Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝕾𝖆𝖙𝖚 : A

StarLlion Academy...

"Saya Cha Eunwoo, baru berpindah dari Sekolah Tinggi Hanlim. Salam kenal."

Eunwoo membongkok sedikit sebagai sapaan kepada isi kelas 3Alpha1 bersama riak dinginnya yang setia terlakar. Kemudian badannya kembali ditegakkan sebelum pandangannya dialih ke sebelah, pada guru lelaki yang telah mengiringinya hingga sampai ke kelas tersebut tadi, yang masih setia berdiri disisinya.

"Tempat duduk saya Cikgu?" Eunwoo menyoal pada guru tersebut kemudiannya.

Guru lelaki yang memakai tag nama Jang Hae Sung itu meliarkan pandangannya ke segenap ruang kelas tersebut untuk seketika. Namun tak lama, pandangannya jatuh pada sebuah tempat duduk kosong yang berada di sebelah meja seorang pelajar lelaki yang sedang leka melukis. Senyum kecilnya semerta tergaris.

"Jeon Jungkook!" Panggil guru tersebut. Pelajar yang sedang leka melakukan kerjanya tadi segera mengangkat kepala ke arah si guru.

"Ya, Cikgu Jang! Kenapa?" Soal pelajar lelaki yang bernama Jungkook itu balik kepada si guru yang dipanggilnya Cikgu Jang itu, sebaik dia menyahut panggilan darinya. Cikgu Jang pula kembali alihkan pandangannya kearah Eunwoo yang masih berada di sebelahnya. Eunwoo terlihat tenang saja melakar riaknya sambil menunggu kata putus dari Cikgu Jang untuk mendapatkan tempat duduk untuknya itu.

"Kamu duduk-"

"Sebelah Jeon Jungkook. Okey, terima kasih atas pertolongan cikgu. Saya ke tempat saya dulu," dan Eunwoo terus membongkokkan tubuhnya sekilas pada cikgu Jang sebagai tanda berpamit, usai dia mencelah bicara guru tersebut dengan kata-katanya tadi. Lantas tanpa sebarang kata lagi, dia mula menapak ke tempat barunya itu yang berada di lajur tengah kelas dan pada baris terakhir. Cikgu Jang yang agak terkebil dengan tingkah Eunwoo menggeleng sekilas kepalanya. Pasrah saja dia dengan tingkah tak menyempat dari Eunwoo itu. Kemudian fokus pandangannya kembali ditetapkan pada seisi pelajar kelas 3Alpha1.

"Cikgu harap kamu semua boleh serasikan diri dengan kawan baru kamu semua tu. Arasso?" Pinta Cikgu Jang kepada para pelajarnya itu kemudiannya.

"Arasso!~" Dan jawapan balas dari pelajar-pelajar 3Alpha1 untuk soalan dari Cikgu Jang itu penuh semangat saja terdengar. Cikgu Jang mengangguk kecil bila mendapat respon tersebut dari para pelajarnya itu.

"Bagus! Apapun, dekat sini cikgu nak sampaikan pesanan dari Cikgu Oh yang mengajar subjek Sastera Bahasa kamu semua," Cikgu Jang kembali membuka bicaranya buat pelajar kelasnya itu buatkan fokus mereka kembali dipaku padanya.

"Dia pesan masa dia nanti tolong siapkan sebuah puisi lengkap yang mempunyai sekurang-kurangnya lima rangkap. Kalau lebih tak apa, asalkan tidak boleh kurang dari lima rangkap. Tajuk adalah bebas. Setelah siap ketua kelas tolong kutip dan hantar ke meja Cikgu Oh. Okey, ada apa-apa soalan?" Soal Cikgu Jang kemudiannya setelah dia menyampaikan pesanan seorang guru yang dipanggilnya Cikgu Oh itu kepada para pelajar 3Alpha1.

Tiba-tiba seorang pelajar lelaki yang bertubuh kecil dan bermata agak bulat mengangkat tangannya.

"Ya, Mitsuzane. Ada apa?" Soal Cikgu Jang saat dia perasan dengan isyarat si pelajar tersebut.

"Cikgu Oh tak masuk kelas ke hari ni, Cikgu Jang?" Soal pelajar yang dipanggil Mitsuzane itu kepada Cikgu Jang. Cikgu Jang melemparkan senyumnya buat Mitsuzane atas soalannya itu.

"Cikgu Oh sedang persiapkan seorang pelajar yang ditimpa kemalangan untuk digegaskan ke hospital. Jadi kemungkinan besar masa dia lepas ni dia tak dapat masuk kerana perlu uruskan hal kemalangan pelajar tersebut," tenang saja Cikgu Jang menutur bicaranya dalam pada senyumnya masih tak lekang di bibir buat Mitsuzane. Eunwoo yang sudah pun duduk di tempat barunya itu berasa agak curiga dengan rahsia di sebalik jawapan Cikgu Jang yang didengarnya itu. Ada pelajar kemalangan di sekolah? Tapi kenapa para pelajar tak heboh tentangnya?

Pelajar lain pula hanya ''Oh''kan saja bicara Cikgu Jang tanpa menyoal lebih lagi tentang kemalangan tersebut. Lagi buat Eunwoo curiga, bila nada jawapan mereka terdengar begitu tenang dan bersahaja tanpa ada rasa cuak sedikit pun. Mereka seperti sudah lali dengan apa yang didengar oleh mereka itu.

"Cit! Dia dah buat hal lagi. Tak guna!"

Namun tiba-tiba saja pendengaran Eunwoo menangkap suara bisikan kecil Jungkook yang duduk di sebelahnya itu, sedang menyeranah dalam nada geram. Segera wajah Eunwoo ditoleh ke sebelah. Namun dia agak terperanjat saat melihat pandangan Jungkook juga sedang dipakukan tajam ke wajahnya.

"Kau-"

"Gu-Ha-Rin. Jangan percayakan dia kalau kau tak nak tempat tinggal kau berakhir di ICU!" Tegas saja nada bicara Jungkook dilempar buatnya dalam tiba-tiba, buatkan Eunwoo yang agak terkebil dengannya kembali alihkan pandangannya ke depan semula. Tak jadi dia ingin tanya lebih-lebih, bila dilihatnya Jungkook seperti sedang menahan berang itu.

'Gu-Ha-Rin...' Namun saat ini dalam hatinya tetap saja ingin menyebut nama tersebut. Senyum di bibirnya mula dilarik kecil, namun cukup sinis.

'Betul agakan aku. Cikgu tu tolong cover kerja kau, Arin.'

Bisik hati Eunwoo, penuh makna.

-tbc-

*note: 𝘕𝘰𝘵𝘦-𝘯𝘰𝘵𝘦-𝘯𝘰𝘵𝘦! 𝘚𝘪𝘳𝘪 𝘍𝘢𝘬𝘦/𝘍𝘢𝘭𝘭 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘮𝘣𝘢𝘭𝘪 𝘥𝘪𝘱𝘶𝘣𝘭𝘪𝘴𝘩 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘷𝘦𝘳𝘴𝘪 𝘙𝘦-𝘔𝘢𝘬𝘦. 𝘑𝘢𝘥𝘪 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘢𝘯𝘥𝘢 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘪𝘯𝘨𝘪𝘯 𝘙𝘦-𝘙𝘦𝘢𝘥, 𝘴𝘪𝘭𝘢𝘬𝘢𝘯! 𝘒𝘢𝘭𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘯𝘢𝘬 𝘱𝘶𝘯 𝘵𝘢𝘬 𝘢𝘱𝘢. 𝘈𝘶𝘵𝘩𝘰𝘳 𝘵𝘢𝘬 𝘬𝘪𝘴𝘢𝘩. 𝘚𝘦𝘬𝘪𝘢𝘯! (つᵔзᵔ)つ

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro