Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Gaduh

Setiap hari kembar tak pernah tak gaduh. Walau di mana-mana sekalipun, mereka tetap akan bergaduh.

Mereka sering bergaduh tetapi akan berbaik semula dalam waktu yang singkat.

Biasanya, mereka bergaduh tidak seserius mana pun. Hanya pergaduhan mulut sahaja. 

Bukannya, sehingga melibatkan fizikal. Kalau sudah melibatkan fizikal, mungkin pergaduhan itu amat serius bagi mereka.

Pergaduhan kembar boleh tercetus bila-bila masa sahaja. Walaupun sekecil zarah sekalipun.

Pengalaman:
Selalu bergaduh dengan kembar dan mulut sahaja yang bergerak memaki hamun semua benda..(jangan tiru aksi ini)

Macam tarik-tarik rambut tu pun masa kecil je aku pernah buat. Bak kata orang 'masa zaman tak matang' lagi.

Situasi:

*Terlanggar barang kembar..

"Woi! rosaklah barang aku, kau pergi langgar macam tu je?"

"Aku mana nampak, lepastu aku langgar jelah." (buat muka tak bersalah)

" Dah tu, minta maaf lah!"

"Malas aku, salah kau juga. Yang pergi letak barang kau kat tengah jalan tu kenapa."

"Eh! kau ni karang!"

"Apa? nak bertumbuk ke?"

"Meh lah!"

Dan sampai sekarang tak pernah bertumbuk lagi. HAHAHA..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro