

"Tapi aku serius ni. Kawan-kawan kelas kita dulu ramai lagi yang single tau. Bomin, Sanha, Jeno, Jaemin, Eric. Haa siapa lagi eh?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro