Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

02

"Jadi, apa plan kamu lepas ni? Dah fikir nak apply kerja kat mana?"

Jiwoo meletakkan gelas miliknya ke atas meja. Baru je duduk tak sampai sepuluh minit, dah dapat soalan dari bapanya.

"Belum lagi. Jiwoo ingat nak rehat-rehat dulu lah Appa,"

"Rehat?"

Jiwoo mengangguk. Dua tahun dia bekerja di negara orang, mencari pengalaman selepas tamat belajar. Selepas kontraknya tamat, dia memilih untuk kembali semula ke tanah air.

Kerja di negara orang memang seronok, banyak benda baru dipelajari. Cuma, ianya agak sukar bagi dia. Berada di bumi asing sendirian, semuanya cukup mencabar. Semuanya dia perlu lakukan sendiri.

"Appa okay je kalau kamu nak rehat dulu. Tapi jangan lah lama sangat. Takut nanti susah pula nak dapat kerja," ujar Encik Jung.

"Appa jangan risau lah. Jiwoo nak rehat sekejap je. Sambil-sambil tu nak pergi jumpa kawan-kawan lama,"

"Cakap pasal kawan kamu, haritu Omma terserempak dengan Yeji. Comel betul anak dia," Puan Jung yang baru muncul bersuara sambil meletakkan dulang berisi air dan kek pisang ke atas meja.

"Kan! Jiwoo tengok waktu video call pun dah geram dah. Tak sabar nak jumpa depan-depan, nak gomol pipi tembam tu," ujar Jiwoo ikut teruja.

"Harapnya dah gomol dia nanti, kamu pun terkena tempias lah. Mana tahu Omma boleh dapat cucu lagi,"

"Uhuk!"

Terus terbatuk Jiwoo yang baru menyisip teh hangat buatan ibunya itu.

"Dengar tak Oppa? Omma nak cucu lagi," Jiwoo menyiku Wooyoung di sebelah.

"Apa aku pula? Kitorang dah deal, Oppa dengan Arin kahwin lagi setahun. Kau tu dik, cepat sikit cari calon suami. Nanti dah tua tak laku,"

Jiwoo mencebik mendengar itu.

"Jiwoo muda lagi lah. Belum puas nak enjoy—,"

"Muda apanya? Tahun depan dah dua puluh enam. Omma dulu dua puluh enam anak dah dua dah," sampuk Puan Jung.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro